daebak ^_^

Thursday, July 29, 2010

Beautiful place @ Korea~

Tempat yg paling aku nak pergi kat Korea ialah Pulau Jeju.... 
lagipun kat sana ada Muzium Anak Patung Beruang huhuhuhuh
cantik muzium tu
(ahaksss aku xpernah pg pun,aku tahu dari drama 'Princess hour'... 
gila sgt kat cta tu... xpcly kat KIM JEONG HOON... tu kira abg aku heeeeee......
ost drama tu pun aku siap hafal tau ngeeee)
selama ni tengok kat drama Korea je kan... 
Betapa cantiknya keindahan alam ini ciptaan ALLAH....

lau tengok tempat ni teringat part kat dalam drama Auntumn In My Heart...

Pulau Jeju yang terletak sejam perjalanan udara dari Seoul, 
adalah sebuah pulau yang terbentuk dari gunung berapi yang telah mati. Longgokan lava menyebabkan Pulau Jeju memiliki tanah yang subur, 
sekaligus sesuai menjadi kawasan pertanian.
Tarikan utama Pulau Jeju adalah keadaan alam sekitarnya yang indah dan bersih. 
Pulau Jeju dianggap salah sebuah tempat yang paling tidak tercemar di seluruh Asia. Tiada aktiviti perkilangan berjalan di pulau ini, 
menjadikannya sentiasa terpelihara dari pencemaran.
Jika ke Pulau Jeju, anda boleh berehat dengan tenang, tanpa gangguan dari dunia luar. Setelah berehat, anda boleh menghabiskan masa melawat kawasan ladang teh yang ada di pulau ini. Anda juga boleh melihat kawasan 
pembentukan batu basalt, yang terbentuk apabila lava menyejuk. 
Atau anda boleh sekadar bersiar-siar di Lembah Andok untuk menikmati kecantikan alam sekitarnya yang indah. Untuk anda yang gemar beriadah, 
Pulau Jeju menawarkan aktiviti seperti berbasikal, mensnorkel, para-luncur, meluncur angin, menunggang kuda dan bermacam-macam lagi. 
Anda juga boleh menempah bot untuk pergi memancing. Lautan di sekitar Pulau Jeju sememangnya kaya dengan pelbagai hidupan laut.



Best nyer lau leh mandi - manda kat cni..... uargggghhhhh

Selain itu, anda juga boleh berkelah di Air Terjun Jeongbang 
atau Air Terjun CheonJeyeon, ataupun melawat kawasan perkampungan
penduduk Pulau Jeju 
untuk mendekati cara hidup masyarakat tempatan. 
DI Pulau Jeju juga terdapat sebuah muzium 
Anak Patung Beruang yang pasti disukai oleh kanak-kanak. Atau jika anda bernasib baik, semasa anda berkunjung ke situ, mungkin sedang berlangsung Festival Matahari Terbit Seongsan atau Festival Bunga Canola Berkembang, atau pun anda boleh menyaksikan Pertandingan Ironman Antarabangsa Korea.



nice view!!!!!

hehhehehhe aku siap survel lagi macam mana nak g Pulau Jeju...
ahakssss tapi mcm mahal je... biasa la Korea kan taraf hidup kat sana tinggi ckit....
tp xpe di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
kumpul $$$$$ heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Maklumat Am
Bagaimana untuk ke sana :
(Udara)
Lapangan Antarabangsa Jeju mempunyai sejumlah 18 syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus (12 tempatan, enam antarabangsa).
(Air)
Terdapat perkhidmatan feri dari beberapa bandar
Busan – Isnin hingga Sabtu, perjalanan selama 11 jam. Bertolak jam 7 malam setiap hari dari/ke Jeju. Terdapat tiket kelas pertama, kelas kedua ( W53,000 – berkongsi bilik) dan kelas ketiga (W39,000 – tidur di lantai).
Mokpo – Perjalanan selama lima jam setengah, tiket dari W19,950.
Incheon – Perjalanan selama 12 jam.
Wando – Perjalanan selama tiga jam.
selain Pulau Jeju, aku teringin gak nak pg ke Taman Tema Lotte World....heeeee 
aku tau pun dari drama Korea 'Sad Love Story'..... 
cta ni best gak, aku jadi ratu air mata disebabkan cta ni...sedih sgt2...
tp kira cinta sejati la...enternity love ngeeeee 
ost pun syok, siap aku hafal gak hahahhahaha cantik sgt tempat ni.... 
hmm 'Full House' pun kat cni tempat acting...
laaa yg part Rain nak pikat pompuan 2 ehhheee
sekali merajuk tunggu pompuan tu lambat sgt...
tapi Rain tunggu gak ahaaaa....
romantik je part tu....
tapi mst sejukkkkkk kat cni...
kena bawa baju sejuk yg betul2 tebal....

best nyer.....lau la leh meluncur ais kat cni hmmm siap berangan ala2 dalam drama Korea

Taman Tema Lotte World 

Lotte World adalah sebuah taman tema yang terletak di tengah-tengah kesibukan Kota Seoul. Ia mempunyai pelbagai jenis permainan yang mencabar, selain mempunyai gelanggang ais dan muziumnya sendiri. Anda pasti tidak sempat merasa bosan di taman tema ini. Ini kerana terdapat banyak permainan yang boleh anda cuba, daripada yang mengujakan seperti The Conquistador, Pharaoh’s Fury, Giant Loop dan Flume Ride, kepada yang santai seperti Camelot Carrousel dan The Adventures of Sinbad.

Bagi yang inginkan kelainan, anda juga boleh melawati The 4-D Theatre. Di sini anda akan merasai pengalaman menonton filem dalam bentuk visual 4-D, yang pasti menjadi pengalaman baru untuk anda. Anda juga boleh menonton persembahan silap mata di The Magic Theatre atau melihat persembahan boneka di The Royal Puppet Theatre. Lotte World juga menyediakan banyak perarakan berwarna-warni yang menghiburkan untuk para pengunjung. Anda juga boleh mengunjungi muzium di situ untuk melihat sejarah kebudayaan masyarakat Korea dengan lebih dekat lagi.

Maklumat Am
9.30 pagi hingga 11.00 malam
Tiket :
Jenis Tiket Dewasa Remaja Kanak-kanak Nota
Pasport 35,000 30,000 26,000 Penggunaan percuma semua kemudahan, termasuk kemasukan (permainan dikecualikan).
Kemasukan 24,000 21,000 18,000 Kemasukan dan menonton persembahan secara percuma.
Pasport After4 28,000 24,000 20,000 Pas percuma untuk selepas 4 petang.
Kemasukan After4 21,000 18,000 16,000 Tiket kemasukan berdiskaun untuk selepas 4 petang.

Bagaimana untuk ke sana :
Subway
Turun di Jamsil Subway Station (Seoul Subway Line No.2 dan No.8) Exit No.4. Lotte World bersambung terus ke Subway Station.

yg ni dulu lah erk ehheeee nanti aku update lagi pasal Korea ni.... 
byk lagi tempat best... 
tunggu ye....
~peace,may ALLAH bless♥

my dream~ KOREA....

Heeeeeeeeeeee wat up olll ngeeee salam......semalam xsempat nak b'blog sbb tdo awal....penat dgn keje yg melambak.... hari ini sempat la sbb tadi relax je keje pun xbyk sgt.... hahahhaha kelakar je bila baca komen semalam yg pasal aku bermadu dgn kwn aku.... KIM BUM punya pasal hahahhaha
mood nak melancong datang la....seyes jerrrrrrrr.... uarghhhh rasa nak g KOREA.....anyone can give me free ticket flight to Korea??? hmmm impian aku tu... top list aku.... bila la aku leh jejak negara impian aku tu... M'sia~SWK mmg la best gak tp kira Korea negara no2 ahaksssss..... demi utk kepuasan diri sendiri aku searching everything about Korea.... hehehhehe Let read about Korea>>>>>

Korea terletak di Semenanjung Korea di timur laut Asia. Ia dikelilingi dua buah negara dan tiga buah lautan. Di barat laut adalah Sungai Yalu yang memisahkan Korea dari China. Di timur laut adalah Sungai Tumen yang memisahkan Korea dengan Rusia. Laut Kuning berada di hala barat, Laut China Timur di selatan, dan Laut Jepun (Laut Timur) di timur Korea. Pulau-pulau terkemuka Korea adalah Jeju-do, Ulleung-do dan Dokdo.
Korea merupakan sebuah masyarakat yang homogen, menutur sebuah bahasa yang dipanggil Hangungmal/chosonmal dan menggunakan sistem tulisan yang dipanggil hangul. Masyarakat minoriti Cina wujud di Korea Selatan (lebih kurang 20,000) dan Jepun di Korea Utara. Jumlah penduduk Korea adalah 73 juta orang.
Korea ditubuhkan pada 2333 SM oleh Dangun Wanggeom, raja pertama Korea. Pada masa itu, kerajaannya dipanggil Joseon tapi kini digelar Gojoseon (Joseon Lama) untuk membezakannya dari Dinasti Joseon yang ditubuhkan pada 1392. Barang-barang buatan tradisional Gojoseon ditemui di serata Korea dan di selatan Manchuria.
Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem dari China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea seperti tulisan Cina (disebut hanja dalam bahasa Korea) dan agama Buddha serta aspek-aspek lain. Menariknya mereka kemudiannya mengeksport pula aspek budaya ini ke Jepun bagi membantu negara itu beralih ke sistem yang lebih bertamadun.
Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia diberi jolokan "Kerajaan Pertapa". Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.
Walaupun ketika pendudukan Jepun, Korea dilimpahi dengan pembinaan infrastruktur moden. Namun ramai di Korea dan di luar negara menganggap pendudukan itu sebagai sesuatu yang kejam. Disebabkan itu, ramai rakyat Korea mengambil bahagian dalam pergerakan-pergerakan menentang kerajaan Jepun. Salah satu pemberontakan penting yang dijalankan adalah peristiwa Pergerakan Kemerdekaan 1919. Pergerakan ini telah dihalang dengan keras oleh askar dan polis Jepun. Hampir 7,000 rakyat Korea telah dibunuh.
Semasa Perang Dunia II, ramai rakyat Korea dipaksa untuk menyokong usaha perang Jepun. Berpuluh ribu lelaki Korea dikerahkan ke dalam tentera Jepun dan hampir 200,000 wanita dipaksa menjadi buruh dan hamba seks mereka. Lebih 60,000 rakyat Korea bekerja di dalam keadaan yang kejam di lombong-lombong di Jepun dan ramai yang mati sewaktu bekerja dari 1939 ke 1945. Bilangan orang yang tidak diketahui juga telah dihantar ke makmal-makmal di Jepun untuk dilakukan eksperimen ke atas mereka, yang dikelola oleh Unit 731.
Perasaan anti-Jepun masih berleluasa di Korea terutama sekali di kalangan orang tua disebabkan kekejaman mereka semasa pendudukan dan juga pelbagai pertelingkahan yang berlaku pada masa kini.
Dalam hal makanan, masakan Korea yang terkenal barangkali adalah kimchi iaitu makanan sayur yang dijeruk dan ditapai. Cili juga digunakan dalam pembuatan kimchi dan kerana itu kimchi terkenal sebagai sejenis makanan yang pedas. Ikan pula sering dipanggang atau direbus dengan api yang perlahan merupakan sumber protein yang utama. Bulgogi (daging lembu dan ayam yang dijeruk dan dipanggang), galbi (tulang rusuk)) merupakan masakan daging yang popular di Korea. Makanan Korea selalunya diiringi dengan sup atau rebusan yang dibuat dengan adunan kacang dan dikenali sebagai dwenjang. Makanan popular adalah bibimbap (nasi campur), ngengmyeon (mi sejuk), galbitang (tulang rusuk yang direbus lama), dan dwenjang jigae (sup kacang).

Empat Musim yang Memukau
Bumi Korea diwarnai empat musim yang cukup mempesonakan. Setiap musim hadir memiliki keistimewaan tersendiri dengan rupa bumi dan keindahan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Hakikatnya ia mengingatkan kita kepada Pencipta Maha Agung, Allah SWT. Hayatilah pesona Korea yang mampu membuaikan sesiapa sahaja yang melihatnya.


Musim luruh di Korea indah menggamit pandangan. 

Musim luruh bermula dari September hingga November. Dipayungi langit biru dan bertemankan cuaca yang cerah. Paling menawan kawasan hutan di pergunungan dipancari dengan warna-warna musim luruh yang memukau pandangan.


Korea pada musim bunga diwarnai dengan keindahan alam semulajadi. 

Musim bunga adalah sekitar bulan April hingga Jun. Dikatakan antara musim paling menarik untuk mengunjungi Korea. Cuacanya yang sederhana dengan pokok ceri lebat berbunga di seluruh negara pada bulan April. Begitu juga dengan bunga-bunga lain, kembang menawan seperti bunga camelia, azalea dan beberapa jenis pokok berbunga serta tumbuhan lain. Tetapi cuacanya adakala sejuk maka anda diingatkan untuk membawa bersama baju panas.


Korea pada musim sejuk dilitupi salju. 

Musim sejuk melewati bulan Disember hingga Mac. Udara kering kadangkala teramat sejuk terutama di kawasan utara Korea. Angin Siberia yang dingin lazimnya menyebabkan suhu bulan Januari merudum hingga ke paras bawah kosong di kebanyakan tempat di Korea (kecuali Jejudo). Ketika inilah sesiapa yang berkunjung ke sana akan menghargai ondol (pemanas pelapik lantai) dan oncheon (spa musim panas) serta sauna dan juga sup berempahnya. Salji memutih memenuhi hanok (rumah tradisional) kelihatan sungguh cantik sekali. Musim sejuk juga merupakan saat yang dinantikan oleh mereka yang gemar bermain ski, papan selaju salji dan peluncur ais. 
 

Musim panas di Korea dengan pepohon menghijau menyegar pandangan. 

Musim panas bermula dari penghujung Jun hingga akhir Ogos merupakan musim monsun di Korea. Ketika inilah Korea akan menerima sebanyak 60 peratus hujan, kemudian diikuti dengan cuaca yang panas dan lembap. Walaupun cuaca ini dapat ditangani dengan adanya alat penghawa dingin tetapi kebanyakan penduduknya akan meninggalkan bandarnya untuk bercuti ke kawasan pergunungan, pantai dan pulau. Begitu pun pada musim ini kemungkinan berlakunya satu atau dua ribut taufan. 

wahhhhhhh cantik nyer.....hati ini meronta2 ingin jejak ke Korea..... 
jap lagi nak share tempat2 yg menarik kat Korea plak heeeeee 
aku ni ala2 buat kajian la pasal Korea heeeeeeee senang nanti xla sesat kat negara orang huahauahaua perasan je kan...tapi itulah impian aku.... my dream.... pas je aku keja, dah settlekan cma hal pasal family aku heeeeeeeee 
aku akan terus fly>>>>Korea..... Korea....wait for me~ ngeeeeeeeeeeee

Tuesday, July 27, 2010

Beautiful Life...

Lau tiba je hari Selasa mesti byk je keja yg menanti aku...
uarghhhhh rasa nya baru semalam aku rasa relax ckit 
sbb xda keja huuuuuuuuuuu mengadap komputer je keja aku ari ini
(ngeeee mcm la xbiasa kan? yg dok mengadap laptop 20 jam tanpa henti ok je ngeeeeeee layan FB,blog,utube...tahan la heeeee) 
aku rasa teruk je sbb ngantok yg teramat sgt....aku rasa kepala aku dah anguk2 ala2 lagu 'Anguk2 Geleng2' ngeeeeee boring je rasa walaupun mengadap komputer..... 
dh la xda internet..... internet cuma untuk connection antara PC kat dlm office je.... dgn alasan company takut virus.... part ni je yg aku kurang setuju ckit dgn company tmpt aku attach tu... huuuuuu kuno punya alasan haishhhhh.....
Mengadap komputer dgn mengadap data pekerja mmg memboringkan......
aku rasa nak tido je sbb otak langsung xguna...ye la sbb maklumat dh ada juz aku perlu key in je ke dalam data guna Microsoft Excel... 
aku ni jenis yg cepat nak mengantuk lau buat sumtink yg xguna otak ngeeeee langsung xda cabaran..... aku suka sumtink yg da cabaran baru arrrr otak berfungsi dgn baik....ni tak rasa nak putus fius je aku......
nak je teriak time tu....... mula la fikir pa yg aku belajar dulu2.... maklumat yg aku nak key in tu pasal Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis).... ni mmg salah satu perkara yg aku study in Human Resource Management..... 
nampaknye esok kena la aku mengadap benda tu lagi.... ye la pekerja SALCRA bukannya ckit oiiii tadi pun aku dh key in kira2 170 org.... tu xmasuk lagi ank2 syarikat yg lain....adushhhhhhhh pa la nasib akuuuuuuuuuuuuuuuuuu
balik je keja solat pastu masak..... sempat lagi aku buka FB...heeee kawan aku Zubaidah@Bedot suh aku tgok 1 video ni....terharunya...... video sebuah cerita.... aku nak share gak dlm blog aku ni>>>>>
 
Pada suatu hari, di sebuah sekolah seorang murid bertanya kpd gurunya. Ketika itu, guru sedang mengajar tentang Kasih Sayang....
Murid: Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sbg org yg kita sayang? Mcm mana juga kasih syg itu nak berkekalan?
Guru: Ok, kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu jalan di atas rumput sambil memandang di depan kamu...pilih rumput yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali, dan petik rumput yg kamu rasa plg cantik dan bawa ke dlm kelas..
Apabila pelajar tersebut pulang ke dalam kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya... Cikgu bertanya kpd pelajar itu kenapa tiada rumput yg dipilih...
Murid: Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yg paling cantik. Mmg ada rumput yg cantik tp cikgu kata pilih yg plg cantik. Maka saya berjalan terus ke dpn sambil mencari rumput yg plg cantik tanpa menoleh ke belakang. Tapi bila sampai di penghujung padang, saya tak jumpa satu pun yg plg cantik. Mungkin ada di antara rumput yg dibelakang saya tadi rumput yg plg cantik.Tapi cikgu kata tidak boleh menoleh ke belakang lagi jadi tiadalah rumput yg boleh saya petik...
Guru: Ya itulah jawapannya. Makna di sebalik semua ini ialah apabila kita telah menjumpai seorang yg kita sayang janganlah kita mencari yg lebih baik dari itu. Kita patut menghargai apa yg kita miliki... Dan ingatlah org yg kita sayang itu adalah yg terbaik buat kita....
Hmmm pa pendapat korang pasal cerita ni??? aku???
mula2 terharu gak rasa tp bila fikir lagi da byk la kebarangkalian heeeee aku mmg mcm ni suka fikir dr byk aspek....
tapi kalau aku mmg ikut la apa kata cikgu tu,,,, sbb lau aku dh syg kat org tu mmg dia lah yg terbaik bagi aku... lau kita nak cari yg lebih baik lagi mmg la tak salah tu masing2 punya hak kan.... uRs life iS uRs cHoiCe!!!!
TAPI......
takut apa yg kita cari tak seperti apa yg kita dah miliki pastu tetibe je org yg dh kita miliki hilang...haru je rasa bak kata pepatah 'Yg dicari tak dapat yg dikendong berciciran'...
so terpulang lah pada diri masing2 nak pilih jln hidup.... huuuuuuuuuuuuuuuu
apa2 pun redha je....
juz think of ALLAH... 

pegangan aku dalam cinta.... Cinta Abadi aku hanya untuk ALLAH....

~peace,may ALLAH bless♥

Monday, July 26, 2010

malam Nifsu Syaaban....


 sayu je rasa hati setelai usai solat Magrib hari ini..... patut la malam Nifsu Syaaban rupanya....... mengunakan sedikit masa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan membaca Surah Yaasin.... Berzikir & berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.... sayu nyer....rasa diri ini hamba yg lemah.... syukur tak terhingga kerana masih diberi petunjuk utuk ke jalan yg diredhai..... mari kita sama2 menghayati keindahan malam Nifsu Syaaban>>>>

Pengertian nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

sungguh indah kurniaan ALLAH.... menciptakan malam yg begitu indah selepas malam lialatul qadar..... Buku amalan kita telah di angkat dan diganti dengan buku baru....sudah cukupkah amalan mahmudah kita??? terasa diri ini hina di sisi ALLAH....moga diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri..... ISLAM begitu indah... I'm pround because I born in ISLAM...Syukur ALHAMDULILLAH~
 
sama2 lah kita menhayati malam Nisfu Syaaban......
~peace,may ALLAH bless♥
 
 

Sunday, July 25, 2010

minggu baru - semangat baru...

cepat je rasa nye masa berlalu....pejam celik sekarang ni dh penghujung bulan Julai.... Ramadhan semakin menghampiri kita...... xsabar rasanye..... ertinya dh nak masuk dua bulan aku praktikal.... hmmmm tinggal dua bulan lagi.... uarghhhh final report....... huuuuuuuuu aku kena buat dua report la... 1 utk UUM dan 1 lagi utk company tempat aku attach~SALCRA...... hmmmmm kena mula dh minggu depan..... bahan dh da juz aku perlu taip n edit je ngeeeeeeeee
esok hari Isnin di minggu yg baru... kena la semangat baru..... harap dapat gak belajar sumtink yg baru heeeee rasanya esk pejabat aku still sunyi lagi sbb staff yg lain g travelling da exhibition kat Betong,Swk.... yeeee kira aku under limited control lagi.... heeeeee kira bebas ckit la nak buat keja lain.... aku suka baca novel bila da je masa lapang.... tp sejak awl bulan Julai langsung xde masa aku nak baca novel.....haishhh novel 5 Tahun 5 Bulan yg ku mula baca dr hjg bulan Jun tu pun xhabis2 lagi aku baca dok byk sgt keja nak buat..... lau kebiasaannya aku ni uishhh pantang da novel depan mata.... mst baca sampai hbs baru puas ngeeeee novel yg aku beli minggu lepas~Kau & Aku pun xbaca lagi..... da 2 novel baru aku yg xsempat lagi aku baca.... cian kat novel aku tu masih kat rak lagi heeeeeeee
aku nak tido tp tengah tunggu mira post pic sahabat ku azzie yg kahwin ari ni... 
yeeee mira dah post gambar... 

mira n baby irsyad with azzie........
cantik nyer sahabatku ini.... semoga bahagia di samping suami tercinta...
rasa sayu je tengok pic kahwin sahabat aku tu...ye la sbb xdapat pg ke kenduri dia.... ku doakan dia bahagia hingga ke anak cucu..... dh lewat gak ni...heeeee time tu sleep yeahhh lau lambat tdo takut bangun lambat plak esok heeeeee

 

semangat untuk esok... berjuang selagi mampu..... moga esok akan jadi yg lebih baik dari semalam....
~peace,may ALLAH bless♥

Buat kaum Hawa~

hari ini aku dok umah je rehat....sepatutnya minggu ni kena balik kampung tp kena tunda minggu depan.... heee sbb minggu ni giliran mum aku cek peti ais (sbb ada vaksin yg disimpan dlm peti ais so perlu cek utk kawalan vaksin) mum aku nurse kat Klinik Ibu dan Anak Serian..... 
xsabar nye tunggu weekend next week ngeee nak jalan2..... aku ni suka jalan.... ni pun aku rasa dh mcm sot sikit heeee sbb dh 2 minggu weekend dok rumah je heeeeee sambil2 tu aku baca la info yg da kat i.luv.islam.... sesaje nak menambah ilmu..... kita manusia ni sering lupa...lalai..... bila baca info2 yg berguna tu sekaligus dapat memberi peringatan dan melahirkan rasa insaf heeeee aku berceramah jap......eheeeee......... kali ini nak share info khas untuk kaum Hawa......
bersyukur je rasa sbb lahir sbg seorang perempuan.... ingat sng ke nak jadi perempuan..... ingat lagi aku kata2 Ustazah Anida masa belajar dulu... perempuan ni mudah nak masuk syurga tapi mudah gak nak masuk neraka..... meh kita baca serba sikit pasal kaum Hawa>>>>


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. 
aku paling suka kata2 ni...betapa Islam ni mengangkat martabat kaum hawa....
rasa syahdu je bila baca semua tu... rasa diri ini belum cukup lagi ilmu untuk menjadi ciri2 wanita yg disebut oleh Rasulullah...
wahai kaum Hawa di muka bumi ini, sama2 la kita memperbaiki diri kita moga dapat menjadi wanita solehah di sisi ALLAH....
menjadi anak yang baik buat ibu bapa kita...
isteri yg solehah buat suami kita (heeee ni aku tujukan buat yg dh berkahwin, ngeee aku belum sampai lagi tahap ni heee)
Tangan yg mengayun buaian mampu mengoncang dunia............
~peace,may ALLAH bless♥
 

Saturday, July 24, 2010

Khas buat sahabatku~ Azzie Shahreena...


Happy je aku bila dapat berita yg kawan aku nak kahwin... mula2 aku igt hanya gosip liar je ( ngeee sbb sblm ni pun aku pernah dpt cerita yg kawan aku dh kahwin skali xde pun xmasal aku plak yg ditanya oleh org yg kena gosip kahwin tu, paksa aku plak yg kena tanya mana dpt cta tu padahal aku dengar dari kwn lain heeee)... tadi aku call Azzie pas dapat no phone dia dari Mira.... mula2 aku ingat salah nombor sbb suara laki yg angkat heeee aku tanya la  'ermm,maaf ni no phone Azzie ke?' laki tu jawab ye.... pastu dgr la suara laki tu panggil Azzie... 'Deng,da call' hehehhe aku teka ni la calon suami sahabatku ini heeeee lmk gak aku tunggu... mst azzie busy.... pastu sembang ngan azzie tp aku cl no rumah dia plak sbb line kat kpg dia xda sgt.....kesian azzie....dia busy sgt sbb perkahwinan tu sepatutnya pertengahan bln8 tp dipercepatkan.....(tapi kira ok la kan,benda baik ni xleh dilengahkan ngeeee) dia tengah buat cenderamata untuk tetamu yg datang ke majlis dia esok..... sedih nye aku xdpt dtg.... jauh la lgpn xfamiliar ngan tempat tu... lau la aku x praktikal mesti aku dtg leh jln2 kat kpg enot skali hehehhe
Azzie rasa serba salah sbb dia kata byk gak kwn2 yg lain cl kata nape xjemput...cian azzie sedih je dia.... kawan2 yg lain xsalahkan azzie..... dia busy...al-maklumlah lepas je habis praktikal terus nak nikah..... seronok je dengar cerita azzie pasal bakal suami dia tu.... menurut cerita azzie, bakal suaminya tinggi, badan besar,syg sgt kat azzie...org swk kerja kat sabah, pas kahwin azzie kena la ikut suami dia g sabah... lgpn nanti mmg azzie nak balik sabah konvo~ (azzie study di UMS) heheheh azzie kata bakal suami tu nak baby cepat hahahahah gelak besar aku dgn azzie time ni....kelakar je dia mmg xberubah......
rindunya dengan azzie...lama xjumpa dia.... ingat zaman sekolah dulu....aku mmg rapat ngan dia...kita org sama pengawas...bilik pun sama heeee katil dia atas katil aku(katil bertingkat) kdg2 kalau datang aura takut heee dia suka tido kat katil aku hehehhe bayangkan katil single leh share 2 orang..... badan azzie xpe la mmg kecil tp aku...heeeee tp muat la hahahha dulu aku suka usik dia dgn Pejal kwn kta org gak.... hehehhe xsangka dua2 dh kahwin....azzie ni sweet sbb ada tahi lalat kat tepi bibir dia..... 

comel kan sahabat aku ni.....
azzie shahreena yg comel....

heeee azzie minta permission upload pic ktk di blog kmk ngeeee.....azzie pernah gah g rumah aku....yg paling xsangka...mak n bapa azzie rupanya kawan bapa aku kat maktab dulu...hahahha siap bapa aku cerita bapa n mak azzie mmg hanyat bercinta kat maktab dulu..kelakar...xsangka kecil je dunia ni...mcm berantai je,,,,,,

malam ni majlis belulut azzie....dia kata guna baju India malam ni...mst cantik.... xsabar tunggu azzie upload gambar kahwin dia....Azzie pesan kat aku jemput kawan2 yg lain terutamanya geng2 SMKAM SPM 04....
kira malam ni Azzie dah sah menjadi isteri orang...dah pikul tanggungjawab besar....semoga bahagia selalu...

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Azzie Shahreena.... semoga bahagia di samping suami tercinta... maaf sebab xdapat datang ke kenduri azzie....(azzie kata kat aku xpe nanti masa raya dia ajak suami dia pergi rumah aku....seronok nyer~)
~peace,may ALLAH bless♥

cakoi....

heeeeeeeeeeeeeeeeeee cakoi ooo cakoi.... aku suka kuih tu..... ari ni aku testing buat.... xsangka menjadi...... ni la 1st time aku buat xsangka gak berjaya....yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... resepi cakoi tu pun aku ubah sendiri... kalau ikut resepi yg aku cari kat internet.... kbykn guna amonia....eee mcam seram je dgr nama kimia tu kan... sbnrnya ia sjns entah heee ketul2 besar wna putih eeee xreti aku nak xplain benda alah tu.... oleh kerana xpenah jumpa benda alah tu kat pasar so aku tukar la guna bawang putih yg dh di blend oleh aku.....nak try ke??? heee ni la resepi cakoi ala2 Izah>>>>>

Bahan2:
Tepung Gandum
Serbuk Yis
Baking Powder
Garam
Bawang Putih

Cara Membuatnya:
Mula2 kena la gaul tepung,garam n baking powder dgn sebati..... pastu bawang putih diblend..... serbuk yis tu plak larutkan dalam air.....kemudian masukkan bawang putih yg dh diblend  n larutan yis ke dlm campuran tepung tadi.... gaul la sampai adunan jadi doh n tak lekat kat tangan....slps selesai gaul,biarkan adunan sehingga kembang kira2 dlm 2 jam..... pastu mmg adunan tadi akan kembang 2 kali ganda..... akhir sekali boleh la digoreng tp before goreng kena la bentukkan....ikut la bentuk yg digemari heeeee lau kebiasaannya bentuk memanjang la org slalu buat.... bila dh kekuningan toskan...boleh la mkn bersama dgn sos,bubur,kaya,kari heeee ikut suka hati anda la.....

Mudah je kan???? Selamat Mencuba.......

stay up...

heeeeeeeeeeeee mentang2 esok xkeja aku stay up.... mata ngantok sgt2 tp bertahan gak ngeeee mst pelik kan pa yg aku buat.... aku tengah tunggu harga minyak turun heeeeeee nak beli minyak dh nak hbs minyak petrol syarikat aku.... hahahhahahha cuba teka business pa yg aku buat..... kena pandai arrangge lau x bankrap la company aku.........
aku ngah gila main game 'Airline Manager'....ala2 nak jadi mcm Tony Fernandes la..... game ni pasal kita bina company kapal terbang...... mcm Airasia...Now everyone can fly heeeeeee... company aku plak Kenyalang Airways....semangat Sarawak......motto plak aku xfikir lagi heee sbb aku kena fikir gain profit dulu pas2 baru aku fikir hal2 sampingan.....
kena patient gak la nak jd businesswoman ni....ye la nak kena compare harga minyak dunia, kena advertise company kat mana2 media...... buat investment la....ceh kira aku berangan betul2 la nak jd mcm Tony Fernandes heeeeeeeeeeee
aku suka kat benda alah nama flight ni...sbb aku suka melancong...... kat rumah aku da gak koleksi flight ni hehehheeeehh cpt la turun harga minyak....bekalan hampir habis takut flight aku xdpt terbang huuuuuuuuuuuuu
hahahahaa giles....byk story nak share tp esok pagi la hehheheeh tp lau lambat tu faham2 je la weekend heeeeeeee ngandor time.....ahaksssss
adios...c 2morow.....

~peace,may ALLAH bless♥

Thursday, July 22, 2010

penatnyer~

hello...washup......heeeeee semalam aku xsempat b'blog, tdo awl la smlm....
ari ni aku gagahkan diri gak ngeee sbb penat jer
nak hilangkan rasa lemau yg amat ni aku sempat lagi edit aku punya blog... byk benda lagi nak story...
hmmm esok la sambung cta erk.....otak ku x b'fungsi dgn baik ari ni...ala2 nak putus fius....
berat kepala(igt sng ke nak mencarut ni huhuhu otak kena betul gak....kepala aku mmg berat je rasa haishhhhh)
tgu erk cta aku esok...da suka n lawak tp aku malu~ nite alls....

~peace,may ALLAH bless♥

Wednesday, July 21, 2010

bersahur di bulan Syaaban..

4.45 pagi~21/7/2010....Morning semua....heeeee awl je aku b'blog kan?? baru je lps b'sahur...... rasanya dh bpa hari aku puasa di bulan Syaaban, ni la 1st time aku sahur....mungkin semangat sbb ni last day aku qada puasa..... pas ni dh leh puasa sunat ngeeeeeee sorang2 je b'sahur td tu pun makan maggie n junk food ngeeeeee minum air masak.... pastu mengadap blog la keje heeeeeeeeeee nak share gak pasal nikmat b'sahur ni..... Ramadhan pun bakal nak tiba xlama lagi....kita kena la buat persiapan pa yg patut...... moga puasa kita di bulan Ramadhan nanti mambrur diterima oleh ALLAH....>>>>>

Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim )

HURAIAN BERDASARKAN beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat.

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, baginda saw sedang bersahur lalu bersabda: "Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya."

Seorang sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata : "Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya: "Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: "Kadar membaca lima puluh ayat.'' ( H.R. Bukhari dan Muslim ).

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )

Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
" Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." ( H.R. Abu Daud )

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Memohonlah kamu ( kepada Allah ) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari. ( H.R. Al-Hakim )

Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariyat, ayat 18 bermaksud :

"Dan pada waktu akhir malam ( sebelum fajar ), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun".

Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut:

" Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang."

Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda:

" Perbezaan antara puasa kita ( umat Islam ) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur."


moga kita sama2 beroleh rahmat ALLAH...... hadapi hidup ini dengan penuh kesabaran.... berpeganglah kepada Qada dan Qadar ALLAH...jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup..... jaga diri.... hiasi peribadi.....
~ may ALLAH bless♥


Tuesday, July 20, 2010

mimpi dia~


hmmm aku teringat kat dia balik la.... mungkin sebab semalam aku mimpi dia...entah kenape.... ada org kata kalau kita mimpi org tu ertinya dia rindu kat kita(hmmmm,dia ada masa ke nak rindu kat aku??? hmmmm) arghhh izah layan blues lagi...ngeeeeeee enot.....smlm dia kata kat aku moga mimpi KIM BUM(heeee pelakon korea favourite aku..)sekali org lain plak yg muncul dlm mimpi aku....ngeeeeee xpe la anggap je semua tu hanya mainan tido...... sbb aku dah kata pada diri aku....yg aku harus berusaha utk mulakan hidup baru dan biarkan masa yg menentukan segalanya....
DemiNya tuhan yg maha agung  ku tinggalkanmu sementara...
Walaupun diri ini sukar utk melupakanmu..
Antara engkau dan NYA, DIA lah segala-galanya...
Biarlah kita berpisah dahulu...
Membawa hala tuju masing-masing...
Demi untuk menggapai cita-cita...
Bila tiba saatnya...
Andai ada jodoh, kita pasti bersua kembali...
Hanya ALLAH yg bisa menentukan segalanya.....LA TAHZAN!!!
hehehe jiwang je aku ni....hari ini b'jln dgn lancar je.....happy...byk benda baru yg aku belajar.... even penat tapi berbaloi.....seperti biasa aku suka share sumtink kat setiap coretan aku heeeee dan aku akan pastikan ia b'gambar sbb aku suka sumtink yg colourful.....ngeeeeee

kata-kata di atas ni lah yg jadi pegangan hidup aku...sbb itu aku kuat.... setiap yg b'laku itu pasti da hikmah nya....so apa2 je yg kita buat nawaitu itu penting...mcm kita solat,puasa dll apa2 pun mula dgn niat kan??? bukan aje ibadah kena mula dgn niat...perkara lain mcm kemas rumah ke, buat kerja ke, masak ke kena la mula dgn niat baik n ikhlas~kerana ALLAH taala....barulah semua kerja kita b'jln dgn lancar...... moga m'jadi pedoman buat kita semua......
 ~peace, may ALLAH bless


hari yg diharamkan berpuasa....

syukur hari ini aku b'jaya tamatkan puasaku walaupun b'bagai dugaan yg ku tempuhi.... heeee bau makanan semerbak je kat department aku keje....pastu keja plak melambak yg kena buat....penat giler.... balik kena drive long journey plak...mmg cabaran...tp aku b'jaya tepis semua dugaan itu hehehehe syukur dengan nikmat ALLAH. bulan Rejab n Syaaban mmg bulan yg mulia gak selain Ramadhan...semua umat Islam m'gunakan kedua2 bulan ini utk memperbanyakkan ibadat dgn melakukan puasa sunat....... aku nak bagi info ckit heeee peringatan juga buat diriku...al-maklumlah manusia ni pelupa.......
hari-hari yg diharamkan b'puasa>>>>
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2.   Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

Monday, July 19, 2010

catatan harianku~

heeeeeeeeeeeeeee aku suka la nak mulakan sumtink dgn sebut ayat tu heheheh( kat tempat kerja aku pun aku buat macam tu hahahha siap supervisor aku tanya nape suka buat mcm tu ahaksss mst org igt aku giles hhehehhe aku mmg giles n poyos ckit....nak hilangkan stress so sengih ala2 bagi senyuman ikhlas...heeeeeeeee)
Hari Isnin biasanya jadi hari yg plg malas bagiku.....tp aku bangun awal la hari ini hehehhe.....
bila sampai kat tempat kerja.....biasala perhimpunan pagi dulu (aku penat la b'diri huuuuuuuuuuu nak tau sbb ape?? malu arr nak ngaku....ngeeee aku try guna pakai kasut tinggi ari ni poyos je xcly wedges je...la yg tapak rata tp tinggi...sesaje nak try huuuuuuuuuuuu)....
pastu keja byk tunggu aku.... aku kena print out kertas keja anugerah kualiti ketua menteri(untuk rujukan library...syarikat tmpat aku kerja tu ada library....best x???) oleh kerana printer kat level aku dh kehabisan toner terpaksa la aku naik ke level 3...mula2 aku kat bahagian kejuruteraan(aku suka bhgian ni sbb pekerja dia ramah....aku lbih rapat dgn pekerja bhgian ni dr bhagian aku attach)...pastu akibat terlalu byk yg aku kena print.. toner printer EPD(Engineering& Production Depart.) pun habis~haishhh nasib badan dh la berat buku2 yg aku kena print.... nak tak nak terpaksa gak aku menapak k Bahagian Peladangan dh la dgn kasut tinggi aku 2 ngeeee rasa model jap...sambil2 print benda alah tu aku msj la dgn kwn baik aku heeee aku suka usik dia dengan abg burger(nama samaran)hehehhe mcm2 kisah je........
pastu byk lagi la keja yg aku kena buat....mata plak ngantok je.....huarghhh balik rumah kena masak plak....

aku rindu la zmn study dulu.....leh je bawa gaya sempoi.... nak pakai ape main tibai je..... lau malas masak pun mkn maggie ke tapau ke....skrg huuuuuu no excuse no reason kena buat gak hahahhahahha dat is life....moga hari esok akan lebih baik dari hari ini.....

renung- renungkan...... moga kita semua sentiasa di bawah perlindunganNYA...Amin.....

~peace,may ALLAH bless♥

nota cinta..♥

bersua kembali.... hehehe aku sempat layan jap info kat i.luv.islam~ semakin lama hati aku terus terpaut kat laman web tersebut..... terjumpa sebuah cerpen...nampak ringkas tapi padat.....mesej yg hendak disampaikan oleh penulis begitu m'dalam...... syabas ku ucapkan buat penulis cerpen mushroom16.....izinkan aku m'gunakan cerpenmu utk b'pesan kpd hamba ALLAH yg lain...moga dakwah mu ini akan b'terusan~
sama- sama kita hayati  cerpen ini>>>>


"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.
Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.
Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya! 
Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.
“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.
“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…
Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.  Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL
Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.  Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal… 

sayu je rasa hati ini tatkala usai membaca cerpen ini..... Cinta yg agung hanya untukMU YA ALLAH.... moga dapat menjadi pedoman buat kita semua.....Cinta pada bunga,bunga akan layu.... cinta pada kumbang, kumbang akan lari, cinta akan manusia, manusia akan mati TAPI cinta pada ALLAH akan kekal abadi buat selamanya...... 

~peace,may ALLAH bless♥