daebak ^_^

Wednesday, April 14, 2021

Abang Citylink yang baik hati

Assalammualaikum... Anneyong... πŸ‘§


Sudah masuk hari kedua kita berpuasa, so far so good! Bila baca tajuk entry mesti korang dah dapat agak Izah nak cerita pasal siapa πŸ˜€ 


Semalam masa di office, Izah baru je selesai ambil wuduk nak solat Zohor.  Lihat ada dua misscall, tak lama lepas tu HP Izah berbunyi lagi.. bila check nama yang appear Si Faris Abang Citylink no1πŸ‘¨


Izah: Hello, Assalammualaikum...

Abg Citylink: Hello, Waalaikumussalam... Kamak dah engkah parcel rah tempat biasa (Saya dah letak parcel di tempat biasa)

Izah: Kotak besar ka? Berapa igek tek?  (Kotak besar ke? Berapa banyak?)

Abg Citylink: Sik banyak ada 2 igek jak yang kecik jak. (Tak banyak ada dua bungkus kecil je)

Izah: Ada ambik gambar ka?

Abg Citylink: Sik ada kamek ambik gambar tek. Kinek kamek dah ke tempat lain. (Tak sempat ambil gambar, ni dah gerak ke tempat lain)

Izah: Ok, sik pa makseh πŸ‘‰πŸ‘ˆ (Ok, tak pe.. Teima Kasih)


Bila balik kerja semlam memang Si Abg Faris tu letak kat tempat macam biasa. Dua bungkusan itu pun dikepil sekali. Terima Kasih Abg Citylink No.1 kerana sudah memudahkan kerja Izah. Rasa sangat bersyukur bila dikelilingi dengan orang yang baik macam ni hehehe memudahkan!!!


Tak sabar nak unboxing.. Izah lupa sebenarnya parcel yang ini apakah kandungan isinya hahahah sebab hanya ingat yang box besar je. Bila lihat nama baru Izah teringat. Parcel ini adalah barang free yang Izah redeem guna rewards point. 

Best kan boleh dapat redeem essential oil free. Kalau nak beli untuk harga 3 botol tu boleh tahan juga harganya hehehehe sebeb tu lah Izah suka Young Living. The more you loyal to the brand the more they give you a present..... Thanks Young LivingπŸ’– Yay, bertambah lagi koleksi Essential Oil IzahπŸ’ž

No comments:

Post a Comment