daebak ^_^

Tuesday, January 31, 2012

On Off...

Semalam broadband aku buat hal lagi sebab tu tak dapat nak update apa-apa. Hari ni ok pulak bb ni. Adoi, pening pulak aku bila memikirkan apa kena dengan broadband aku ni. On off, on off je memanjang.... Kalau bulan depan macam ni juga, kena g lapor kat centre. 

Eh, sedar tak sedar... today is last day on January.... Ommo, tomorow dah new month.... *_^ Time is going so fast.... Pejam celik dah berlalu sebulan utk 2012 ni. Semalam aku dapat satu pengalaman baru. Nanti la bila dah tiba masanya aku share kat sini. Sekarang ni biar aku simpan je dalam hati. Hahaha 

Semalam juga, sebelum aku balik ke rumah singgah sebentar kat kedai dics kegemaran aku. Usha-usha mana tahu dah keluar stok baru untuk drama korea. Puas aku belek semua akhirnya jumpa hehehe. Akhirnya, aku beli juga drama Korea 'Flower Boy Raymun Shop'... Sebelum ni aku sempat tonton drama ni online satu episod je. Pastu terus nyigau nak lagi, tapi apa la daya bb aku yg kecil ni nak menampung nafsu aku huhuhu Terpaksa bersabar tunggu DVD... Now, puas hati ^_^

Drama Korea 'Me To, Flower' pun dah keluar tapi sayangnya takde subtitle pulak. Kena tunggu beberapa minggu lagi pastu ada la stok baru hehehe Stok dah da apa lagi, aku sibukkan diri layan Korea la... ^_^

Monday, January 30, 2012

Tahniah Hafiz- Awan Nano JUARA LAGU

Aku tak tengok pun hehehe tapi tengok komen member-member kat Facebook semua sibuk pasal AJL26... 


Bangga aku dengan anak Sarawak. Walaupun hanya dengan berkaki ayam, berseluar jersy dan berbaju t-shirt putih..... Akhirnya kemenangan itu milik Hafiz...
Wah.... bila aku baca komen kawan aku tu... terus rasa bangga sekali..... tumpang gembira dengan kejayaan anak Sarawak....... Tahniah Hafiz.....  walaupun dengan hanya berpakaian simple dan berkaki ayam.... Tak perlu budget besar pun.... Yang dititik - beratkan hanyalah persembahan dan vokal....... Menang besar Hafiz... Juara Lagu dan Vokal Terbaik....

Lagu Awan Nano mmg best dan yg plg penting maksud/nilai yang hendak disampaikan.... Video klip lagu ni pun aku puji. Ditambah lagi dengan kemantapan vokal Hafiz... mmg terbaik.... Moga Hafiz akan lebih maju lagi dan terus menaikkan nama Sarawak.. Tahun ni aku agak lagu Hafiz dengan Adira 'Ombak Rindu' pun ada peluang ke AJL27... hehehe ^_^

Sunday, January 29, 2012

Burung Gergasi

Kalau aku sebut Burung Gergasi, kawan-kawan aku dah boleh agak apa yg aku maksudkan. hehehe kalau korang pulak?? Agak-agaknya apa yg aku maksudkan dgn Burung Gergasi???

Semalam aku sampai termimpi-mimpi naik burung gergasi. Aduh, ini memang kes rindu sangat dengan awan biru. Rasanya last aku naik burung gergasi masa konvo aku tahun lepas. Baru 3 bulan tak naik burung gergasi dah rindu... Aduh... aduh.... susah macam ni... mmg kena berfikir nak miliki burung gergasi sendiri baru puas hati hahahaha ( yang ni mmh berharap dlm mimpi je... )

Teringat pulak kat mimpi aku semalam. Entah macam mana tiba-tiba je, aku masuk dalam burung gergasi. Yang tak best nya 'orang ' yg muncul sekali dalam mimpi aku tu..... Rasanya 'orang' itu yang belikan aku tiket sebab kalau aku yg beli tiket, aku suka duduk dekat dengan sayap. Kalau 'orang' itu, dia suka duduk kat depan sekali.

Cun pulak dalam mimpi tu aku duduk kat depan sekali, dan masa aku cari tempat duduk tengok-tengok 'orang' itu dah ada kat tempat duduknya dan dia tengah tunggu aku... Ommo, nak pulak aku menjerit dalam mimpi tu, apasal pulak ko tiba-tiba muncul ni?? Apa kes?? hahaha jahat nya aku... Org dah sponser tiket pun mahu sombong lagi.... 


Buat 'orang' itu... Aku tak tahu la nape pulak ko leh muncul dalam mimpi aku. Mungkin sbb sekarang ni tengah CNY..... mana tahu ko teringat dekat aku ke??? wakakaka...... Apa-apa pun, aku tak kisah dah perkara lepas. Past is past kan.... Ambil yg jernih buang yg keruh..... 

p/s: Rindu sangat dengan awan biru dan burung gergasi ^_^

Save The Last Dance For Me...

Dah lama teringin nak tengok drama ni, tapi baru sekarang berkesempatan. Drama ni dah lama release pun.... kalau tak silap aku tahun 2004, time tu aku Form 5... huhuhu Selepas 7 tahun drama ni release baru tahun ni dapat tengok. Aduh, sadis tak?? Entah kenapa aku teringin sangat nak tengok drama ni. Kalau aku ingat balik, banyak kisah di sebalik peristiwa aku nak dapatkan cerita ini.


Mula terdetik di hati aku pasal drama ni, masa tu aku tengah outing dengan member. Biasa la kalau dah outing, tempat yang tidak akan miss utk singgah ialah kedai Speedy. Singgah kat Speedy terus pergi kat Korean Drama Corner. Nampak DVD drama ni hati terus terpaut. Tapi masa tu aku tak mampu beli lagi dvd drama ni sebab sangat mahal.... 

Entah kenapa aku suka drama ni.. Mungkin tertarik dengan cover drama ni kot. huhu Sebab masa tu aku tak kenal Ji Sung - lead hero drama ni. Kenal Ji Sung pun lepas tonton drama terbaru dia Protect The Boss... Nak kata suka Eugene -lead heroin pun tidak.... Apa yang pasti aku suka drama ini hanya lepas tengok cover dan tajuk drama ni...Ini baru org kata cinta pandang pertama  -__-

Lepas tonton drama ni, aduh...... sayunya hati... habis basah bantal aku dek air mata yg turun bak hujan yg tak henti-henti. Mmg sedih....... Teringat pulak kat drama taiwan 'Prince Who Turn To Frog'.... A'a ada persamaan STLDFM dengan drama PWTTF.... Kisah cinta yang banyak dugaan sebelum mencapai kebahagiaan.... 



Kalau siapa yg nak belajar apa itu erti sebuah ketabahan.... boleh la layan drama ni. Tapi sebelum tu jangan lupa sedia tisu banyak-banyak.  Layan OST pun dah jatuh leleh apatah lagi kalau layan drama sampai habis...


Comeback^_^

Assalamualaikum semua.... Anneyong!!!!

Rindunya, rasa macam lama sangat tak aktif dengan dunia maya ni. Sebelum ni NO BLOGSPOT, NO FACEBOOK dan NO layan drama korea online. Hari ini aku kembali semula.... hehehe Ini pun aku takut bb aku buat hal balik, entah esok ok lagi ke tak... Harap-harap ok la sebab aku perlu update beberapa perkara yg memerlukan aku utk online. Lagipun aku dah bayar advance pun utk bulan Februari so please broadband, jangan buat hal lagi.

Bila dah lama tak online korang tahu apa aku buat?? Menjawab la mengadap novel 24 jam. Bila dah puas layan novel, aku layan drama korea pulak. Sekarang ni stok drama baru belum ada lagi. So aku layan balik drama lama... Last-last aku sendiri yang naik muak sebab dah hafal jalan cerita.huhuhu 

Ok la nak sambung blogwalking.... Lama dah update cerita blogger lain, rasa macam ketinggalan pulak hehe

Tuesday, January 24, 2012

Out of service..

Hampir seminggu aku tak dapat online. Hahaha ini la akibat perbuatan sendiri. Sebabnya minggu sebelum tu aku layan tengok variety show 'Running Man' online.... lepas tu apa lagi dapat memo cinta dari celcom broadband. Over usage sebanyak 5 mpbs.... menjawap la lepas tu, line aku dia org hadkan...

Mmg tak dapat nak online langsung. Mula-mula mmg dah connect tapi lepas tu faham-faham la.... Nak tunggu loading, sempat lagi aku nak mandi ke makan ke... dan buat kerja lain... Last-last aku malas nak tunggu terus aku off je.... grrrrr juga la tapi nak buat mcm mana, salah sendiri hehehe *_*

Cun pulak namdongsaeng aku balik rumah hari ni. So minta pinjam broadband Maxis Broadband dia..... hmmmmmmmmmm, 2x5 juga la tapi at least boleh juga aku online sekejap ni. Pasni akan kembali OUT OF SERVICE..... NO Blogspot, NO Facebook, NO Yahoo, NO layan korea online.... -__-

Tuesday, January 17, 2012

Tukar Lagi!

Sebelum ni kata tak nak dah tukar background utk blog. Sekali tadi BW. Singgah kat blog yg comel, wawawa tiba-tiba teringin pulak nak blog macam tu. Pastu mula la gatal tangan... Godek sana godek sini, skali haram... apa pun tak jadi.... Oh, ini yang aku benci..... 

Mula-mula try la follow tutorial yang dibagi. Set, mmg jadi... cantik je background TAPI.... masalah pulak sebab URL yang dibagi ada link pulak lepas tu gadget semua hilang. Kalau nak gadget tu balik kena buat step yang lain pulak... Aduh, leceh nye!!! Ditambah dengan line broadband yg lembab... Aku jadi MALAS!!

Last-last buat macam ni je. Aku ambil background dari INI Ha, ambik ko... Siap sudah, janji PINK... malas nak fikir banyak-banyak... Penat... penat..... Rasa-rasanya lepas ni nak buat lagi ke??? Oh, harap-harap la TIDAK. Please be good to me 'my mood' huhuhu -__-

Monday, January 16, 2012

Cheers Up Girls!!

Sejak dah dowload lagu 'A Thousand Year' , mula dah cari lagu-lagu Inggeris yg aku terlambat nak update. Hohoho terus petang tadi, masa buka channel Hitz TV, ternampak penyanyi kesayangan aku, 'Kelly Clarkson'... Mula-mula ingatkan itu lagu lama, sebab semua lagu terbaru dia aku dah siap dowload. Setahu aku comeback dia masa penghujung 2010... Bila dengar betul-betul tadi, macam tak pernah dengar pulak sebelum ni. Keliru... sebab muzik dia hampir sama dgn lagu yg sebelum ni.

Demi nak dapatkan kepastian, dengar sampai habis... baru tahu tajuk lagu dan terus buka youtube. Ha, nampak sangat ko dah ketinggalan zaman Izah.... Lagu baru Kelly rupanya, hmmmm rasanya aku still up to date la hahaha sebabnya lagu baru tu baru release hujung tahun lepas. 

Hahaha suka sangat lagu ni... Lagu Inggeris kedua yang aku dowload utk tahun 2012 ni. Kelly Clarkson still the rock!!! Aku suka dia sejak dia dalam American Idol lagi. Suara dia mmg power, dan layak sangat bergelar juara. Ditambah lagi dengan lagu-lagu nya yg best. 

'Mr. Know It All'... new song from Kelly Clarkson.. Bagi girls yang rasa mereka baru putus cinta... Lagu ni sesuai sangat utk korang... Wei, apa nak sedih kalau putus cinta.... Satu pergi seribu yg menunggu ^_^ hehehe saja nak bagi semangat.... Cheers up girls!!! Sambil-sambil tu mari layan lagi ni...


A Thousand Years

Bila dah asyik dengan Korea ni, aku dah kurang pulak update perkembangan muzik Barat. Ye la, siang malam dengan Korea, hari-hari layan drama korea, lagu korea... pendek kata semuanya Korea la. huhuhu

Mmg dah lama minat korea ni tapi tidak la 100% tumpuan diberikan, kiranya ada juga update pasal hiburan tanah air atau barat. Lagipun masa study degree dulu, member-member takde yg gila sgt pasal Korea ni. Dia org lebih kepada movie dan lagu Inggeris. Member yang kaki Korea pun kawan sekolah dulu je. Sebab itu dulu aku lambat sikit nak update pasal Korea. 

Sejak dah habis degree ni tumpuan 100% mula berikan hanya utk Korea sahaja. ^_^ Tambahan lagi cousin aku semua dah kaki Korea. Aura korea berjaya aku perluaskan heheee so kiranya senang sikit nak dapatkan bahan-bahan bakar Korea ni eheeee 'sgt mendalam maksud itu'.... Sejak semalam, aku dengar radio masa ambil mak aku pulang kerja, dengar lagu ni.... 'A Thousand Years'.... macam best!!! Mula-mula ingatkan Cristina Aguirela yang nyanyikan lagu ni.

Rupa-rupanya penyanyi baru Cristina Perri hahaha dah lama sgt tak update pasal muzik Inggeris ni. First time dengar lagu ni, fuh layan habis... Feeling.... ditambah dengan muziknya yg mendayu-dayu... Kalau time mengantok dengar lagu ni, mmg boleh tidur dgn lena. I love this song... Tadi tanpa membuangkan masa terus dowload lagu ni.... dan dan aku baru tahu juga, la lagu ni OST utk 'Breaking Dawn'.... Aigoooo, ketinggalan nya ko Izah eheeeeee..... 

Kiranya ini la lagu Inggeris pertama utk tahun 2012 yang aku dowload huhuhu -__- ... Part yang plg aku suka>
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
Jom tukar selera jap.. Kita layan lagu ni pulak.....


:: Bila dengar lagu ni, buatkan aku berfikir masa lalu. Adakah aku yg bersalah kerana tidak bersabar atas segalanya? Aku bukan seorang yang tabah untuk itu... Sudah sekian lama bertahan, nampaknya kesabaran aku hanya takat itu sahaja. Sungguh takut utk jatuh cinta lagi!! -__~ ::

Tidak berapa sihat~

Aku tak perasan pun yang aku tak sihat, heee boleh pulak erk tak perasan? Bukannya apa, kalau setakat batuk atau selesema itu mmg dah biasa bagi aku. Kiranya body still boleh bertahan lagi. Semalam baru perasan yg suhu badan aku lain sikit. Kepala mmg dah start sakit sikit. *_*

Terus menelan ubat selesema sebab tekak aku rasa tak selesa disebabkan kahak yg berkumpul kat tekak. Bila dah makan ubat semalam aku bantai layan 'Running Man' online. Habis episod 61-63, episod 64 pulak separuh sebab broadband aku dah siap buat hal. huhuhu masa tu lupa sekejap yg diri ini tengah sakit.. RM mmg daebak!!! Aku ada juga usha2 mana tahu ada yg jual DVD utk RM ni... Nak buat koleksi la. Tapi tak jumpa, yang ada pun semua dari seberang... Susah pulak nak negotiate nanti... Sapa tau kalau2 ada org M'sia jual DVD full version utk Runninng Man ni inform aku k.... 

Hari ini rasa ok sikit cuma deria rasa tak berapa nak ok. Patut la mood makan tak berapa dua tiga hari ini. Harap-harap esok dah kembali sihat. ^_^

Friday, January 13, 2012

Misi hampir selesai!

Tinggal 3 lagi, pastu misi ini akan berakhir dengan jayanya. Korang agak-agak misi apakah yg sedang aku usahakan ini? Hehehe bukannya misi luar biasa pun sekadar misi biasa yg membuatkan aku terlebih excited!!!

Kat n3 ini aku ada tunjuk pic ini >>


Oh, apakah itu?? (Abaikan tulisan yg tak berapa nak betul tu ye) Itu list untuk misi yg tengah aku buat sekarang ni. Misi membaca semua novel karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Sudah hampir selesai dan ini checklist terbaru :

My cheklist for RAM novel :

1. A.D.A.M > done
2. Tombiruo > done
3. Tombiruo Terakhir > DONE (2012)
4. Ranggau > done
5. Rahsia Perindu > done
6. Mandatori >
7. Satu Janji > done
8. Semangat Hutan > DONE (2012)
9. Bagaikan Puteri > cerita epik so skip....
10. Hatiku di Harajuku > done
11. Cinta Sang Ratu > skip
12. Ungu Karmila >
13. Hijap Sang Pencinta > skip
14. Mikhail > done
15. Sutera Bidadari > skip
16. Cinta Sufi > skip
17. 9 Nyawa > DONE (2012)
18. Rayyan Fantasi >
19. Fiksyen 302 > done

Tinggal Mandatori, Unggu Karmila dan Rayyan Fantasi saja lagi. Aku ni tak gemar genre epik ni so aku mmg skip semua novel genre epik tu. Eheeee... ^_^

Selepas selesai baca 'Ranggau' dan '9 Nyawa'.. Bagi aku, kedua-dua novel ini saling berkait. Apa yg plg penting, ia betul-betul menyentuh hatiku.... Terasa aku makin dekat dengan-NYA... Kenapa?? Korang juga harus baca novel tersebut, jawapannya da terdapat dalam kedua-dua novel itu. Terima Kasih RAM kerana menghasilkan sebuah karya yg bukan hanya menarik utk dibaca tetapi turut sama menambat hati pembaca utk mengenali YANG MAHA ESA dgn lebih dekat lagi.... ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa org yg tak solat boleh berjaya??

Tadi masa blogwalking, terjumpa sesuatu yang membuka mata dan hatiku seluas-luasnya. Terasa diri ini serba-serbi kekurangan. Sesungguhnya, hambaMU ini terlalu kerdil di mata ALLAH...

Kehidupan kita ini mmg tidak akan pernah lari dari dugaan. Pernah juga dulu terdetik di hati, kenapa semua kekecewaan ini berlaku walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh dan memohon doa kepadaMU. Ya ALLAH, ampunkanlah kekhilafan hambaMU ini.... Cuba mencari kekuatan dengan kembali kepadaMU, menyerahkan seluruh jiwa dan raga.


ALHAMDULILLAH, sesungguhnya setiap kekecewaan itu mempunyai seribu nikmat yg tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata.

Moga perkongsian ini akan memberi kekuatan kepada anda juga.


Untuk n3 yang lengkap, klik sini. Terima Kasih utk perkongsian ini. ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Jodoh itu di tangan ALLAH~

Maghrib tadi dapat mesej dari my best chingu, dia cakap ada 'hot story'. Kawan sama sekolah dulu nak kahwin bulan 3 ni. Si lelaki dan perempuan tu pun dua-dua kawan sekolah kita orang juga. Yang nak dijadikan 'hot story' nya di sini, semua kawan-kawan tak sangka. yang dia orang ni akan berkahwin. 



Sebabnya masa sekolah dulu,  dia orang bukannya pernah berkawan pun, apatah lagi nak bertegur sapa. Lagipun dulu, si lelaki tu couple dengan kawan kita org yg lain. Si perempuan tu plak mmg ada pakwe lain. Tapi, itulah kalau dah jodoh kan?? Tak sangka pulak lepas habis sekolah dia orang jadi kawan. 

Aku dah dapat kesan yg dia orang ni couple tahun lepas ( sebab dia orang ni kira rahsiakan perhubungan dia org ). Aku ni kalau part mcm ni cepat sikit dapat aura (bukan busy body ok.. ) hahaha Aku ada juga bagitau hal ni kat my best chingu pasal firasat aku tu. Mungkin sebab semua kawan-kawan lain belum tahu lagi hal ni, jadi ia senyap macam tu je. 

Tadi check kat FB, banyak je yg komen hahahaha akhirnya rahsia itu tidak bertahan lama. Si lelaki tu ajak semua kawan-kawan datang ke majlis perkahwinan dia orang. Apa lagi semua tanya siapa pengantin perempuannya?? Bila dibagitau yg pengantin perempuannya kawan kita org tu, si perempuan, semua terkejut.

Jodoh itu kan di tangan ALLAH. DIA yg mengkehendaki setiap apa yg berlaku. Kdg-kdg apa yg berlaku itu tidak tercapai dek akal fikiran kita. ALLAH itu maha besar.... dan setiap apa yg berlaku itu adalah sebaik-baik kejadian.

Buat bakal pengantin baru, Selamat Melangkah ke alam Baru kawanku. Moga bahagia hingga ke syurga dan sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH..... ^_^


Monday, January 9, 2012

Masam Manis : Rencah Kehidupan

Malam-malam begini singgah sebentar ke blog Masam Manis, buat aku rasa lapar! Hehehe Blog ini salah satu blog masakan kegemaran aku.

Wah, lama tak singgah kat situ. Dah tukar background baru, siap letak lagu 'Season In The Sun'... Tiba-tiba teringat zaman sekolah menengah dulu. Cikgu Suzy guna lagu ni utk ajar kita orang Bahasa Inggeris. Salah satu pendekatan yg memberi kesan dlm diri semua pelajar.. Lagu ni siap kita org cop lagu kenangan sepanjang zaman batch SMKAM 2000/2004.



Masam Manis, sesuai dengan nama blog beliau... Kak Ita empunya blog banyak memberi tunjuk-ajar tentang masakan. Banyak yang aku pelajari tentang masakan dalam blog beliau. Kak Ita bukan sahaja berkongsi resepi malah beliau juga memberi banyak petua dalam masakan yg kdg2 aku sendiri mengambil mudah perkara tersebut.

Dalam memasak, kita memerlukan passion yang cukup. Kalau tiada keikhlasan juga, rasa makanan yg kita masak itu tidak mencapai tahap sehingga memberi kesan di hati pemakannya..... Itu yg aku belajar dari Masam Manis. Sebab itu kalau korang tengah marah pastu memasak, mmg makanan itu akan jadi tak sedap. Mengapa?? Sebab perasaan ketika itu penuh dgn kemarahan, jadi passion dan keihlasan utk memasak itu tiada. Tak percaya??

Cuba korang try. Kalau aku mmg mcm tu. Sebab itu kalau aku tengah marah atau malas... Jangan paksa aku memasak... Mmg hancur la masakan aku tu. hehehe sebab itu PASSION dan KEIKHLASAN itu penting!! Bukan hanya dlm masakan je tau, begitu juga dalam kehidupan ^_^

Sunday, January 8, 2012

Best Award for Korean Drama 2011

Sebelum aku menghuraikan lebih lanjut pasal ni, ingin aku tekankan di sini... Bahawanya segala nama pemenang yg dipilih ialah pilihan AKU sendiri dan tiada kaitan dengan pemilihan pemenang yg sebenarnya di Korea... ehee Nak tahu keputusan pemenang Award untuk 2011 yg sebenar?? Klik di sini

Pening juga nak pilih siapa yg terbaik. Sebab bagi aku tahun 2011 banyak drama yg best. Pelakon tak kira la namja (lelaki) atau yeonja (perempuan) banyak juga yg terbaik. Bikin aku rambang mata.... -_~ Sebelum ni aku ajak kawan aku Diary Zahidah Wahid buat award sendiri utk drama korea. Dia dah pilih pemenangnya, aku je la ketinggalan kebelakang. Tak tahu nak pilih siapa.....heeeeeeee

Akhirnya, setelah mengambil banyak masa berfikir, pemenang sudah dipilih......
( maaf terlambat seminggu -_- )

1) Calon Pelakon namja Terbaik

Ji Sung , Lee Dong Wook
Pemenangnya ialah >> Lee Dong Wook. Pelakon air mata dalam drama Scent of Woman. Mula-mula aku keliru nak pilih antara LDW atau Ji Sung. Bila fikir lama-lama, merasai kembali setiap lakonan dia org. Ye, aku lebih merasai lakonan LDW... huhuhu hati ini tersentuh melihat air matanya..... ~_~

2) Calon Pelakon yeonja Terbaik

Yoon Eun Hye , Kim Sun Ah
Pemenangnya ialah >> Yoon Eun Hye... Yang inilah paling susah aku nak pilih... Tersangat susah! YEH dan Kim Sun Ah... Dua-dua aku suka... Lakonan kedua-duanya juga terbaik. Mungkin sebab aku lebih lama mengenali YEH, jadi lakonannya lebih memberi kesan ke atas jiwa aku. Aku suka lakonannya yg sempoi dalam Lie To Me... Nampak seolah-olah dia berlakon tanpa skrip, macam dalam realiti!

3) Best Couple

Yoon Eun Hye & Kang Ji Hwan , Kim Sun Ah & Lee Dong Wook
Choi Kang Hee & Ji Sung , Lee Min Ho & Park Min Young
Keliru!!!!!!!!!!! Pening!!!!!!!!!!!!!! Semua adalah terbaik... Tapi kena juga pilih pemenang di kalangan mereka. Keputusannya ialah >>> Choi Kang Hee & Ji Sung....... Dia orang nampak sangat serasi. Pasangan yang happy go lucky sentiasa. Ketabahan CKH dan JS yg bebal mengembirakan hati penonton. Langsung tak nampak dia org kekok antara satu sama lain. Sebab itu aku pilih dia org.... (Aku pilih bukan hanya tengok drama je tau, siap aku tengok The Making, YG's dan X-Files PTB.... )

4) Drama Terbaik 2011







Lie To Me ( aku tak jumpa linknya. adakah aku terlupa buat preview pasal drama ini?? rasanya ada!!)

Pemenangnya >> Lie To Me

Sebab:  Aku suka kisah cinta yang tak berat. Aku suka SOW juga, tapi drama itu terlalu berat buat aku. Aku bukan setabah KSA utk menhadapi kisah cinta sebegitu.

Dlm LTM ni kisah nya lebih sempoi. Macam aku kata tadi lakonan YEH mmg memberi kesan yg amat besar ke atas diriku. Nampak sempoi dan bersahaja. Mcm tak ada skrip dan seolah-olah itulah realiti! Kata-kata yg amat aku suka dlm drama LTM ialah 'Mengimbas Kenangan Untuk Menghargai Harga Cinta'...

( Ada kaitan sedikit dlm hidup sebenar aku.... Sebab itu LTM betul-betul memberi impak yg cukup besar buat aku..... Kenangan... ya...DIA.... +_+ )

5) OST Terbaik

Seharusnya ini yg terbaik.... You're Beautiful by Junsu JYJ... Scent of Woman OST.... daebak!!!!!!!!!


:: Tahun 2011 milik SBS....... Harap-harap 2012 ini ada banyak lagi drama Korea yg terbaik ^_^ ::

Boring -_-

Selalunya kalau hujung minggu pasti ada je aktiviti yg menarik. Tapi hujung minggu kali ini tersangat la boring... Muka pun dah penuh dgn kebosanan... Biasanya hujung minggu mcm ni, aku suka blogwalking ke blog favourite aku. Nampaknya, semua blogger2 favourite aku tak aktif update blog hujung minggu ni. Mungkin menghabiskan masa dengan aktiviti santai bersama family dia orang. keboringan yg teramat -_-

Bila dah boring online, aku beralih pulak ke novel. Novel yang aku beli minggu lepas belum habis baca lagi huhuhu Sejak kebelakangan ni aku lebih menjurus ke kancah penyiasatan la. Malam tadi mimpi ala-ala CSI ko. Penuh dengan aksi dramatik. Inilah kesan dari novel RAM.... Ditambah lagi dengan menonton drama korea Prosecutor Princess semalam ( drama ni keluar tahun 2010, aku terlepas pandang... semalam baru terhegeh - hegeh nak tengok.. ^_^ )

Semalam dah tengok sampai episod 10, malam karang nak habiskan terus hehehe nanti dah habis tengok sampai episod 16 baru komen banyak-banyak. Apa yg pasti, aku sudah jatuh hati dengan Lawyer Seo... walaupun mendekati lead heroin iaitu prosecutor dengan niat yg tidak baik, tapi akhirnya beliau kecundang... Ya, cinta itu bisa menjadi penawar yg baik.... ^_^

Layan lagu ni dulu>>>



Saturday, January 7, 2012

Kebetulan...

Apakah?? hahaha aku tak tahu nak letak tajuk apa. Bila fikir apa yg aku nak tulis ada kaitan dengan sesuatu yg tak disangka, kebetulan kata orang kan... Letak je la KEBETULAN.. hahaha gelak sorang-sorang bila baca tajuk itu. Direct to the point....

Semalam mak aku ajak pergi dinner kat luar. Cun pulak namdongsaeng aku cuti, sekali ajak berubat kat Matang. Sementara tunggu masa, kita orang pergi makan dulu. Mula-mula masa nak pilih tempat makan, semua bercanggah nak makan kat sini la, situ la. Akhirnya, kata putus... makan kat Kubah Ria. Kalau kat sini aku ingat ayam panggangnya... mmg sedap!!!

Tengah syok makan, terlihat seseorang yang aku macam kenal. Mula-mula tak perasan itu dia sebab kiranya dah lama juga tak jumpa. Bila ingatan kembali semula... Oh, dia...... Budak pilot yang aku pernah cerita dulu kisah-budak-pilot1 dan kisah-budak-pilot2 

Budak pilot itu masih macam dulu juga. Aku mmg nak tegur dia cuma rasa macam jarak kita orang sangat jauh. Lagipun masa tu aku  sekeluarga dah selesai makan. Mungkin aku sorang je yg perasan dia, entah budak tu ingat lagi tak kat aku. Aku hanya nak tanya dia satu je, dah dapat fly ke?? Route mana?? ( kata nak tanya satu soalan, ni mcm dua soalan..) ** boleh juga tumpang sekaki kan**


:: Dunia ni kecil je kan?? Tak sangka pulak terserempak dengan budak pilot tu lagi. Aku cuma takut terserempak dengan kamu saja... Ingat dulu masa pertama kali selepas setahun ingatkan mmg tak akan terserempak dgn kamu lagi... TAPI tak sangka secara kebetulan..... aku ternampak kamu..... dup... dap... cuba kawal diri dan terus ajak chingu Zira larikan diri dari situ.... Bukannya aku takut, cuma belum bersedia utk berdepan dgn kamu masa itu... Entah, kamu perasan aku atau tidak................ Harap tidak akan terjumpa dgn kamu di mana-mana... ::

Friday, January 6, 2012

Kisah di sebalik lagu~

Kadang-kadang apa yg kita rasa di hati tak semuanya kita dapat luahkan melalui kata - kata. Itulah ada orang kata ' berdiam itu lebih baik dari berkata-kata '. Tapi sampai mana kita nak berdiam diri. Takut perasaan yg dipendam lama - lama itu akan memakan diri sendiri. Hmm, bercakap mmg mudah, hanya empunya diri yg lebih memahami apa yg mereka rasa... Bak kata pepatah, ' berat mata memandang lagi berat bahu yg memikulnya '.

Eh, pendahuluan yg amat panjang berjela. Penuh dengan metafora. Sebenarnya, aku nak kata.. kdg2 sukar utk kita nak luahkan sesuatu kepada org lain. Mungkin kerana hendak menjaga hati atau merasakan diri ini tidak layak utk berbuat begitu. Oh, apakah ini?? Sebab itu bila aku rasa ada sesuatu yg aku tak dapat luah melalui kata - kata aku akan luahkan melalui lagu. 

Selalu juga berlaku pada diri aku sendiri, kalau satu hari tu emosi mcm tak menentu, dan tak sengaja dengar pulak lagu baru. Mula-mula dengar mmg tak tahu tajuk lagu, cuma dengar lagu kat radio ataupun di televisyen. Tahu artis yg menyanyikan dan bait-bait kata lagu. Bila selesai je lagu dinyanyikan, terasa seolah-olah bait lagu tersebut mcm sesuai sgt dgn perasaan aku ketika itu.... 

* Bangun tidur teringat dengan lagu ini


* Bila rasa diri disayangi lagu ini terus bermain -main di fikiran.


* Mood terasa nak menari rancak... Jom, layan Suju Oppa


* Di kala berputus - asa, nak mencari semangat yg hilang


* senyum sampai ke telinga


* Selamat tinggal sayangku....


* I love you... Nomu2 chua... saranghaeyo....


* Kisah kau & aku..... ini suratan buat kita... Aku terima seadanya......


* Terima kasih... Gombawo... Kamsahamnida.... utk segalanya..............


:: Alamak n3 ini jadi panjang lebar.... Maaf la ye, semua lagu korea hihihi setiap lagu di atas mempunyai maksud yg mendalam dan memberi impak besar buat diriku... Nak faham, hayati la lagu tersebut ngeeeeeee
Meminjam rasa dari lagu.... Kamsahamnida.... ~ Sarang Pyeonji~ ::

Wednesday, January 4, 2012

Kembali ke sekolah...

Hari ini hari pertama persekolahan bagi tahun 2012. Teringat kembali zaman sekolah dulu, kalau dah lama cuti mmg malas nak bangun pagi keesokkan harinya utk pergi ke sekolah. Itu cerita zaman sekolah rendah la sebab pergi sekolah jalan kaki (masa darjah 1-3) dan guna kereta ayah ( masa darjah 4-6 sebab sekolah agak jauh dari rumah ). Tak pernah langsung merasa naik bas sekolah....... Mcm best je kan ramai2 pergi sekolah naik bas...


Cerita sekolah menengah pulak berbeza sebab dulu aku sekolah menengah berasrama penuh. So, kebiasaanya aku akan balik ke sekolah pada petang hari Ahad. Time ni la seronok hehehe memandangkan aku tinggal kat asrama mmg banyak la bawa stok makanan dari rumah... Roti kraker, maggi, keropok... macam2 ada.... Sangat rindu pada kenangan ini..... Mula-mula mmg berat je hati nak balik ke asrama.... Tapi bila dah masuk Tingkatan 4, dah seronok dengan suasana asrama... terasa macam tak nak cuti sekolah, nak stay je kat asrama.


Hari pertama persekolahan biasanya sesi santai je. Belum mula lagi sesi pembelajaran yg berat-berat. Hari pertama sekolah ni la cikgu kelas busy pasal yuran, kedatangan, pelantikan ketua dan penolong kelas.... berbual-bual dengan pelajar. Masa aku dulu, masa macam ni mmg akan digunakan utk berborak dengan rakan-rakan. Macam2 cerita yg keluar... Sambil-sambil tu merancang nak makan apa masa rehat nanti. 

Kelakar je bila ingat semua tu. Dua benda ni budak-budak asrama mmg wajib akan ingat sampai bila-bila. Yang pertama MAKAN... Masa belajar mmg asyik kira masa bila la nak rehat sebab asyik lapar je.... Bila break utk tengahari makan lagi..... Petang pun makan lagi... 24 jam mmg asyik nak makan je. Yang kedua pulak ialah TIDUR hehehe yang ni mmg tak boleh nak lupa.... Tipu la kalau ada yg cakap dia tak pernah tidur masa cikgu mengajar... Aku dulu sampai kena ketuk kepala sebab tertidur ngeee hehehe kenangan yg terindah *_~

Tuesday, January 3, 2012

Novel Ombak Rindu vs Filem Ombak Rindu

Semua orang dah sibuk pasal filem Ombak Rindu ni tahun lepas, aku pulak baru terhegeh-hegeh nak tengok filem ni. Malam semalam bila dah boring online aku ambil masa sedikit layan Ombak Rindu... Huhhhhhhhhhhhhh itu yg keluar dari mulut aku bila selesai je tonton filem tu.

Oh, ini ke rupa filem yg orang kata box office?? Bukannya niat aku nak memperlekehkan filem itu... CUMA... kalau versi novel mmg TERBAIK la aku bagi. Siap aku boleh khatam beberapa kali. Fauziah Ashari begitu bijak mengolah novel Ombak Rindu sehingga pembaca terasa dibuai-buai.


Tapi bila cerita pasal filem... Hampeh... Boring... serius aku cakap... Ini yg orang kata, indah khabar dari rupa.... Mula-mula mmg aku excited nak tengok filem ni... Sebab semua org kata best, box office... aku pun mula menggambarkan yg filem ni akan se'best' novel.

Lastly, huh.... sangat kecewa.... Ia aku akui bukannya senang nak adaptasi novel ke filem. Dalam novel mmg kita boleh hurai panjang-panjang. Kalau dalam filem yg hanya diperuntukkan masa 2 jam, apa yg boleh kita buat??? Oh, jangan nak jadikan itu sebagai alasan... Kenapa filem 'Twilight The Saga' boleh je best sama macam novel... Pastu filem 'Lagenda Budak Setan'... boleh la dipuji juga... So, apa masalah Ombak Rindu?? 

Bila aku tengok filem Ombak Rindu macam aku tengok babak dalam teater.... Korang perasan tak??? Jalan cerita kejap sana kejap sini tak rasa langsung kesinambungannya..... @_@

Monday, January 2, 2012

Pengakhiran 2011~

Even 2011 telah berlalu, aku tetap terkenangkannya, ececece mengada je bunyi... Yang dekat lagi dikenang apatah lagi yg jauh kan?? Selalunya dulu-dulu kalau time nak hujung tahun ni pasti semua sanak-saudara akan berkumpul. Bila dah berkumpul ramai-ramai, mmg ada la sesi BBQ, karoeka, makan-makan, dan yg paling penting sesi bergosip.......... TAPI sekarang ni, semua membawa hala tujuan masing - masing. Jarang sangat nak berkumpul macam dulu-dulu.

Terasa annoying kan?? Apa boleh buat masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri. Kebanyakan cousin aku dah beranak-pinak dan tinggal beberapa org saja lagi yg stil single macam aku *_*  sadis tak?? lolsss....

Apa yg aku buat masa penghujung 2011?? Hanya kPop yg setia menemaniku huhuhu Even takde teman dengan aku borak-borak, bila layan kpop terasa terisi jiwa yg kekosongan ini wakakakka ayat............ huhuhu Cun pulak 31/12/2011 yg lepas jatuh pada hari Sabtu, apa lagi melepak ke pasar minggu. Nak cari novel RAM lagi...

Sekali jumpa yang ini >>>


Majalah epop!!! Apa yg specialnya??? Itu..... aku terlebih excited pada calendar 2012... versi kpop.... harus aku suka!!! Preview apa yg ada dalam kalendar....

2pm in da house for JUNE!!! my birth month ^_^
It's sHiNee....... saja nak bagi cousin aku jeles hahaha terus dia beli gak epop keluaran khas ni...
JGS oppa!!!!! cute....
special edition... dah ada utk 2013 sekali ^_~
Sungguh puas hati dengan keluaran epop khas ni. Dapat kalendar kpop percuma dan poster hehehe Niat asal nak cari novel je last-last aku beli juga yang ini.... Tu yg susah aku ni, pantang sungguh kalau jumpa yg macam ini...... addicted sangat2!!!

Tujuan utama nak cari novel RAM tidak dilupakan.... Jumpa 'Ungu Karmila' tapi tak de stok baru... Aku tak suka kulit novel yg dah lusuh hehehe memilih ko.... Akhirnya pilih yang ini >>>


Itulah cerita pengakhiran 2011 aku..... layan epop dan novel sambil dengar bunyi mercun kat luar rumah.... Terasa annoying!!! Sedikit.... *_@

Sunday, January 1, 2012

1/1/2012~first step..

Anneyonghi Gaseyo 2011, Anneyong Haseyo 2012 ^_^................

Macam tak percaya kan, kita dah berada di tahun baru. Selamat Tahun Baru semua!


Sedar dari tidur terfikir sejenak, apa langkah pertama yg harus dibuat utk tahun baru ni. Pastu tiba-tiba datang idea... Ha, nak tukar background utk my blog... Sebelum ni berwajah ini >>


Background yg sebelum ni ada namja dan yeonja.... Nampak bahagia sangat kan..... hehe Sempena new year ni tukar pulak ke >>


Sekarang ni hanya ada yeonja sahaja... Kadang-kadang seorang lebih baik dari berdua... ececece ada kaitan ke??? hehehe azam baru tu!!! ^_^