daebak ^_^

Sunday, September 30, 2012

Sebelum berahirnya September 2012...

Assalammualaikum..... Anneyong....

Baru berkesempatan nak menulis di blog ni... Aduh, terasa yang masa sekarang ni sangat mencemburuiku... Pantang ada masa lapang, kalau tak menghabiskan masa di rumah dengan berehat.. Aku akan keluar jalan - jalan dengan kawan. Nak kata buka blog tu takde... tak juga... Buka tu leh dikatakan dalam seminggu dua kali la.... blogwalking mmg takde dah... Ommo -_- entah, masa betul - betul mencemburuiku....

Oh, rasa tak percaya! Hari ini last day di bulan September 2012.. Tengok n3 untuk September... mmg takde langsung... Ini gagahkan diri juga mengupdate hikhikhik khas n3 b4 berakhirnya September 2012...

Malam tadi tidur lambat, gara - gara nak siapkan report... Dengan batuknya lagi.... Oh, dugaan yg sgt hebat! Akhirnya dapat juga ku siapkan.... Cuma hari ni nak perhalusi lagi sebelum nak hantar esok... Oh, tak pernah rasa macam ni sebelum ni... Rasa macam tunggang - terbalik hidup aku ni gara - gara report untuk DI- Domestic Inquiry.... Apakah DI? Aku malas nak cerita pasal ni, budak - budak HR tau la apa tu DI... pening - pening... @_@

Sepanjang September ni, macam - macam yg berlaku.... Tak sabar nak tunggu Oktober pulak... Lepas ni ringgan sikit tugas ku... Sebab officemate akan kembali bertugas selepas maternity leave 2 bulan... Seksa juga aku 2 bulan berdua je dengan boss. Nak tak nak aku juga yang kena buat.... Tak pe Izah.. sabar... September dah boleh juga, pasti Oktober ni juga boleh... Lepas tu November nanti aku nak cuti!!! Dah plan nak cuti hari apa, tiket flight balik Sarawak pun aku dah beli... Cuma tak bagitau boss je lagi ni... Jangan la boss buat perangai tak luluskan cuti aku sudah! Huhuhuhu Menangis aku nanti!!!

Aku ingin pulang!!! Hehehe ok la... itu je kot aku nak cerita.... Kena settlekan report ni dulu.. Lepas ni tak la hidup aku tunggang - terbalik hahaha Adios!!! ^_^

Wednesday, August 15, 2012

Hari ini mood ke pantai ^_^

Semalam rasa sangat moody... Tapi bila bangun je pagi tadi masa nak sahur, sempat lagi aku senyum sorang2 hahaha lucu pulak bila diingat kembali.... Terubat sikit rindu, walaupun hanya berjumpa di alam mimpi.... Yang penting muka-muka yg muncul semua muka-muka insan yang hampir denganku ^_^

Pagi tadi turun keja dgn mood yg baik... Ditambah lagi dengan boss yg tiada di sebelah paginya.. Dia ambil half day cuti, so petang baru dia ada... Apa lagi, aku dengan officemate aku bersuka-ria... Lagipun semua dah mood raya, nak buat kerja pun malas. Nasib kerja kita orang semua dah selesai... Online je keja ku sepanjang pagi.... Sempat lagi aku update status..

Semalam mood ke laut.... Hari ini mood ke pantai....

Hahaha terus kawanku c Ramlah reply... Ahad ni pulak mood ke awan!! Eya, tidak kesabaran menunggu ahad ni... Nak fly, menerjah awan biru... Balik kampung halaman.... 


Esok last kerja!!! Pastu cuti 1 minggu.. ^_^

Tuesday, August 14, 2012

Mood ke laut, terasa makin sunyi -_-

Hmmm... mengeluh je bunyi aku ni kan?? Mood hari ini ke laut... Terasa sunyi sangat... Mungkin sebab terasa sangat cemburu mengenangkan adik-adik aku semua dah berkumpul kat rumah. Mak aku, adik aku semua dah cuti minggu ni. Tinggal aku sorang je yang still terkontang-kanting di perantauan ni... Jeles sangat bila adik aku bagitau yang dia org dah beli itu.. ini.... Mesti dia org tengah busy buat persiapan raya sekarang... -_-

Lagi la aku rasa bertambah sunyi bila sorang-sorang diri kat bilik ni. Teman aku hanyalah dinding bilik, bantal, tilam dan laptop... Oh, tak dilupa kipas kesayanganku...  Kalau nak bersembang pun kena sembang dengan dinding... sakit hati bila takde respon haahaha parah... parah.... nampak sangat kau tak keruan Izah... Org Sarawak kata 'perer'.... -_-


Tadi di office, berkali-kali je pesawat peribadi dan jet berlepas... Itu mesti banyak customer sewa nak pergi perjalanan jauh. Pastu petang dalam jam 2, aku tengok ramai je org dok tunggu kat bawah.. Ni mesti org besar nak naik jet tu... Sah, org besar office aku nak balik negerinya. Kebetulan sama pulak negeri dgn aku.. Oh, melonjak-lonjak je hatiku .... 'Boleh ka bawa ku bersama??'... Tapi apa kan daya aku hanya pekerja biasa... kuli batak sahaja, tidak layak utk bersama org besar2 ni....

Dah la Jumaat ni company aku shut down, so semua pekerja dibagi cuti awal... Syok cuti awal... TAPI aku la yang tak syok.... sebab petang raya baru balik kampung... Hmmm, sedih mengenangkan nasib sendiri.... Hahaha itu la ko Izah, nak sangat kerja tempat jauh... sendiri cari penyakit... Aduh, hati perempuan ini kadang2 sgt sensitif kan???


Izah!!!! Semangat!!!!! Hehehe kasi semangat pada diri sendiri... Sudah hampir 2 bulan aku hidup keseorangan ni... Terasa amat sunyi... tapi kena belajar juga kan?? Bak kata mummy aku..' Hidup di kubur nanti juga sendiri... ' Ia, belajar merasai kesunyian itu supaya mengingati diri pada takutnya MATI dalam kekufuran dan kegelapan.....

DULU aku selalu pasang angan-angan.... 'Best nya kalau satu hari nanti aku boleh kerja di syarikat yang ada kaitan dengan flight... boleh tengok flight hari-hari...'............................. sekarang dah dpt tgok flight 'take off''.. 'touch down'... , lalu airport hari-hari..... cuci-cuci mata hehe

SEKARANG >>> 'Bestnya kalau dapat sorang Pilot ni kihkihkih... leh la bawa aku naik flight hari-hari... Tidak payah gusar memikirkan nak beli tiket flight balik kampung.....' ^_^ Oh.....Izah yang buang tabiat.... layan jak kawan-kawan *_*

Officemate aku tanya aku 'Izah mmg suka flight ke??'...

Harus.... Aku ni dari kecil suka flight... Nama je perempuan tapi minatnya sangat luar biasa... Kalau orang perempuan lain suka bunga ka... anak patung ka.... TAPI aku... suka flight hehehe ^_^ Aku masih ingat lagi masa aku kecil dulu, ayah aku belikan boneka flight... original lagi tu MAS punya flight model Boeing 747, zaman tu Airbus belum ada lagi... Suka giler aku... Hari-hari main sampai bahagian sayapnya patah... Sebab tu kot sekarang, aku sangat suka duduk dekat sayap ^_^

Kenapa erk aku suka flight??? Sebab aku suka hahaha aku suka fly... Boleh tengok alam yang indah ciptaan ALLAH... Subhanallah.... 

Saturday, August 11, 2012

Suamiku Ustaz

Opps, jangan salah sangka dgn tajuk di atas.. Bukan suami aku ustaz... tak kawen lagi ni macam mana boleh ada suami hehehe ^_^


Lama tak kongsi pasal novel kat cni. Hari ni nak kongsi dengan korang semua, satu novel yang best.... Serius sejak beberapa bulan yg lepas, aku agak kurang sikit nak mengikuti perkembangan novel terbaru. Masa kat Sabah hari tu, sahabatku Anne dah sibuk cari novel ni tapi tak jumpa-jumpa..... last2 aku juga yg jumpa kat KL... huhuhu

Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak beli dan baca novel ni. Sebabnya bila aku baca sinopsis cerita ni, agak kurang sikit di hatiku. Pastu sahabat baikku Enot pula kata yg novel ni ok. Banyak input yg boleh kita dapat  katanya walaupun jalan penceritaannya agak mendatar. Kiranya kurang konflik... Akhirnya, masa shopink raya minggu lepas, terus beli novel ni..... Tambahan masa tu tgh blur tak tahu nak beli novel pa...

Itu la org kata, 'dont judge a book by it cover'... kiranya utk ini.. 'dont judge a book by it synopsis' hihihihi.. Bila aku start je baca Bab1, terus ko teruja... lau boleh nak baca sampaai habis terus... Ye, mmg betul apa yg sahabatku kata.... banyak input yg boleh kita dapat dalam novel ni....

Bagi sesiapa yg bakal nak mendirikan rumah tangga tu amat la sesuai baca buku ni... Boleh la jadi sumber rujukan sedikit sebanyak.... Semoga dapat membina 'Baitu Islam'...

Wink, jgn tanya bila aku nak kawen... aku lambat lagi la...*_*  Soal jodoh itu milik ALLAH.... 



Mood Raya ^_^

Assalammualaikum... Anneyong!!! 

Rasanya mmg rutin aku sekarang, satu bulan satu n3... ngeeee nampak sangat kemalasan nak update belog  di tahap maksima -_- 

Pejam celik, hari ini dah 22 Ramadhan, tinggal 8 hari lagi nak Raya.. Perasaan aku?? Bercampur-baur, entah la nak kata macam mana... Sedih sebab Ramadhan yang mulia ni bakal melabuhkan tirainya... Gembira, sebab nak raya, balik kampung.. jumpa dgn family, teman dan segalanya........ Kesimpulannya, tahun ni mood Raya aku di tahap maksima sedikit jika hendak dibandingkan dgn tahun lepas.

Nampaknya tahun ni aku goyang kaki la. Sebabnya, sah-sah aku balik Swk masa petang Hari Raya, sudah tentu persiapan raya semua aku tak yah nak buat hehehe Tapi kecian la kat mak aku, terpaksa dia buat semuanya.. Lau tak, aku la kuli batak aka bibik indo   kat rumah tu.. Nasib la jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga... Tahun ni nampaknya, aku balik rumah semua dah ada ^_^

Baju sendiri done... Teman tahun ni warna-warni.. tapi yg penting kena ada PINK... baju melayu adikku dan baju kurung mak aku pun dah beli... Bapa aku pula, tahun ni aku belikan dia butang baju Melayu je, sebab baju Melayu yg aku belikan utk dia Raya lepas pun dia tak pakai lagi.... Hmmm, tengok malam raya nanti... kalau boring2 nanti... turun juga aku ke Jalan TAR lagi.... kata org malam raya sale lagi dasyat sebab semua nak habiskan stok.... Oh, my $$$$

Tak dapat nak bayangkan bagaimana la rupa aku masa balik raya nanti... First time ko balik kampung masa hari raya.... dah la petang pulak tu, maghrib baru aku sampai rumah -_- Aku takut aku nangis atas flight je nanti sebab dengar lagu raya.... Harap2 tidak la kan.... kasi semangat pada diri sendiri *_* 

Tema untuk aku tahun ni >>>

Sorang2 kat bilik ni dengar lagu ni pilu je rasa.... Kepada sahabat yg tak balik raya tu terutamanya Mimi, jangan sedih2 k.. Moga bergembira juga walaupun berjauhan dengan keluarga... 

Selamat membuat persiapan untuk raya buat semua.... 


Sunday, July 22, 2012

Bulan ramadhan, dgn suasana baru -_-

Assalammualaikum... Anneyong!!!

Rasanya kali ni aku betul2 pecah rekod. Lama giler tak update blog... banyak n3 yang aku dok peram, entah bila la nak publish -_-

Sebelum aku berceloteh dgn panjang lebar, tak terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ni... Moga Ramadhan kali ni akan memberi seribu makna dan lebih baik dari bulan Ramadhan yang sebelum ni.

Tahun ni, aku sambut Ramadhan dengan suasana yg berbeza... Ist, kat tempat baru... maknanya di sini tiada kawan2 yg aku kenali... 2nd, kena belajar sahur n berbuka sorang2... Aduh, part ni aku tak leh tahan.... tahun2 yg lepas, walau pun tak berbuka/sahur dgn family... tapi ada juga kawan2... Kali ni aku betul sorang je.... terasa macam perantau giler2....sedih dan kesunyian -_-

Kadang2 bila aku fikir, semua ni menjadikan aku seorang yg lebih kuat!!!! Hmm, banyak nak cerita ni... tapi dalam masa sekarang macam tak tahu nak luahkan mcm mana.. Mood nak berbelog jatuh merundum... Nak blogwalking pun aku takde masa...

Tak sabar nak tunggu masa nak balik Sarawak... Tahun ni aku pecah rekod lagi... Buat kali pertama, balik kampung masa petang Hari Raya... Diulangi sekali lagi.... Petang Hari Raya Pertama -__- Itu pun nasib baik my best chingu bagitau ada tiket murah, lau tak... aku mmg dh plan raya di perantauan tahun ni..... Sempat la aku Solat Sunat Hari Raya di Masjid Putrajaya nanti... Malam raya nanti plan nak shopink sakan.... mst murah2 sbb dah last day... Huh, cian pulak kat mak aku... tahun ni dia kena buat kerja sorang2....

Oh, semoga aku diberi ketabahan di tahap maksima!!! 

Thursday, June 7, 2012

Up your spirit!!!

Dah 3 hari tanpa tidu yang berkualiti. Eh, apakah bendanya tidur yang berkualiti? Teringat pulak pengisian kelas 'Problem Solving and Creative Thinking', kumpulan aku suggest pasal tidur berkualiti ni. Isu panas juga la sebab ada menimbulkan rasa tidak puas hati bagi sesetangah pihak. Last2, trainer kita org setuju pulak dengan cadangan kumpulan aku tu... Yes!!!! Senyum lebar ^_^

Kalau setakat tidur biasa mmg biasa bagi semua org tapi kalau aku tanya adakah korang mempunyai tidur yg berkualiti?? Ada ke yg akan jawab ya? Tidur kualiti di sini hendaklah mempunyai waktu tidur lebih dari 6 jam. Kalau boleh hendaklah antara 6-8 jam sehari. 

Bagi aku kalau tidur tak cukup, semua rasa nak marah keluar. dengan pening kepalanya lagi... Tambah lagi kalau time busy.... Stress ok..... Eh, tiba-tiba aku mengarut pasal tidur pulak erk.... Aku tengah pening ni.... Nampaknya malam ni kena berjaga lagi. Sabtu ni pun ada aktiviti lagi.... Itulah org kata kena berkorban.... 

Nak bagi up sikit semangat ni....


Rasa semangat sikit bila baca kata-kata ni... Cabaran datang dan pergi... Apa yg penting kita hendaklah bersemangat.... Argghhhh, semangat sikit IZAH!!!!!

:: My birthday is around the corner.... Tak sabar nak buka hadiah dari my lovely friend... Dah dapat hadiah awal ari tu... Suka sangat sebab hello kitty!!!! hehehehe ::

Friday, June 1, 2012

Hai June!!!!!

Sebulan tak update blog. Cuba luangkan masa untuk mengupdate apa yang patut tapi masa mmg mencemburuiku. Pejam celik, rasa macam tak percaya kita sekarang ni dah berada di tengah tahun. It's June already... -_- Nampaknya tinggal beberapa hari lagi, aku akan genap 25 tahun... Oh, no!

Life sekarang penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Hujung minggu masa rehat pun aku habiskan dengan aktiviti riadah bersama dengan kawan-kawan baru. So far, life di SABAH ni mmg menyeronokkan. Hmm, belum ada masa lagi nak upload gambar. Semua gambar terbaru masih dok perap dalam kamera lagi, belum dipindahkan ke laptop. 

Tinggal 3 minggu lagi life aku di Sabah ni, lepas ni kembali semula dengan life di Semenanjung M'sia macam zaman study dulu. Ingatkan tak sempat nak balik Sarawak sebab plan dengan member nak terus ambil flight ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu. Nampaknya, ada peluang lagi... Alhamdulillah.... Rezeki lagi, peluang walaupun entah dapat ke tidak... Cuba juga yang terbaik. 16 June ni ada exam lagi. Macam sebulan sekali je aku balik Sarawak hehehe Macam AIRASIA tu kepunyaan bapa aku je heeeee

Hmm, apa lagi nak update ni?? Rasanya setakat ni itu je yang perlu aku update..... Nak apply cuti ni tapi teringat pulak nak update blog....Hope cuti aku kena approve then boleh balik Sarawak sekejap before berhijrah ke tempat jauh lagi....

My Birthday is around the corner...... @_@

Thursday, May 3, 2012

Everything New!!!

Assalammualaikum..... Anneyong.....

First time update blog kat tempat baru ni, rasa macam terlebih excited pulak hehehe 29 April yang lepas, Alhamdulillah sampai juga di tempat baru.... Jejak je kaki kat tempat baru ni rasa lain macam sikit huhu nasib baik ada kawan sekolah dulu yang ambil aku kat airport.

Rasanya lepas ni aku memang tiada masa nak berbelog lagi. Lagipun masa aku terlalu padat dengan aktiviti. Hati dah mula rasa seronok dengan suasana baru hehehehe aku suka tempat baru ni sebab dikelilingi dengan pantai yang cantik. Siapa tak suka pantai?? Aku ni lagi la suka.... teruja dan damai je rasa.... Hari-hari boleh tengok pantai.... pulau...... romantiknya kalau boleh jalan-jalan dengan kekasih hati

:: Seronok dengan tempat baru, kawan baru dan aktiviti yang baru... Hati pun tersa tenang...... ^_^ ::

Sunday, April 29, 2012

Lembaran Baru.....

Badan dah terasa letih, mata pun dah mengantuk tapi tak terasa nak tidur lagi. Gigihkan diri nak update juga blog ni. Tinggal beberapa jam lagi aku akan fly ke tempat baru..... Terasa macam cepat sangat masa berlalu... Esok dah 29 April.... Baru setahun lebih aku balik ke tempat kelahiranku.... tengok2, esok dah kena berhijrah ke tempat baru.

Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya... Macam mana la agaknya esok??? Risau juga sebab sebelum ni aku belum pernah lagi sampai ke situ. Nasib baik ada kawan sama sekolah dulu. Dia datang ambil dekat airport..... lega sikit rasa hati ini.

Bila dah kat tempat baru nanti, pastinya lembaran baru bakal menyusul. Ingat balik masa zaman aku study degree dulu. Ist time berjauhan dengan family, kiranya lain negeri. Kalau setakat berjauhan dengan family satu negeri tu aku dah biasa la sebab dari umur 13 tahun lagi dah sekolah asrama....  Masa flight untuk esok mmg sama je mcm dulu cuma destinasi utk kali ini yg berbeza.

Tiba-tiba rindu dan sayu sebab minggu depan tak jumpa dengan anak murid aku lagi.... Aku rindu la kat dia org terutamanya budak2 Tahun 2 Bestari..... *_*

~ Hari Khamis lepas aku mimpi kamu lagi.... tak tau knpa kamu muncul lagi...... ~ nampaknya kita makin jauh...

:::: Start a something new...... Buka lembaran baru esok... tak dapat nak duga apa yg bakal ditempuhi nanti... Apa yang pasti itu yang terbaik bagiku yang ALLAH telah aturkan.... Selamat Tinggal Sarawak.... Say hai to new place..... ^_^ ::::


Thursday, April 19, 2012

Chingu aka Friend aka Sahabat

Malam tadi awal aku tertidur, rasanya sebelum jam 11 mlm aku dah terlelap. Sedar-sedar tengok jam dah pagi huhu Tidur yg nyenyak dan nyaman betul.... Bila dah sedar dari tidur, sempat termenung jap. Teringat mimpi apa malam tadi. Mimpi yg bercampur-campur. Mula-mula aku mimpi muka cikgu-cikgu yg sama mengajar dgn aku. Lepas tu beralih ke mimpi lain pulak.

Mimpi yg kedua lagi best sebab muncul muka-muka sahabat baik aku. Nampak sangat aku rindu kat dia orang. Lama sangat rasanya kita org tak jumpa. Ye la masing-masing dah sibuk! Tema mimpi malam tadi ialah Majlis Perkahwinan kawan baik kita orang Siti Aisyah aka Aisyu. Yang lucunya dalam mimpi tu, aku dan Enot yg busy mengalahkan pengantin.


Aku dan Enot sdg sibuk mencari mana baju pengantin. Adakah patut, pengantin lupa letak baju pengantin sendiri kat mana.... Ish-ish, Aisyu...... ko mmg slumber ya-ya je... Sempat lagi dia bergurau dgn bakal suami dia. Last2, baru dia bersiap.... Yang penting dlm mimpi tu, tema wedding Aisyu warna kelabu.... Cantik sangat! (segeh Aisyu ~ pastikan in real lak ktk kena ada baju kelabu juak ok hehe)

Lepas settle majlis, aku dan Enot tiba-tiba berada di tempat lain. Tapi tempat tu aku tak berapa nak sure sebab tak jelas sangat. Apa yg pasti, masa tu suasana sejuk.... kita org kat dalam tren.... aku rasa macam kat Korea hehehe Sebabnya dalam tren tu penuh dgn tulisan Korea.... Sah la kan kat Korea hahahaha ^_^ ngeeeeee
( Enot!!! mudahan yg tok menjadi kenyataan oooo.... KOREA!!! mcm kita2 jak yg lom kawen gik... huhuhu kali masa ya kita2 mbak dirik ke Korea -_- )

Sambil tunggu perjalanan tren ke destinasi yg seterusnya, aku dan Enot sembang-sembang la... Tiba-tiba muncul pulak abang long aku.... (Wah, abg long!!! Aku rindu kat ko juak kot....) Terkejut bila abg long Stanz muncul kat dlm tren..... di Korea pulak tu..... -_-
{ Hmmm, suasana mcm dolok jak... ingat sik Enot!!!... Abg Long!!!!.... masa kita sama2 balit ke Sarawak pake MAS AIRLINE???..... kita berkumpul kat KLIA.... rindu time ya eh... bila pat sama2 nait flight gk tok????}



::: Attn to all my chingu!!! Miss U All...... :::


Saturday, April 14, 2012

Still airing 2012 Korean Drama

Hari tu selepas selesai menonton Salaryman Cho Han Ji, seminggu juga aku keboringan menunggu drama Korea baru yang best. Lepas seminggu, ommmo sekaligus release 3 drama Korea yg baru dan paling penting menarik perhatian aku.

1. Rooftop Prince (SBS)
pinjam dari En Google
Aku mmg tertunggu-tunggu drama ni sebab sebelum ni dah siap baca sinopsis semua. Dari situ aku dah agak drama ini pasti akan top. Bila release je episod 1 ari tu, terus aku dowload hehehe Mmg terbaik!!!! Selepas je tonton episod 1 tak sabar-sabar nak tunggu episod yg seterusnya.... Mcm org gian je hahaha Inilah masalah kalau tengah tonton drama yg still lagi airing kat Korea. 
( Alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni, boleh on je switch TV dan tonton semua drama kegemaranku tanpa perlu dowload dan menunggu... -_- ) 


watak penyeri: 3 org pembantu dan 1 raja...
Setakat ni dah tonton sampai episod 6. Kalau kat M'sia, 23 April nanti baru start airing kat Channel One HD, ASTRO 393....  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh baca sinopsis kat koreandrama

2. King 2 Hearts (MBC)
pinjam dr En. Google
Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak tonton drama ni, sebabnya?? Huhuhu sebab aku tak minat sangat dgn Han Ji Won, entah la kenapa aku kurang sgt nak tonton drama lakonan dia... dan yg menjadi masalahnya, aku suka pulak tengok Lee Seung Gi berlakon. Ibarat org yg serba salah hehehe

Lepas seminggu drama ni airing kat Korea, tengok rating... Wah, tip top.... dasyat ko!!! Sambil-sambil tunggu episod Rooftop Prince yg seterusnya, aku cuba la tengok episod 1 drama ni. Hmm, not bad..... Patut la rating tip top. Jalan cerita yg berbeza dgn drama korea sebelum ni.

Hmmm, MBC mmg suka buat drama ala-ala keluarga di Raja. Igt balik drama dulu-dulu yg ala-ala keluarga di raja korea macam 'Princess Hours', 'My Princess'.... semua terbaik!! Now, done watching until episode 6, waiting for next episode.... Geram tgok LSG dlm drama ni, watak dia mmg sgt annoying,  rasa nak je bagi penampar kat dia *_& hehehe tapi lakonannya mmg mantap!

3. Love Rain (KBS2)


Ommo, it's Jang Geun Suk and Yoona SNSD.... Kolaborasi yg tak pernah dibuat sebelum ni di mana-mana drama korea. Drama ni bertemakan tahun 1970's... Org kata hot 70's.... Cuba suruh mak dan ayah korang tengok drama ni, pasti dia org suka.... Dapat mengembalikan memori cinta suatu ketika dulu hehehe

Aku suka suasana dlm drama ni. Nampak klasik, romantik.... Cun dgn tema drama ni la iaitu zaman 1970's. Kalau cerita pasal rating, rating drama ni agak kurang sikit.... Mungkin bersaing dgn dua drama yg aku sebut tadi kot. Bagi aku drama ni OK je hehehe mungkin jalan penceritaannya agak slow sikit. Aku pun tak ikut sgt drama ni, cuma dah tengok beberapa episod je. Lepas dah selesai dgn Rooftop Prince dan King2Hearts, baru aku beralih semula dgn drama ni..... Sebab nak follow 3 sekaligus mcm tak dapat sebab kelajuan internet aku ni terhad huhuhu Time ni la rasa alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni -__ -  
Apa yg nak aku nak cakap, Jang Geun Suk oppa... You're Hot!! ^_^

~ Inilah dia 3 drama.... Pertembungan 3 penjuru hehehe 3 drama yg hot dengan pelakonnya yg hot. Selamat Menonton semua.......... 

Friday, April 13, 2012

2AM finally comeback!!!

Tadi secara tak sengaja aku terjumpa lagu 2AM. Niat asal aku sebenarnya nak dowload OST drama korea yg terkini. Lepas tu biasa la aku kan cari lirik lagu dalam hangul dan translation sekali. Alih-alih aku ternampak lirik lagu 'Break Up Well' by 2AM. Timbul perasaan hairan di hati, sebab sebelum ni lagu 2AM takde yg tajuk macam tu. Tak puas hati, aku cuba dengar... Sah mmg bukan lagu lama dia orang.....


Sekali aku tengok cover lagu (sebab lagu tu belum ada official music video lagi ) ada tulis 2012... Aik, tak kan lagu baru?? Masih lagi dalam keadaan blur. Lepas tu cuba cari kat Youtube... Takde pulak video yg fans buat atau pun yg official music video... Yang ada cuma video dari 'Music Bank KBS2' dan dari saluran TV Korea yg lain. Siap tulis comeback 2AM 2012!!!!!!!!!!!

Ommo, kenapa la aku baru perasan sekarang?? Finally, selepas setahun tanpa album baru... 2AM comeback on last 12 March 2012... dan aku baru tahu hari ini, 13 April 2012 huhuhu genap sebulan berlalu... Macam terlambat tak aku ni?? huhuhu Rasanya belum terlambat lagi kan.... 



Album terbaru 2AM, 'F.Scott Fitzgerald's: Way of Love'.... Mengandungi 6 buah lagu...... (suka sgt cover album dia org ni... nampak klasik dan unik.... )

1) Break Up Well ( lagu baru 1st yg aku jumpa..... terus buat aku jatuh cinta ^_^ )
2) I Love You ( yg ni muzik dia ala-ala zmn dulu2, kureng sikit bagi aku )
3) One More Second ( suka sgt2... nomu2 chua...... lirik lagu ni best..... )
4) Erase All Our Memories ( rasa nak menari....hehehe aku suka....)
5) You Are Mine ( suka lirik, suka muzik.... suka semuanya...... jjang~ )
6) I Wonder If You Hurt Like Me ( jatuh leleh..... feeling....... nomu-nomu chua.... daebak.... fantastic hehehe semua amazed word aku nak sebut... -__- )

Secara keseluruhannya aku suka 5/6 lagu dari album baru ni. Dah siap dowlaod semua sekali dengan lirik lagu. ^_^ Bila hayati semua lagu dalam album ni..... Ia mengingatkan aku dengan 'kamu'.... Bait-bait semua lagu dalam album ni mengingatkan aku kisah kita. Kisah kita dari awal pertemuan sehinggalah sekarang.... Bertepatan pulak dgn tajuk album ni 'Way of Love'...

kisah cinta antara aku dan kamu.....Masih ada peluang kah??? atau biarkan ia berlalu menjadi kenangan yg sukar utk diungkapkan.... Ottoeke??? *_*


::: Kamu ~ Sukar ditafsirkan dgn kata-kata.... kerana kamu hanyalah kamu..... Itu yg aku pasti ttg kamu :::

Mood bercampur-baur -_-

Semakin hari aku rasa aku ni semakin malas nak update blog. Aduh, tengok je jumlah n3 per month, semakin hari semakin berkurangan... Entah la, mungkin mood masih bercampur-baur lagi. Sebelum ni pun bukan aktif sangat nak berbelog, tapi at least sebelum ni aku akan buat juga 1 / 2 n3 utk satu hari..... ( Mood Malas *+* )

Esok weekend la... Banyak-banyak minggu, minggu kedua di bulan April 2012 ni lah yang paling aku suka! Hari Isnin cuti, Selasa kerja... Rabu cuti balik.... Khamis baru sambung kerja lagi.... Terasa macam sekejap je nak ke hari Jumaat hikkssss sapa tak suka weekend kan???? ( Mood Suka Hati ^___^ )

Tadi buka Youtube, niat di hati nak dowload OST untuk 'Rooftop Prince', 'King2Heart' dan 'Love Rain'... Alih-alih aku terjumpa lagu 2am... Tak perasan pulak dia org buat comeback Mac lepas... Ommo, lepas sebulan baru aku tahu!!! Terus godek habis-habisan... Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, argghhhhhhhhhhh, ommo... ommoooooo..... Annoying..... Lambat betul aku tahu!!!!!!!!!! ( Mood Geram @__@ ceh, mengada je kan???? )

Masa nak balik rumah tadi, sembang dengan sorang anak murid aku. Aku tegur dia kenapa tak balik lagi, rupanya tunggu ayah dia ambil... Tanya tinggal kat mana, niat di hati kalau dekat aku boleh je tolong hantarkan... Sekali dia kata tinggal kat Sri Aman... Terkejut aku! Jauh bena rumah nak pergi kat sekolah. 

Lepas tu dia bgtau ayah dia kerja jual air kelapa kat pasar Serian... Oh, patut la sekolah kat Serian... Sebab setahu aku, jarak dari Sri Aman ke Serian bukan nya dekat.... Timbul rasa kecian, sedih juga... teringat masa aku sekolah rendah dulu..... Susah juga bila rumah jauh dari sekolah, di tambah lagi xde transport lain yg boleh diguna selain tumpang ayah je... Nak tak nak kena tunggu lama juga orang tua ambil di sekolah..... Bila kawan2 lain dah balik, tinggal kita sorang je kat sekolah mmg rasa sedih, takut, lapar, dahaga......
( Mood Sedih... sayu je hati.... )

::: Hidup ini penuh dengan cerita..... :::

Tuesday, April 10, 2012

Hari yang menyeronokkan!

Salam semua.... Annyong....

Muka semua ceria, senyum pulak sampai ke telinga hehehe Gembiranya hati, esok cuti lagi!! ^_^ Hari ini je pergi sekolah, semalam Isnin pun cuti sempena Easter Sunday so sekolah ambil cuti peristiwa. Hari Jumaat lepas mmg Public Holiday.... Kira semuanya, jadilah empat hari cuti... Syok!!!!




Bila dah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Bila dah balik kampung mmg mcm2 aktiviti yg aku buat. Aktiviti wajib, makan besar hehehe Lama aku mengidam nak makan seafood. Syukur, rezeki... Auntie aku belanja makan seafood kat TOPSPOT Tmn Kereta, Kuching. Tempat favourite kita org kalau nak makan seafood... Sibuk makan, aku terlupa pulak nak snap gambar hehehe

Esok boleh la nak bermalasan hehehe mmg seronok kan kalau hari-hari cuti!

~ Counting the day! -_-

Tuesday, April 3, 2012

MPQ Peringkat Sek Ren.

Ini n3 yg diperap selama 3 hari huhuhu... Sabtu yg lepas, kena bawa budak pergi bertanding. Cun la pulak tempat pertandingan kat Tebakang. Alamak, sungguh... Walaupun aku ni anak jati Sarawak, jalan-jalan kat sini aku belum mahir lagi. Sesat juga la huhuhu org sarawak sesat di tempat sendiri hahahaha

Walaupun aku ni setakat guru sementara, dah dinamakan tugas kena juga lakukan. Eh, byk sungguh walaupun ni..... Tukar pulak la.... *_* So, Sabtu minggu lepas sebahagian guru PAI yg ditugaskan bawa budak utk Pertandingan Bercerita Agama dan Tadarus Al-Quran sibuk. Dah la sorang budak tu dia datang lambat, aku dan sorang lagi cikgu praktikum kena tunggu dia. Last2 dia dah datang dgn family dia.

Penat juga nak menjaga budak sekolah rendah ni. Biasa la kan budak2, kalau kita tak awasi dia org siap la nak merayau je kejanya. Alhamdulillah... Sebanyak 6 kategori yg dipertandingkan.... Bercerita L/P, Hafazan L/P, Tilawah Al-Quran L/P... 5 daripada 6 kategori tu kita orang jadi juara... Cuma Tilawah Al-Quran untk Lelaki je kita org Naib Johan... Tak sia-sia usaha semua guru PAI yg membimbing semua peserta dgn bersungguh-sungguh....

Aku pun tumpang banga sekali hehehe Pengalaman yg cukup berharga buat aku.......

Ni johan bhgian hafazan... Budak ni mmg pandai.... Pernah mewakili sampai ke peringkat Bahagian....

Gambar Kenang-Kenangan
::: Macam tak percaya tinggal 27 hari lagi.... Lepas ni entah dapat ke tak nak merasa jadi Guru lagi. Org selalu kata tugas seorang guru ni mudah... Setakat yg aku dah rasa, ia bukanlah semudah yg disangka... Cabaran itu tetap ada.... Tiada yg mudah kat dunia ni kan???  Selamat Tinggal anak-anak muridku... Moga kalian terus rajin berusaha untuk mencapai kejayaan...:::

~ Counting the day...... Tak sabar nak mulakan kehidupan baru, pekerjaan yg baru dan di tempat yg baru... Apa yg pasti, cabaran baru pulak bakal menyusul selepas ini..... 'Man Jadda Wa Jadda'~

Monday, April 2, 2012

Tahniah buat kamu ^_^


Aku ternampak status kamu kat wall FB aku minggu lepas. Alhamdulillah, aku tumpang gembira... Akhirnya kamu berjaya juga lulus.... Aku tahu kamu boleh, aku tahu kamu juga layak untuk mendapat gelaran itu.... Walaupun kamu kecundang selama setahun, tapi ia tak bererti kamu kalah kan??? 'Gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal buat selamanya..'

Dan sekarang sudah terbukti yang kamu juga boleh berjaya seperti kawan-kawan kamu yg lain. Tahniah lagi sekali dariku buatmu. Walaupun aku tahu belum tentu kamu akan membaca catatan aku ni, tapi doa aku tetap ada untuk kamu..... 

Mungkin kamu rugi setahun, tapi percayalah pasti ada kemanisan disebalik setiap dugaan itu. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi sesuatu dugaan yg umatnya sendiri tidak mampu utk menghadapinya. 

Bila fikir balik, setelah kamu berjaya... Aku pun turut mendapat perkhabaran baik. Setelah setahun juga aku masih ditakuk yg lama... mencuba dan terus mencuba.... Akhirnya, baru skrg terasa ia berhasil... Cuma bezanya di sini... Kamu akan terus berbakti utk tempat kelahiran sendiri, aku pulak ditakdirkan utk berjauhan dgn keluarga lagi sekali. Mungkin, rezeki aku mmg di negeri orang!

Doaku buat kamu... Moga kamu terus berjaya... Ingatlah keluarga tersayang terutamanya ibumu... Aku tahu kamu seorang anak yg baik, berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada. Selamat berkhidmat buat masyarakat...dan tahniah yg tidak terhingga buat kamu... Dr. A_Z.....


Pastinya sekarang ni kamu tunggu utk posting.... Bermulalah kehidupan yg sibuk nanti bila bergelar 'Houseman'... Moga kamu diberi kesabaran yg tinggi sebab aku tahu ketika itulah tugas seorang doktor benar-benar diuji....

Bila dengar lagu ini, aku terus suka melodinya.... Aku pasti kamu pun suka lagu ini. Bila hayati lirik lagu ni macam ada pulak kaitan antara aku dan kamu... Sukar dimengertikan.... ceh, keluar pulak bhs indon... hehe

Antara kita, cuma aku, kamu yg faham dan semestinya ALLAH yg lagi maha mengetahui apa yg terjadi~


It's April!!

Salam semua!!! Anneyong!!!

Wah, lama sungguh tak update blog. Entah la, aku rasa sejak tahun 2012 ni mood berbelog ada kurang sikit. Nak kata takde story yg nak dikongsikan, aku ni mmg byk je cerita cuma malas nak mengigihkan diri nak menaip huhuhuhu

Kiranya ini n3 pertama untuk bulan April 2012.... Alhamdulillah.... syukur kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk terus bernyawa di muka Bumi ini. Setelah beberapa bulan berusaha untuk mengubah perjalanan hidupku. Ternyata kuasa ALLAH itu, tiada siapa yg dapat menduga. Rezeki itu milik ALLAH...... Alhamdulillah sekali lagi......

Sekarang ni rasa macam tak cukup tangan pulak. Nak rehat pun pandai-pandai sendiri. Kalau sebelum ni rasa macam terlebih rehat. Lama juga tak layan drama korea ni. Lepas ni pun rasanya kena KIV semua drama korea yg baru..... Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni. Takdirku mmg di negeri orang.... Kena kembali berhijrah.... *_* Moga penghijrahan ku ini akan memberi kebaikan buat hidupku~

Saturday, March 24, 2012

This Is Me

Beberapa hari ni aku sibuk dowload variety show hehehe biasa la bila line broadband tgh laju ni, tanpa membuang masa terus ambil peluang utk dowload apa yg mampu. Ni dah start nak slow balik. Tapi tak kesah la sebab lepas ni dah nak bulan baru, lagipun dah bayar awal broadband utk bulan ni.

Hari Khamis yg lepas dapat call dari AA. Biasa la nak promote pasal pakej dia orang. Sembang punya sembang, dia tanya pulak betul ke aku ni orang Sarawak. Dia ingatkan aku orang Kelantan sebab sleng aku cakap ada bunyi org kelate.

Aduh, ada lagi sorang yg cakap kat aku mcm tu. Dulu masa study degree pun, banyak member Semenanjung kata yg aku ni tak mcm org Sarawak. Bila ckp Bahasa Melayu baku, sure bunyi mcm org sana. Bak kata dia org langsung takde bunyi sleng Sarawak. Siap dia org compare kan aku dgn member Sarawak yg lain.

Hmmm, aku pun tak tahu nak cakap apa. Banyak dah org kata aku mcm tu. Rasanya aku pernah juga buat n3 pasal ini tahun lepas. Ya, mmg ada pun... Ini dia... nape-xpercaya-ke-aku-org-swk.

Apa-apa pun, aku ttp org Sarawak. Hehehehe This Is Me.... I' m Sarawakian....

Monday, March 19, 2012

Friend VS Unfriend

Masa blogwalking tadi, terbaca satu n3 ni pasal friend dan unfriend member kat FB hahahaha Macam ada sangkut - paut je dengan n3 aku yg ni laman sosial. Korang ada tak pengalaman macam tu? Aku sure mesti ada yg mengalami kes macam tu. 

Dulu kalau ada org yg add aku mmg semua aku approved. Ye la dah org add kita tak kan nak menyombong pulak. Sebab masa tu sentiasa berfikiran positif. Walaupun kenyataannya tak pernah bertegur - sapa pun dgn org yg add aku tu, just kenal - kenal biasa je sebab sama tempat study. 

Sekarang ni, minta maaf la banyak2 buat sesiapa yg add aku. Aku mmg tak approved dah siapa2 yg add aku. Kalau org yg aku kenal lain cerita la. Sebab tu bg sesiapa yg nak add aku kena inform aku dulu. Siapa korang..... Aku bukannya apa, takut perkara lama berulang kembali. Aku pernah hilang seorang kawan kerana FB.

Dan aku juga kehilangan 'kamu' kerana FB. Trauma juga aku dgn FB ni. Sebab itu sekarang ni aku jarang nak update status. Kan dekat FB ni status kita boleh dibaca oleh semua friend kita. Kalau yg jenis tak penyibuk ni tak menjadi masalah, takut yg manusia yg asyik nak menjaga tepi kain org... Susah! Sebab itu kawan2 aku kalau nak share something lebih suka P.M aku. Kalau kat inbox at least ada privacy kan. Lagipun aku dah remind dia org awal2 yg FB aku ni banyak stalker hahahaha Bahaya! 

List friend aku sekarang ni pun kebanyakkannya member dan cikgu sekolah aku dulu, pastu lecturer dan kwn baik aku ms degree. Aku pertahankan FB tu pun sebab sayangkan member sekolah aku dulu. Ada juga aku bagitau kat chingu Enot, yg aku nak delete akaun FB aku tu. Bila fikir nanti susahkan kawan yg lain tak jadi la aku delete.

Buat sesiapa yg perasan aku unfriend dia org, aku minta maaf byk2. Ada juga yg aku pernah unfriend, lps tu aku friend balik... Sbb ada yg guna nama pelik, harus la aku tak kenal.... Itu pun setelah dia org tanya aku kenapa aku remove dia org..... huhuhu maaf lagi sekali. Bukan bermakna aku sombong atau berlagak. Itu adalah langkah berjaga- jaga yg aku buat. So, buat semua friend aku skrg ni jgn risau korang ttp kwn aku.... Jgn buat aku unfriend korang sudah hehehe



Ciri - ciri org yg aku unfriend:

- yg tak pernah nak tegur aku, bercakap dgn aku... tiba2 kecoh nak add aku kat FB... oh, no!! Ini ciri pertama yg aku unfriend.

- manusia yg asyik nak update status... Setiap saat ada je status baru. Kalau status yg membawa kpd kebaikan tak apa la juga, ni asyik nak kutuk... maki... mengata org..... lebih baik aku unfriend kan?? drpd aku sakit mata baca status dia... Tak ingin pun aku nak baca tapi masalahnya status ko menyemak di 'home' aku!!!! Percuma aku dpt dosa juga....

- stalker..... sng kata kaki skodeng.... curi2 tgok wall aku... kalau juz nak tahu perkembangan aku pastu buat perkara baik kat aku tak pa juga... Ni dalam diam baca status aku.... (Cthnya, kalau aku buat status dlm bhs Korea.... tgok2 ko reply... aik... mcm fhm je aku ckp apa, lps tu mula mengata aku kat FB ko... sah ko da buka wall aku.... ) Mula la nak memperlekehkan aku...Ko igt aku tak tahu??? Ko stalker aku, aku ada byk reporter!!! Ini mmg calon wajib aku remove..... 

- manusia yg guna nama peli-pelik. Gambar pun pelik - pelik... Maaf ye aku tak berkawan dgn makluk asing!

Laman Sosial

Setelah lama FB aku menyepi tanpa status baru, kiranya semalam la baru aku ada mood nak update status. Itu pun sebab nak wish birthday abang long stanz. Kalau tak jangan harap la aku nak update bebagai. Hmm, ingat dulu masa study, FB mmg wajib update hari-hari. Kiranya tak lengkap je rasanya life ni kalau sehari tak update status kat FB. Kononnya lah! 

Aku ni dulu kira boleh la dikatakan buta IT. Dulu mana nak kesah sangat pasal YM, chatting, sent email ni. Ingat lagi masa kali pertama ada akaun email Yahoo. Itu pun sebab kena buat tutorial masa kelas komputer Form 6, terus belajar hantar email dekat member sekolah. Huhuhu sangat kuno aku zaman dulu. Lepas tu baru tahu kewujudan Friendster. Itu pun my chingu Enot yang bagitau dan dia suruh aku sign up juga sebab senang nak contact member yg lain. Ala, masa tu mana la aku reti segala benda alah tu so suruh Enot la buat akaun Friendster utk aku.

Sejak tu baru kira celik sikit pasal IT ni hahaha Asyik dengan Friendster lepas tu masa study degree orang sibuk dengan Tagged pulak.... So aku buat akaun Tagged juga. Kiranya Friendster utk member sekolah menengah dan Tagged untuk member degree. 

Beberapa tahun lepas tu, aku tengok macam kurang je member dekat Friendster dan Tagged. Ingatkan masing2 busy. Rupa-rupanya semua dah berpaling ke laman sosial yg lain. Itu pun aku baru tahu bila abg long dok sibuk suruh aku buka akaun Facebook. Eh, apa ke benda alahnya tu?? Hahaha Seperti biasa, aku yg serba ketinggalan ni suruh abg long buatkan utk aku. 

Lepas ada je akaun FB, banyak je member sekolah yg add. Pastu sibuk dengan kuiz la, sent card la macam2 la benda mengarut dalam FB tu. Kiranya akaun FB ni ruang utk aku jumpa kenalan lama lebih-lebih lagi member sekolah dulu. Kat sana leh tahu perkembangan dia org, rupa terkini dia org dan kalau nak chat pun boleh. Kiranya FB ni macam-macam ada la. 

Tapi, itu semua kisah dulu. Sekarang ni aku macam takde mood je nak ber'FB lagi. Akaun Friendster dan Tagged mmg dah lama aku buang. Rimas banyak sgt. FB ni ada juga rasa nak delete tapi bila fikir member sekolah rasa macam syg pulak. Sebab kat situ la tempat kita org berjumpa....

Aku bukannya apa, sebab rasa sgt annoying kalau org dok stalker FB kita lps tu nak mengutuk kat wall dia. Tak puas hati tak berani ckp depan2 lepas tu tunjuk lagak kat belakang apa reti kan?? Banyak juga aku kena dgn org dek kerana FB ni.... Sebab itu sekarang ni aku malas nak aktif sangat ber'Facebook..... Eh, apasal aku tiba2 emosi ni... ???

Sunday, March 18, 2012

Happy Birthday Abg Long!

Malam macam ni tiba-tiba teringat kenangan dulu-dulu... Kenangan mengusik jiwa org kata hahaha Kalau zaman belajar dulu, biasanya malam macam ni mesti ada je aktiviti sampingan yg kita org buat... Lebih-lebih lagi esok birthday abg long kita org, of course masa ni kita org tgh ready nak buat surprise party... Oh, sangat rindu suasana masa itu!

Khas buat Abg Long Stanz..... 


Tahun tok aku saja buat special n3 awal-awal. Supaya bila ko baca tok masa kerja keesokkan harinya ko akan bersemangat... Lagipun aku takut jadi mcm tahun lepas.... takut terlambat..... Hehehe Rasa macam x cayak nak, sebab mulai jam 12 tengah malam lak, ko dah genap 25 tahun. Ommo, ulang lagi sekali 25 tahun!!!! Takut x nangga angka ya abg long??? Pa-pa pun ko kena terima hakikat juak nak?? Ko dah 25 tahun... So, Happy Birthday yang ke 25.... 19 March 2012...... 

Rasa macam semalam jak kita > pergi jalan sama-sama, buat surprise party untuk ko, dengar ko koke, buat assignment sama - sama, mengarut sama - sama, pergi lepak kat kedai mamak sampai pagi, then online pun sampe pagi, tengok movie midnite, tahan hati dengar pelanggan di Jusco, ngereco ngan cdak pekerja JJ, byk benda la kita polah sama-sama.

Terima Kasih sebab ko sudi menjadi sahabat senang dan susah kepada aku. Ko juak la abang long aku. Merasa juak aku gne rupa ada seorang abang hehehe Ko la Abang Long yang terbaik...


                                           
Ada sigek pengalaman yg aku xkan lupa sampe bila-bila... aku dah story pun masa n3 besday ko yg lepas. Aku rasa ko mesti masih ingat juak peristiwa ya nak??? Jom, baca balit kisah ya... khas-buat-abg-long-saya.

Last but not least, wanna wish you luck abg long.... Oit, g Kuching la... Lak leh celebrate sama-sama.... Take care n miss u abg long..... ^_^

pic tok nampak oldies na jak ooo... perkara plg lucu jak hahaha
I keep replay this song and it remind me about you..... So, I dedicate this song special for you.... Sharing happiness together~


Friday, March 16, 2012

Salaryman Cho Han Ji

Salam semua!!! Anneyong!!!

Rasanya lama dah aku tak buat review pasal drama Korea. So, hari ni aku nak review pasal drama yg tengah hangat sekarang ni. Siapa dah tengok drama Salaryman Cho Han Ji??? Aku pun baru siap download dua episod terakhir drama tu. Sebenarnya, drama ni 20 episod je tapi memandangkan sambutan yg melebihi target, terus dipanjangkan 2 episod menjadikan drama ni sebanyak 22 episod.


Salaryman Cho Han Ji ni kira drama Korea baru pembukaan untuk tahun 2012. Mula ditayangkan kat Korea masa penghujung Disember 2011 dan baru je habis minggu ni la kat Korea. Kalau kat Malaysia mmg dah ditayangkan pun kat Channel One 393 Astro Beyond tapi lambat beberapa episod la.

Mula-mula aku tak tertarik pun nak tonton drama ni hehe Biasa la kan... bila tengok hero yg berlakon ala... muka macam poyo je, langsung tak menarik hati aku. Tetapi semua andaian itu bertukar 100% bila aku tertengok drama ni kat Astro. Masa tu tengah boring, so saja-saja tengok drama ni... Kebetulan pulak baru episod 1 kat Astro. OMG, sekali bila dah layan.... terus jatuh cinta!!!!!!

Itu lah org kata don't judge the book by its cover.... Walaupun muka hero tak hensem... tapi lakonannya yg kelakar mmg mencuit hati aku.... Ececece mcm dah jatuh cinta je dengan Si Yoo Bang ni.... Lepas tu terus aku download episod terkini kat internet. Tak sabar nak tunggu sebab kalau tunggu kat Astro lambat sikit hehehe Akhirnya berjaya juga aku habiskan sampai episod 22 sama masa airing kat Korea.


Buat semua penggemar drama Korea... Pastikan korang tengok drama ni. Mmg gelak sampai sakit perut. Drama ni ada unsur suspen tapi tak berat sgt la sebab ia lebih kepada unsur komedi. Banyak pengajaran yg boleh di  ambil di sebalik drama ni. Setakat ni, bagi aku drama ni dah kira The Best Korean Drama for 2012 hehehe Tak percaya??? Kat Korea pun drama ni top tau....


Episode Ratings
DateEpisodeNationwideSeoul
2012-01-0218.19.9 (19th)
2012-01-03210.2 (19th)11.9 (12th)
2012-01-09311.3 (13th)12.8 (9th)
2012-01-10410.2 (17th)12.1 (12th)
2012-01-16513.5 (7th)14.9 (3rd)
2012-01-17611.5 (14th)12.2 (10th)
2012-01-2379.2 (8th)9.4 (9th)
2012-01-24812.6 (3rd)14.5 (3rd)
2012-01-30914.5 (4th)16.1 (3rd)
2012-01-311015.9 (3rd)17.3 (3rd)
2012-02-061117.1 (3rd)19.1 (2nd)
2012-02-071219.4 (3rd)21.5 (2nd)
2012-02-131320.1 (3rd)23.8 (1st)
2012-02-141420.4 (3rd)22.9 (1st)
2012-02-201521.6 (2nd)25.2 (1st)
2012-02-211622.2 (2nd)24.3 (1st)
2012-02-271721.0 (3rd)22.8 (1st)
2012-02-281823.0 (2nd)25.2 (1st)
2012-03-051922.7 (3rd)24.7 (1st)
2012-03-062023.3 (1st)24.5 (1st)
2012-03-122122.1 (2nd)23.5 (1st)
2012-03-132224.2 (1st)24.7 (1st)
Source: TNmS Media Korea

Daebak!!! So, percaya tak???? Hmmm, mmg aku akan merindui drama ni nanti..... Lepas ni tak tau nak tengok drama apa lagi.... Sebab drama Korea terkini macam Wild Romance, Dream High 2 aku tak minat..... Tak sabar nak tunggu Full House 2 je ni.....