daebak ^_^

Monday, April 12, 2021

Kisah Si Burung Gergasi

Hari ini terlebih rajin ^_^ Izah post dua entry sekaligus. Bila mana kat dalam office kerjanya mengadap laptop je sambil tu Izah godek pendrive lama. Banyak gambar dah hilang...sob... sob.. sob sedih. -__- Nasib baik ada sebahagiannya Izah dah upload dekat 'muka buku' dan dalam simpanan laptop lama Izah. Beberapa trip yang ada group trip dalam Telegram je yang ada fully backup. Sebab tu sebelum ini Izah kena buat full review dekat 'muka buku' walaupun kepuasan menulisnya tidak seperti menulis di blog. Sedikit sebanyak ada juga tanda ingatan untuk dikenang kembali di kala saat macam ni. πŸ‘€


Selama setahun lebih juga kita hidup dalam norma baru. Trip paling Izah kenang sebelum pandemi adalah trip Izah ke Hanoi. Trip itu memang betul-betul sebelum berlakunya 'lockdown' di Malaysia. Sampai je Malaysia, esok harinya 'lockdown'. Nasib baik Izah and the geng tak stranded di luar negara. Kalau tak rasanya akan menjadi pengalaman travel yang paling sadis hahaha Sebenarnya masa trip Hanoi itu pun, kat sana ada daerah dah lockdown. Merasa jugalah menjadi gelandangan di negara orang. Kisah ini Izah akan kongsi di entry khas Trip Hanoi. Itu Kisah trip luar negara. Kalau trip dalam negara pula, last Izah fly ke Kuala Lumpur. Menyempat add on trip bila border Sarawak open tanpa syarat yang ketat. Sekarang, hmmmm.. sendu hahahaha hanya mampu melihat flight dari jauh!


'Burung Gergasi'!! Izah memang addicted dengan dia sejak kecil lagi. Dulu masa zaman sekolah menengah memang masa cuti sekolah suka tidur lewat layan Discovery Channel pasal Air Crash Investigation. Masa tu belum lagi terjebak dengan dunia travel. Bila dah start sambung belajar ke peringkat Universiti. Dah boleh fly.... dari situ bermulanya Izah suka travel. Oh ya, masa itu ada crush yang minat 'kapal terbang' juga huhuhuhu kita orang suka cerita pasal flight.... dia jugalah yang memperkenalkan Izah dengan dunia blogger, Dia jugalah yang memperkenalkan Izah kepada blogger terkenal Si Captain Yellowherbie. Sekarang jangan tanya pasal dia lagi!!! Semuanya tinggal sejarah sama seperti hilangnya blog Captain Yellowherbie -__-


Kenapa Izah sangat addicted dengan flight?? Perasaannya amat sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Apa yang Izah boleh simpulkan setiap kali Izah fly, Izah dapat merasakan 'adrenaline' itu dan rasa syukur kepada Sang Pencipta semakin menebal di hati. Izah nak buat mengakuan... Even Izah suka fly, dalaman Izah sebenarnya melawan perasaan gayat.... hehehehe sebab tu kot my adrenaline very high during fly! perasaan excited plus nervous hahaha macam orang tengah di lamun cinta hahahaha πŸ’—πŸ’—πŸ’—


Dekat 'muka buku' Izah ada buat siri Kisah Si Pemandu Bas di Udara.... Korang nak ke Izah sambung siri tu kat dalam blog pula?? Macam best juga kan. Insya Allah akan Izah usahakan. Sebelum tu, Izah nak kongsi kat korang koleksi gambar flight yang Izah capture sendiri.

Ini masa Izah fly dari Filipina ke Kota Kinabalu 

Ruang udara Kuala Lumpur di malam hari

Masa ini memang rezeki Izah dapat tukar tempat duduk tepi tingkap. Route Kuantan, Pahang ke Kuala Lumpur. Rezeki berganda bila dapat capture tempat penginapan berbentuk 'hibiscus'

Penampakan dua Gunung di situ. Trip Padang, Indonesia

View dari ruang udara Aceh, Indonesia

Ini pula Izah capture dari port favourite Izah lepak kalau Izah nak lihat 'burung gergasi' dari jarak yang dekatπŸ˜„

Dalam koleksi Izah ada banyak lagi gambar flight. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali fly mmg akan ambil gambar flight. Sejak pandemi ini je, posisi gambar hanya dari jauh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Sampai sini dulu Kisah Si Burung Gergasi. Jumpa lagi di entry yang akan datang. 

Love,
Bicara NurZah
Flight Addicted 😎

No comments:

Post a Comment