daebak ^_^

Tuesday, April 13, 2021

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1442H (2021)

 Assalamualaikum... Anneyong...


Dah lepas separuh hari berpuasa hari pertama... Amacam korang?? Moga ok ya. Tak lama lagi tu pejam celik kejap lagi dah tiba waktu berbuka. Tahun ini adalah tahun kedua kita berpuasa dengan norma baru. Rindu kan suasana berpuasa sebelum pandemi. Paling dirindui adalah suasana berterawih ramai-ramai. Moga tahun hadapan ada rezeki merasai suasana macam itu lagi.


Semalam Izah sempat juga singgah ke supermarket untuk membeli stok bahan-bahan masak untuk seminggu. Itu pun bertukar tempat dek kerana jammed. Musim pandemi macam ini kalau boleh Izah memang elak pergi ke tempat yang ramai orang. 


Aktiviti terawih di rumah macam biasa. Masih seperti tahun-tahun lepas😅 masih sendiri hahaha Pagi tadi bangun sahur pun Izah minum air putih je. Sebelum Ramadhan, Izah dah mula puasa sunat sejak bulan Rejab lagi. Jadi perasaan berpuasa tu dah terbiasa. Cuma untuk Ramadhan ini kita sedia maklum yang segala amalan mendapat balasan yang berlipat kali ganda. 


Tak banyak yang nak Izah ceritakan untuk entry kali ini. Cuma nak ucapkan kepada semua Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Moga segala amalan kita diterima oleh Allah. Jom, sama-sama kejar malam lailatulqadar.💟💟💟

No comments:

Post a Comment