daebak ^_^

Showing posts with label aku dan flight. Show all posts
Showing posts with label aku dan flight. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Hari Kelima Journey JB-KCH ~ Back To Normal -_-

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Oh yeah, akhirnya tiba part untuk conclusion. Kena baca ini dulu hari-keempat-journey-kch-jb-throwback.html

Monday, 6 April 2015 ^_^

Morning!! Kenapa bila cuti masa terasa sangat cepat berlalu?? Malam nanti flight balik ke Kuching. Pagi ini takde plan sebab Anne dah start kerja. Aku ada pasang niat nak gila2 jejak Singapore kejap. Tapi bila fikir balik2 pron and cons hahaha lupakan plan gila2 tu. Kang tersadai di Singapore, tak masal terlepas flight!!! Oh, no!! =_=

Aktiviti pagi adalah merehatkan badan sambil tranfer gambar. Lepas tu tengok view kat luar. Tak dapat jejak Singapore tengok pun jadilah! Tengahari tu, Anne ajak keluar makan dekat tempat aku photoshoot semalam hahaha boleh juga tengok Singapore.

Lepas makan Anne kata lau nak merayap ke Jusco boleh je dia hantar. Tapi, aku rasa malas pulak. huhuhu Jam5 petang lepas Anne balik kerja terus gerak kat Airport Senai. Sekarang cara check in AirAsia dah berubah.... nampak sangat aku lama dah tak fly! 

Keseluruhannya, journey aku KCH-JB dipermudahkan dan mencapai target! Singapore je tak lepas. Ertinya kena jejak JB lagi set 1 day hanya untuk Singapore *_*. Siapa kata kalau melancong ini perlukan bajet yang banyak??? Kalau ikut secara kasar perbelanjaan masa journey aku ni tak lebih dari RM500. Tiket flight 2 way RM78, tiket bas JB-KL 2 way RM64. Total RM142... kalau kira tambang train dan teksi bubuh RM200 la. Shopink pula untuk aku sendiri rasanya tak lebih RM50 sebab yang banyak aku shopink ari tu barang yang dikirim oleh mak aku! Bajet shopink untuk aku sendiri aku letak RM60 je.

Kira baru belanja RM250. Masa kat Hello Kitty Land je kena keluar belanja lebih sikit. Tiket masuk RM91 dan gambar RM120, itu pun aku dengan Anne kongsi maka seorang hanya perlu bayar RM60. Sebenarnya gambar di Hello Kitty Land tu terpulang pada korang nak beli atau tidak. Ianya bukan compulsory, tapi bila tengok gambar yang cantik rasa sayang kalau tak beli. Pejam mata je lah! Hikss

Setakat ni total perbelanjaan baru RM404... Tolak tambah secara kasar belanja makan, minum dan selingan yang lain jadi RM500 je. So, mission accomplish tak?? Ini orang kata bajet journey tapi berbaloi2. Bagi aku kalau melancong ni aku lebih utamakan 2 perkara je tinggalkan jejak + sesi photoshoot... selingan sikit macam ole2 untuk kenangan. Kalau makan mahal atau stay di hotel yang mahal memang bukan jenis aku! ngeee


Masa kat Airport Senai, waktu nak masuk dalam flight... baru perasan. Eh, itu Dr yang incharge aku! La, sama flight lagi kita orang. Hari tu masa fly dari Kuching ke JB sama flight juga, siap duduk sebelah menyebelah. Nak tegur tapi tak berani hehehe pergi honeymoon ke Dr??? Wife dia sangat sweet. Rasanya Dr ambik pakej murah macam aku kot hahahaha next appointment nanti nak tanya dia. Ada juga topik nak sembang! Hikss 


::: Lepas ni plan nak jejak Sabah lagi.. Next year nak pusing satu Semenanjung... then Singapore.... refresh jejak di Sarawak.... Brunei sekali... ahaks... Hmmm, kena atur masa dan bajet. Aktifkan balik mood berjalan2 ni ^_^ Harap kalau dapat calon imam nanti kena sekepala dengan aku part jalan2. Boleh honeymoon selalu!!! Hikss :::

Monday, June 2, 2014

AirAsia Promotion For 2015

Assalammualaikum.... Ahlan Wasahlan.... Anneyong....

Rasa macam terlebih rajin pulak hari ini, update n3 lebih dari sekali... Ini baru nikmat kalau o9 guna lappy. Blogwalking jap sambil2 usha benda yang menarik hewhewhew... Dari tadi tunggu turn nak masuk laman web AirAsia... ommo, asyik2 waiting... sah memang ramai sangat yang tengah mengadap laman web AirAsia sekarang.... Pssttt, korang semua nak tak??? Siapa kata kalau pergi melancong ini kena ada duit yang banyak dulu.... tak semestinya hokay... nak tahu macam mana caranya??? Meh, aku share cara aku melancong dengan jimat!!!!

Langkah pertama, kena rajin menjenguk laman web AirAsia.... klik je ini www.airasia.com. pastu kena ambil peluang terutamanya kalau AirAsia tengah buat promosi macam ini...


Langkah kedua, kena cepat merancang perjalanan... Sebelum tu kena alert dengan travel period ketika promosi ok... jangan nanti tersalah plan plak.... Contoh untuk promosi ini untuk tahun 2015... Jadi terus search kalendar 2015... tengok betul2 bila Cuti Umum... kiranya kat situ boleh adjust nak cuti berapa hari. Paling best kalau cuti umum sangat dekat dengan hujung minggu lagi senang.... tak payah nak apply cuti panjang boleh guna cuti yang ada je....

Dah ada tarikh yang sesuai kena fikir destinasi tujuan... Kalau aku ni memang main domestik je dulu.... 


Geram tengok tiket murah.... Gggrrr aku aim nak ke Johor Bharu... lau tak pun ingat nak ke Kota Kinabalu.. hewhewhew biasanya kalau time promosi mcm ni memang kena bersabar sikit... asyik2 waiting room je keluar... Jadi bersabar la erk.... Lau lucky tu mmg dapat tembus terus dinding itu....

Langkah ketiga, lau dah berjaya booking tu kena alert dengan tarikh yg dipilih... buat reminder.... kang lupa pulak dah booking tiket.... tak masal rugi pulak... hehehe jadi lepas ni boleh la simpan duit sikit2 untuk makan, minum, budget hotel, transport dan cenderahati. Biasanya, lau promosi macam ni tiket 2 way kita boleh dapat dengan RM100 je (ikut destinasi). Jadi untuk tiket bajet cuma RM100.... biasa kalau makan, minum, hotel dan transport tak kan lebih dari RM200.... Jadi tolak tambah semua budget dalam RM300 je dah boleh pergi melancong!!!!! hehehe tapi untuk keselamatan biasanya aku letak bajet lebih sikit takut ada kesulitan waktu melancong tu at least ada juga backup kan..... hehehe letak paling banyak pun RM500...

So, amacam.... siapa kata melancong ni perlu bajet sampai beribu-ribu.... hehehehe apa-apa pun semuanya terpulang pada diri kita sendiri... Bagi aku, kalau melancong ni tak penting nak stay kat hotel yang mewah sebab aku lebih suka style backpakers.... Aku lebih suka menghayati alam semulajadi masa melancong... cari kelainan yang tidak ada di tempat sendiri.... Ok, done.... Jom sama2 usaha tembus dinding AirAsia.... ^_^

Tuesday, April 9, 2013

Not Just Low Cost with Malindo Air ^_^

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Alhamdulillah, semalam selamat sampai di KL.. Aduh, belum apa2 dah rindu ni -_- Hate this feeling!

Lupakan dulu perasaan tu. Yang penting nak share kat korang semua ni... Hehe Berita baik untuk orang Sarawak dan Sabah ^_^ hehehe 

Pernah dengar tak kewujudan syarikat penerbangan kos rendah yang baru?? Lau sebut AirAsia pasti semua dah tau kan.... Lau sebut Malindo Air?? hehe Semalam first time try naik Malindo Air.... Ngeee, mmg berbaloi berganda-ganda!!! 

Sepatutnya aku balik KL, 2/4... tapi memandangkan perlu extent cuti.... Mmg tiket AA aku kena burn.... Masa tu mmg tak fikir langsung nak balik KL huhuhu nyawa mmg rasa nak cuti berehat je.... Pastu kawan ku bagitau Malindo Air ada murah RM 78 je per way.... So, aku suh la dia book untuk aku terus... Nak dikatakan ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.... Alhamdulillah, rezeki aku juga la... Cun pulak masa book tu dapat harga paling rendah.... Kuching ke KL hanya dengan RM38!!!... Ommo, tambang bas pun tak semurah tu... Syukur....^_^


Ready to boarding.... Dah la harga tiket murah, dapat pulak lunggage 15kg free.... Berbaloi!!! Terasa macam rugi pulak tak bawa barang byk hahaha lunggage aku masa tu cuma 4.5kg je... Aishhhh, rugi2 hahaha boleh borong ikan masin, kek lapis, paste laksa sarawak, jajan... na.... ruginya...


Fuhyooo, not bad.... Boieng 737 hehehe agak besar! Skodeng pilot jap hahaha @_@


Cuci mata lagi! hahaha saja nak ambil gambar flight banyak2..... *_*


Ni yang paling syok... tak perlu nak jalan jauh dan naik tangga.... Flight terus bersambung dengan hub airport... Tiada lagi masalah kalau hujan turun dengan tiba-tiba ^_^ I like!!!!


Bila masuk dalam flight, aku terus tergamam.... Wowwwwwww, memang terbaik!!! Ruang antara kerusi luas, kerusi pun jenis leather... Sangat selesa!!! Pastu depan tempat duduk ada TV... Touch Screen ok.... So, boleh pilih bentuk hiburan yang anda suka.... Ada movie, muzik, rancangan sukan, sitcom TV, games dll.... Tapi korang kena bawa earphone sendiri.... Kalau lupa bawa, don't worry, Malindo Air ada juga menjual earphone.... Tapi macam rugi pulak kan... So, better get ready earphone sendiri lau naik Malindo Air hehehehe


Compartment sangat besar.... Oh ya, Malindo Air ada dua jenis kelas iaitu Business Class dan Economy Class... Boleh tahan juga tau.... Dah macam Malaysia Airline pulak aku tengok.... Economy Class pun dah berbaloi.... lau rasa macam nak test jadi VVIP leh la skali-skala try naik Business Class hahaha aku tengok layanan pun first class, makanan mcm sedap lagi hahaha


Ada lagi yg best hahaha dapat makanan percuma.... Walaupun setakat sandwich dan air mineral.... Sangat bersyukur dah... kenyang lagi tu.... ^_^

Sesuai sangat dengan 'Not Just Low Cost'... Malindo Air mmg memberi kepuasan yang berganda... Tiket berbaloi.... ( Setakat ni, route Malindo Air cuma 2 je... KL-KCH dengan RM78* dan KL-KK dengan RM108*.... itu untuk satu hala.... Kalau korang lucky macam aku, dapat la harga lagi rendah hehehe ) Pastu hub pengantaranya ialah KLIA ok... High Class orang kata walaupun penerbangan kos tambang rendah.... haha So, apa tunggu lagi.... cepat cuci mata di sini malindoair

::: Lepas ni mmg aku akan naik Malindo Air lagi.... First time naik aku terus suka.... yeehaaa hahaha Cuma kalau ikut istilah flight + pilot... aku tak berapa suka bunyi enjin pesawat Malindo Air.... hehehe macam mana aku nak explain ni erk?? Nak guna bahasa pilot aku tak expert sgt.... Hahaha cuma aku tahu la sikit mcm mna cara dia org service flight.... hahaha Lau cerita bab perjalanan flight... Hmm, not bad... gaya pembawaan pilot bagus juga... Sebab masa flight lalu 'air bag' flight tak rasa bergegar sangat... Itu ertinya, pilot leh kawal flight dengan baik hehehe Overall >> excellent service Malindo Air...Cuma aku lebih suka enjin AirAsia hahaha smooth masa 'take off' dan 'landing' ngeeee :::

Monday, January 7, 2013

Important List for 2013

Assalammualaikum.... Anneyong..... ^_^

Hi, my reader, Eh, ada ke yg sudi baca blog aku ni? hehe Tadi buka nuffnang jap... Wow, walaupun aku ni lama tak update blog... Nilai $$ aku tu tetap bertambah juga! Smile ^_^ Ertinya ada juga la yg baca blog aku ni hehehe Thank so much readers, much appreciate it! Bila aku nak kembali aktif menulis ni??? ahaks.... Kena rajin menulis kembali ni untuk tabungan bersamamu kan... Oh, my blog!

Teringat pula perancangan dengan my chingu for 2014... Eh, baru je masuk 2013, dah fikir 2014? Kena buat perancangan awal kan.... Demi untuk menjayakan rancangan tersebut kena plan dari sekarang... My important list for 2013>>

1. Langsaikan hutang secepat yang mungkin....
Oh, yang ni tak tau la bila nak habis.... $$$.... Hutang kereta 17k ++, pastu hutang masa belajar dulu.. MARA, 9k ++..... Berharap sungguh lau duit dapat jatuh dari langgit hahahahaha -_-

2. Tabung Bersamamu
Ini hasil idea my chingu Enot... Kena mula dari gaji untuk Januari 2013.... List ni paling penting demi untuk menjayakan misi penting untuk tahun 2014..... Mudahan impian kami ini tercapai ^_^ Menabunglah demi masa depan anda!!!

3. Upgrade my career
Manusia ini mmg tidak akan puas dgn satu perkara je kan?? So, kena sentiasa berusaha untuk mencari yg lebih baik.... paling penting mencapai tahap kepuasan diri.... Berharap sangat dapat balik semula ke kampung halaman... penat dah ni, asyik merantau je kerja aku -_-

Ok, setakat ni itu list penting... Sabtu minggu lepas, mak aku call... Rasanya itulah paling lama dia bercakap dengan aku... Kalau kebiasaanya, dia cuma akan tanya..'Dah makan?, Kau ok ka kat sana?'... Kali ni panjang lebar pulak dia berceramah kat aku... Rasa mcm mood dia tengah ok, so aku bagitau la yg aku pergi jalan2, fly ke Sabah lagi bulan 3 ni.... Oh, no.... dia dah start membebel... I'm sorry mum.... Anakmu ini sangat suka merayap jauh2..... ^_^

~ Bila aku terbang, aku rasa damai... Sebab aku boleh lihat awan sekali dengan laut.... Dua benda yang berbeza tetapi mempunyai warna yg sama..... Itulah uniknya ciptaan ALLAH.... walaupun berbeza tapi tetap ada persamaan~


Tuesday, August 14, 2012

Mood ke laut, terasa makin sunyi -_-

Hmmm... mengeluh je bunyi aku ni kan?? Mood hari ini ke laut... Terasa sunyi sangat... Mungkin sebab terasa sangat cemburu mengenangkan adik-adik aku semua dah berkumpul kat rumah. Mak aku, adik aku semua dah cuti minggu ni. Tinggal aku sorang je yang still terkontang-kanting di perantauan ni... Jeles sangat bila adik aku bagitau yang dia org dah beli itu.. ini.... Mesti dia org tengah busy buat persiapan raya sekarang... -_-

Lagi la aku rasa bertambah sunyi bila sorang-sorang diri kat bilik ni. Teman aku hanyalah dinding bilik, bantal, tilam dan laptop... Oh, tak dilupa kipas kesayanganku...  Kalau nak bersembang pun kena sembang dengan dinding... sakit hati bila takde respon haahaha parah... parah.... nampak sangat kau tak keruan Izah... Org Sarawak kata 'perer'.... -_-


Tadi di office, berkali-kali je pesawat peribadi dan jet berlepas... Itu mesti banyak customer sewa nak pergi perjalanan jauh. Pastu petang dalam jam 2, aku tengok ramai je org dok tunggu kat bawah.. Ni mesti org besar nak naik jet tu... Sah, org besar office aku nak balik negerinya. Kebetulan sama pulak negeri dgn aku.. Oh, melonjak-lonjak je hatiku .... 'Boleh ka bawa ku bersama??'... Tapi apa kan daya aku hanya pekerja biasa... kuli batak sahaja, tidak layak utk bersama org besar2 ni....

Dah la Jumaat ni company aku shut down, so semua pekerja dibagi cuti awal... Syok cuti awal... TAPI aku la yang tak syok.... sebab petang raya baru balik kampung... Hmmm, sedih mengenangkan nasib sendiri.... Hahaha itu la ko Izah, nak sangat kerja tempat jauh... sendiri cari penyakit... Aduh, hati perempuan ini kadang2 sgt sensitif kan???


Izah!!!! Semangat!!!!! Hehehe kasi semangat pada diri sendiri... Sudah hampir 2 bulan aku hidup keseorangan ni... Terasa amat sunyi... tapi kena belajar juga kan?? Bak kata mummy aku..' Hidup di kubur nanti juga sendiri... ' Ia, belajar merasai kesunyian itu supaya mengingati diri pada takutnya MATI dalam kekufuran dan kegelapan.....

DULU aku selalu pasang angan-angan.... 'Best nya kalau satu hari nanti aku boleh kerja di syarikat yang ada kaitan dengan flight... boleh tengok flight hari-hari...'............................. sekarang dah dpt tgok flight 'take off''.. 'touch down'... , lalu airport hari-hari..... cuci-cuci mata hehe

SEKARANG >>> 'Bestnya kalau dapat sorang Pilot ni kihkihkih... leh la bawa aku naik flight hari-hari... Tidak payah gusar memikirkan nak beli tiket flight balik kampung.....' ^_^ Oh.....Izah yang buang tabiat.... layan jak kawan-kawan *_*

Officemate aku tanya aku 'Izah mmg suka flight ke??'...

Harus.... Aku ni dari kecil suka flight... Nama je perempuan tapi minatnya sangat luar biasa... Kalau orang perempuan lain suka bunga ka... anak patung ka.... TAPI aku... suka flight hehehe ^_^ Aku masih ingat lagi masa aku kecil dulu, ayah aku belikan boneka flight... original lagi tu MAS punya flight model Boeing 747, zaman tu Airbus belum ada lagi... Suka giler aku... Hari-hari main sampai bahagian sayapnya patah... Sebab tu kot sekarang, aku sangat suka duduk dekat sayap ^_^

Kenapa erk aku suka flight??? Sebab aku suka hahaha aku suka fly... Boleh tengok alam yang indah ciptaan ALLAH... Subhanallah....