daebak ^_^

Monday, April 19, 2021

Dear Diaries ~ aktiviti di hujung minggu 17-18 April 2021

 Asslammualaikum... Anneyong...


Hujung minggu yang lepas kononnya nak update blog hehehe sungguhlah tak cukup masa 😅 usaha untuk memastikan blog di'update' setiap hari belum dapat direalisasikan... Weekend tak ke mana pun hanya menghabiskan masa di rumah. Sabtu lepas kemas rumah Izah di Samarahan. Lepas Asar baru gerak ke Serian... balik rumah mak... Sampai Serian rehat sekejap lepas tu mandi... Hmmmm, hanya kaum Hawa yang faham perasaan bila mana dah dekat waktu berbuka, kau baru tahu kau dah batal puasa... Perempuan memang dibagi cuti khas oleh Allah😉


Malamnya pula lepas Mak selesai terawih... kita orang gotong-royong sediakan bahan untuk buat sambal tempe dan sambal mee... Izah memang open order khas sambal Homemade Izah's Kichen sempena Ramadhan. Buat extra untuk sedekah juga. Bila kerjasama buat sambal jam 12.30am dah settle semua. Gele-gele atas katil entah jam berapa baru terlelap.


Ahad pula lepas Zohor baru Izah gerak untuk cod sambal. Settle semua kerja sebelum masa orang berbuka. Rest dan mandi... Selalu pasang niat nak buka laptop tengah malam kononnya nak update blog hahahaha tapi... niat itu lebur setelah dah rasa sedap baring atas tilam hahahaha 


Faktor usia juga rasanya kan... Bila umur dah meningkat ini memang kalau dah rehat tu berat sungguh nak buat kerja lain.... Ok lah ni pun tengah rehat... Monday blues kat office ni hahahaha

Friday, April 16, 2021

Kotak Keriangan & Abang Citylink backup

Assalammualaikum... Anneyong...


Salam Ramadhan yang keempat. Semalam tak sempat nak update blog hehehe malamnya konon nak update kat rumah tapi buat kerja lain terus malas. 😅😅😅 Tadi check blog status, bila sehari tak update memang effect blog statistic.... So, sedar terus tak boleh nak skip update walaupun sehari bila mana tengah dalam proses menaikkan ranking statistik blog!!!


Semalam dapat kotak keriangan.... Bila tengok lori Citylink, ingatkan Abang Citylink No.1 Faris tapi bukan.... Muka lain dan tak dikenali hahahah bukan juga Abg Citylink No.2... Tanya dia mana Faris.... Senyum pula dia hahahaha abang Citylink ni.... lepas tu baru dia jawab Si Faris cuti...


Cepat-cepat unboxing.... Hoye2, ada essential oil yang paling Izah tunggu!!! Vanilla in the house.... Rasa macam happy bila unboxing box tu.. Ada banyak essential oil hehehehe tapi bukan Izah yang punya semuanya ya... Ada anak oilers Izah yang punya, ada juga stok yang Izah pinjamkan kepada ahli oiler yang lain.... Sharing is caring!!


Malam tadi diffuse mix of Vanilla, Lavender & Ylang Ylang.... Floral scent.... Memang sedap baunya hahahaha rasa nak makan je bila cium bau yang terhasil dari kombinasi tu..... Macam bau kek pun ada, bau minyak wangi pun ada.... Rasa bercuti di pulau dengan suasana yang romantik... Eh, over ko berangan Izah 😁😁


Bila bau enak macam ini rasa macam aktif plak Izah.... kemas & buat labelling untuk semua stok essential oil Izah. Baring sekejap lepas tu bangun masak untuk sahur..... Terlabih rajin pulak bila cium kombinasi vanilla tu hehehehe 


Sambil-sambil tu Izah balas whatsApp dari kenalan yang tanya pasal kegunaan Essential Oil untuk bantu kawannya yang kena Anxiety... Izah rasa macam seronok bila dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Bila kita buat orang lain gembira, kita pun turut menjadi bahagia...


Ok lah untuk entry kali ini. Izah masih dalam proses mencari idea untuk cerpen Izah yang akan datang... Sampai jumpa lagi di next enry...  Izah update blog ni kat office. Hujan lebat kat luar tu jadi rehat dulu kat office malas nak mengadap jammed.... Selama berbuka korang...😄

Wednesday, April 14, 2021

Dia yang banyak berjasa ~ Mr. Lappy

Lepas terawih semalam, sambil menikmati moreh Izah berfikir mencari idea untuk entry di blog. Bila dah pasang niat aktif semula menulis, banyak juga ya kena Izah fikir hahaha Sebab Izah tak nak menulis sesuatu yang sia-sia. Sekurang-kurangnya korang yang sudi membaca penulisan di blog Izah ini akan mendapat sesuatu. Tak dapat banyak, dapat sedikit manfaat pun Izah dah rasa bersyukur!


Pergi buka almari di bilik sebelah. Keluarkan harta karun Izah 👀


Jeng2... Jeng2.... mesti korang terpukau melihat betapa besarnya skrin laptop Izah ni. Dengan beratnya lagi.... Tapi orang kata jangan pandang dengan luaran... Walaupun luarannya nampak tua dan gemuk macam tuannya, namun Mr. Lappy tetap utuh bertahan sampai sekarang ok!!!!

Izah ingat lagi zaman Universiti dulu... Semester pertama memang survival sikit masa tu belum dapat mana-mana pinjaman. Jadi memang belum beli laptop. Kalau nak buat assigment memang gigih la pergi Pusat Komputer. Muka Izah lah yang akan muncul setiap hari sampai assigment siap. Masa tu Izah tak minta dekat orang tua untuk belikan laptop.


Bila masuk semester kedua, duit pinjaman MARA dah masuk. Perkara pertama yang Izah beli.... Mr. Lappy inilah...... Izah memang suka Toshiba jadi memang mencari Toshiba je. Nasib baik dapat model yang agak murah harganya. Toshiba kan harga agak up sikit zaman dulu. 


Korang bayangkan dari tahun 2007 Izah beli sampai sekarang bertahan lagi!!! 14 tahun ok... sebab tu Izah sayang sangat dengan Mr. Lappy... sepanjang tempoh 14 tahun tu Izah pernah minta suami kepada my BFF untuk atur sikit-sikit. Biasalah laptop lama kadang-kadang legging. 


Bila buka harta karun mestilah terjumpa khazanah lama hihihi ketawa sorang, senyum sorang... Itu respon biasa kan.... lepas tu rasa menyampah dengan diri sendiri hahahaha tengok gambar crush lama... Eh, harey!!! hahahaha Semua tu kenangan lama. Lepas tu muncul pula idea nak buat cerpen khas. Bila mana Izah dah gila untuk menulis!!!!! rasa gian tu memang menuncak..... Izah belanja korang gambar Izah masa kecil dulu...



Comel kan??? ahakssss 😂😂😂 Sir Pilot pernah lihat gambar ini. Dia kata patutlah Izah suka travel sebab kecil-kecil dah pandai bawa kereta.... hahahaha 


Nak Izah bagi hint ka cerpen Izah yang akan datang?? Antara perempuan dengan lelaki boleh ke jadi sahabat baik???? Ok itu je hint... Jumpa lagi di next entry ya.... 💕

Abang Citylink yang baik hati

Assalammualaikum... Anneyong... 👧


Sudah masuk hari kedua kita berpuasa, so far so good! Bila baca tajuk entry mesti korang dah dapat agak Izah nak cerita pasal siapa 😀 


Semalam masa di office, Izah baru je selesai ambil wuduk nak solat Zohor.  Lihat ada dua misscall, tak lama lepas tu HP Izah berbunyi lagi.. bila check nama yang appear Si Faris Abang Citylink no1👨


Izah: Hello, Assalammualaikum...

Abg Citylink: Hello, Waalaikumussalam... Kamak dah engkah parcel rah tempat biasa (Saya dah letak parcel di tempat biasa)

Izah: Kotak besar ka? Berapa igek tek?  (Kotak besar ke? Berapa banyak?)

Abg Citylink: Sik banyak ada 2 igek jak yang kecik jak. (Tak banyak ada dua bungkus kecil je)

Izah: Ada ambik gambar ka?

Abg Citylink: Sik ada kamek ambik gambar tek. Kinek kamek dah ke tempat lain. (Tak sempat ambil gambar, ni dah gerak ke tempat lain)

Izah: Ok, sik pa makseh 👉👈 (Ok, tak pe.. Teima Kasih)


Bila balik kerja semlam memang Si Abg Faris tu letak kat tempat macam biasa. Dua bungkusan itu pun dikepil sekali. Terima Kasih Abg Citylink No.1 kerana sudah memudahkan kerja Izah. Rasa sangat bersyukur bila dikelilingi dengan orang yang baik macam ni hehehe memudahkan!!!


Tak sabar nak unboxing.. Izah lupa sebenarnya parcel yang ini apakah kandungan isinya hahahah sebab hanya ingat yang box besar je. Bila lihat nama baru Izah teringat. Parcel ini adalah barang free yang Izah redeem guna rewards point. 

Best kan boleh dapat redeem essential oil free. Kalau nak beli untuk harga 3 botol tu boleh tahan juga harganya hehehehe sebeb tu lah Izah suka Young Living. The more you loyal to the brand the more they give you a present..... Thanks Young Living💖 Yay, bertambah lagi koleksi Essential Oil Izah💞

Tuesday, April 13, 2021

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1442H (2021)

 Assalamualaikum... Anneyong...


Dah lepas separuh hari berpuasa hari pertama... Amacam korang?? Moga ok ya. Tak lama lagi tu pejam celik kejap lagi dah tiba waktu berbuka. Tahun ini adalah tahun kedua kita berpuasa dengan norma baru. Rindu kan suasana berpuasa sebelum pandemi. Paling dirindui adalah suasana berterawih ramai-ramai. Moga tahun hadapan ada rezeki merasai suasana macam itu lagi.


Semalam Izah sempat juga singgah ke supermarket untuk membeli stok bahan-bahan masak untuk seminggu. Itu pun bertukar tempat dek kerana jammed. Musim pandemi macam ini kalau boleh Izah memang elak pergi ke tempat yang ramai orang. 


Aktiviti terawih di rumah macam biasa. Masih seperti tahun-tahun lepas😅 masih sendiri hahaha Pagi tadi bangun sahur pun Izah minum air putih je. Sebelum Ramadhan, Izah dah mula puasa sunat sejak bulan Rejab lagi. Jadi perasaan berpuasa tu dah terbiasa. Cuma untuk Ramadhan ini kita sedia maklum yang segala amalan mendapat balasan yang berlipat kali ganda. 


Tak banyak yang nak Izah ceritakan untuk entry kali ini. Cuma nak ucapkan kepada semua Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Moga segala amalan kita diterima oleh Allah. Jom, sama-sama kejar malam lailatulqadar.💟💟💟

Monday, April 12, 2021

Kisah Si Burung Gergasi

Hari ini terlebih rajin ^_^ Izah post dua entry sekaligus. Bila mana kat dalam office kerjanya mengadap laptop je sambil tu Izah godek pendrive lama. Banyak gambar dah hilang...sob... sob.. sob sedih. -__- Nasib baik ada sebahagiannya Izah dah upload dekat 'muka buku' dan dalam simpanan laptop lama Izah. Beberapa trip yang ada group trip dalam Telegram je yang ada fully backup. Sebab tu sebelum ini Izah kena buat full review dekat 'muka buku' walaupun kepuasan menulisnya tidak seperti menulis di blog. Sedikit sebanyak ada juga tanda ingatan untuk dikenang kembali di kala saat macam ni. 👀


Selama setahun lebih juga kita hidup dalam norma baru. Trip paling Izah kenang sebelum pandemi adalah trip Izah ke Hanoi. Trip itu memang betul-betul sebelum berlakunya 'lockdown' di Malaysia. Sampai je Malaysia, esok harinya 'lockdown'. Nasib baik Izah and the geng tak stranded di luar negara. Kalau tak rasanya akan menjadi pengalaman travel yang paling sadis hahaha Sebenarnya masa trip Hanoi itu pun, kat sana ada daerah dah lockdown. Merasa jugalah menjadi gelandangan di negara orang. Kisah ini Izah akan kongsi di entry khas Trip Hanoi. Itu Kisah trip luar negara. Kalau trip dalam negara pula, last Izah fly ke Kuala Lumpur. Menyempat add on trip bila border Sarawak open tanpa syarat yang ketat. Sekarang, hmmmm.. sendu hahahaha hanya mampu melihat flight dari jauh!


'Burung Gergasi'!! Izah memang addicted dengan dia sejak kecil lagi. Dulu masa zaman sekolah menengah memang masa cuti sekolah suka tidur lewat layan Discovery Channel pasal Air Crash Investigation. Masa tu belum lagi terjebak dengan dunia travel. Bila dah start sambung belajar ke peringkat Universiti. Dah boleh fly.... dari situ bermulanya Izah suka travel. Oh ya, masa itu ada crush yang minat 'kapal terbang' juga huhuhuhu kita orang suka cerita pasal flight.... dia jugalah yang memperkenalkan Izah dengan dunia blogger, Dia jugalah yang memperkenalkan Izah kepada blogger terkenal Si Captain Yellowherbie. Sekarang jangan tanya pasal dia lagi!!! Semuanya tinggal sejarah sama seperti hilangnya blog Captain Yellowherbie -__-


Kenapa Izah sangat addicted dengan flight?? Perasaannya amat sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Apa yang Izah boleh simpulkan setiap kali Izah fly, Izah dapat merasakan 'adrenaline' itu dan rasa syukur kepada Sang Pencipta semakin menebal di hati. Izah nak buat mengakuan... Even Izah suka fly, dalaman Izah sebenarnya melawan perasaan gayat.... hehehehe sebab tu kot my adrenaline very high during fly! perasaan excited plus nervous hahaha macam orang tengah di lamun cinta hahahaha 💗💗💗


Dekat 'muka buku' Izah ada buat siri Kisah Si Pemandu Bas di Udara.... Korang nak ke Izah sambung siri tu kat dalam blog pula?? Macam best juga kan. Insya Allah akan Izah usahakan. Sebelum tu, Izah nak kongsi kat korang koleksi gambar flight yang Izah capture sendiri.

Ini masa Izah fly dari Filipina ke Kota Kinabalu 

Ruang udara Kuala Lumpur di malam hari

Masa ini memang rezeki Izah dapat tukar tempat duduk tepi tingkap. Route Kuantan, Pahang ke Kuala Lumpur. Rezeki berganda bila dapat capture tempat penginapan berbentuk 'hibiscus'

Penampakan dua Gunung di situ. Trip Padang, Indonesia

View dari ruang udara Aceh, Indonesia

Ini pula Izah capture dari port favourite Izah lepak kalau Izah nak lihat 'burung gergasi' dari jarak yang dekat😄

Dalam koleksi Izah ada banyak lagi gambar flight. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali fly mmg akan ambil gambar flight. Sejak pandemi ini je, posisi gambar hanya dari jauh 😂😂😂 

Sampai sini dulu Kisah Si Burung Gergasi. Jumpa lagi di entry yang akan datang. 

Love,
Bicara NurZah
Flight Addicted 😎

The Real Comeback ^_^

Tahun lepas setelah 5 tahun meninggalkan blog Bicara NurZah ini, kononnya nak aktif balik menulis... Tapi semangat itu hanya sekadar pada suntingan entry yang pertama. Itulah satu-satunya suntingan pertama comeback pada tahun 2020 -_-

Untuk tahun 2021 ini, Izah rasa nak menulis kembali di blog. Selalu menulis di 'muka buku' je. Moga semangat menulis di blog ini akan terus mekar dan tidak hanya berhenti separuh jalan 😆😆 Perkara pertama yang Izah lakukan sebelum mula menulis harusnya membuat pembersihan blog. Sungguhlah banyak dah lupa.... Godek sana godek sini, update sekali Nuffnang akaun!! Finally, dapat juga munculkan iklan itu balik... Fuhhhh, sungguhlah memang banyak yang Izah kena update. Ada juga terbit rasa nak give up... Eh, belum apa-apa kan.... hehehe then bagi tempoh bertenang jap, beberapa kali percubaan ok Izah dah dapat rentak kembali..... 💪💪💪


Oh ya, sebelum Izah membebel panjang lebar, Izah nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi semangat untuk Izah kembali menulis. Sepanjang perkongsian Izah di 'muka buku' walaupun posting Izah kurang 'like' dan 'komen'.... Banyak 'silent resder' yang Izah tau kewujudan mereka. Komen dari 'silent reader' yang kadang kala muncul inilah sekaligus menjadi tunjang kepada kebangkitan semangat Izah untuk aktif semula menulis di blog.

Bagi suntingan pertama 'The Real Comeback' ini Izah nak memperkenalkan diri Izah 😁 Zaman sekolah dulu Izah peminat lagu Jepun miraie by kiroro. Hard fan sampaikan nama untuk semua socmed Izah adalah Kiroro Inachi. Nama blog Izah pada awalnya dikenali sebagai Kiroro Inachi juga. Sejajar dengan pertambahan usia, hahahaha nampak macam skema lah plak! Blog ini Izah rebranding dengan menggunakan 'Bicara NurZah'. 

Bagi yang mengenali Izah, I'm a backpacker traveller aka flight addicted!!! Since this pandemic, Izah explore new things... Rasa macam tak percaya dah hampir setahun lebih kita hidup dengan norma baru. I hope everything will slowly turn back to normal. Rindu nak naik flight, nak tidur di airport, nak explore tempat baru!!!Bila dah tak boleh travel Izah cabar diri untuk buat banyak benda baru. Coway, Young Living, property dan business kecil-kecilan sambal homemade... wujudkan Taman Mini NurZah, orang kata selagi dapat buat... Izah on je 😄


Bila dah pasang angan-angan aktif menulis, Izah plan nak kongsi kisah travel Izah yang lepas. Lepas ini kena gigih lah mengodek pendrive cari gambar lama hahaha moga semangat ini tak terhenti di tengah jalan lagi😂 


Bila mana tak boleh nak travel, sekali skala Izah suka pergi ke Pantai untuk 'mood replenishment' Kadang-kadang Izah akan lepak dekat port untuk lihat flight dengan jarak dekat. Cuma sejak pendemi ini, jadual penerbangan flight masuk ke Kuching,Sarawak juga dikurangkan, selalunya Izah akan terserempak secara tak sengaja ketika pulang dari kerja. Hmmm, walaupun hanya dapat lihat dari jauh sudah cukup untuk melepaskan rindu. Wah, panjang lebar pula untuk yang pertama ini. Buat kalian yang hendak Izah comeback dalam penulisan di blog. Ini khas untuk kalian semua.... Terima Kasih dan nantikan perkongsian Izah yang akan datang.... Salam Sayang dari Bicara NurZah 💖