daebak ^_^

Saturday, March 24, 2012

This Is Me

Beberapa hari ni aku sibuk dowload variety show hehehe biasa la bila line broadband tgh laju ni, tanpa membuang masa terus ambil peluang utk dowload apa yg mampu. Ni dah start nak slow balik. Tapi tak kesah la sebab lepas ni dah nak bulan baru, lagipun dah bayar awal broadband utk bulan ni.

Hari Khamis yg lepas dapat call dari AA. Biasa la nak promote pasal pakej dia orang. Sembang punya sembang, dia tanya pulak betul ke aku ni orang Sarawak. Dia ingatkan aku orang Kelantan sebab sleng aku cakap ada bunyi org kelate.

Aduh, ada lagi sorang yg cakap kat aku mcm tu. Dulu masa study degree pun, banyak member Semenanjung kata yg aku ni tak mcm org Sarawak. Bila ckp Bahasa Melayu baku, sure bunyi mcm org sana. Bak kata dia org langsung takde bunyi sleng Sarawak. Siap dia org compare kan aku dgn member Sarawak yg lain.

Hmmm, aku pun tak tahu nak cakap apa. Banyak dah org kata aku mcm tu. Rasanya aku pernah juga buat n3 pasal ini tahun lepas. Ya, mmg ada pun... Ini dia... nape-xpercaya-ke-aku-org-swk.

Apa-apa pun, aku ttp org Sarawak. Hehehehe This Is Me.... I' m Sarawakian....

Monday, March 19, 2012

Friend VS Unfriend

Masa blogwalking tadi, terbaca satu n3 ni pasal friend dan unfriend member kat FB hahahaha Macam ada sangkut - paut je dengan n3 aku yg ni laman sosial. Korang ada tak pengalaman macam tu? Aku sure mesti ada yg mengalami kes macam tu. 

Dulu kalau ada org yg add aku mmg semua aku approved. Ye la dah org add kita tak kan nak menyombong pulak. Sebab masa tu sentiasa berfikiran positif. Walaupun kenyataannya tak pernah bertegur - sapa pun dgn org yg add aku tu, just kenal - kenal biasa je sebab sama tempat study. 

Sekarang ni, minta maaf la banyak2 buat sesiapa yg add aku. Aku mmg tak approved dah siapa2 yg add aku. Kalau org yg aku kenal lain cerita la. Sebab tu bg sesiapa yg nak add aku kena inform aku dulu. Siapa korang..... Aku bukannya apa, takut perkara lama berulang kembali. Aku pernah hilang seorang kawan kerana FB.

Dan aku juga kehilangan 'kamu' kerana FB. Trauma juga aku dgn FB ni. Sebab itu sekarang ni aku jarang nak update status. Kan dekat FB ni status kita boleh dibaca oleh semua friend kita. Kalau yg jenis tak penyibuk ni tak menjadi masalah, takut yg manusia yg asyik nak menjaga tepi kain org... Susah! Sebab itu kawan2 aku kalau nak share something lebih suka P.M aku. Kalau kat inbox at least ada privacy kan. Lagipun aku dah remind dia org awal2 yg FB aku ni banyak stalker hahahaha Bahaya! 

List friend aku sekarang ni pun kebanyakkannya member dan cikgu sekolah aku dulu, pastu lecturer dan kwn baik aku ms degree. Aku pertahankan FB tu pun sebab sayangkan member sekolah aku dulu. Ada juga aku bagitau kat chingu Enot, yg aku nak delete akaun FB aku tu. Bila fikir nanti susahkan kawan yg lain tak jadi la aku delete.

Buat sesiapa yg perasan aku unfriend dia org, aku minta maaf byk2. Ada juga yg aku pernah unfriend, lps tu aku friend balik... Sbb ada yg guna nama pelik, harus la aku tak kenal.... Itu pun setelah dia org tanya aku kenapa aku remove dia org..... huhuhu maaf lagi sekali. Bukan bermakna aku sombong atau berlagak. Itu adalah langkah berjaga- jaga yg aku buat. So, buat semua friend aku skrg ni jgn risau korang ttp kwn aku.... Jgn buat aku unfriend korang sudah hehehe



Ciri - ciri org yg aku unfriend:

- yg tak pernah nak tegur aku, bercakap dgn aku... tiba2 kecoh nak add aku kat FB... oh, no!! Ini ciri pertama yg aku unfriend.

- manusia yg asyik nak update status... Setiap saat ada je status baru. Kalau status yg membawa kpd kebaikan tak apa la juga, ni asyik nak kutuk... maki... mengata org..... lebih baik aku unfriend kan?? drpd aku sakit mata baca status dia... Tak ingin pun aku nak baca tapi masalahnya status ko menyemak di 'home' aku!!!! Percuma aku dpt dosa juga....

- stalker..... sng kata kaki skodeng.... curi2 tgok wall aku... kalau juz nak tahu perkembangan aku pastu buat perkara baik kat aku tak pa juga... Ni dalam diam baca status aku.... (Cthnya, kalau aku buat status dlm bhs Korea.... tgok2 ko reply... aik... mcm fhm je aku ckp apa, lps tu mula mengata aku kat FB ko... sah ko da buka wall aku.... ) Mula la nak memperlekehkan aku...Ko igt aku tak tahu??? Ko stalker aku, aku ada byk reporter!!! Ini mmg calon wajib aku remove..... 

- manusia yg guna nama peli-pelik. Gambar pun pelik - pelik... Maaf ye aku tak berkawan dgn makluk asing!

Laman Sosial

Setelah lama FB aku menyepi tanpa status baru, kiranya semalam la baru aku ada mood nak update status. Itu pun sebab nak wish birthday abang long stanz. Kalau tak jangan harap la aku nak update bebagai. Hmm, ingat dulu masa study, FB mmg wajib update hari-hari. Kiranya tak lengkap je rasanya life ni kalau sehari tak update status kat FB. Kononnya lah! 

Aku ni dulu kira boleh la dikatakan buta IT. Dulu mana nak kesah sangat pasal YM, chatting, sent email ni. Ingat lagi masa kali pertama ada akaun email Yahoo. Itu pun sebab kena buat tutorial masa kelas komputer Form 6, terus belajar hantar email dekat member sekolah. Huhuhu sangat kuno aku zaman dulu. Lepas tu baru tahu kewujudan Friendster. Itu pun my chingu Enot yang bagitau dan dia suruh aku sign up juga sebab senang nak contact member yg lain. Ala, masa tu mana la aku reti segala benda alah tu so suruh Enot la buat akaun Friendster utk aku.

Sejak tu baru kira celik sikit pasal IT ni hahaha Asyik dengan Friendster lepas tu masa study degree orang sibuk dengan Tagged pulak.... So aku buat akaun Tagged juga. Kiranya Friendster utk member sekolah menengah dan Tagged untuk member degree. 

Beberapa tahun lepas tu, aku tengok macam kurang je member dekat Friendster dan Tagged. Ingatkan masing2 busy. Rupa-rupanya semua dah berpaling ke laman sosial yg lain. Itu pun aku baru tahu bila abg long dok sibuk suruh aku buka akaun Facebook. Eh, apa ke benda alahnya tu?? Hahaha Seperti biasa, aku yg serba ketinggalan ni suruh abg long buatkan utk aku. 

Lepas ada je akaun FB, banyak je member sekolah yg add. Pastu sibuk dengan kuiz la, sent card la macam2 la benda mengarut dalam FB tu. Kiranya akaun FB ni ruang utk aku jumpa kenalan lama lebih-lebih lagi member sekolah dulu. Kat sana leh tahu perkembangan dia org, rupa terkini dia org dan kalau nak chat pun boleh. Kiranya FB ni macam-macam ada la. 

Tapi, itu semua kisah dulu. Sekarang ni aku macam takde mood je nak ber'FB lagi. Akaun Friendster dan Tagged mmg dah lama aku buang. Rimas banyak sgt. FB ni ada juga rasa nak delete tapi bila fikir member sekolah rasa macam syg pulak. Sebab kat situ la tempat kita org berjumpa....

Aku bukannya apa, sebab rasa sgt annoying kalau org dok stalker FB kita lps tu nak mengutuk kat wall dia. Tak puas hati tak berani ckp depan2 lepas tu tunjuk lagak kat belakang apa reti kan?? Banyak juga aku kena dgn org dek kerana FB ni.... Sebab itu sekarang ni aku malas nak aktif sangat ber'Facebook..... Eh, apasal aku tiba2 emosi ni... ???

Sunday, March 18, 2012

Happy Birthday Abg Long!

Malam macam ni tiba-tiba teringat kenangan dulu-dulu... Kenangan mengusik jiwa org kata hahaha Kalau zaman belajar dulu, biasanya malam macam ni mesti ada je aktiviti sampingan yg kita org buat... Lebih-lebih lagi esok birthday abg long kita org, of course masa ni kita org tgh ready nak buat surprise party... Oh, sangat rindu suasana masa itu!

Khas buat Abg Long Stanz..... 


Tahun tok aku saja buat special n3 awal-awal. Supaya bila ko baca tok masa kerja keesokkan harinya ko akan bersemangat... Lagipun aku takut jadi mcm tahun lepas.... takut terlambat..... Hehehe Rasa macam x cayak nak, sebab mulai jam 12 tengah malam lak, ko dah genap 25 tahun. Ommo, ulang lagi sekali 25 tahun!!!! Takut x nangga angka ya abg long??? Pa-pa pun ko kena terima hakikat juak nak?? Ko dah 25 tahun... So, Happy Birthday yang ke 25.... 19 March 2012...... 

Rasa macam semalam jak kita > pergi jalan sama-sama, buat surprise party untuk ko, dengar ko koke, buat assignment sama - sama, mengarut sama - sama, pergi lepak kat kedai mamak sampai pagi, then online pun sampe pagi, tengok movie midnite, tahan hati dengar pelanggan di Jusco, ngereco ngan cdak pekerja JJ, byk benda la kita polah sama-sama.

Terima Kasih sebab ko sudi menjadi sahabat senang dan susah kepada aku. Ko juak la abang long aku. Merasa juak aku gne rupa ada seorang abang hehehe Ko la Abang Long yang terbaik...


                                           
Ada sigek pengalaman yg aku xkan lupa sampe bila-bila... aku dah story pun masa n3 besday ko yg lepas. Aku rasa ko mesti masih ingat juak peristiwa ya nak??? Jom, baca balit kisah ya... khas-buat-abg-long-saya.

Last but not least, wanna wish you luck abg long.... Oit, g Kuching la... Lak leh celebrate sama-sama.... Take care n miss u abg long..... ^_^

pic tok nampak oldies na jak ooo... perkara plg lucu jak hahaha
I keep replay this song and it remind me about you..... So, I dedicate this song special for you.... Sharing happiness together~


Friday, March 16, 2012

Salaryman Cho Han Ji

Salam semua!!! Anneyong!!!

Rasanya lama dah aku tak buat review pasal drama Korea. So, hari ni aku nak review pasal drama yg tengah hangat sekarang ni. Siapa dah tengok drama Salaryman Cho Han Ji??? Aku pun baru siap download dua episod terakhir drama tu. Sebenarnya, drama ni 20 episod je tapi memandangkan sambutan yg melebihi target, terus dipanjangkan 2 episod menjadikan drama ni sebanyak 22 episod.


Salaryman Cho Han Ji ni kira drama Korea baru pembukaan untuk tahun 2012. Mula ditayangkan kat Korea masa penghujung Disember 2011 dan baru je habis minggu ni la kat Korea. Kalau kat Malaysia mmg dah ditayangkan pun kat Channel One 393 Astro Beyond tapi lambat beberapa episod la.

Mula-mula aku tak tertarik pun nak tonton drama ni hehe Biasa la kan... bila tengok hero yg berlakon ala... muka macam poyo je, langsung tak menarik hati aku. Tetapi semua andaian itu bertukar 100% bila aku tertengok drama ni kat Astro. Masa tu tengah boring, so saja-saja tengok drama ni... Kebetulan pulak baru episod 1 kat Astro. OMG, sekali bila dah layan.... terus jatuh cinta!!!!!!

Itu lah org kata don't judge the book by its cover.... Walaupun muka hero tak hensem... tapi lakonannya yg kelakar mmg mencuit hati aku.... Ececece mcm dah jatuh cinta je dengan Si Yoo Bang ni.... Lepas tu terus aku download episod terkini kat internet. Tak sabar nak tunggu sebab kalau tunggu kat Astro lambat sikit hehehe Akhirnya berjaya juga aku habiskan sampai episod 22 sama masa airing kat Korea.


Buat semua penggemar drama Korea... Pastikan korang tengok drama ni. Mmg gelak sampai sakit perut. Drama ni ada unsur suspen tapi tak berat sgt la sebab ia lebih kepada unsur komedi. Banyak pengajaran yg boleh di  ambil di sebalik drama ni. Setakat ni, bagi aku drama ni dah kira The Best Korean Drama for 2012 hehehe Tak percaya??? Kat Korea pun drama ni top tau....


Episode Ratings
DateEpisodeNationwideSeoul
2012-01-0218.19.9 (19th)
2012-01-03210.2 (19th)11.9 (12th)
2012-01-09311.3 (13th)12.8 (9th)
2012-01-10410.2 (17th)12.1 (12th)
2012-01-16513.5 (7th)14.9 (3rd)
2012-01-17611.5 (14th)12.2 (10th)
2012-01-2379.2 (8th)9.4 (9th)
2012-01-24812.6 (3rd)14.5 (3rd)
2012-01-30914.5 (4th)16.1 (3rd)
2012-01-311015.9 (3rd)17.3 (3rd)
2012-02-061117.1 (3rd)19.1 (2nd)
2012-02-071219.4 (3rd)21.5 (2nd)
2012-02-131320.1 (3rd)23.8 (1st)
2012-02-141420.4 (3rd)22.9 (1st)
2012-02-201521.6 (2nd)25.2 (1st)
2012-02-211622.2 (2nd)24.3 (1st)
2012-02-271721.0 (3rd)22.8 (1st)
2012-02-281823.0 (2nd)25.2 (1st)
2012-03-051922.7 (3rd)24.7 (1st)
2012-03-062023.3 (1st)24.5 (1st)
2012-03-122122.1 (2nd)23.5 (1st)
2012-03-132224.2 (1st)24.7 (1st)
Source: TNmS Media Korea

Daebak!!! So, percaya tak???? Hmmm, mmg aku akan merindui drama ni nanti..... Lepas ni tak tau nak tengok drama apa lagi.... Sebab drama Korea terkini macam Wild Romance, Dream High 2 aku tak minat..... Tak sabar nak tunggu Full House 2 je ni.....

Tuesday, March 13, 2012

Perasaan itu ajaib!

Tarikh hari ni 13.3.2012.... Nombor kegemaran aku!!!..... Hari ni tak disangka kekuatan itu datang kembali. Mungkin kerana perkara yang hendak disampaikan itu lebih penting dari perasaan aku sendiri. Aku hantar mesej kat Nasey tadi sebab nak sampaikan berita perihal dik Paie.

Ala, tengok report tak delivered pulak. Hmm, macam mana ni?? Nak mesej kawan yg lain tak tahu nombor pulak... At least kalau aku bagitau Nasey, dia boleh bagi tahu 'kamu' dan kawan kamu yg lain. Sebab aku tahu kamu, Nasey dan Paie sahabat yg sgt rapat masa sekolah dulu.Fikir punya fikir... hati aku suruh aku mesej kamu juga... dan tiba-tiba kekuatan itu datang.

Setelah hampir dua tahun aku langsung tak hubungi kamu.... Akhirnya, hari ini buat pertama kalinya aku mesej kamu lagi.... hahaha ada la juga rasa macam diri ni 'mencemar duli'.. hehehe ... -_-

Kalau ikutkan perasaan sendiri mmg kalau boleh aku cuba tidak akan mesej kamu lagi. Tapi rasa macam diri ini kejam pulak. Lepas hantar mesej tadi terus biar HP di tepi... Tak mengharapkan balasan dari kamu.. Tengok2 kamu balas dgn 2 msj...

Baca mesej pertama dari kamu... nampaknya kamu salah faham ni... ( Mungkin masa tu kamu terkejut besar kot... tak sangka kan aku mesej kamu??? Sampai kamu salah baca mesej yg aku bg tu.... )... Lepas tu baca mesej kedua kamu.... Baru kamu faham.... Siap minta maaf sebab ingatkan ayah aku yg meninggal.... Aduh, nampak sangat kamu gelabah erk....

Kelakar pulak bila fikir balik... Ommo, terus aku menjerit pada diri aku sendiri tadi... Perasaan itu sangat ajaib..... Tak sangka aku berani juga tadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Peringatan dariNYA~

Pagi tadi dapat mesej dari my sarang chingu Enot... Katanya, bapa kepada kawan baik kita orang Rafaiee telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Innalillah...... Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita kembali.... Hidup manusia ini telah direncanakan begitu terperinci dan sempurna oleh ALLAH..

Terasa sayu di hati bila terkenangkan Rafaiee. Di tambah lagi, aku mmg rapat sangat dengannya. Dia ibarat adik aka teman sejati buat aku. Moga Dik Paie diberi kekuatan utk menghadapi ujian tersebut.

Ya ALLAH, Engkau tempatkanlah arwah bersama dengan golongan yg beriman. Moga rohnya dicucuri rahmat. Engkau berikanlah kekuatan buat adik ku Rafaiee. Moga dia diberi kesabaran utk menempuhi dugaan ini. AMIN~


Mati itu adalah suatu yang pasti. Cuma bila, di mana dan macam mana kita akan menghadapi Mati... Itu hanya ALLAH yang tahu... Apa yg pasti, memperingati Mati dapat membersihkan hati dan jiwa yg kotor....

Pengalaman Pertama

Kalau sebut pengalaman pertama, mesti banyak kisah di sebalik yang berlaku. Itulah yang aku alami sepanjang akhir bulan Feb hingga awal bulan Mac ni. Satu pengalaman baru yg cukup bermakna buat aku. Setiap manusia kat dunia ini mmg akan merasai saat kesusahan di mana bila dugaan itu datang berturut-turut. Bak kata pepatah, ibarat jatuh ditimpa tangga. Hmm, sesuai ke aku guna frasa itu?? mmmmm 

Dipendekkan cerita, adik mak aku kiranya pangkat auntie la bagi aku, tiba-tiba jatuh sakit. Masa mula-mula dapat berita itu pun aku terkejut giler. Ye la sebelum ni dia mmg sihat walafiat. Kebetulan pulak masa dpt berita tu hari cuti, mak aku terus bawa aku dan adik balik kampung.

Sampai je kat Hospital Bau, tengok auntie aku pucat dan lemah. Rupanya auntie aku mengalami pendarahan yang teruk sehingga bacaan darah nya jatuh di tahap minimum. So, atas nasihat doktor, auntie aku terpaksa admit di hospital. Bila dah dua hari kat Hospital Bau, baru tahu yang dalam rahim auntie aku ada ketumbuhan. So, kena rujuk ke Hospital Besar Kuching pulak.

Bila dah di SGH, Kuching.... doktor kata ketumbuhan itu adalah Fibroid, tapi oleh kerana dah teruk so kena bedah juga. Di tambah lagi dengan keadaan auntie aku yg kekurangan darah.... Mmg aku kecian sangat kat dia waktu tu. 

Entah la, susah juga kalau kita nak salahkan doktor ni. Sebabnya dia orang dah jalankan tugas dengan baik. Itulah kalau dah nasib, dugaan itu datang tanpa diduga. Disebabkan auntie aku kekurangan darah... Doktor bagi la tambah darah. Cun pulak proses pertambahan darah auntie aku tu pada malam hari. Mungkin ada implication... Auntie aku kata dia rasa sesak nafas....Badan dah menggigil kesejukan... Masa tu dia mmg dah redha.... bersedia utk..... siap dia pesan dkt nurse utk telefon family kita org suruh dtg keesokkan harinya tuntut mayat dia....(sebab takde org yg temankan dia masa tu. )

Tapi syukur, bak kata nya setelah berjuang hampir 1jam, dia sedar juga. Kecian sangat kat dia... Sebab itu keesokkan harinya aku tawarkan diri utk jaga dia sepanjang dia kat hospital. Ommo chenca.... Itulah pertama kali aku stay kat hospital.. Mmg tak dapat nak tidur..... terlena sekejap lepas tu tersedar pulak.... Nasib baik jumpa kawan masa sekolah dulu.Sempat juga berbual sekejap dgn dia, siap dia bagi pendapat utk kes auntie aku ni... Hmm, tumpang bangga juga bila kawan sekolah dulu dah jadi doktor. ( Buat Dr. Hairul... good luck, selamat menjalankan tugas demi masyarakat..... )

2 hari 1 malam kat SGH, doktor suruh auntie aku discharge sebab turn utk operation kena tunggu dua minggu lagi. Terkilan pulak auntie aku bila nurse bgtau mcm tu, tapi ye lah nak buat macam mana kan. Aku cuba bagi kata dorongan, bykan bersabar. Lagipun biasa la kalau hospital mcm ni ramai pesakit. Pesakit yg kritikal harus diutamakan dahulu. Lepas aku cakap mcm tu baru dia ok sikit. Bila dah kat rumah, malam tu dia rasa sakit pulak..... Last2 keesokkan harinya, dia pilih utk pergi ke hospital swasta je. 

Dah nama hospital swasta kan, mmg lah boleh cepat... janji kena ada $$$$... Tolak campur.... seminggu juga la aku jaga dia..... Pengalaman baru buat aku...... Weii, byk pulak cerita aku ni... Aku nak simpan cerita ni utk anak cucu aku nanti... supaya dia org boleh contohi apa yg aku buat ni. Bukan nak membanggakan diri.... cuma ingin berkongsi pengalaman... 

Bila jaga org sakit ni, kita kena hati-hati juga... sebab lepas tu kita sendiri pun boleh sakit  hehehe (Betul aku cakap ni.... balik je dari hospital hari tu aku terus kena hydration.... Habis muka aku kering, kulit pulak merah-merah dan gatal.... Nasib aku cepat-cepat mkn supplement.... lepas 2 hari baru keadaan aku kembali normal. )

Selain tu, kesabaran kita juga kena di tahap yg maksima... Org sakit ni mudah marah, asyik nak melenting je. Kita kena faham situasi mereka. Biasa la, mungkin dia org stress ditambah lagi nak tahan kesakitan tu. Kerenah pesakit ni macam-macam. Masa aku bermalam kat hospital... sayu je hati bila dengar cerita pesakit lain.... Kehidupan ini mmg tidak akan jauh dari semua itu.... Sebab itu ALLAH pesan ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.... yang salah satunya.... Ingatlah masa ketika kita SIHAT sebelum kita SAKIT..... 

Last but not least, bersyukur kepada ALLAH kerana mempermudahkan segala urusan ketika aku menjaga auntie aku selama seminnggu itu. Moga kami semua sentiasa berada dalam lindunganMU.

Monday, March 12, 2012

Perubahan dalam sekelip mata

Assalammualaikum.... Anneyong!!!

It' s March already!!! Hmm, lama sungguh menyepi dari dunia blogging ni... Tup.. tap... tup.. tap... Februari dah berakhir, lepas tu tengok n3 posting utk Feb hanya 5 je... Jumlah yang amat sedikit. N3 terakhir pun masa tengok jumlah follower bertambah jadi 40... dan baru hari ini berkesempatan nak buka blog balik, tengok-tengok.... Ommo, dah 41 pulak?? Thanks erk buat korang yg sudi follow blog aku yg tak seberapa ni hehe ^_^

Kenapa aku menyepi?? Sebabnya aku bertukar jadi Nanny aka Tukang Masak sekejap. Pengalaman baru yang tak akan pernah aku lupa sampai bila-bila. Nanti aku cerita lebih lanjut di lain n3. Hehehe