daebak ^_^

Friday, December 31, 2010

Diari penutup 2010...

Counting time!!! Tinggal beberapa minit lagi.... Tahun 2010 akan berlalu...Terasa cepat je masa berlalu. Teringat lagi ketika awal tahun 2010.. Berat je rasa nak balik ke kolej untuk study... pastu suka-suki nak tambah cuti.... hingat 'U' tu bapa aku yang punya hihihihi buat peraturan sendiri heeee tup..tup.. sekarang dah kat sarawak, xda lagi life kat perantauan huhuhu *_*

Tapi sekarang seyes...aku rindu zaman dulu-dulu... Mengadap buku sampai pagi.... buat study group utk settlekan assingment aka bergosip heeee......Hang out ngan member...sama-sama mengharungi susah-payah kehidupan di tempat orang.... Belajar erti susah dalam hidup.. Ya, benar...setiap kemanisan itu datang dari kepahitan yang pernah kita hadapi. Sentiasa ingat ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA....

Apa yang dapat aku simpulkan....aku berpuas hati dengan pencapaian aku di Tahun 2010 ni... Alhamdulillah...syukur padaMU ya ALLAH kerana memudahkan perjalananku..... Sesungguhnya nikmat yang ENGKAU berikan ini membuktikan betapaMU menyayangi hambaMU ini..... Segala yang berlaku itu akan ku jadikan panduan untuk menempuh hari-hari yang akan datang...... Doaku agar sentiasa berada dalam rahmatMU ya ALLAH....~may ALLAH bless♥

‎2010 In Priview~ Welcome 2011 ❀◕‿◕❀

Anjakan Paradigma...

Hehehe tajuk bukan main vogue heeee tapi aku nak cerita pasal perubahan yang aku alami sekarang ni. Kira anjakan paradigma juga la. Teringat ayat tu masa belajar Bahasa Melayu SPM dahulu. Kena tahu ayat vogue untuk memantapkan gaya penulisan hihihi

Antara perubahan yang aku alami sekarang:
1) Harus yang utama ialah perubahan dari seorang pelajar kepada seorang yang bekerjaya...


Masa study dulu, aku memang dah mula bekerja pun tapi part time je lah. Sebenarnya, pengalaman kerja part time tu lah yang banyak membantu aku untuk menghadapi bidang kerja aku sekarang. Masa interview ari tu pun, penemuduga aku tu banyak tanya pasal kerja aku dahulu. Ye lah kira lama gak la aku kerja part time dulu... Rindu sangat pada kenangan itu.... Terutamanya Abang Long aku.... Kita orang sama-sama bersusah-payah membahagikan masa antara kerja dan study hihihihi

moment to remember~
2) Hikhik pengakuan berani..... Aku ni jenis anak dara yang suka bangun lambat hahaha kantoi sudah!!! Tapi sekarang tidak lagi....ngeeeee ^_^ Bila dah biasa bangun awal, aku dah tak leh nak melantak tidur sampai pagi buta heeee kalau dulu hmmm pas solat Subuh...harus aku sambung lagi tidur... Tapi sekarang...dah tak leh nak tidur balik pas solat Subuh huargggghhhhh *_* Kalau jam dah menunjukan jam 5.30 am aku dengan automatiknya akan terbangun huhuhu harus la bangun siap-siap nak g kerja. Bila hujung minggu pun macam tu gak.. Ingat bila tak kerja nak qada tidur sampai tengahari tapi tak leh huhuuuuuuuu jam7.30am pagi je mata dah segar-bugar!!!!! Seyes rasa macam alamak inikah perubahan umur...Takut ok.... sebab apa??? terasa macam diri aku ni dah leh jadi seorang isteri dan ibu yang baik satu hari nanti hahahhahahhahahhha perasan......lolllllll

3) Dah jadi perempuan seperempuan nya hikhikhik opsssss kejap jangan ada yang salah sangka ye. Aku ni memang la pompuan tapi perangai aku ni jenis kasar la sikit.... Kira tak reti la nak berglamour bebagai macam pompuan lain.... Tapi sekarang kira aku dah reti la nak pakai kasut tinggi ke wedges je.. Kalau dulu, tak de makna aku nak guna segala benda tu, aku lantak je guna selipar jepun hikhikhik... Make up pun aku still lagi dalam proses meng'improve'kan diri hahahaha setakat lipstik, bedak, eye shadow aku dah tahu la...Kalau dulu apa pun aku tak pakai hahahahaha tapi aku memang tak gemar sangat kalau bab make up ni. Sebab aku tak suka rasa tebal je muka lagi pun benda macam tu bukannya neutral beauty ok, dah la banyak bahan chemical....dangerous!!!!!

Rasanya itulah perubahan terbesar yang aku lakukan hahahaha jangan gelak ok.....Tapi aku tetap aku... Tiada yang lain... Jadi diri yang sebenar adalah yang terbaik...Tidak perlu berpura-pura untuk menjadi orang lain..... Just the way you are (^_^)v

2 minggu sudah ^_^

Semalam 30 Disember 2010, genap 2 minggu aku bekerja di company aku sekarang. Perubahan hidup dari seorang insan yang bergelar pelajar ke kehidupan yang bekerjaya. Apa perasaan aku?? Macam - macam perasaan yang ada. Gembira bila semua kerja yang diberi dapat diselesaikan dengan betul dan rasa haru bila kerja yang diberi terlalu banyak sampai aku pun blur nak buat yang mana satu dulu.

Apa-apa pun semua itu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih berdedikasi hikhikhik Bukan mudah untuk memegang jawatan under Human Resource Department ni. Semua urusan pekerja di bawah tanggungjawab kita orang. Lebih-lebih lagi company aku sekarang. Kita orang under HRD kena control dua hotel sekaligus. Bayangkan..betapa banyaknya pekerja yang perlu kita orang handle... Semua itu memerlukan pengurusan yang sistematik.....

Perghhhh, tak leh blah kata-kata aku tu hikhik walaupun baru dua minggu aku kerja, banyak gak yang aku pelajari. Paling best aku attend gak staff annual dinner hihihi bila keje kat hotel harus makan memang sedap hahahaha nak tahu tak kat mana aku kerja??? Meh cuci mata jap... Mana tahu da yang tertarik nak datang kat hotel tu~

ni la dia company aku hehehe~ Riverside Majestic Hotel
ni our sister~ Grand Margherita Hotel....

ruang hadapan hotel....
ball room~ tempat staff annual dinner ari tu *_*



Salam semua~

Selamat Pagi semua hahahaha terasa best je tidur hari ni.. Seronok nyer off day hihihi tapi malam tadi mimpi muka-muka semua Head of Department hahahaha kelakar je.. Al-maklumlah semalam pun aku dapat tahu yg hari ni cuti lambat. Bila keje company ni tak sama dengan orang yang keje government.. Kira semua hal-hal yang berkaitan dengan cuti perlu mendapat persetujuan dari General Manager....

Pagi semalam bukan main aku dan rakan sekerja aku, Ik Ching gembira hahaha ye la cuti kan... sapa yang tak gembira.. Lepas tu boss aku pun kata maybe cuti...Tapi kegembiraan itu bertukar menjadi haru-biru bila semua Head of Department habis meeting.... Huh, GM kita orang tak ambil PH tu....

Bila dah jam5pm semalam, kita orang semua bersiap sedia nak balik....Tiba-tiba boss aku melatah... aikkkk apa kehal la pulak ni... Aiyoooooo GM hantar email...tuttttt.....tutttt YAHOOOOOOOOOOOOOO hari ini kita orang off day.. Siap GM attach memorandum dan undang2 yang berkaitan dengan pekerja & cuti umum hahahhaha kelakar je..... Harus la kan....Negara Malaysia kan ada undang-undang yang perlu dipatuhi...Segala cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan harus juga di ambil oleh setiap organisasi. Bagi yang perlu bekerja pula, harus dibayar dengan kadar yang telah ditetapkan..wahhh, panjang je HR ni berbicara.....hikhikhik Aku dan Ik Ching apa lagi huhu berlonjak kegembiraan...Hooreyyyyy....Balik rumah...... Cuti panjang!!!

Now, I'm at home...Home sweet home..yeahhhhhhh mood nak update blog tinggi tahap langit... Banyak yang nak dikongsi..^_^ I like it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

hidup sekarang.....

Hmmmm, hari ni kira kerja aku yang melambak-lambak tu dah settle separuh. Lega je rasa... Hari ni aku dapat pengalaman baru. Petang tadi join department meeting huhuhu nervous juga ooooo al-maklumlah 1st time hikhik harus la da sesi suai kenal... Semua dah berumur huhuhu xda chance la aku nak cuci mata huhuhu ada hati gak aku ni kan...^_^

Hahaha bila dah menjalani kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya ni, banyak perubahan yang aku lakukan.... Nak ke aku mention satu-satu???? Huhuhuhu banyak la.... nanti la aku buat entry khas... akan aku huraikan satu persatu hihihihihi tapi yang paling penting.... Baju-baju aku semua laundry hahahhahha tahap kemalasan yang kronik...bukannya apa....tempat aku menyewa ni huh bilik mandi tu tak selesa untuk membasuh baju..... So, nak senang laundry je la... Murah je... kira budget seorang RM2 je hihihi sebab share gak ngan member..... Tapi laundry tu tak termasuk proses kering baju la... cuma basuh je..... Ok la tu..pastu aku sendiri la jemur....

Mata pun dah mula mengantuk...Esok banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan..... Moga semuanya baik-baik saja~

Monday, December 27, 2010

pecah rekod!!!

Hehehe dengan bangga nya aku pecah rekod hari ini... Nak tau tak aku pecah rekod apa?? hehehe sekarang harus la masa bekerja kan?? Mesti dah dapat agak apa yang aku tengah buat ni... Kalau lah boss aku tahu comform kena terus hihihihi nakal gak aku ni kan.....

Banyak2 hari Isnin, Isnin ni lah yang paling aku suka hahhaha sebab apa?? Kerja tak banyak..boss aku pulak last minit sick leave so aku sekarang ni tengah bermaharaja lela  hihi tapi aku tak curi tulang ok.... Ni menyempatkan diri untuk berbelog hikhik Ala first time berbelog di office.... Kira pecah rekod baru la....

Sunday, December 26, 2010

takut...takut...

Oh,tidak..... rasa takut je... bukannya apa... bila dah duduk luar ni dan ada kawan hancus sudah program diet ku..... Sebelum ni duduk rumah ok je.... Hmmmm, dalam dua hari ni terasa macam banyak makan.... Tidakkkkkkkkkk kena mula semula.... Sudah tersasar.... Tak mau naik lagi..... Tolonglah bertahan sehingga aku mencapat target.... Aku tak nak kurus aku cuma nak turun sedikit je...... Nak kata makan banyak tak juga tapi masa untuk bersenam memang tak ada langsung.....

Buat bulan pertama ni tak pe la aku bertahan dulu..... Lepas ni kena strunggle berlipat ganda untuk Januari dan Februari tahun hadapan... Target aku ialah masa aku konvo nanti kena ada penurunan.... Hehehe Nasi memang aku still elak lagi... Cuma sekarang ni kurang makan sayur dan buah je.... Huhu tak ada tempat nak masak... Aku balun kuih, roti dan mee...yang kalau diikutkan memang tak baik.....

Susu Omega pun aku dah tinggalkan huhuhu sebab tu aku rasa diet aku macam tak lengkap je... Ok, esok kena mula lagi... Minum susu....baik untuk kesihatan.... Say no to rice still lagi... Tapi aku akan makan juga nasi dalam sebulan tu kira 2 atau 3 kali....Sebab aku memang suka makan roti/mee berbanding nasi hihihi

Aku sudah mencarut.... Esok dah mula bekerja semula...cepat betul masa berhujung minggu ni berlalu... Haishhhh sudah rindu dengan bilik dan rumahku.... Nak tengok TV huhuhuhuhu plan nak balik rumah hujung minggu ni......^_^

Saturday, December 25, 2010

everything new!!!

Huarghhhh lama tak jejak kat my blog ni... Mengharungi hari-hari yang busy memang amat memenatkan. Sekarang sudah menyewa bilik berdekatan dengan tempat kerja. huhuhu suasana terasa macam zaman sekolah menengah huhuhu sebab apa?? Bilik mandi banyak je dan kena tunggu turn tapi nasib baik xda masalah air. Setakat ni my life berjalan seperti biasa...

Pasal kerja pula..... memeningkan kepala... huarghhhhhh penat la kerja under Human Resource ni... Kena tukar kerjaya la ni pas konvo....Harus!!!! Nak kerja yang banyak cuti huhu Hmmmm, setakat ni boleh lagi la bertahan.... Berusaha untuk memahami semua bidang tugas yang diberi... Mencari pengalaman sebanyak yang mungkin.... pastu baru tukar kerjaya..... 

Ok, la...setakat ni sahaja coretan kali ini.... Lama dah tak enjoy sakan.... Busy kerja cari duit dulu.. Bila dah cukup bajet nanti akan meneruskan langkah untuk menjejaki seluruh dunia... Rindu nak fly..... Jumpa lagi di lain entry..... Semoga sentiasa dirahmati ALLAH... ^_^

Sunday, December 19, 2010

changes 100%

Salam semua!!! Sudah lama tidak berbelog. Minggu ini minggu yg paling busy. Penat ok terasa tidak bernafas je.. Uarghhhhhhhh sangat tension. Kerja melambak yang perlu dibuat. Terasa hendak menukar kerjaya. Bukan mudah hendak menjadi HR yang baik. Memang banyak kerja aduhhhhhh masa study dulu juga seronok.

Kalau diberi pilihan hendak kembali belajar semula. Sekarang sudah berpindah ke rumah baru. Dekat la sikit dengan tempat kerja. Tidak sabar untuk konvo. Lepas konvo sudah berkira-kira untuk tukar kerjaya. Oh, sangat tidsak sabar..... saya perlu banyak masa untuk rehat!!!!

Rupanya begini kehidupan berkerjaya. Sangat memenatkan. Harus bila sudah berkeluarga tanggungjawab menjadi semakin sukar.. Oh, inilah perubahan kehidupan 100%...... Semoga saya diberi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini. Lepas ni harap juga diberi peluang untuk menukar kerjaya... Apa kerjaya pilihan?? Seharusnya yang dapat cuti banyak... Paling penting tidak berkerja di hujung minggu huhuhuhu *_*

Monday, December 13, 2010

bermulanya....

Aichummm.... uish.... banyaknya debu haha al-maklum blog ini telah lama saya sisihkan. Kecian ye blog saya ini. Aduhhhh, tiada masa nak update entry baru.. Saya belum bersedia lagi untuk menjadi seorang blogger yang aktif. Lagipun blog ini lebih kepada perkara peribadi saya sebagai makhluk ciptaan tuhan di muka Bumi ini. Bukan untuk mengejar glamour dan mendapat publisiti murahan hahahaha

Sebelum saya merapu baik saya straight to the point... Rasanya lepas ni pun blog ini akan disisihkan  semula. Sebab esok segalanya akan bermula.. Ya esok 14 Disember 2010... Saya bukan lagi bergelar pelajar, bukan juga pekerja sambilan tetapi esok bermulanya kerjaya saya sebagai 'Training Co-ordinator' di Riverside Majestic, Kuching. Bagaimana la keadaan esok?? Nanti bila ada masa terluang akan saya kongsikan di sini...

Yang harunya, rumah sewa saya tak jumpa lagi so saya akan memandu sejauh 70km x 2 ( pergi dan balik ) sehari... Oh tidakkkk tapi itulah hakikatnya... Dari tempat saya tinggal iaitu bandar Serian ke Kuching mengambil masa kira-kira 2 jam. Ertinya saya kena bertolak seawal 5.30 pagi untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas... Ohhhh tidak dapat saya bayangkan... Betapa lemaunya saya nanti... Sudah tentu balik kerja, mata sudah mengantuk.... Uarghhhhh dengan harapan agar cepat mendapat rumah sewa yang sesuai....

Wahhhh, panjang juga saya merapu ini..... Nampaknya lepas ni saya sudah boleh menjadi pemandu profesional hahahahaha ye la kira saja... Dahulu masa menjadi 'student practicum' saya memandu sejauh 50km x 2 sehari dan sekarang ni 70km x 2 huhuhuhu (agaknya ada peluang tak saya nak mohon jadi pemandu Formula One??? hehehehe lolllsssss....)

Apa-apa pun... selepas ni saya kena rajin berusaha... kumpuk duit untuk konvokesyen saya tahun hadapan hihihihi Syukur kerana walaupun bergelar 'Fresh Graduate' ada majikan yang sudi ambil saya menjadi pekerjanya. Pengalaman kerja memang ada tetapi kalau mengikut kos Human Resource Management yang saya ambil di 'U', belum cukup lagi.

Kira ini lah masa untuk saya memajukan diri.... Saya nak cuba gapai impian saya untuk menjadi CEO atau Human Resource Manager hihihihi sebelum menggapai impian kena lah bermula dari bawah dahulu.... Aggap je macam mendaki gunung... Bukan senang untuk berada di puncak... Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi... Bila sudah berjaya berada di kemuncak, kepuasan diri itu pasti memberi nikmat yang tidak ternilai ^_^ Nothing imposibble in this world. As long as you try ur best u will get it... Dare urself to dream n dare urself to fulfill it!!!!!! may ALLAH bless~

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432...

 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. 

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Nota: Saya lampirkan maksud doa supaya mudah difahami oleh semua.. Hayatilah maksud tersebut. Sesungguhnya begitu besar rahmat ALLAH kepada HambaNYA~
Perbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk ALLAH!!!!



Sunday, December 5, 2010

sangat malas!!!

Oh, tidak... Penyakit itu datang lagi.... Sangat malas mahu update blog huhuhuhu *_*

Banyak benda yang perlu saya buat... Novel saya melambak tak baca lagi... DVD Korea pun melambak tak tonton lagi...uwwaaaaaa itulah sapa suh beli banyak-banyak sampai diri sendiri sudah tidak tahu hendak selesaikan yang mana satu dahulu... Sesi berbelog diberhentikan sebentar.... Saya hanya blogwalking je huhuhu ngeeee~

Baru start proses tonton drama korea 'Personal Taste' hehe kelakar..... 'Playful Kiss' akan menyusul... Oh,, alangkah baiknya kalau boleh habiskan dalam satu hari... Tapi rasanya mustahil... Sebab mata ini sudah tidak boleh stay up sampai pagi macam dulu lagi *_*

Menghitung hari..... Tahun baru Islam bakal menjelma... Cepat!!! Bersiap sedia... Jangan lupa ye doa akhir tahun dan awal tahun.... (^_~)v

Thursday, December 2, 2010

catatan alam~

Aku patrikan diriku pada alam
cinta,tembang,lara,berlagu di pucuk cemara
angin semilir padamkan gelora.

Alam mengajarku erti syukur
Atas segala nikmat yang DIA berikan
Membawa jiwa untuk bertafakur
Memuji kekuasaan yang MAHA ESA!!!


Gambar ni di ambil masa 'take off' hehe route nak balik Kuching. Suka sangat gambar ni sebab tu.... Banyak2 gambar 'take off' yg saya ambil ni la kali pertama saya jumpa PICC hahahaha walaupun hanya bumbung je yg nampak tapi PUAS!!! Saya suka PICC huhuhu ( nak jadikan PICC tempat resepsi nanti boleh??? Berangan lagi ^_^ ) 



Suka sangat gambar ni. ~ Subhanallah... Memuji keindahan alam ciptaan ALLAH...

cakrawala tampil cemerlang
berselendang pelangi
bumbui kemegahan alam

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Hiburan Hati..

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. 

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. 

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Jom main masak-masak!!

Salam buat semua~ Sudah berada di bulan Disember akhirnya. Semalam sangat malas untuk meng'update' blog huhuhu Ada je buka blog tapi prefer blogwalking ngeeeee.... Lagipun semalam sibuk main masak - masak hahahha nak join aku main masak - masak x???

Sapa2 yg ada FB mesti dah sedia maklum ngan game ni.. Ala, game 'Baking Life' huhuhu dulu aku gila main game 'Cafe World'. Tapi lepas mencapai level tinggi, lambat pulak loading jadi game itu sudah aku tinggalkan. Beralih kepada 'Baking Life' pulak.....


Sangat best game ni. Terasa macam chef je hahaha nampak terror membuat kek... Masih di level yg rendah lagi.. Kawan2 aku byk dah up je level.Dan bukan setakat kawan aku je main game ni tau huhu lecterur dan tutor aku pun main game hahahha Jom kita main masak-masak.. Lagi ramai lagi best ^_^