daebak ^_^

Friday, April 17, 2015

Hari Kelima Journey JB-KCH ~ Back To Normal -_-

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Oh yeah, akhirnya tiba part untuk conclusion. Kena baca ini dulu hari-keempat-journey-kch-jb-throwback.html

Monday, 6 April 2015 ^_^

Morning!! Kenapa bila cuti masa terasa sangat cepat berlalu?? Malam nanti flight balik ke Kuching. Pagi ini takde plan sebab Anne dah start kerja. Aku ada pasang niat nak gila2 jejak Singapore kejap. Tapi bila fikir balik2 pron and cons hahaha lupakan plan gila2 tu. Kang tersadai di Singapore, tak masal terlepas flight!!! Oh, no!! =_=

Aktiviti pagi adalah merehatkan badan sambil tranfer gambar. Lepas tu tengok view kat luar. Tak dapat jejak Singapore tengok pun jadilah! Tengahari tu, Anne ajak keluar makan dekat tempat aku photoshoot semalam hahaha boleh juga tengok Singapore.

Lepas makan Anne kata lau nak merayap ke Jusco boleh je dia hantar. Tapi, aku rasa malas pulak. huhuhu Jam5 petang lepas Anne balik kerja terus gerak kat Airport Senai. Sekarang cara check in AirAsia dah berubah.... nampak sangat aku lama dah tak fly! 

Keseluruhannya, journey aku KCH-JB dipermudahkan dan mencapai target! Singapore je tak lepas. Ertinya kena jejak JB lagi set 1 day hanya untuk Singapore *_*. Siapa kata kalau melancong ini perlukan bajet yang banyak??? Kalau ikut secara kasar perbelanjaan masa journey aku ni tak lebih dari RM500. Tiket flight 2 way RM78, tiket bas JB-KL 2 way RM64. Total RM142... kalau kira tambang train dan teksi bubuh RM200 la. Shopink pula untuk aku sendiri rasanya tak lebih RM50 sebab yang banyak aku shopink ari tu barang yang dikirim oleh mak aku! Bajet shopink untuk aku sendiri aku letak RM60 je.

Kira baru belanja RM250. Masa kat Hello Kitty Land je kena keluar belanja lebih sikit. Tiket masuk RM91 dan gambar RM120, itu pun aku dengan Anne kongsi maka seorang hanya perlu bayar RM60. Sebenarnya gambar di Hello Kitty Land tu terpulang pada korang nak beli atau tidak. Ianya bukan compulsory, tapi bila tengok gambar yang cantik rasa sayang kalau tak beli. Pejam mata je lah! Hikss

Setakat ni total perbelanjaan baru RM404... Tolak tambah secara kasar belanja makan, minum dan selingan yang lain jadi RM500 je. So, mission accomplish tak?? Ini orang kata bajet journey tapi berbaloi2. Bagi aku kalau melancong ni aku lebih utamakan 2 perkara je tinggalkan jejak + sesi photoshoot... selingan sikit macam ole2 untuk kenangan. Kalau makan mahal atau stay di hotel yang mahal memang bukan jenis aku! ngeee


Masa kat Airport Senai, waktu nak masuk dalam flight... baru perasan. Eh, itu Dr yang incharge aku! La, sama flight lagi kita orang. Hari tu masa fly dari Kuching ke JB sama flight juga, siap duduk sebelah menyebelah. Nak tegur tapi tak berani hehehe pergi honeymoon ke Dr??? Wife dia sangat sweet. Rasanya Dr ambik pakej murah macam aku kot hahahaha next appointment nanti nak tanya dia. Ada juga topik nak sembang! Hikss 


::: Lepas ni plan nak jejak Sabah lagi.. Next year nak pusing satu Semenanjung... then Singapore.... refresh jejak di Sarawak.... Brunei sekali... ahaks... Hmmm, kena atur masa dan bajet. Aktifkan balik mood berjalan2 ni ^_^ Harap kalau dapat calon imam nanti kena sekepala dengan aku part jalan2. Boleh honeymoon selalu!!! Hikss :::

Wednesday, April 15, 2015

Hari Keempat Journey KCH-JB ~ Throwback Childhood Memory

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Akhirnya tiba untuk n3 kemuncak. Tak faham?? Kena baca ini dulu hari-ketiga-journey-kch-jb-back-2-back.html

Sunday, 5 April 2015 ^_^

Good Morning Singapore!!! Ahaks Walaupun penat, misi kena diteruskan sebab hari ini adalah
kemuncak journey aku. Malam tadi siap buat tentatif perjalanan. Hello Kitty Land, Puteri Harbour > Kota Iskandar > JOHO > Tanjung Puteri > Gathering with rakan Projek Anne. Even tidur jam 3 pagi tetap bersemangat... Hiksss... Tema hari ini Throwback our Childhood Memory ^_^

Sebelum gerak ke Puteri Harbour, Anne ajak singgah dua tempat.... Sesi melihat bandar Singapore dengan jelas dan photoshoot ala2 Korea hikhikhik 



Thanks Anne... Sesi photoshoot yang terbaik. Lepas ni boleh plan untuk kembangkan bakat yang ada! Aku, ada bakat tak jadi model?? Ngehngehngeh Kalau ikut tentatif asal nak singgah di Kota Iskandar dulu buat sesi photoshoot lagi, tapi hujan rintis2 pula so terus gerak ke Hello Kitty Land, Puteri Harbour. Tiket hanya RM91 je sebab kita orang ambik pakej boleh masuk dua tempat (Hello Kitty + Little Big Club) sebab kalau ambik Pakej1 macam rugi. Baik ambik pakej 2 dan jangan lupa tunjuk kad pengenalan korang ada additional diskaun sebab lau ikut harga asal Pakej 2 RM100++ 

Walaweh, memang terbaik ambo ngoyak kat demo nih!!! Tak dapat nak cakap banyak.... Tempat cantik + berbaloi + persembahan yang menarik. Kita orang masuk Little Big Club dulu then baru Hello Kitty Town. Aku tayang gambar jelah erk... 













Hehehehe biar gambar berbicara. Ok , sini aku ringkaskan.... Little Big Club ini ada Barney & Friend, Bob The Builder, Penguin dan macam2 lagi permainan... Siap ada cafe... Lepas pusing satu LBC baru ke Hello Kitty Town.... Chenca daebak!!! Ada lima aktiviti yang boleh dibuat.... selesai buat setiap aktiviti akan dibagi cop... aku dengan Anne paling excited masuk dalam rumah Hello Kitty... Cantik!! Awesome!!! korang tengok gambar pun dah boleh tahu kan.... Last aktiviti adalah Adventure selamatkan Hello Kitty & Daniel... kena selesaikan misi dan cari kata kunci.. Kata kunci kita orang M.A.G.I.C, siap dapat certificate from Hello Kitty!! Our mission success!!!

Tak terasa habiskan 5 jam di Hello Kitty Land. Dah keluar dari sana baru terasa lapar! hahaha endahkan rasa tu cuma cari air dan makan ringan je. Teruskan perjalanan ke JOHO Concept Store. Sebelum tu buat sesi photoshoot di luar Legoland dan Kota Iskandar hikksss




Legoland tak masuk sebab tak minat lagipun dia orang kata baik masuk USS. Kota Iskandar ni ala2 Putrajaya. Tempat pentadbiran, memang cantik dan amat sesuai dijadikan tempat bergambar. Kebetulan masa tu ada beberapa pasangan pengantin buat sesi photoshoot. agak2 dapat ambik aura tak?? hiks *_* JOHO Concept ni tempat aku beli cenderahati tanda aku dah jejak Johor. Paling best kat luar kedai ada kereta Hello Kitty. Tuan kereta pinjam kereta kejap erk hehehe

Setelah berpenat-lelah ini masa untuk chill! Time untuk menghayati keindahan alam di Tanjung Puteri... Subhanallah!! Allahuakbar!! Sunset yang cantik!!



Tentatif last kita orang adalah gathering dengan kawan Projek Anne di CupChai Cafe & Resto. Perut pun dah lapar sebab seharian tak makan. Deco cafe sangat menarik, makanan pun sedap. Aku paling suka air cincau bandungnya.... Yummy!!!


Fuhhh, ini n3 bergambar!! hehehe Balik rumah masa tu lepas mandi dan solat terus tidur. Esoknya dah nak balik Sarawak.... hmmmm, Mimpi indah dengan Hello Kitty ^_^

::: Betul ke kebahagiaan itu tak akan datang bergolek kalau tak dicari? Err selalu dengar kejayaan je kan.... Kebahagiaan pun sama! Kebahagiaan itu akan kita rasai andai kita mampu buat orang lain bahagia. What you give, you get back! Kebahagiaan juga tak perlu harta yang melambak. Cukup hanya dengan kasih sayang dan keikhlasan, kita akan rasai kebahagiaan yang tak ternilai :::

Tuesday, April 14, 2015

Hari Ketiga Journey KCH-JB ~ Back 2 Back

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Mood hari ini rajin terlebih. Makanya sebelum cerita ini basi terus update... Sambungan n3 ini hari-kedua-journey-kch-jb.html

Sabtu, 4 April 2015 ^_^

Good Morning KL!!! Tak sedar jam berapa aku terlelap malam tadi, sambil wasap dengan ngegek aku gele2 jap sedar2 dah pagi hehehe. Dah la ada kisah lawak malam tadi.Huarghh!! Adik Ching memang tak sedar langsung sebab dia tidur dulu lepas puas potpetpotpet. Hahahaha Kacian kalasahan kakak mengantuk sangat la tu eheee lain kali jangan stay up sampai pagi buta ok!!!

Hari ini sarapan pagi istimewa dimasak oleh mak ngegek.... Seharusnya sedap sebab mee kering tu import khas dari Sabah. Makan sarapan pagi sambil layan kerenah budak2 kecil tu... geram betul dengan kecomelan baby dan paling best baby tak menangis bila aku pegang dia... hahaha adakah skill menjaga baby aku dah improve?? Sebelum ni sangat takut nak pegang baby lebih2 lagi baby yg belum cukup 1 tahun.... Takut sebab tulang baby masa tu masih lembut... Seriau patah tulang anak orang oleh aku hikkss trauma sebab masa kecil pernah patahkan tangan adik aku... hihihi ganas!!!

Lepas sarapan siap2 sebab dia orang nak jalan2 ke Nilai 3 jam 10 pagi. Lagipun bas aku ke JB dah book jam 2 petang. Mak ngegek kata awal bebeno balik ke JB. Adik Aziz siap suruh tunda balik JB. huhuhu maaf kalian semua sebab dah beli tiket bas awal so xleh nak tunda. -_-

Jam 10 pagi tepat kita org gerak dari Selayang ke UPM dulu ambil ehemm Adik Aziz.... hikss Pastu baru dia orang hantar aku di Terminal Bas Bersepadu TBS. Sayu kejap saat ini.... terasa terlalu cepat masa berlalu bersama kalian... Ada jodoh kita jumpa lagi ok... Insya Allah ada rezeki memang plan nak ke Sabah lagi. Kali ini nak jejak Pulau2 di Semporna... Thanks semua... Adik Ching,Adik Aziz, Mak Cik, budak2 yg comel dan mama yg sporting.... kasi tempek gambar ckit ehee


Gerak ke JB tepat Jam 2 petang. Perjalanan kali ni rasa macam cepat sikit kalau nak dibandingkan dari JB-KL ari tu. Bas berhenti kejap di Ayer Keroh. Perhentian ini aku tengok lebih kepada Chinese Stall. Mungkin pemiliknya orang Cina.But dont worry sebab makanan yg dijual dijamin halal tambahan pekerja kebanyakkan orang Melayu.


Jam 6 petang sampai di Larkin.. Wasap kawan sama sekolah aku Anne, dia suruh tunggu kat depan KFC. Rasanya lama sangat tak hangout dengan Anne... Raya lepas ada plan nak lepak sama tapi masa tak ngam. Hehehe Anne nin rakan gila2, kita orang punya hobi yang sama... kaki jalan, suka berblog... senang cerita easy going... Lau jumpa dengan dia memang menjadi plan gila2 hahaha

Ini baru dinamakan pelancong. Lepas Anne ambil aku dia kata terus ke destinasi seterusnya Johor Premium Outlet (JPO). Serius bila jejak di JPO aku rasa seolah2 macam kat oversea. Patut la Anne kata tempat wajib pergi kalau ke JB. Hmmm, bagi org yg banyak duit memang syurga untuk shopink barang branded. Hehehe sebab barang kat sini dijamin original. Melalui pemerhatian aku, banyak org Spore shopink kat sini hehehe Kita orang cuci mata jelah dan lebih kepada sesi photoshoot hahahaha rasa macam model pulak... Auwww



Hehehehe cantik tak??? Rasa macam di Venice ada juga. Korang tau kan di Venice ada satu tempat membeli-belah yang dalamnya ada ala2 sungai kecil.... ada perahu kecil siap ada penglipulara... Kiranya reka bentuk JPO macam tempat itulah. Memang exclusive dan cantik. Pengemar perfume dan barang berjenama jangan lupa singgah ok!

Next destination kita orang.... Pergi makan kat Angah DC hehehe part ni aku sangat puas hati!! Sebab makanannya sangat murah.. Mana ada tempat lain Fish Fillet & Chip hanya RM6 dan Chicken Chop hanya RM5 ??? hahaha so lau nak merasa jemput singgah di Angah DC. Kenyang dan berbaloi!

Seterusnya kita orang singgah di Istana... Kawan degree aku asyik kata tempat crown. Mula2 blur apa yg dia maksudkan. Lepas tu Anne baru teringat ooo Crown depan Istana hikhik. Kebetulan bulan lepas baru Hari Kemahkotaan Raja Johor makanya tempat itu memang menjadi tumpuan. Tak nak cakap banyak tayang gambar jelah


Last destinasi Anne ajak singgah jap di Masjid, aku lupa nama masjid ni. Rekaan masjid ini bercirikan klasik lama, cantik sangat! Lepas ambil gambar pusing satu bandar JB... baru balik rumah Anne... yang bestnya boleh nampak Singapore!!! Hello Singapore ^_^ Line HP pun roaming line sana. Nasib Anne tolong tukar setting. Perkara wajib bila dah jumpa rakan lama, memang bercerita panjang. Rasanya jam2/3 pagi baru tidur nak Anne?? hehehe Ok, panjang aku mencarut untuk n3 hari ketiga ini. Cerita hari keempat next n3 so wait for it hehehe

::: Chemistry itu wujud bila ada keserasian... Keserasian itu ada bila ada persamaan dan persamaan yang ada tak semestinya tiada perbezaan. Apa yang paling penting saling melengkapi antara satu sama lain itu sudah cukup... :::

Hari Kedua Journey KCH-JB ~ Transit at KL

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Sambungan n3 ini let-start-new-journey KCH-JB

Jumaat, 3 April 2015 ^_^

Morning Putrajaya !!! Bangun  pagi terus tengok view Putrajaya... Inilah kelebihan kalau tinggal Tingkat 11 hahaha boleh tengok pemandangan yang awesome!!! Kawan aku kata suaminya outstation so dia ajak aku sarapan di office nya. Siap awal macam orang nak turun kerja even tidur lewat malam tadi sebab KLMJ sambl tengok view nite at Putrajaya ahakssss @_@

Gerak ke tempat kerja kawan aku dalam jam7.30 pagi... bahagia sebab jalan tak jammed. Cuma kena datang awal sebab nanti susah nak cari parking, Breakfast at Kementerian Kesihatan Malaysia Cafe hehehe merasa ala2 staff gomen pulak aku ni. Pusing satu cafe sebab tak tahu nak makan apa, terlalu banyak pilihan... Lastly, aku ambil mihun goreng dan wantan... Minum air kosong je hiksss

Masa nak cari tempat duduk perasan nampak seseorang yang dikenali. Eh, itu abang senior aku masa study degree dulu....Tegur dia agak2 dia masih ingat tak kat aku erk hehehe breakfast sambil bercerita dengan Adah dan sorang lagi member Sarawak dia. Abang Senior yang aku tegur tadi datang sembang jap... Lain dah sekarang katanya kat aku hahahaha Apa yg lain tu abg?? 'Dah kecil sikit dan kulit ada cerah cikit' hahahaha ngehngehngeh bukan aku yg ckp ok... abg senior aku yg cakap!! ^_^

Abang Ikram ni senior aku masa degree dulu. Satu2 nya abang senior yang aku selalu gak tegur masa zaman degree... Kerja kat sebelah office KKM under Kementerian Pelajaran Malaysia... TQ Abg Ikram sebab masih ingat kat adik junior yang comel ini hahaha.. Teringat jap zaman hingusan masa degree. Kirim salam kat isteri abang ok, kakak senior kita orang gak... dia orang jumpa jodoh masa degree. Favourite Couple zaman degree ngeeee ^_^

Lepas sarapan lepak jap di office kawan aku. Dalam jam 10 lebih baru aku ambil bas ke Stesen Putrajaya. Hanya bermodalkan 50 Sen anda akan disajikan dengan view Putrajaya yang superb cantik hehehe duduk dalam bas KLMJ lagi ngehngeh... Sampai KL Sentral dekat nak tengahari, lepas simpan barang dalam loker terus ke destinasi kegemaran untuk shopink... Jalan TAR dan Sogo. 

Tak sedar hari dah petang hahahaha adik kalasahan jam 5 baru habis kelas. Ambil keputusan lepak di KL Sentral je sebab tak tahu nak merayap mana. Merehatkan kaki sambil tengok jadual dan rakaman satelit penerbangan. Berangan ala-ala aku ni Pegawai Kawalan Udara hiksss That why I'm a flight lover... ngeee Dalam jam 8 baru adik kalasahan aku wasap... ‘Akak... Ching suda sampai...’ ^_^

Yippie!!! Tak sangka dipermudahkan juga... Bertemu kembali dengan adik Ching!!! Serius terasa sedikit berdebar kala itu hahahaha Sebab kali pertama jumpa dia dua tahun yang lepas... 2013... Itu pun hanya spent masa satu malam je dengan dia... Berhubung hanya di wasap dan weechat je. Sekali sekala baru call...hihihi

Dushdush!!! segala perasaan gentar itu berlalu pergi bila dah peluk cium Adik Ching hahahaha Waaaaa we are belong together la Adik!!! Kalau tak kawal suara masa tu rasanya satu KL Sentral boleh dengar suara kami eheeee Love You Adik ChinkWawa!!!

Bila dah jumpa harus mulut potpetpotpet hahahaha sharing semua cerita sambil tunggu teksi. Adik Ching ajak bermalam di rumah mak cik nya di Bukit Andaman... dekat dengan Selayang dan Batu Cave.... Tambang teksi murah juga RM20 plus GST jadi RM22 hehehe

Sampai kat rumah mak cik Ching.... waaaaaaa jumpa mak ngegek dulu.... Melepas rindu weh.... tak sangka dia orang semua masih ingat kat aku.... dan rasa makin rapat pulak.... Full of love... Chewah hahahaha Tak tahu nak cerita macam mana hahahaha aku bagi gambar je lah erk..... Biar gambar berbicara eheee ^_^

Budak kecil dua orang tu anak mak cik Adik Kalasahan... Kali pertama jumpa dia orang... tak sangka dia orang ok je dengan aku hiksss ^_^. Ada sorang lagi abang budak2 tu dan baby kecil... Masa mak ngegek suruh aku pegang baby takutnya hahahaha dalam hati 'jangan la baby ini menangis' ngeeee Fuhhhh, lega bila baby tak menangis.... hahahaha alolo comelnya dia... geram tengok mata baby.... Okay itu je aktiviti hari kedua.... shopink time dan masa yang berharga bersama insan tersayang hiksss.... wait for next story KCH-JB hari ketiga ok ^_^

::: Rindu dengan budak2 kecil itu... Abg yang malu2... Adik yang manja... Si Micin yang cantik dan  baby yang comel.... :::

Let Start A New Journey ^_^

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Huarghhhh, last n3 adalah pada 6 Jun 2014... Ommo, almost setahun blog ditinggal sepi tanpa sebarang n3... Hmm, agak2 dah jadi hutan belantara tak hehehe Oh yeah, kenapa menyepi tanpa bicara?? Sebenarnya, ada je masuk kat blog ni... blogwalking jap pastu check nuffnang... dah tulis n3 tapi tak terpost huhuhuhu pastu delete.... Alasan biasa busy dengan life hahaha Ok, tak nak merapu di permulaan ni... Cuba nak rajinkan diri untuk update n3 pasni...

Selain dari berbelog, banyak lagi perkara yg aku tak aktif tahun lepas termasuk aktiviti berjalan2 ni. Alhamdulillah journey aku ke Johor Bharu last week dipermudahkan hahahaha Alamak kantoi n3 dah basi... Gigihkan diri juga nak update sebab dh janji dengan kawan2 nak share journey aku ni.

Tiket flight Kuching-JB-Kuching ni aku dah beli last year so dapat murah la masa promotion AirAsia. Pergi balik cuma RM78 je hikhik suka sgt!!! Fly ke JB pada 2.4.2015... pagi tu awal giler dari Serian... tapi bila sampai airport flight delay coz cuaca berkabus... part ni aku suka even boring keseorangan kat airport sebab aku boleh usha pilot ahaks almost 1 hour juga la kami menunggu.. 

Sampai JB dlm jam 11 lebih.... wasap member aku dia kerja so xnak ganggu dia... wink, idea gila2 datang... Terus plan transit ke KL hahaha Ko ade?? ambil bas dari Airport Senai ke Terminal Bas Larkin... yang best nye tambang sangat murah RM3.50 je.... duduk dalam bas selama 45 minit cuci mata tengok bandar JB


Sampai di Larkin terus beli tiket bas ke KL. Alhamdulillah dipermudahkan sebab lau ikutkan next bas ke KL gerak jam 7 malam.. dah nama rezeki ditambah lagi niat nak jumpa family ngegek.... Sorang pak cik ni offer aku seat driver kedua... kiranya tempat tu kosong. Dah la tambang pun dapat murah cuma RM30 je.... syukur dipermudahkan even gamble sorang2... Gerak ke KL jam 2 petang... zzzz sebab perjalanan ambil masa selama 4 jam.

Sampai di Terminal Bersepadu TBS dalam jam 6... Member sama kerja kat Gala dulu ajak lepak dengan dia stay di Putrajaya. So memang gamble ambil KLIA Transit terus ke Putrajaya... Rindunya.. merasa balik time bersesak dalam train.. hahaha dah la rasa macam agak terasing sekejap bila semua pandang aku masa azan HP aku berkumandang jam 6 lebih hahahaha 'saya org sarawak... masuknya waktu maghrib awal dari KL' hahaha

Lepak time with Adah.... Serius baru setahun tak jejak KL dah banyak perubahan... Adah dan suaminya bawa aku pusing satu Putrajaya... Hehehe mengimbau kenangan silam pulak... KLMJ with pak cik joyah eheeee


Malam pertama di KL stay at Putrajaya ditaja oleh my friend Adah & suami... Tq to both of u... belanja makan malam, bawa pusing Putrajaya dan bilik yang sangat selesa. Ok done untuk hari pertama journey KCH-JB transit di KL hahahaha wait for next n3 ok... gigih ni nak update even line slow mcm siput... huh... -_-

::: Pengalaman mengajar diri untuk menjadi lebih matang... Insan yang sentiasa ada di sisi mewarnai perjalanan hidup... Kenangan Lama Mengulit Jiwa.... :::