daebak ^_^

Friday, May 27, 2011

Jangan Kau Pergi~

Hati bagai dibuai indah di kala mendengar lagu ini. Ternyata drama Nora Elena telah membangkitkan kembali kepopularan lagu Jangan Kau Pergi. Lagu ini nyanyian Erry Putra yang turut juga berlakon dalam drama Nora Elena. Hmmm, mmg banyak kan peminat drama ni. Sana sini cerita pasal drama ni. Terasa sunyi pulak hari ini tanpa drama tersebut. 

Sambil2 tu mari kita hayati lirik lagu Jangan Kau Pergi~ Sayu hati ini....

Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

Thursday, May 26, 2011

kegilaan melanda~

Sudah beberapa hari aku tak dapat o9 sebab line celcom bengap entah apa problem. Memang lansung tak boleh nak connect. Asyik disconnect je. Jiwa ini meronta-ronta nak o9. Sebab sekarang ni aku sudah dilanda kegilaan. Heeeee kegilaan pertama sebab nak layan drama baru korea 'Baby-Faced Beauty'. Bagi sesiapa yg minat pelakon yg comel lote Jang Nara, drama ni drama terbaru dia. Sekarang ni baru episod 8 kat Korea, di channel KBS World baru episod 4. Aku biasa la bila dah gila mana nak sabar lagi heheeeee sanggup tonton o9 kat dramacrazy.net.my hehehe layan habisssss

Kegilaan aku yg kedua ialah sekarang ni asyik nak memasak je. So, bila dah gila masak... gila gak godek blog dan lama web pasal resepi ni. Minat tiba-tiba datang. Terfikir gak nak buat blog resepi tapi bila fikir kemalasan nak ambil gambar masakan sendiri.... terus tak jadi..... heeeeee pemalas kan aku ni~ Biarlah blog aku ni lebih universal, mana-mana boleh masuk kan.....

Kegilaan yg ketiga...........heeee asyik mengadap laman web AirAsia heeeee Ye la kan dah da sale tiket RM 0.10 so apa lagi... godek jangan tak godek.....  tapi hari ini hampa... semua dah naik!!!! huh, mesti dah ramai yg book jadi bila dah sampai limit, AA naikkan balik harga walaupun still promo lagi. Hmmm, tak pe la janji tiket ke Miri dah settle.... Pasni tinggal Sabah, Labuan, JB, Kelantan dan Terengganu~ heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee *_*

~ Kebahagiaan itu hadir dari segala keperitan

Tuesday, May 24, 2011

Bakal menamatkan misi penjelajahan SARAWAK!

'Gembiranya dalam hati, bila dapat fly lagi,  kerana AirAsia pandai.... buat promosi lagi...' hehehe amacam ada gaya penyanyi tak?? hahaha Oh, aku bukan artis tetapi bakal berjumpa dengan bakal artis in future hehehe siapa gerangan artis itu?? Nanti aku cerita.... Senyum betul-betul sampai ke telinga ~ ( ^ _____ ^ ) heeeeeeeeee kenapa ??????????????? Aku kan memang seorang yg pemurah dengan senyuman...... ngeeeeeeeeeeeeeee

Hehehehe tak de la, sebenarnya aku gembira sebab AirAsia selalu bagi aku tiket murah hehehe Tengahari semalam AA start buat promosi, kiranya tambang tiket hanya RM 0.10 je hihihi tak percaya? betul, aku tak tipu.... Sekarang ni pun web AA tu tengah busy dan asyik waiting room je. Nasib baik sahabat aku sempat book tiket aku....


Next year, pada bulan Februari.. aku akan menamatkan misi penjelajahanku ke semua bandar di negeri Sarawak. Misi penjelajahan Semenanjung M'sia juga bakal tamat pertengahan 2012.... Maka dengan itu, akan bermulalah misi untuk penjelajahan luar negara la pulak....Amin *_*

Sempena misi terakhir aku kat Miri, aku akan datang melawat artis hahahaha siapa artis itu?? Ala, bukan orang lain pun... Abg Long aku gak... So, for Abg Long Stanz.... don't forget to fetch me at M.I.A ok??? Hehehe ko kena la bawa aku jalan2 satu Miri hehehehe

Visit airasia.com

Flight Information:

Date
Flight
Depart
Arrive
Fri 24 Feb 2012
AK 6540
KCH (KCH)
19:35
MYY (MYY)
20:40

Sun 26 Feb 2012
AK 6541
MYY (MYY)
21:05
KCH (KCH)
22:15


Jangan tak percaya harga tiket aku ni... Harga ni untuk 2 orang, sebab aku bawa adik aku sekali hehehehe and special credit for my friend Enot...

Total Fare Price
:
36.40
MYR
Total Fees
:
0.00
MYR

Total Amount
:
36.40
MYR

Monday, May 23, 2011

hatiku tersentuh(^_~)

Salam semua, hehe Miss Chipsmore muncul kembali. Kira seminggu juga la aku menyepi tanpa n3 terbaru. Bukannya apa, malas nak menaip je hehehe abaikan kemalasan aku ni. Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Jumaat yang lepas.... aku sebenarnya mendapat satu kejutan. Kejutan itu benar-benar menbuat aku terharu (^_~)

Kalau ingat balik, rasanya baru sebulan lebih je aku bergelar seorang guru. Kiranya masih terlalu awal bagi aku nak sampai ke tahap guru 'popular' hehehe aku mmg dah agak masa Hari Guru nanti mesti tak dapat hadiah. Ala, bukan aku nak sangat pun hadiah dari anak murid aku *_* TETAPI semua andaian aku itu meleset, tak sangka aku!!!!! Ada gak dapat hadiah.... Hmmm,ni baru sebulan lebih dah dapat hadiah macam ni, kalau dah setahun macam mana la pulak erk??? hehehe

Sungguh aku terharu.... Ada di kalangan mereka yang aku tak ajar pun kelas mereka. Cuma kenal masa aku 'sit-in' kelas dia org je. Tak sangka pulak dia org ingat juga kat aku... sob.... sob.... terharu!
Banyak2 hadiah yg aku dpt, salah satu hadiah itu betul2 membuat hati aku tersentuh.

Hadiah sebatang pen merah yg dibalut kemas oleh anak murid aku dari kelas 3 Bijak. 3 Bijak la kelas plg guru lain sgt2 elak nak ajar....Macam tak percaya juga aku pada mulanya, sebab anak murid aku ni kira nakal la sikit, slalu gak buat aku naik berang... biasa la kan budak lelaki.. masa belajar nak main je kerja..... tapi bila aku ajar buat latihan bertulis, dia ni kira aktif gak...

Sebab tu aku sentiasa berpegang pada kata2 'Dont judge a book by its cover'... Mmg dia nakal tapi kalau kita boleh tarik dia sikit2 aku yakin satu hari nanti dia pun boleh berjaya. Aku sentiasa berdoa, semoga satu hari nanti anak murid aku ni dapat berubah ke arah yg lebih positif lagi....Terasa aku ala G.T.O la pulak eheeee berguna gak eh aku layan drama korea ngan jepun...semua aku apply ^_^

Thursday, May 19, 2011

ada juga manusia mcm tu??

Salam semua,

Kalau ikutkan hati, malas nak hupdate blog.. Kiranya nak blogwalking je hari ni... Tapi bila singgah kat salah satu blog akak ni.... La, apasal ada org yg tak puas hati ni..... Cian aku tengok akak tu... Tak kan la pasal klik iklan nuff terus nak cari pasal....

Ada gak erk manusia yg dengki ngan kita even dalam alam maya pun. Hmmm, pelik aku... dah prinsip berbelog kan....sekati ler nak buat apa.... bagi aku akak tu ok je xda la nak buat salah or memaksa org. Yang manusia tu terhegek-hegeh macam tak puas hati je..... Jelous ke apa....

Bagi aku..blog akak tu still d best..... kalau aku jenguk je blog akak tu mesti akan gelak punya.... even cuma kenal akak tu melalui blog.... Dari n3 nya je aku dah tahu, akak ni jenis yg suka bergurau.... Akak, mungkin manusia tu x reti nak bezakan gurauan atau kenyataan yg serius... mesti manusia tu jenis yg xda life dan memboringkan?? eheeeeeee apa2 pun, sabo akak, abiaq pi apa depa nak kata. mulut depa.... janji blog akak best!!!!!

apa blog akak tu?? maaf la... kena dirahsiakan....

Tuesday, May 17, 2011

kembali menjadi kanak-kanak rebina

Hari ni dah puas berehat kat rumah, al-maklumlah cuti umum sempena Hari Wesak. Walaupun cuti, terasa macam tak cuti. Petang tadi pergi sekolah jap, tolong cikgu buat persediaan untuk esok.. Sempena sambutan Hari Guru pada hari Isnin yg lepas... Kira minggu ni sekolah aku buat sambutan peringkat sekolah la pulak.... Kira bermacam aktiviti yg di atur sepanjang minggu ni.

Esok pagi kita orang ada senaman aerobik. Dah la tema sambutan kali ini semua guru kena memakai pakaian berwarna hijau.. Hmm, baju hijau tu memang la ada. Tapi nak cari la yg kira labuh sikit tu la payah...... hehehe malas nak pening2 kepala fikir pasal baju.... Nasib baik baju sukan aku masa sekolah agama dulu elok lagi hahahaha tibai je pakai baju tu esok... Terasa macam sukan sekolah la pulak..... Pastu sempat lagi tadi aku lihat kumpulan aku untuk sukaneka esok....Wahhhh, ahli kumpulan yg mantap....

Antara sukaneka yg kita org akan main esok.... Ni yg paling lama aku tak main.... Tarik tali.... Huh, aku mmg terror kalau game ni hahahaha dulu masa sekolah rendah, kumpulan aku juara......heeeee


Pastu kita org kena main galah panjang.... Adoii, game ni mmg lama tak main.... Teringat dulu masa kecil2, main game ni sampai gaduh dengan cousin..... 


Macam mana la rupa cikgu2 esok erk?? Mesti macam budak2 hahahaha tak sabar je rasa... nak gak merasa kembali macam kanak-kanak ribena...hehehehehe lama tak bermain game yg macam tu... Kira boleh la mengimbau balik zaman dulu-dulu heeeeee

Hari Jumaat nanti ada aktiviti lain pulak.... Tema mmg still hijau... cuma beza nya esok pakai pakaian sukan.. Jumaat nanti pulak kena guna pakaian formal.... hmmmmmm, my luvvy DgCam akan mula berkhidmat esok hehehehe sudah lama my luvvy tu berehat.... Ok, kena tidur awal.... Kumpul tenaga untuk esok.... semangat!!!!! (^_~)v

Monday, May 16, 2011

mencari sinar cinta~

Berita gembira penuh di wall Facebook.... dalam diam rupanya, ramai teman yang sudah bertunang dan berkahwin.... terkejut aku dibuatnya... Zaman belajar dulu, senyap tak de pulak tanda nak berkahwin atau bertunang awal. Diam2 ubi berisi erk korang ni eheee *_* Itu lah bila dah sampai seru, jodoh sudah di depan mata....apa yg kita tak sangka itulah yg terjadi. Tahniah buat teman- teman yg sudah bergelar isteri dan tunangan orang... Status korang dah bertukar la!!! Tanggungjawab pun dah lain huhuhu tak leh nak bersuka-suki lagi kan?? ehehehehe ^_^

Baru sebentar tadi bersembang dengan teman masa belajar degree dulu... banyak gak cerita yg aku dah ketinggalan ni... Advance semua teman aku ni, konvokesyen pun belum lagi...bagi yg dah berdua tu pasti tidak terasa nak tunggu bulan 10 ni kan??... bagi yg sma group ngan aku ni, yg still single...mesti 4 bulan tu bertanduk juga la nak menunggu hihihihihi "Izah bila lagi???" itu persoalan yg diutarakan kepadaku... Aku??? jangan ditanya bila...sebab aku pun tidak tahu bila saat itu akan tiba~


Mencari sinar cinta.... aku rasa jauh lagi aku nak menapak ke arah itu..... Dulu, mungkin harapan itu masih ada...Tetapi sekarang..ia telah pergi jauh dariku..... Sinar cinta sesama manusia (ibarat kisah cinta adam..hawa.) sudah tidak ada lagi dalam kamus hidupku.... Aku cuma kenal apa erti cinta Ilahi, cinta sesama insan di dunia.....dan makhluk lain ciptaan ALLAH.....  

Teringat pula dengan sebaris ayat di dlm novel yg aku baca...."Tetapi kita kena berusaha utk mencari jodoh itu....kalau kau nak tunggu sampai bila..??"....Bagi aku..... cinta itu jangan dicari.... cinta yg hadir dgn sendirinya pasti lagi terasa nikmatnya...... lagipun aku ni bukan jenis timba yg mencari perigi huhuhuhu....berserah sahaja kepada ALLAH...DIA YANG MAHA MENGETAHUI siapa yg tercipta untukku.... Aku berpegang dgn kata ini..'lahir sahaja anak Adam di dunia ini, ada 4 perkara yg sudah ditetapkan utknya....yg pertama siapa jodohnya....rezekinya.... yg kedua amalnya.....ketiga kebahagiaanya /musibah dan yg keempat bila tiba ajalnya...

Sebab itu, aku yakin...pasti ada yg sudah tercipta untukku..... cuma siapa.... di mana dia sekarang??... mungkin dia ada di sebelah ku sahaja..mungkin juga dia berada di negara lain...negeri lain... daerah lain..... entah aku tidak tahu!!!!!
bila ia akan bersatu??? Itu semua kerja Tuhan... Aku cuma hambaNYA....  kita tunggu sahaja apa yg sudah direncanakan untuk kita..... Bila saat itu sudah tiba... sinar cinta yg wujud... dengan takdir ALLAH akan menyatukan dua insan itu.....


~ Mengharap cinta dari ALLAH....Kau kurniakan aku Dia yg boleh membimbingku dan keluargaku untuk lebih dekat kepadaMU YA ALLAH....~

Selamat Hari Guru 2011

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"...itulah tema Hari Guru yang ke 40.... semua ada kaitan dgn transformasi kan?? GTP la..NKRA la...macam2 huhuhu aku takut jadi transformer je hahaha ok berbalik pada tujuan asal n3 ini hehehe Setiap tahun bila 16 Mei je... semua org dah tahu kita akan sambut Hari Guru...Tetapi sejauhmanakah kefahaman masyarakat sekarang tentang profisien keguruan?? Bukan mudah hendak menjadi pendidik utk anak bangsa ni... Lebih2 lagi nak mendidik anak2 zmn skrg...cabarannya berlipat kali ganda huhuhuhu



Dunia kian berubah, perangai anak murid pun kian berubah... kalau berubah ke arah positif itu, sudah tentu semua guru senyum senang hati.. Namun, skrg ni semua guru kena sentiasa bersedia nak berhadapan dgn kerenah ank murid yg semakin advance dan kdg2 akan menguji kesabaran diri... Ya, itulah cabaran.... Sempena Hari Guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mendidik aku sejak aku mengenal apa itu ABC....sehinggalah aku sekarang...Terima Kasih yg tidak terhingga buat kalian, hanya ALLAH yg boleh membalas jasa kalian.... Tak lupa buat sahabat karibku Enot yg turut bergelar pendidik dan juga teman seperjuangan di Sk Serian.... perjuangan kita belum selesai.... moga sentiasa bersemangat mendidik anak bangsa....~


With a special gift for learning
And with a heart that deeply cares,
You add a lot of love
To everything you share,
And even though
You mean a lot,
You'll never know how much,
For you helped
To change the world
Through every life you touched.
You sparked the creativity
In the students whom you taught,
And helped them strive for goals
That could not be bought,
You are such a special teacher
That no words can truly tell
However much you're valued
For the work you do so well.

Sunday, May 15, 2011

Drama Nora Elena TV3

Salam semua, sudah lama aku menyepi tanpa n3 baru ngeh...ngeh.... ni Ms Chipsmore muncul balik hehehehe siapa pengemar drama Melayu pasti tidak ketinggalan untuk menonton drama bersiri terbaru di TV3 iaitu Nora Elena... Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Aku pun dah mula layan drama Melayu sekarang ni... Kalau zaman dulu-dulu jangan harap la muka aku ni nak layan sangat drama Melayu ni... hehehe sekarang ni kira dunia penyiaran negara kita sudah berkembang maju... Drama dan filem yang dihasilkan sudah banyak berubah jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu... Hmmm, kira nak ajak korang semua support filem Malaysia la ni hahahaha

Ok,berbalik semula dengan drama Nora Elena ni... Episod pertama aku tonton drama ni, memang jalan cerita dah nampak menarik.... Hati aku dah agak, ni mesti adaptasi dari novel lagi hehehehe dan memang tepat jangkaan ku... Drama ni diadaptasi dari novel karya Meen Zulaikha iaitu Kasih yang Suci.


Sekarang ni memang banyak drama yang diadaptasi dari novel.. Jalan ceritanya memang best sangat2. Tapi bagi aku kalau hendak dibandingkan dengan novel asal. Memang kat dalam novel la lagi best. Sebab cara pengolahan penulis dalam novel lebih menarik dan romantis hahahahaha Aku tak nak cerita lebih lanjut pasal drama ni.... Bagi sesiapa yg dah baca novel ni mmg dah dapat teka endingnya macam mana nanti... Bagi yg tak baca lagi, ha korang layan je drama ni sampai habis...pasti korang puas hati hehehehe Selamat menonton semua..^_^

~Tak sabar nak tunggu 19 Mei ni, Nur Kasih the Movie akan ditayangkan di pawagam..... Aku nak pergi tengok!!!!

Sunday, May 8, 2011

Line yg lembap!!

Salam semua... hmmm, nak cerita pasal apa erk?? No hot story la.... Lagipun line broadband aku ni dah lembab nak mamposssss...adik aku punya pasal la.... masa aku keja, dia pun dok o9..kiranya 24jam la broandband aku ni on.... sbb tu la belum hujung bulan pu dah lembabbb..... Tu pun dah dpt msj kata over usage hahahaha lantak ko la celcom.... janji aku dah bayar..... bila dah line macam ni, aku tak de mood la nak mengupdate blog huhuhu ni pun mengagahkan diri juga heeeeee

Sebelum ni kat rumah aku mmg dah pasang steamyx, tapi router rosak kena banjir hari tu....nak beli yg baru... mahaiiii la pulak..terus aku suh mak aku potong je.... better guna broadband..... biar la line lembab.... janji senang nak urus kan?? hahahaha nak bawa ke mana-mana pun senang.... Mudah dan fleksibel....so bila line lembab, tak leh nak memarah.... heeeeeeeee

Esok dah kerja balik..... dah sabar ni.... nak tulis apa lagi erk??? hahahaha ok lah, daripada aku mencarut yg bukan2 better aku sambung baca novel..... mmg blog ini akan sunyi kembali... kalau ada hot story baru aku muncul balik hehehe aku mmg suka jadi Miss Chipsmore ni....(^_^)v

Saturday, May 7, 2011

Tukar status...

Selamat Pagi semua... Ingatkan semalam nak buat entry ni, tapi mata ni awal bena la mengantuknya so tdo awl mlm tadi. Semalam 6 Mei 2011, seorang lagi kawan aku tukar status..hehehe bukan status kat FB ye.... ni status yg lebih besar lagi.... dari seorang perempuan yg single yg tiada tanggungjawab yg besar.... bertukar status menjadi isteri kepada seorang lelaki...... Semoga berbahagia kawanku, Ayau.....(^_^)V


Mula2 kita org tak percaya gak bila kawan ku ini kata dia nak kawen.... ko biar  betul Ayau??? hahaha bukannya apa, dia ni jenis perempuan yg happy good lucky....so kita org ni igtkan dia bergurau la ngan kita org..... kiranya dia dah bagi clue awl kat kwn aku sorang lagi yg dia ni nak kawen..... tapi kwn aku yg sorang tu buat dek je la sbb igt Ayau ni main2.... tup..tap....tup..tap... bila dekat2 nak tarikh perkahwinan dia, baru la kita org dapat tahu yg dia ni tak main2.... Ayau, ko mmg buat kita org suspen dan tak percaya hikhikhik walauapapun, kita org akan sentiasa doa ko bahagia... Sory la wei... tak dapat nak g majlis ko..... Last mnt tahu, dun plak nak kena g Kapit... jauh tu heeee.

  
heee Ayau..pasni ko dah tak leh arr join group kta org yg still single ni eheeeee..... moga ko happy selalu erk.... pasni ko kena la jadi isteri yg mithali hahahaha igt tau kena jadi serius sikit eheeee dah ada tanggungjawab yg besar tu.....mesti ko cantik kan masa kahwin semalam...igt tau jgn lupa upload gambar...... Akhir kata dari aku, Happy Wedding Day my friend.. Kalau dapat berita gembira nanti jgn pulak ko tak bagitau kta org eheeeeeeeee..... Wish u happy ever n ever.....God bless~

Thursday, May 5, 2011

This blog superb powerrrr

Finally, the owner of this blog ~ Travelling the World updated his blog.... I really miss his story... This blog is superbbb power...... When I read YH story about his Nav 8, experience, it's remind me about my friend's story too.... Same situation, just different location hehehehe I also can't imagine if I face that situation....what I will do???? will I cry???? hahahaha can't think about it..... 

Acttualy, I also write my friend's story in my blog.... Want to know??? hahahaha just click this link~ cadet pilot story heehe I write it in Bahasa Malaysia, because easy for me to story... If I use English, I'm worry that story become another story hahahahaha Some of the word that my friend use is difficult for me to explain..... 

Why difficult?? Of coz ler...I'm not a Pilot.... I'm just the ordinary girly, who like....interest and love about FLIGHT....very obses ok hikhik...... I hope one day, I can fullfill my dream hihihi I want sit inside cockpit heeeee ^_^ YH.......please update ur blog more.......more....and more......................
For my friend, I miss ur story.... hope you can be an excellent Pilot in future..... aja-aja fightim!!!!



Wednesday, May 4, 2011

10 Mei??

Aku pelik ngan budak seorang ni... Asyik bagitau aku..jangan lupa cikgu 10 Mei...Aik?? bila aku tanya kenapa, dia senyum pulak. Heran aku kat budak ni. Budak ni walaupun baru 12 tahun tapi otak mmg dah matang.. dia la dok mengaku kat aku...Aku pun tak tahu mcm mana leh rapat ngan budak ni. Aku tak mengajar kelas dia pun, ye la dia kan 6 Bestari...aku ni mengajar budak 6 Bijak je... Mungkin masa aku sit-in kelas dia orang bulan lepas kot hahahaha 

Satu masalah yg akan dihadapi oleh guru perempuan kalau mengajar part agama ni....huhuhuhu kalau dok ajar part akil baligh...alamak, mmg malu menguasai diri...tapi kena la bersikap profesional..... Budak ni siap tanya aku la pulak pasal mimpi la, mandi hadas la..... paksa la aku explain satu persatu... menahan malu ok.....*_* aku pun tak kahwin lagi mana la aku pakar dalam hal mcm tu.. kalau nak usul kan pada ustaz yg sama mengajar ngan aku ...dia pun bujang lagi.... aku la pulak malu nak tanya pasal tu.... guna je la ilmu apa yg aku perolehi masa sekolah dulu huhuhuhu

tak lama lagi 16 Mei la... teringat masa lalu.... percaya tak?? kali pertama aku mengambil gambar berdua dengan lelaki adalah masa berumur 17 tahun... huhuhu 

alamak, nampak sgt aku malu!!!! *_*

gambar ni di ambil masa sambutan hari guru masa aku sekolah menengah agama dulu.... kalau la gambar ni dijumpai oleh warden or guru pasti dah kena rampas.... ni la pertama kali aku pecah rekod ambil gambar berdua dengan lelaki.... biasanya kita org ambil beramai2 je hihihi biasa la budak sekolah agama....kena jaga dulu part mcm tu.... Siapa jejaka itu?? A'aa la lama dah aku tak buat sambungan entry ~Perjalananku Part 3....Ala, xde mood nak menulis sgt.... tunggu mood aku melonjak 100% baru aku sambung ye hihihihihi sebab time tu baru la keluar semua ayat bombastik aku eheeeee..... ni kira saja nak bagi clue...... 'cinta antara kita.....tiada penghujungnya...... masing2 diam seribu bahasa....lidah kelu untuk berkata....hati menahan rasa.... adakah keegoan menguasai diri?? atau rasa cinta kian pudar?? apa yg pasti ALLAH maha mengetahui siapa yg terbaik buat hambaNYA.....'


apa beza budak gred A dan budak gred B?

Rasa penat menguasai diri hari ini, terasa lemau sampai tadi balik dari sekolah lepas solat Zohor aku terlelap sekejap.... Kalau ikut jadual asal aku, hari Rabu la paling relax sebab sebelah pagi je ada kelas, sebelah tengahari memang xde lansung. Tapi hari ini berbeza benar.... cikgu banyak takde, ada yg kursus la dan ada yg bertugas di luar kwsn. Dah nasib aku le dok sit-in kelas huhuhuhuhu bagus juga aku sit-in kelas ni. Aku ni dok mengajar budak kelas kedua..hmmmm, kira budak gred B la.. 

Hari ni kiranya aku berpeluang gak masuk kelas lain yg aku tak ajar. Bila dah masuk kelas lain ni, nampak sangat perbezaan ketara di kalangan anak murid aku dengan budak kelas lain. Kira kelas lain yg aku maksudkan ni budak kelas no.1, budak gred A..kiranya budak pandai la. Bukan tujuan aku nak membandingkan anak murid aku.... cuma nak membuat perbandingan.... buat analisa sikit kan.. pastu aku leh fikir pulak apa strategi yg perlu utk mengasuh anak murid aku yg pemulihan ni.....

Perbezaan yg paling ketara....Attitude la.... budak pandai ni, kira dia org lebih nak menghormati guru.. bila guru bertanya soalan...cepat je nak respon..... bercakap kosong tu kurang la..... lebih suka bertanya soalan yg munasabah. Kalau budak pemulihan ni tok sah heran ler.... pasti ada guru yg pening kepala... mulut dia org mmg tak leh nak tutup..pot..prt..pot..pet tak henti2..... bila tanya soalan tak reti pulak nak jawab.....kdg2 mmg aku naik geram gak..tapi tu la bila nak mendidik budak2 mcm ni kesabaran tu kena tinggi....

Patut la guru2 yg lain mmg kalau boleh nak elak ajar budak kelas pemulihan... tapi kita sbg guru tak boleh bersikap macam tu...nak tak nak kena sabar gak.... Anak murid aku tetap the best..... walaupun dia org tak berapa nak pandai.... aku yakin kalau lama2 asah dia org..pasti boleh gak berjaya....

Tuesday, May 3, 2011

Kau Laksana Bulan

Alamak!!!! Hari ini dah episod akhir???? Biar betul..... aku dah ketinggalan banyak episod... Minggu lepas busy giler, petang pun ada aktiviti kat sekolah...so tak dapat nak tonton drama ni. minggu lepas. Bagi sesiapa yang minat kat penulis Aina Emir pasti tahu kan drama ni??  Kau Laksana Bulan ni sebenarnya diadaptasi dari novel karya Aina Emir yang tajuknya juga Kau Laksana Bulan...


 Jalan cerita drama ni memang best, pasti novelnya juga best. kan??...Aku memang nak beli novel ni hari tu, tapi bajet tidak mengizinkan so aku tunda dulu. Bila aku nak beli, cari-cari kat kedai buku dah tak da pulak... Tup..tap terus dah da drama.....so layan terus..... sekarang ni memang banyak drama yang diadaptasikan dari novel. Salah satu drama yg paling digemari, sehingga mencecah 2 juta penonton iaitu Trilogi Cinta... Drama ni pun memang favourite aku.....Adaptasi dari 3 buah novel karya penulis Sharifah Abu Salem.

Bulan Mei ni novel Hlovate yang terbaru keluar...tak sabar nak beli....'Contengan Jalanan'... sesiapa yg dah beli??? Meh share ngan aku hehehehe ^_^



Monday, May 2, 2011

osama sudah meninggal?

Berita tergembar hari ni.....Pemimpin Al-Qaeda iaitu Osama Bin Laden telah meninggal dunia...Buka TV3 berita pasal ni, buka astro pun berita pasal ni..... semua heboh pasal kejadian ni... Apa komen aku?? Dunia sekarang ni dah semakin tua... Pasti ada sahaja ketidak-puasan yg berlaku... Susah kita nak menyalahkan mana-mana pihak.... Kita kena lihat dari pelbagai perspektif barulah cara yg adil untuk menilai sesuatu.

Nak kata aku benci Osama, tidak sama sekali. Perjuangan nya itu pada dasarnya adalah betul TETAPI cara yg dilakukan itu mungkin SALAH??.... Aku lebih suka berada di atas pagar.. Kita tidak layak untuk menilai seseorang itu...sebab kadang2 kebenaran itu boleh menjadi penipuan... begitu juga sebaliknya.... mungkin sesuatu yg digempar-gemburkan itu salah atau penipuan boleh jadi satu kebenaran yg tersembunyi.....dan kita tidak tahu sejauh mana kesahihannya....Siapa yg berhak menilai?? Hanya ALLAH yang tahu segalanya.... Kita tunggu sahaja makhamah yg adil lagi bijaksana iaitu 'PADANG MASHAR'......

Berbalik semula pasal Osama ni, satu yg aku puji pasal Osama ni. Betapa bijaknya dia membina satu pasukan ketenteraan yg begitu mantap..Ye la kalau nak dibandingkan dengan tentera US, harus US lagi hebat kan.... Tetapi dengan strategi yg diatur, beliau mampu menumbangkan tentera US.... Osama ni kira manusia yg bijak.... Silapnya mungkin.... dia terlalu taksub dalam menegakkan keamanan.... Taksub ni sebenarnya boleh mendorong kepada kejahatan....yang boleh menjadikan seseorang itu jahil dan lupa kepada pegangan yg asal.... Entah la.... aku tak berani nak komen panjang pasal ni.... Moga roh nya aman di sana...Amin~
~Orang selalu kata... kalau keganasan je pasti hendak mengaitkan dengan Islam.... Kalau pasal masalah gejala sosial pulak, pasti hendak menyalahkan orang Melayu yg beragama Islam.... Kenapa erk??? Wahai manusia di luar sana.... Jangan sesekali kamu nak menghina atau menyalahkan Islam.... Agama Islam tidak bersalah... Ajaran Islam tidak mengalakkan keganasan.... Agama itu bukan masalahnya TETAPI manusia itu sendiri yg bersalah!!!!! Telah dinyatakan dalam Surah Al-Insaan..

[1]Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
[2]Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
 [3]Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
[4](Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
[5]Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6]Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
[7](Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
[8]Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
[9](Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
[10]"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[11]Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12]Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[13]Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[14]Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
[15]Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
[16](Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
[17]Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
[18]Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
[19]Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
[20]Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
[21]Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
[22](Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
[23]Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
[24]Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
[25]Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
[26]Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
[27]Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
[28]Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
[29]Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
[30]Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
[31]Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

pelik tapi wujud

Selamat petang semua....Hari Isnin yang membahagiakan sebab masih cuti lagi hehehe..... Aku nak share pasal ada la satu tumbuhan ni....rupa macam pelik tapi ia benar2 wujud.... Aku pun baru tahu kewujudan tumbuhan ni masa tengok channel KBS World tadi...Aku ni bukan setakat layan drama korea je tau, segala dokumentari yang dia org tayang pun aku layan gak.... Tumbuhan ni sebenarnya sama je dengan spesies buah kelapa yg ada kat Malaysia ni... Cuma apa yg menjadikannya pelik, sat lagi aku bagi tau.... Sebelum tu aku nak story pasal kepulauan Seychelles.... Tumbuhan yang pelik ni dijumpai di kepulauan Seychelles....Memang cantik la pulau ni.... Putera William dan Puteri Kate pun akan berbulan madu kat pulau ni....memang sesuai la..... sebenarnya, aku pun baru tahu gak kewujudan pulau ni......hihihi




Aku membayangkan korea la pulak bila lihat gambar ni. Pantainya memang biru dan jernih je... Tiba-tiba aku teruja pulak nak g sana...Unik la tempat ni..... Subhanallah....Alam ciptaan ALLAH ni memang indah.... Nak tahu tak pasal tumbuhan yang pelik ni??? Maaf la ye sebab ada unsur 18sx sedikit.. oopppps jangan fikir bukan2...ok, aku tunjuk gambar dulu baru korang akan faham....

pokok lelaki.....nampak kan apa yang menjadikan pokok ni lelaki..tuttttt...OXXXXXX

yang ni pulak pokok perempuan.... korang boleh nampak kan perbezaannya?? aku tak bagitau pun korang dah leh tangkap kan...xxxxxxxxxxxxxxxx
Nama tumbuhan ni ialah 'The Coco de Mer' atau nama lainnya Lodoicea Maldivica... Macam spesies pokok kelapa kan?? Memang spesies pokok kelapa pun hahahaha cuma ia berbeza dari pokok kelapa yg ada kat Malaysia....Korang boleh nampak kan perbezaannya??? Masa aku lihat kat tv tadi pun macam tak percaya gak....pokoknya memang tinggi sangat2.... boleh mencecah 24-25m tinggi... daunnya pulak berbentuk macam kipas memang lebar dan besar.....bentuk buah kelapa spesies ni pun berbeza.....


Pelik kan??? Tapi semua ni adalah benar dan memang wujud.... Di akhir rancangan dokumentari tu tadi..... Host tu kata....'Inilah buah yang menjadi misteri.banyak cerita yg tersembunyi.... buah inilah yg yang dirasai oleh Adam.....rahsia disebalik kewujudan manusia...' Hmmmmm, buat aku berfikir lagi...... Kalau ikut apa yg aku belajar dalam Islam.... Memang ada satu-satunya pokok yg wujud di syurga semasa kewujudan Nabi Adam (nama pokok tu ada tapi aku lupa la eheeee).... ALLAH telah mengharamkan sesiapa utk memakan buah dari pokok tersebut....TETAPI atas hasutan syaitan...Nabi Adam dan Hawa telah memakan buah dari pokok tersebut..... Akhirnya Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke Dunia.... Biji dari buah tersebut telah lekat kat tekak Nabi Adam.... sebab itulah makhluk ciptaan ALLAH yang bergelar LELAKI mempunyai halkum...Yang PEREMPUAN pulak mewarisi kejadian HAWA yg mempunyai ____ akibat makan buah itu....... 

MasyaALLAH..... betul2 membuat aku berfikir..... Wallahualam...Kebenarannya hanya ALLAH yang tahu..... Sesungguhnya pasti ada maksud disebalik segala ciptaan ALLAH itu.... Sebab tu la aku suka melancong..... bila kita melancong...kita akan dapat menghayati alam ciptaan ALLAH dan ia akan membuat kita berfikir....Memikirkan kewujudan ALLAH...... Terima Kasih kepada KBS World kerana telah membawa aku ke sebuah Pulau yang penuh dengan misteri dan kecantikan alam semulajadinya..... Syioookkkk melayan bahasa korea dengan subtitle BI hehehehehe

Sunday, May 1, 2011

K-Pop celup....OMG, aku geli!!

Oh tidakkkkkk, kegelian melanda diri....... Tolonglah manusia jangan buat aku rasa nak muntah hijau.... eeeeuwwwww lansung tak sesuai..... Aku pun tak tahu sejak bila wujud group macam ni kat Malaysia ni. Apa la nak jadi...Kenapa suka sangat nak tiru gaya artis negara luar.....Kalau sesuai tak pe gak..ni OMG....buat aku loya je..rasa nak keluar semua isi dalam perut ni....Tolonglah...jangan nak bagi malu rakyat Malaysia.....

Aku ni bukan nak kutuk orang Malaysia.....tapi tu lah susah betul.... dah tahu ko tu orang timur buat la cara orang timur..kita ni penuh dengan adat dan tatasusila....yang ko nak tiru gak artis luar tu apa kes??? Aku ni memang la penggemar K-Pop gak....memang addicted giler2 la..... tapi tidaklah sampai nak lupa asal usul diri ni.....Aku pun tak tahu sejak bila wujudnya group ni....24:7, nama pun dah pelik..... ada hati nak tiru Super Junior.....



Tak sesuai langsung......tidakkkkk............ memalukan je......... tak dapat aku nak bayangkan.....



OMG...Ni lagi la buat aku naik loya..... tak sesuai langsung....sedar lah yg korang tu muka sawo matang....wajah orang Melayu...nampak buruk sangat buat gaya macam tu...... nampak macam gay ada gak....yoooooo uiiiii geli okkkkkkkkk

cuba compare..yang mana satu nampak ok dan tak meloyakan??? Dia orang tu kulit putih, nampak memang cute nak buat gaya macam tu.....kalau org kulit sawo matang nak buat gaya cute tu aku rasa dah macam nak jual diri je....(oppppsss maaf ayat kasar sikit....)Tolonglah sedar ,, janganlah nak buat aku geli.... aku layan korea gak tapi tak la sampai aku nak jadi macam mereka,,,, still lagi aku bertudung, still lagi aku tutup aurat..... minat itu tidak salah, TETAPI jangan sampai menyesatkan diri itu yg jadi salah!!!!!!

~Jadi diri sendiri adalah lebih baik, bangga la yang kita ni rakyat Malaysia.....Aku minat Korea....tapi aku anti Korea celup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku hendak jadi bunga tahi ayam!!!!

Siapa kata benda yang busuk tu tidak berguna? Tak semua benda yang busuk tu tak berguna..... semalam sambil2 layan Konsert AF9, sempat gak aku tukar channel huhuhu sebab drama kat TV3 semalam pun best..... Siapa yg ada tonton movie 'Cinta Si Bunga Tembam' jam10 malam semalam pasti dah dapat teka apa yg aku nak story ni..... Sedih gak masa layan movie tu.....terasa aku pulak yg berlakon auuwwww heeeee aku ni pun gadis tembam ok!!! 

"Antara bunga tahi ayam dan bunga ros awak pilih bunga yang mana satu??... Mesti la saya pilih bunga ros. Sebab bunga ros ni wangi, pastu cantik warna pun merah nampak cantik (hahaha yg ni aku tokok tambah sendiri, heee) ..... 'tapi bunga ros tak tahan lama.... walaupun ia nampak cantik, ia cepat rosak..... berlainan pulak dengan bunga tahi ayam.....Walaupun ia berbau busuk, ia tetap tahan lama...' Itulah sebahagian kata2 yg aku ingat dalam movie tu...... Buat aku berfikir sejenak........

Don't judge a book by it cover....aku sangat suka guna pepatah Inggeris ni....Tetapi sejauh manakah org sekarang ni berfikir begitu?? Tipulah kalau cakap tak tengok luaran semata-mata.....memang itu pun kan yang korang lihat dulu kan??? Entah la aku pun kadang2 tak faham dengan sesetangah manusia ni.....Dah nama manusia kan, rambut sama hitam...hati lain-lain...... terpulang la pada diri masing2....nak menilai yang mana dahulu..luaran atau dalaman....... jangan nanti tersilap pilih sudah!!!

Aku nak jadi macam bunga tahi ayam....biar bau busuk tapi tetap tahan lama...Biarlah org nak kata luaran aku ni tak menarik, janji dalaman aku suci dan murni....bukan aku nak puji diri sendiri.... tapi aku akan cuba untuk menjadikan diri aku ni suci dan murni dari segala aspek dalaman...Luaran tu biarlah org tertentu sahaja yg tahu menilainya.....Aku ingat kata2 ustazah aku dulu.... biar kita tak cantik luaran....sebab hanya org tertentu sahaja yg dapat menilai kecantikan kita yg sebenar..... sinar keayuan itu hanya akan dapat dilihat oleh seseorang yg betul diciptakan oleh ALLAH untukmu..... Siapa org itu??? Hanya ALLAH yg tahu...~



Mei sudah muncul~

Salam semua..... Alamak!!! sudah 1 Mei 2011.... cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku sambut tahun baru 2011 hehehe ok2 aku malas lak mencarut yang bukan-bukan. Perasan tak?? Belog aku sudah berwajah baru hahahaha pink + biru ngeeeeee aku ni penggemar pink, tapi dok godek bebena tadi... terjumpa pulak background ni. Nampak simple, sempoi but maintain cute...even blue yg menguasai, pink tetap ada.....tu yang terus tukar lagi background.... Bila dah berwajah baru ni, semangat la pulak nak menulis harharhar poyos!!

Oh ya, sebelum tu aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Pekerja buat semua ya...Bagi sesiapa yg bekerja tu, sabar je la ye heeee bagi yg bercuti pulak hahahaha harus I suka kan hehe esok sambung cuti lagi...jangan jeles ye bagi yg bekerja *_*...Malam nanti aku sambung update entry lagi ye.... esok cuti so malam ni boleh la mengadap my lappy sampai pagi hehehehe

~Selamat menikmati hujung minggu anda. Semoga berbahagia selalu.... Mei sudah muncul, aku jadi takut..... Jun bakal tiba,,,Alamakkkkkkk xlama lagi aku akan genap 24 tahun...ohhhhh tidak!!!!!