daebak ^_^

Showing posts with label travel lover. Show all posts
Showing posts with label travel lover. Show all posts

Monday, April 12, 2021

Kisah Si Burung Gergasi

Hari ini terlebih rajin ^_^ Izah post dua entry sekaligus. Bila mana kat dalam office kerjanya mengadap laptop je sambil tu Izah godek pendrive lama. Banyak gambar dah hilang...sob... sob.. sob sedih. -__- Nasib baik ada sebahagiannya Izah dah upload dekat 'muka buku' dan dalam simpanan laptop lama Izah. Beberapa trip yang ada group trip dalam Telegram je yang ada fully backup. Sebab tu sebelum ini Izah kena buat full review dekat 'muka buku' walaupun kepuasan menulisnya tidak seperti menulis di blog. Sedikit sebanyak ada juga tanda ingatan untuk dikenang kembali di kala saat macam ni. 👀


Selama setahun lebih juga kita hidup dalam norma baru. Trip paling Izah kenang sebelum pandemi adalah trip Izah ke Hanoi. Trip itu memang betul-betul sebelum berlakunya 'lockdown' di Malaysia. Sampai je Malaysia, esok harinya 'lockdown'. Nasib baik Izah and the geng tak stranded di luar negara. Kalau tak rasanya akan menjadi pengalaman travel yang paling sadis hahaha Sebenarnya masa trip Hanoi itu pun, kat sana ada daerah dah lockdown. Merasa jugalah menjadi gelandangan di negara orang. Kisah ini Izah akan kongsi di entry khas Trip Hanoi. Itu Kisah trip luar negara. Kalau trip dalam negara pula, last Izah fly ke Kuala Lumpur. Menyempat add on trip bila border Sarawak open tanpa syarat yang ketat. Sekarang, hmmmm.. sendu hahahaha hanya mampu melihat flight dari jauh!


'Burung Gergasi'!! Izah memang addicted dengan dia sejak kecil lagi. Dulu masa zaman sekolah menengah memang masa cuti sekolah suka tidur lewat layan Discovery Channel pasal Air Crash Investigation. Masa tu belum lagi terjebak dengan dunia travel. Bila dah start sambung belajar ke peringkat Universiti. Dah boleh fly.... dari situ bermulanya Izah suka travel. Oh ya, masa itu ada crush yang minat 'kapal terbang' juga huhuhuhu kita orang suka cerita pasal flight.... dia jugalah yang memperkenalkan Izah dengan dunia blogger, Dia jugalah yang memperkenalkan Izah kepada blogger terkenal Si Captain Yellowherbie. Sekarang jangan tanya pasal dia lagi!!! Semuanya tinggal sejarah sama seperti hilangnya blog Captain Yellowherbie -__-


Kenapa Izah sangat addicted dengan flight?? Perasaannya amat sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Apa yang Izah boleh simpulkan setiap kali Izah fly, Izah dapat merasakan 'adrenaline' itu dan rasa syukur kepada Sang Pencipta semakin menebal di hati. Izah nak buat mengakuan... Even Izah suka fly, dalaman Izah sebenarnya melawan perasaan gayat.... hehehehe sebab tu kot my adrenaline very high during fly! perasaan excited plus nervous hahaha macam orang tengah di lamun cinta hahahaha 💗💗💗


Dekat 'muka buku' Izah ada buat siri Kisah Si Pemandu Bas di Udara.... Korang nak ke Izah sambung siri tu kat dalam blog pula?? Macam best juga kan. Insya Allah akan Izah usahakan. Sebelum tu, Izah nak kongsi kat korang koleksi gambar flight yang Izah capture sendiri.

Ini masa Izah fly dari Filipina ke Kota Kinabalu 

Ruang udara Kuala Lumpur di malam hari

Masa ini memang rezeki Izah dapat tukar tempat duduk tepi tingkap. Route Kuantan, Pahang ke Kuala Lumpur. Rezeki berganda bila dapat capture tempat penginapan berbentuk 'hibiscus'

Penampakan dua Gunung di situ. Trip Padang, Indonesia

View dari ruang udara Aceh, Indonesia

Ini pula Izah capture dari port favourite Izah lepak kalau Izah nak lihat 'burung gergasi' dari jarak yang dekat😄

Dalam koleksi Izah ada banyak lagi gambar flight. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali fly mmg akan ambil gambar flight. Sejak pandemi ini je, posisi gambar hanya dari jauh 😂😂😂 

Sampai sini dulu Kisah Si Burung Gergasi. Jumpa lagi di entry yang akan datang. 

Love,
Bicara NurZah
Flight Addicted 😎

The Real Comeback ^_^

Tahun lepas setelah 5 tahun meninggalkan blog Bicara NurZah ini, kononnya nak aktif balik menulis... Tapi semangat itu hanya sekadar pada suntingan entry yang pertama. Itulah satu-satunya suntingan pertama comeback pada tahun 2020 -_-

Untuk tahun 2021 ini, Izah rasa nak menulis kembali di blog. Selalu menulis di 'muka buku' je. Moga semangat menulis di blog ini akan terus mekar dan tidak hanya berhenti separuh jalan 😆😆 Perkara pertama yang Izah lakukan sebelum mula menulis harusnya membuat pembersihan blog. Sungguhlah banyak dah lupa.... Godek sana godek sini, update sekali Nuffnang akaun!! Finally, dapat juga munculkan iklan itu balik... Fuhhhh, sungguhlah memang banyak yang Izah kena update. Ada juga terbit rasa nak give up... Eh, belum apa-apa kan.... hehehe then bagi tempoh bertenang jap, beberapa kali percubaan ok Izah dah dapat rentak kembali..... 💪💪💪


Oh ya, sebelum Izah membebel panjang lebar, Izah nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi semangat untuk Izah kembali menulis. Sepanjang perkongsian Izah di 'muka buku' walaupun posting Izah kurang 'like' dan 'komen'.... Banyak 'silent resder' yang Izah tau kewujudan mereka. Komen dari 'silent reader' yang kadang kala muncul inilah sekaligus menjadi tunjang kepada kebangkitan semangat Izah untuk aktif semula menulis di blog.

Bagi suntingan pertama 'The Real Comeback' ini Izah nak memperkenalkan diri Izah 😁 Zaman sekolah dulu Izah peminat lagu Jepun miraie by kiroro. Hard fan sampaikan nama untuk semua socmed Izah adalah Kiroro Inachi. Nama blog Izah pada awalnya dikenali sebagai Kiroro Inachi juga. Sejajar dengan pertambahan usia, hahahaha nampak macam skema lah plak! Blog ini Izah rebranding dengan menggunakan 'Bicara NurZah'. 

Bagi yang mengenali Izah, I'm a backpacker traveller aka flight addicted!!! Since this pandemic, Izah explore new things... Rasa macam tak percaya dah hampir setahun lebih kita hidup dengan norma baru. I hope everything will slowly turn back to normal. Rindu nak naik flight, nak tidur di airport, nak explore tempat baru!!!Bila dah tak boleh travel Izah cabar diri untuk buat banyak benda baru. Coway, Young Living, property dan business kecil-kecilan sambal homemade... wujudkan Taman Mini NurZah, orang kata selagi dapat buat... Izah on je 😄


Bila dah pasang angan-angan aktif menulis, Izah plan nak kongsi kisah travel Izah yang lepas. Lepas ini kena gigih lah mengodek pendrive cari gambar lama hahaha moga semangat ini tak terhenti di tengah jalan lagi😂 


Bila mana tak boleh nak travel, sekali skala Izah suka pergi ke Pantai untuk 'mood replenishment' Kadang-kadang Izah akan lepak dekat port untuk lihat flight dengan jarak dekat. Cuma sejak pendemi ini, jadual penerbangan flight masuk ke Kuching,Sarawak juga dikurangkan, selalunya Izah akan terserempak secara tak sengaja ketika pulang dari kerja. Hmmm, walaupun hanya dapat lihat dari jauh sudah cukup untuk melepaskan rindu. Wah, panjang lebar pula untuk yang pertama ini. Buat kalian yang hendak Izah comeback dalam penulisan di blog. Ini khas untuk kalian semua.... Terima Kasih dan nantikan perkongsian Izah yang akan datang.... Salam Sayang dari Bicara NurZah 💖