daebak ^_^

Showing posts with label drama korea 2012. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2012. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Still airing 2012 Korean Drama

Hari tu selepas selesai menonton Salaryman Cho Han Ji, seminggu juga aku keboringan menunggu drama Korea baru yang best. Lepas seminggu, ommmo sekaligus release 3 drama Korea yg baru dan paling penting menarik perhatian aku.

1. Rooftop Prince (SBS)
pinjam dari En Google
Aku mmg tertunggu-tunggu drama ni sebab sebelum ni dah siap baca sinopsis semua. Dari situ aku dah agak drama ini pasti akan top. Bila release je episod 1 ari tu, terus aku dowload hehehe Mmg terbaik!!!! Selepas je tonton episod 1 tak sabar-sabar nak tunggu episod yg seterusnya.... Mcm org gian je hahaha Inilah masalah kalau tengah tonton drama yg still lagi airing kat Korea. 
( Alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni, boleh on je switch TV dan tonton semua drama kegemaranku tanpa perlu dowload dan menunggu... -_- ) 


watak penyeri: 3 org pembantu dan 1 raja...
Setakat ni dah tonton sampai episod 6. Kalau kat M'sia, 23 April nanti baru start airing kat Channel One HD, ASTRO 393....  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh baca sinopsis kat koreandrama

2. King 2 Hearts (MBC)
pinjam dr En. Google
Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak tonton drama ni, sebabnya?? Huhuhu sebab aku tak minat sangat dgn Han Ji Won, entah la kenapa aku kurang sgt nak tonton drama lakonan dia... dan yg menjadi masalahnya, aku suka pulak tengok Lee Seung Gi berlakon. Ibarat org yg serba salah hehehe

Lepas seminggu drama ni airing kat Korea, tengok rating... Wah, tip top.... dasyat ko!!! Sambil-sambil tunggu episod Rooftop Prince yg seterusnya, aku cuba la tengok episod 1 drama ni. Hmm, not bad..... Patut la rating tip top. Jalan cerita yg berbeza dgn drama korea sebelum ni.

Hmmm, MBC mmg suka buat drama ala-ala keluarga di Raja. Igt balik drama dulu-dulu yg ala-ala keluarga di raja korea macam 'Princess Hours', 'My Princess'.... semua terbaik!! Now, done watching until episode 6, waiting for next episode.... Geram tgok LSG dlm drama ni, watak dia mmg sgt annoying,  rasa nak je bagi penampar kat dia *_& hehehe tapi lakonannya mmg mantap!

3. Love Rain (KBS2)


Ommo, it's Jang Geun Suk and Yoona SNSD.... Kolaborasi yg tak pernah dibuat sebelum ni di mana-mana drama korea. Drama ni bertemakan tahun 1970's... Org kata hot 70's.... Cuba suruh mak dan ayah korang tengok drama ni, pasti dia org suka.... Dapat mengembalikan memori cinta suatu ketika dulu hehehe

Aku suka suasana dlm drama ni. Nampak klasik, romantik.... Cun dgn tema drama ni la iaitu zaman 1970's. Kalau cerita pasal rating, rating drama ni agak kurang sikit.... Mungkin bersaing dgn dua drama yg aku sebut tadi kot. Bagi aku drama ni OK je hehehe mungkin jalan penceritaannya agak slow sikit. Aku pun tak ikut sgt drama ni, cuma dah tengok beberapa episod je. Lepas dah selesai dgn Rooftop Prince dan King2Hearts, baru aku beralih semula dgn drama ni..... Sebab nak follow 3 sekaligus mcm tak dapat sebab kelajuan internet aku ni terhad huhuhu Time ni la rasa alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni -__ -  
Apa yg nak aku nak cakap, Jang Geun Suk oppa... You're Hot!! ^_^

~ Inilah dia 3 drama.... Pertembungan 3 penjuru hehehe 3 drama yg hot dengan pelakonnya yg hot. Selamat Menonton semua.......... 

Friday, March 16, 2012

Salaryman Cho Han Ji

Salam semua!!! Anneyong!!!

Rasanya lama dah aku tak buat review pasal drama Korea. So, hari ni aku nak review pasal drama yg tengah hangat sekarang ni. Siapa dah tengok drama Salaryman Cho Han Ji??? Aku pun baru siap download dua episod terakhir drama tu. Sebenarnya, drama ni 20 episod je tapi memandangkan sambutan yg melebihi target, terus dipanjangkan 2 episod menjadikan drama ni sebanyak 22 episod.


Salaryman Cho Han Ji ni kira drama Korea baru pembukaan untuk tahun 2012. Mula ditayangkan kat Korea masa penghujung Disember 2011 dan baru je habis minggu ni la kat Korea. Kalau kat Malaysia mmg dah ditayangkan pun kat Channel One 393 Astro Beyond tapi lambat beberapa episod la.

Mula-mula aku tak tertarik pun nak tonton drama ni hehe Biasa la kan... bila tengok hero yg berlakon ala... muka macam poyo je, langsung tak menarik hati aku. Tetapi semua andaian itu bertukar 100% bila aku tertengok drama ni kat Astro. Masa tu tengah boring, so saja-saja tengok drama ni... Kebetulan pulak baru episod 1 kat Astro. OMG, sekali bila dah layan.... terus jatuh cinta!!!!!!

Itu lah org kata don't judge the book by its cover.... Walaupun muka hero tak hensem... tapi lakonannya yg kelakar mmg mencuit hati aku.... Ececece mcm dah jatuh cinta je dengan Si Yoo Bang ni.... Lepas tu terus aku download episod terkini kat internet. Tak sabar nak tunggu sebab kalau tunggu kat Astro lambat sikit hehehe Akhirnya berjaya juga aku habiskan sampai episod 22 sama masa airing kat Korea.


Buat semua penggemar drama Korea... Pastikan korang tengok drama ni. Mmg gelak sampai sakit perut. Drama ni ada unsur suspen tapi tak berat sgt la sebab ia lebih kepada unsur komedi. Banyak pengajaran yg boleh di  ambil di sebalik drama ni. Setakat ni, bagi aku drama ni dah kira The Best Korean Drama for 2012 hehehe Tak percaya??? Kat Korea pun drama ni top tau....


Episode Ratings
DateEpisodeNationwideSeoul
2012-01-0218.19.9 (19th)
2012-01-03210.2 (19th)11.9 (12th)
2012-01-09311.3 (13th)12.8 (9th)
2012-01-10410.2 (17th)12.1 (12th)
2012-01-16513.5 (7th)14.9 (3rd)
2012-01-17611.5 (14th)12.2 (10th)
2012-01-2379.2 (8th)9.4 (9th)
2012-01-24812.6 (3rd)14.5 (3rd)
2012-01-30914.5 (4th)16.1 (3rd)
2012-01-311015.9 (3rd)17.3 (3rd)
2012-02-061117.1 (3rd)19.1 (2nd)
2012-02-071219.4 (3rd)21.5 (2nd)
2012-02-131320.1 (3rd)23.8 (1st)
2012-02-141420.4 (3rd)22.9 (1st)
2012-02-201521.6 (2nd)25.2 (1st)
2012-02-211622.2 (2nd)24.3 (1st)
2012-02-271721.0 (3rd)22.8 (1st)
2012-02-281823.0 (2nd)25.2 (1st)
2012-03-051922.7 (3rd)24.7 (1st)
2012-03-062023.3 (1st)24.5 (1st)
2012-03-122122.1 (2nd)23.5 (1st)
2012-03-132224.2 (1st)24.7 (1st)
Source: TNmS Media Korea

Daebak!!! So, percaya tak???? Hmmm, mmg aku akan merindui drama ni nanti..... Lepas ni tak tau nak tengok drama apa lagi.... Sebab drama Korea terkini macam Wild Romance, Dream High 2 aku tak minat..... Tak sabar nak tunggu Full House 2 je ni.....

Wednesday, February 1, 2012

Full House 2 will be airing this March!


Kalau aku sebut drama Korea Full House pasti semua orang tahu. Kan... kan?? Ingat lagi zaman itu, semua pakat gila sangat dengan drama ni sampai kat Malaysia pun ada OST Full House versi Melayu (** Al-Fatihah buat Alyarham Izwan Pilus). Paling orang dok gila seharusnya lead hero yang macho lagi tuft hehehe sapa lagi kalau bukan Rain. Masa ni aku mmg gila sangat dengan Rain. hehehe addicted sampai entah berapa kali aku ulang tayang tengok drama itu. Sungguh tidak terkira.. *_*

Oh, yeah... Finally setelah hampir 8 tahun... Ura-ura yang menyatakan akan ada Full House 2 nanti akhirnya menjadi kenyataan. It will be airing next month. Ommo, can't wait for March. Harus selepas ni aura Full House bakal kembali lagi.

Untuk Full House 2 nanti, barisan pelakon adalah berbeza. Pelakon siri 1 yang dikekalkan hanya Song Hye Kyo. Wei, korang ingat lagi tak dengan minah comel ni?? 


Sayangnya Rain takde, huhu Lagipun sekarang ni Rain tengah join military for 2 years. Berharap sangat mana tahu Rain akan muncul as Cameo kan?? Sekejap je pun takpe, tak kira la mana-mana episod janji ada muka Rain juga hahaha... -__-

Nak tahu tak siapa pelakon utk Full House 2 ni?? Kalau lead hero aku tak risau sangat sebab dia pun kira namja pujaan ramai.. Siapa layan 'My Girlfriend Is Gumiho', 'Midas', 'Pasta' ?? Hahaha tentu ramai yang dah kenal this namja >>


Ommo, oppa!!! Suka tak?? No Min Woo la lead hero nya. Tak sabar nak tengok dia dalam Full House 2 nanti. Pasangannya pulak??? Sabar... sabar......


?? Aku pun tak berapa kenal yeonja ni. Hwang Jung Eum.... dialah lead heroin for Full House 2. Try cari info pasal yeonja ni, tengok drama latest yg dia berlakon ' Can You Hear My Heart'... Ala, tak tengok pun drama tu ehehee So, nak tahu macam mana lakonan dia kena tunggu March nanti...... Hope ok je kan.....

Jom sama-sama counting the day.... Oh, it's February already.... Happy February all..... ^_^

Tuesday, December 27, 2011

List of Korean Drama for 2012~

Wei, 2011 tinggal 4 empat hari lagi la. Korang dah buat azam baru ke?? Hmm, aku dah rancang beberapa azam baru untuk 2012. Story lanjut pasal azam 2012 di lain entry ok. hehehe Sekarang ni tumpuan diberikan utk drama korean for 2012 dulu... Meh, check out sama-sama....

1) Wild Romance


Drama yg bakal ditayangkan pada 4 January 2012 di channel KBS2... 'Wild Romance' ini mengisahkan percintaan di antara pemain baseball dan athlete Judo. Siapa yang suka sangat kat Lee Dong Wook... Hero air mata dalam 'Scent of Woman'... pastikan anda menunggu drama ini ditayangkan..... 

:: my comment >> bila tengok lead actor ialah LDW... terasa excited nak tonton drama ni. Lagipun drama ni jenis komedi.... kita tunggu saja nanti ^_^ ::

2) Take Care of Us, Captain!


We are going to fly with this drama.... Drama yang bakal ditayangkan pada 4 January 2012 di channel SBS ini mengisarkan percintaan di kalangan pilot iaitu Captain dan co-pilot.... Peminat Jandi dalam BOF pastinya menunggu drama ini ditayangkan.

:: my comment >> daebak!! aku mmmg ternanti-nanti korea buat drama ala-ala macam ni. Kiranya drama ni bakal mempunyai ciri-ciri seperti Drama Jepun 'Good Luck'... yuhuu...  Excited ni... Sebab aku kan suka 'Burung Gergasi' (flight)...  dan fly around the world.... Cuma SATU yg aku tak puas hati... wei, kenapa la lead actress nya... alamak!!!... minah tu la!! @_@ Aku agak kurang dengan lakonan Koo Hye Sun....  Kalau digantikan dengan Yoon Eun Hye harus aku suka!!! Hmmm, harap-harap mood aku tidak dikawal oleh actress itu!!!!! Can't wait for it... I'm going to fly!!!! ^_^ ::

~ Untuk maklumat lanjut pasal drama korea boleh pergi ke koreandrama