daebak ^_^

Wednesday, April 14, 2021

Dia yang banyak berjasa ~ Mr. Lappy

Lepas terawih semalam, sambil menikmati moreh Izah berfikir mencari idea untuk entry di blog. Bila dah pasang niat aktif semula menulis, banyak juga ya kena Izah fikir hahaha Sebab Izah tak nak menulis sesuatu yang sia-sia. Sekurang-kurangnya korang yang sudi membaca penulisan di blog Izah ini akan mendapat sesuatu. Tak dapat banyak, dapat sedikit manfaat pun Izah dah rasa bersyukur!


Pergi buka almari di bilik sebelah. Keluarkan harta karun Izah 👀


Jeng2... Jeng2.... mesti korang terpukau melihat betapa besarnya skrin laptop Izah ni. Dengan beratnya lagi.... Tapi orang kata jangan pandang dengan luaran... Walaupun luarannya nampak tua dan gemuk macam tuannya, namun Mr. Lappy tetap utuh bertahan sampai sekarang ok!!!!

Izah ingat lagi zaman Universiti dulu... Semester pertama memang survival sikit masa tu belum dapat mana-mana pinjaman. Jadi memang belum beli laptop. Kalau nak buat assigment memang gigih la pergi Pusat Komputer. Muka Izah lah yang akan muncul setiap hari sampai assigment siap. Masa tu Izah tak minta dekat orang tua untuk belikan laptop.


Bila masuk semester kedua, duit pinjaman MARA dah masuk. Perkara pertama yang Izah beli.... Mr. Lappy inilah...... Izah memang suka Toshiba jadi memang mencari Toshiba je. Nasib baik dapat model yang agak murah harganya. Toshiba kan harga agak up sikit zaman dulu. 


Korang bayangkan dari tahun 2007 Izah beli sampai sekarang bertahan lagi!!! 14 tahun ok... sebab tu Izah sayang sangat dengan Mr. Lappy... sepanjang tempoh 14 tahun tu Izah pernah minta suami kepada my BFF untuk atur sikit-sikit. Biasalah laptop lama kadang-kadang legging. 


Bila buka harta karun mestilah terjumpa khazanah lama hihihi ketawa sorang, senyum sorang... Itu respon biasa kan.... lepas tu rasa menyampah dengan diri sendiri hahahaha tengok gambar crush lama... Eh, harey!!! hahahaha Semua tu kenangan lama. Lepas tu muncul pula idea nak buat cerpen khas. Bila mana Izah dah gila untuk menulis!!!!! rasa gian tu memang menuncak..... Izah belanja korang gambar Izah masa kecil dulu...



Comel kan??? ahakssss 😂😂😂 Sir Pilot pernah lihat gambar ini. Dia kata patutlah Izah suka travel sebab kecil-kecil dah pandai bawa kereta.... hahahaha 


Nak Izah bagi hint ka cerpen Izah yang akan datang?? Antara perempuan dengan lelaki boleh ke jadi sahabat baik???? Ok itu je hint... Jumpa lagi di next entry ya.... 💕

No comments:

Post a Comment