daebak ^_^

Sunday, August 29, 2010

Khas buat Sahabatku~ Majenah Mustapha a.k.a Enot

28 Ogos 1987, lahirlah seorang puteri yg diberi nama Majenah... Dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberi didikan yg cukup melitupi ilmu duniawi dan akhirat.... heee enot mcm nak b'cerita jak hehehhehe ari ni spesial version cikit nak cakap sarawak~

dari kiri: besday girl (Enot), me, aisyu segeh
Hari ini 28 Ogos 2010 genaplah umur kitak 23 tahun...hahhaha dah tua beb sama taraf dah...... thanks coz owez b my side... kitak la yang memahami sapa kmk sebenarnya...lagipun mun da pa2 kitak lah orang 1st yg kmk akan share...thanks once again... moga ktk success selalu... mun dah posting lak mst byk gik cabaran yg menanti... byk kenangan yg kita kongsi b'sama heee kdg2 senyum sorang2 mun ingat eh... kenangan plg terasa kat hati tok bila kita3(kmk,ktk,dik paie) diberi peluang merasai keajaiban~ miracle is happen... thanks ALLAH coz give us a chance hehehehe suh kita makin rapat jak.... sweet sour memory.....

words 4u>>>>
We have been friends for so long, so im not sure where to begin, we have been through so much, through thick and through thin
Together we have laughed and even sometimes cried we have talked about so much while we sat on your swings outside.
when life gets confusing as it often seems to do i no if i cant figure it out then i can always turn to you.
your the kind of person who can turn anything bad into something good you always know just what to say just like a best friend should

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Saturday, August 28, 2010

independent journey....

Hari Sabtu yg amat cergas bagiku heeee. Awal je bangun pagi ni, mum suh hantar dia g klinik sbb hari ni giliran dia cek pa yg patut sbb hari sabtu klinik xbuka tapi still observe gak eheeee. plan hari ni nak g Kuching pas Zohor.... lau dah solat senang ckit nak b'jalan.... mula2 cousin aku(yaya) nak temankan aku... Tapi last minit dia kata xdapat nak ikut huhuhu nak x nak kena la aku g sorang2... ajak adik bongsu aku huh dia pun xnak ikut... (mcm xbiasa plak aku ni kan,,, yg g keje sorang2 leh plak heee)... dalam jam1.15 ku mulakan p'jalanan.... enjoy gak drive sorang2 ni hehhehe ditemani Hot Fm... bila dengar lagu raya rasa b'semangat je eheee..bila dah sampai kawasan Batu 7 mula lah jammed... bila memandu ni kita kena lah alert sepanjang masa... geram plak kat pemandu yg b'lagak je.... pa ingat jln dia punya,dah tahu jammed sabar la sikit..... dalam jam2.15 aku sampai ke destinasi yg pertama iaitu AM Bank kat Satok heee nak bayar keta... mcm xfaham lau hujung bulan je mmg byk yg kena bayar,aishhhhh~$$$$

area Satok mmg jammed giler... tapi buat rilex xnak arr tension2 huhuhu pastu aku singgah kat Bazaar Ramadhan Satok hehheheh part ni yg paling aku suka.... masuk je simpang nak parking, mmg nasib aku baik,terus jumpa parking keta hehehhe nak nyanyi lagu Lucky jap eheeee (mst kereta kat belakang aku bengang hee ye la sbb parking tu aku yg dapat ^_^) banyak nye pilihan makanan... sebelum tu aku sempat rembat dua novel heee Pelangi(karya Hlovate dan 2 lagi penulis...saja beli nak kumpul koleksi novel Hlovate) dan Lembayung Kasihmu(yg ni novel Islamik hmmmm keluaran Alaf 21.... sinopsis mcm best je... heee tunggu la pas aku baca leh la story erk) tengok2 gak barang2 perhiasan tapi xda yg menarik hati ni so terus la ke bahagian makanan...
xbeli banyak pun kang m'bazir x elok plak.... hmm, beli ayam pangang,kuih muih ckit... nak keluar parking satu masalah gak sbb manusia yg mmg terlalu ramai.... kena pandai gak cari peluang heeee

next destination ialah Celcom Centre heee nak bayar broadband... pastu settle semua urusan aku... tak sempat nak melencong kat tempat lain sbb takut lambat plak sampai Serian... masa U-Turn dekat jambatan tu nampak la Saddad(kwn aku da suggest tempat ni utk majlis b'buka puasa kita org) hmmm,ok la tempat tu sbb t'tutup..tapi xnampak plak masjid/surau dekat kawasan tu... kita org ngah cari tempat yg dekat dgn masjid sng nanti nak solat~nanti la fikirkan lagi...sampai rumah dlm jam 5.30 ptg heee mcm time keja la plak.... mmg syok gak jalan sorang2 ni... sempat lagi nak solat Asar kat rumah... pastu tungu waktu b'buka heee xsabar la nak raya bla tengok adik2 aku n dad hias halaman rumah... plg xsabar nak tunggu malam 7 likur...tapi mesti sedih nak tinggalkan bulan yg mulia ini...pa2 pun syukur kerana dipermudahkan segala urusan...Syukur padaMU ya ALLAH...

piece for remember~

Thursday, August 26, 2010

Jejak Kasih~♥

Anneyong.... Bersua kembali hehehhee hari ni semuanya b'jalan dgn lancar....
pagi tadi pun relax je drive g keje.... kira xla rushing mcm semalam.... tapi, keje xbanyak sangat sbb dah siap so aku boring la ckit tadi kat office. dah la rasa mengantuk giler, hmm mmg aku terlena gak sekejap tadi eheee tapi tersedar sbb some2 next me seru namaku hahahahha....boring siot.... jadi untuk m'gelakkan boring aku layan la FB kat hp....setelah dipersetujui oleh org2 penting, aku telah tetapkan hari kita orang akan b'buka puasa ramai2 nanti ialah pada hari Sabtu iaitu pada 4 September 2010 b'samaan dengan 25 Ramadhan(ehehee mcm nak umum raya la plak) tapi tempatnya belum ditetapkan lagi...masih dalam p'bincangan... so, lau dah conform nanti aku akan umumkan erk heeeeee

semalam aku dapat kad raya...hari ni pulak aku dapat tapau untuk b'buka puasa.... tapi aku xtahu la dari sapa sebenarya sbb masa tu aku kat bilik fotostat(time nak balik je mst da je keje...layan je la...arghhh kena sambung plak pasni huhuhu) bila aku tanya teman office aku(Erica), dia kata da orang tu suh bagi kat 'Baby' hmmm lucu je nak gelak je aku hahahhaha esok la aku tanya kat orang tu...rezeki bulan ramadhan.... kira hari ni balik keje lambat sikit...

geram nye aku,pas buka puasa ingatkan nak tengok Epilog Syurga Cinta jap, tapi cari punya cari entah remote control hilang ke mana...eee ni keje adik aku la ni, main letak suka hati dia je.... pasrah la xtengok tadi~ dowload je la nanti... pastu g la Surau Al-Hana (kpg Munggo Limo).... bila nak b'baris masuk dalam 'sof' rasa mcm kenal je org tu ( sblm ni aku dah perasan, tapi aku takut salah orang... mana tahu pelanduk dua serupa kan.... sbb aku tahu dia tinggal kat kpg lain heee)..La,kwn lama aku rupanya... Faslawaty Junaidi @ cmoy... jejak kasih jap kita org...syahdu je rasa nya.... kecil nye dunia ni.... rasanya dh 5 tahun aku xjumpa dia... last jumpa dia masa form5 la kiranya.... seronok je rasa jumpa kwn lama... terkenang zaman dulu2... ingat plak aku kat satu prasa ni 'Ikan dilaut, Asam di darat, dalam periuk bertemu juga' eheeeeee
itulah kurniaan ALLAH...DIA yang maha mengetahui segala-galanya..... moga persahabatan kita ni akan diberkati sampai bila2....

~peace,may ALLAH bless♥

Nuzul Al-Quran...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.  

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. 

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. 
    
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Wednesday, August 25, 2010

Manusia+Human +Insan....

Piece for remember~

I am human. I am not perfect.

I'm not the best servant of the Almighty God,
I'm not the best daughter,
I'm not the best friend,
I'm not the best leader,
I'm not the best follower,
I'm definitely no angel,
Who never does any wrong.
Sometimes, we just need to give ourselves a chance.
A chance to live.
A chance to return to who we truly are.
A chance to return to fitrah...
We continue to move on because we have that hope...
The hope that He promised us.

Even though we always forget him,
Even though He isn't the one we put first on the list,
that hope is always there whenever we seek it.

He asks us to come to Him...
Come, and ask His forgiveness, for He would never hesitate to give it...
As long as we don't enjoin Him with others.
But sometimes, we forget ourselves.
We forget who we are,
And we forget to ask.
Are we too proud to ask?
Are we too proud?
Are we too arrogant?
Are we too forgetful?


Forgive us ya Allah.....
Give us Your protection from all our wrongdoings and imperfections
Give us strength to be steadfast in this path
Let our flaws be a reminder to us
That we are only Your servants and nothing more
Grant us your bless and love,
For only You are the Most Gracious, Most Merciful, Most Forgiving....

~peace,may ALLAH bless♥

Rushing Day~

Sempena bulan Ramadhan ni,waktu bekerja dah ditukar iaitu jam 7.30 pagi hingga 4.30 ptg...
tapi untuk yg b'agama Islam je,yg lain balik keja mcm biasa....
hari ini aku t'lewat bangun.... nak kata xcukup tidur aku rasa dah t'lebih tido huhuhu
ye la balik je terawih semalam dlm jam9.45 mlm terus tido.....
dlm jam1.30 pagi aku bangun jap sbb sakit perut heee tu pun aku sempat lagi minum air masak and makan kuih sehiris....
kira tu je  la sahur aku...sedar dalam jam6.12 pagi.... 
kelam kabut aku mandi.... pastu solat Subuh....
pastu 6.35>>>hehehehe jadi Michael Schumacer jap... nasib cun jam 7.30 pagi aku sampai di SALCRA....
hehehehe mmg rushing giler~
sampai je kat office, aku layan novel jap....ye la awl lagi xde org lagi pun.... 
dlm jam8 baru da keja...
hehhehehhe aku dpt 1st kad raya hari ini.... da gak staf SALCRA yg ingat kat aku ni... 
terasa diri ni b'makna walaupun hanya sekadar student practicum hehehhehehe syok tu dpt kad raya~
dh hari ni pun 1st day, radio main lagu raya... semangat nak raya......
kawan aku Aisyu mesej tanya bila nak buka puasa ramai2.... dia suggest hari Jumaat, sbb weekend khas utk family dia.... tapi da yg xdpt lak nak join lau hari Jumaat..... aku pun xtahu mcm mana... tengah fikir lagi ni....
kawan2 yg lain tolong suggest hari pa yg sesuai... buat undian hehehhe tu je cara senang.... nanti aku pujuk la si Aisyu tu.... pastu tolong suggest gak tempat k...sng aku nak urus nanti... pastu nak bagitau plak ngan member lain.....harap semua dapat join..(Miera dh bagi cadangan,nanti nak tanya dia dgn lebih lanjut)... 
hehehhe ssh gak aku ni kena jadi master mind lagi.... 
So, sapa2 yg nak join buka puasa ramai next week hantar mesej kat inbox FB aku erk....sng aku nak buat undian...
sertakan sekali hari dan tempat yg korang cadangkan.... hehehheheh
segala kerjasama dari pihak anda amatlah aku hargai.....
chewahhh hahahha mcm surat rasmi je,saja nak praktis hehehhe da tak rupa HR yg b'kaliber??? hehhehehe
TQ for u all suggestion~

Monday, August 23, 2010

suasana balik kpg...

tahun ni xdpt la nak merasa kemeriahan suasana balik kpg..
hehehhe sbb mmg dh kat kpg pun skrg....teringat kenangan raya lepas......
malam sebelum balik kpg(sarawak) kita org mmg enjoy sakan hehehe.... 
shoping last mnt kat jusco...
tapi xdapat lama sbb kita org dtg lambat.....
buka puasa kat KFC,beli barang sikin pastu balik....
aku, dayah, abg long.... with my car hehehhe sempat lagi pose kat parking JJ...
pastu kita org ingatkan nak balik rumah terus...bila hantar abg long kat rumah dia... sebelum tu aku ada beli bunga api & mercun...so ajak budak2 rumah abg long main skali...gila je...kelakar.... mcm budak kecik betul... tapi happening la....da la sorang tu heee takut.....dia xmain juz jadi tukang ambik gambar je.... guess who??? budak manja kita org hehehheee
ceria je kan...hahahah xpcly muka Hadi.... percaya tak ni kita org... mcm kanak2 ribena je eheeeee
pas selesai main bunga api ingat balik rumah terus..tiba2 last minit plan.... dia orang ajak lepak... sebelum balik kat sarawak kononnya hehehhe....
so next destination>>>> Tasik Seremban..... huhuhu
gambar ni da problem ckit hehhehe air pancut kat belakang tu... cian Dany,, kamera dia kena masuk air tapi nasib baik xda pa2
best capture...hahhaha pastu semua lari sebab kaki kena gigit oleh semut api hahahhaha
habis kawasan tasik seremban tu kita org pusing....sembang2 sambil ambik gambar hahahhaha langsung xfikir penat... sbb esok nye nak naik flight balik..... 
rasanya sampai rumah dalam jam3 pagi kot hehehehhehe
tu pun xdapat tdo... main mesej lagi kat rumah hahhahaha..... 
esok nye awal bangun.... abg long & segeh (Fredrick) hantar ke LCCT....
eh termasuk dayah n 'grashoper'heeee meriah je...
kereta plak aku suruh segeh fred yg jaga...... mmg seronok la suasana balik kpg masa tu.... awal je aku mengarut pasal raya hehhehe mood raya tetiba datang..... tadi masa g kedai.... 
dah pasang lagu raya la.... sayu je hati.... 
moga raya tahun ni meriah gak~

Sunday, August 22, 2010

list for syawal~

hehehe hari ni dah 12 hari umat Islam berpuasa.... hmmm, kira tinggal 18 hari lagi nak sambut syawal....
cepat nyer masa b'lalu..... rasa tak percaya je.....
minggu ni pun minggu last di bulan Ogos, ertinya 1bulan lagi life aku as a student......heeee
pastu uhuuuuuuu lps htr final report leh la relax ckit....
tapi kena cari kerja cepat sbb byk lagi plan yg harus dilaksanakan.....
oit,kawan2 aku...bila erk nak g shoping raya??? hmmm, tak tahu la nak shoping kat ne...
sbb sblm li aku mmg akan shoping sakan kat KL... tempat glamour biasa la Jln TAR....Sogo...
Kdg2 sampai ke Chow Kit.... pastu sambung lagi kat Terminal One,Seremban....Jusco....
kat Sarawak ni, tak tahu la nak shoping kat mana.... kawan2 ku tolong suggest kat mana????
pastu da plan nak buka puasa ramai2 gak.....
biasa nya lau plan mcm ni idea dtg dr Enot... pastu master mind nyer aku.....
ahli2 kita org plak heee yg harus ada... Aisyu, Anne,Mimi.... 
member2 lain plak da gak yg menyelit sekali skala....
Mimi, Enot, Idarawani, Aisyu, Nazzahiyah, Me (Izah,heee), Nadia (my cousin), Anne
senarai ahli2 yg slalu hang out with me heeeee.....jom plan utk shoping syawal ni....
 sebelum shoping kena buat list dulu hehhehe takut nanti over spend.....
my list: 
1) Baju Kurung~ dh htr kat kedai suh org kpg buat...arap2 siap la....
2) kasut, Handbag~yg ni xda lagi....xtahu la nak beli kat mana....tolong suggest....
3) tudung~ dh da...juz nak tambah tudung colour coklat je...heee dh suh Ida beli....
4) kek & biskut~mmm nak buat sendiri... mayb last mnt baru nak beli kat tempat biasa hhehehe
hmmm tu je kot list aku utk raya kali ni..... harap semuanya b'jln dgn lancar......
kena cari org yg nak sponser aku hehehe adik aku dh janji nak tanggung separuh hahahhahaha
dia dh keja sng la... aku ni still study lagi la kiranya kan....
elauan yg aku dapat tu pun utk bayar kereta & broadband dh habis heeeeee
ok set....arap xde t'tarik dgn benda lain yg bisa m'ganggu belanjawan aku ni hehehhehe

Saturday, August 21, 2010

lagu best....

heheheh lau korang tanya kat kwn2 aku... 
pa lagu best yg aku maksudkan......
mst dia org akan kata lagu korea, lau x pun lagu english.......
hehehehhe tapi kali ini lagu best nyer....cuba teka....
heeeeeeeeee lagu melayu la....hahhahahaha
bila dh jadi driver long journey ne...
peneman setia aku di dlm keta mst la pemain cd aku....
lau dh ulang byk kali cd tu boring gak aku....
radio channel fav aku mst la Hitz Fm...
tapi kat swk ni xpcly kat kwsan aku frekuensi xbpa elok la....
so layan je la Hot Fm......
satu hari tu heee kira dlm minggu ni la (lama nye x b'blog.... minggu ni busy la.... lagipun minggu plg tension aku!!!)
mula2 aku ingat mcm sajak tau sbb intro lagu tu mcm penyanyi berbicara je...
muzik pun best....gud arrangment la...
thump up 4 penulis lirik & pengubah lagu....
kali pertama aku xperasan la plak tajuk lagu tu... 
juz tau penyanyi Faizal Tahir....
kali kedua baru perasan....tajuk lagu~hanyut,,,,,
hmmmm mmg best la lagu ni.....
like everything bout dis song~lyric pun sempoi...dlm je maksud...


Harus bagaimana lagi...
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Sunday, August 15, 2010

Fadhilat Solat Terawih......

hari ini dah 5 hari umat Islam berpuasa.....
tapi bagiku hari ni kira hari yg ke2 hikhik...
biasa la rukhsah buat kaum Hawa heeeee....
seronok nye dapat terawih ramai2 kat surau tadi....
rasanya surau kpg aku penuh dgn kaum kerabat family aku je....
sbb mmg keluaga Hj.Bero yang memonopoli Kpg Munggo Limo,Serian.........
sbg pemangkin buat semua,nak share pasal fadhilat solat terawih ni....
meh baca,moga dapat menambahkan lagi ilmu kita>>>>

FADHILAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya 

pada malam-malam yang lain, 
semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, 

Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama 

pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur 
serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang 
yang mengerjakan tarawih malam itu. 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta 

menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih

dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat 

dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa 

dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini 

sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu 

(yang masih hidup atau yang sudah mati). 

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga 

yang diperbuat dari cahaya. 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar 

di dalam syurga daripada cahaya. 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya 

pahala seribu haji yang mabrur. 

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar


MASYAALLAH betapa besarnya pahala yg kita perolehi...
marilah sama2 kita mengimarakkan masjid/surau...
moga mendapat keredhaan ALLAH....
~peace,may ALLAH bless♥

gambar zmn hingusan~

hari ni dah 4 hari umat Islam b'puasa....
amacam.... ok ke????
huhuhu rasa nya ok je kan..... x ponteng puasa tau....
rasa sunyi la hari ini tanpa kehadiran....heeeee Epilog Syurga Cinta la~
tiba2 mode mengimbau zmn silam datang lagi.... semalam aku imbau zmn belajar >>degree....
hari ini aku imbau kenangan zmn sekolah menengah plak.....
sahabat aku ( Yusoffie Yusop) tag aku kat facebook hahhahahahaa
gamba kita org zmn dulu la...

geng2 pengawas bersama pengetua... abbi Ustaz Alias & Ummi.....
hmmmm,rindu nya kat sekolah dulu bila tengok gambar ni......
tak sangka ada gak yg masih simpan.....
gambar ni di ambil masa kita org buat majlis utk meraikan pengawas..... 
kira sebelum kita org letak jawatan rasanya.... 
hahhahha aku pun ingat2 lupa...
tapi betul rasanya.... sbb ni hjg tahun dekat2 nak exam SPM....
sbb da perlantikan baru utk pengawas lps tu.....
seronok la time ni hahhahahhaha gila je...
aku yg plan buat game kotak muzikal...
last dia org kenakan aku balik..... hahahha 
tapi  abbi Ustaz Alias cover aku heeeeee
mmg kenangan betul......
makanan pun sedap sbb Ummi yg masak.....
kira majlis tu betul2 Abbi & Ummi yg support cma....
terasa dihargai hahahhaha
SMK Agama Matang is the best school~
The place that we learn more about life....
We become mature....
Share feeling and emotion...
Know sweet friend...
AND
my 1st ......

special thank you for my friend>>> Yusoffie Yusop 
coz share dis pic... nice pic....
i'm luv it so much
with note>>(mun da pic lain xlupak tag pie heeee)
kawan2 SMKAM yang lain,,,
jom kita ungkit kembali cerita suka dan duka..
zaman sekolah dulu heeeee

~peace,may ALLAH bless♥


Friday, August 13, 2010

erti sebuah kebahagiaan~

Rindu pada Ramadhan sudah terubat... heeeee
terasa malamnya sungguh tenang....
al-maklumlah syaitan, iblis sudah digari di dalam neraka....
inilah kebahagiaan yg kunantikan selama ini... ngeeee

kebahagiaan adalah sesuatu yg abstrak.... ia mempunyai maksud yg meluas dan ifektif.... ramai yg cuba mencari erti sebuah kebahagiaan itu tetapi gagal.... kerana apa mereka GAGAL???? kerana mereka kurang mengerti erti sebenar kebahagiaan itu~

Ibn Khaldun b'pendapat bahawa kebahagiaan seseorang itu adalah tunduk dan patuh mengikut garis panduan ALLAH dan berperikemanusiaan....

Iman Al-Ghazali pula b'pendapat bahawa kebahagiaan sesorang itu akan dirasai kelazatannya apabila sering mengingati ALLAH....

kalau kita lihat kehidupan manusia zaman sekarang, byk yg berkata mereka hanya akan mengecapi kebahagiaan apabila mempunyai wang yang banyak.... Manusia sekarang sering alpa dek sibuk mengejar kekayaan duniawi......
Wang ringgit bukanlah pengukur sesebuah kebahagiaan.... 
apa yg paling penting ialah sejauh mana kita sebagai hamba ALLAH di muka Bumi ini mencorkkan kehidupan kita......


hmm, teringat dengan sebuah madah yg cukup dalam maksudnya~
Sesungguhnya kita( manusia ) yg hidup di muka Bumi ini adalah pelakon.... ALLAH adalah direktor dan juga juri 
manakala MALAIKAT ialah jurukamera...... 
PADANG MASYAR adalah hari penganugerahaan 
dan SYURGA atau NERAKA adalah trofinya...... 
mana satu trofi pilihan anda????
aku pasti semua memilih untuk menerima SYURGA sbg trofi..... kan???
tetapi sejauhmanakah amalan kita ini????
terasa diriku juga serba-serbi kekurangan..... sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri utk mencari keredhaan ALLAH~

dapat disimpulkan di sini, erti sebuah kebahagiaan itu adalah apabila kita merasai ketenangan hakiki dan cinta dari ALLAH.... 
itulah erti kebahagiaan yg hakiki.... 
sempena bulan Ramadhan Al- Mubarak ni sama- samalah kita memperbanyakkan ibadah sunat seperti Qiamulail, b'zikir,
membaca Al-Quran, b'sedekah dll.....
niat juga harus ikhlas nawaitu kerana ALLAH taala..... insyaALLAH segala amalan mahmudah kita itu akan diterima oleh ALLAH......
terima kasih kerana sudi membaca coretanku ini....
~peace,may ALLAH bless♥

Thursday, August 12, 2010

Marhaban Ya Ramadhan~

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
70 tahun.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' 
( Riwayat Al Baihaqi)

Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)
(HR Tirmidzi)

Sunday, August 8, 2010

buat renungan bersama....

hmmm sempat lagi membaca beberapa artikel....
so nak share gak buat sesiapa yg sudi mengunjungi blog aku hehhehehhe>>>>>>

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah
Dihantar Oleh: Nadia Yusoff
Editor: rabiatul_adawiyah


Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.


Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan


“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.


3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.


Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.


Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.


5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).


6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.


Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.


7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.


Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.


8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.


Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.


9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.


10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.


Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."


Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh