daebak ^_^

Saturday, November 2, 2013

Ole2 wajib kalau pergi KL

Assalammualaikum.. Anneyong.. Ahlan Wasahlan...

Lama aku menyepi.. Bukan kerana kes bawa diri atau merajuk hehehe al-maklum kekangan masa dek kerja yang melambak. Terasa 2 minggu lepas penyeksaan yang teramat. Berpindah di pejabat baru ingat dapat la berehat sekejap, tapi itu cuma mimpi semata-mata... mula-mula memang la rilex je kerja, lepas tu ambik... asyik kena push oleh boss.... Susah betul kerja jaga hutang negara ni hahahah nak buat macam mana dah itu kerja namanya. Nak tak nak kena buat juga!!

Lupakan dulu kerja buat sementara waktu... Lama sungguh tak berbelog... banyak n3 aku peram ni ahaaaa Hari tu adik aku semangat pergi Pahang semata-mata nak tengok secara live perlawanan bola separuh akhir antara Pahang dan Sarawak. Aku paw la ole2 kat dia... Sudah menjadi satu kewajipan buat orang-orang Sarawak kalau pergi ke KL mesti akan beli ole2 ini. Cuba teka??? hahaha

Benda wajib beli >>


Ini baru org kata stok makanan.... tak cukup lagi....


Rezeki untuk semua... share gak dgn rakan kat office... gila nak makan semua... kalau expired date sampai sebulan tak apa gak eheee.... dapat juga mengubat rindu orang kata... tak sampai lagi stok roti gardenia dan hi5 ni kat sarawak... sebab tu org2 swk pasti jadikan roti2 ni ole2 wajib hahaha

::: Frust gak bila sarawak kalah agregat je dengan Pahang. Apa-apa pun Sarawak tetap terbaik... kalah bermaruah... mungkin bukan rezeki untuk tahun ini... Cuba lagi tahun depan hope boleh mara hingga perlawanan akhir... Pasukan cap ayam tapi ibarat buaya yang mengganas... :::

Sunday, October 20, 2013

Pengisian Rohani ~ KEJAYAAN

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Rasanya sudah terlalu lama tiada pengisian rohani di kala waktu lenggang. Maksud aku waktu lenggang ni ialah masa antara selepas maghrib iaitu sebelum masuknya waktu isyak. Ataupun, masa lenggang seperti selepas isyak dan masa berhujung minggu. Teringat dulu zaman sekolah agama, masa lenggang memang dipenuhi dengan pengisian rohani yang bisa membuka mata dan hati untuk lebih mencari makna hidup.

Syukur, kerana ada juga insan yang kata-katanya bisa membuat aku berfikir semula merungkai kembali cebisan makna hidup yang kian pudar dek kelalaian diri sendiri. Terima Kasih 'kitak'. Walaupun bersahaja namun pengisian itu tetap ada. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan KEJAYAAN.


Zaman sekarang ni ramai orang mengukur kejayaan itu apabila kita mampu memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan wang ringgit yang banyak. Namun, kita lupa adakah itu nilai sebenar sebuah kejayaan yang dipandang dalam Islam? 

Bukanlah harta-benda dan wang ringgit itu tidak penting tetapi ianya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita boleh menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Kejayaan sebenar dalam Islam itu diukur apabila kita menghargai hidup di dunia ini dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.


Secara mudahnya bagaimana kita mempraktikkannya ialah apabila kita mempunyai harta yang berlebihan jangan lupa untuk menunaikan zakat dan bersedekah. Ketika sibuk bekerja pula masa untuk bersolat jangan diabaikan. Sekiranya kita dapat menyeimbangkan amalan di dunia dan persediaan untuk akhirat itu, insya ALLAH itulah erti sebuah Kejayaan yang sebenar dalam Islam.


Terangkan hati dengan kata-kata indah memuji Allah ^_^


:: Alhamdulillah, walaupun ringkas harap dapat membuka mata dan hati bagi sesiapa yg membaca. Setakat itu yang mampu aku ulas secara ringkas. Terima Kasih buat kitak kerana memberi idea kepada kamek untuk mengupas topik ini. Kamek rasa isi kitak lagi mantap hehehe Syukran Jazilan, moga kita sama-sama sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin Ya Rabb ~ ::

Bekerja di hari Ahad~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Selamat berhujung minggu semua. Kepada yang bekerja tu, semangatkan diri anda ya hahaha tujukan juga kata-kata itu buat diri sendiri. Dek kerana pindah pejabat hari tu, 2 hari tak dapat bekerja dengan sempurna kononnya hari ini kena kerja... ganti masa suka-suki hari tu.

Jadi, pagi tadi gerak lewat sikit sebab dah membayangkan hujung minggu jalan tak jammed. Walaupun gerak agak lambat dari rumah, sampai di office awal macam biasa gak. Al-maklum jalan clear je, syok lau hari-hari jalan lengang macam hari ini.

Sampai office duduk termanggu jap. Buka PC, on sistem... lembab semacam jak.... Kawan-kawan lain tak sampai lagi sebab dia org dah plan nak datang jam 10 pagi huhuhu Bila dah start masa kerja, cuba running file... Hmm, line macam bengap je... Oh no, tak kan la macam semalam juga ni..... Dah la HQ kita org di KL cuti hari ini, lau da masalah takde siapa untuk refer.

Boss suruh duduk kejap, tunggu sistem ok dulu. Eh, dah masak sgt dgn perangai boss tu. Mana nak suruh balik terus kalau sistem problem. Apa lagi, poret time la utk kita org hahaha boss pun asyik keluar masuk division kita org. Last-last dia suruh kita org pergi makan dulu. Nak makan apanya boss baru jam10 lebih...

Pastu dalam jam11lebih baru budak admin buat pengumuman... Perhatian buat semua staff, semua boleh balik tapi..... hmmm, bersyarat lagi.... stayback memanjang la minggu depan.... Kerja hari ini betul-betul buang masa aku dan minyak kereta aku!

~ Ingatkan bila dah pindah kat office baru takde masalah sistem lagi. Aduh, kerja melambak lagi! Entah bila dapat clear semua file. Berharap esok sistem jangan buat hal lagi sebab risau tengok file dan memikirkan collection utk bulan ni... sure lau tak up kaw2 kena berus hujung bulan ni -_-

Thursday, October 17, 2013

Hari kedua di pejabat baru~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hari ini dah siap prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kerja yang melambak. Kononnya la hahaha sebab semalam dah kerja ala-ala curi tulang... Semangat ^_^ turun kerja awal giler, lagi pun hari ini di pejabat baru tambah lagi jalan kat Bt3 tu dekat bulatan memang selalu jammed teruk... Bawa kereta dari Serian jalan sangat clear.... Bila dah nak masuk area Bt10 mula jalan jammed... Emo sikit, pelik sebab selalunya hari Isnin je kawasan tu jammed.

Sabar... sabar... hahahaha seperti yang dijangka, bila dah sampai kat bulatan Bt3.... jalan dah mula jammed.


Nasib baik gerak awal tadi... sebelum jam8.30 dah sampai office... Masuk je bahagian depan office hati dah tak sabar membayangkan meja semua dah disusun... sekali kaki melangkah masuk ke bahagian recovery.... Ommo, hampeh!!! Meja tak ada lagi... macam mana nak buat kerja ni.... Tengok muka member lain semua dah buat muka seposen hahahaha nampaknya goyang kaki makan gaji buta lagi la kita orang hari ini....

Jam9 pagi boss muncul buat muka bad mood... Kita org senyap je lah... Mesti HQ kita org kat KL membebel kat boss... Al-maklum dua hari file tak running.... hahahaha ada aku kisah??? Ceh, ayat poyo... Sesi poret bermula.... sambil tu sempat suruh mamat cina IT ambil picture kita orang eheee



Hahaha lucu betul kerja kita orang hari ini... Memang goyang kaki betul.... dah puas bergambar pergi usha bilik meeting pulak... merasa dulu tempat 'maut' kita org... Sebab kalau total collection tak bagus boss mesti akan panggil pergi bilik meeting jumpa dia face to face.... huhuhu


Huh, ini je pemandangan yang ada.... tengok hospital Timberland dan ambulans... Rindunya dengan office lama.... walaupun tak secantik office sekarang at least aku boleh dengar bunyi flight hari-hari.... -_-

Bila dah takde kerja boring pulak... tadi masa lunch hour, boss geleng kepala tengok gelagat kita orang... hahaha nasib la boss dapat pekerja macam kita orang.... Lastly, jam2 tadi dia suruh kita orang balik awal... Yezzzaaaaaa, part tu yg paling aku suka.... heaven! hahahaha tapi ada syarat, hari ahad ni kena kerja macam biasa... masak benar dah dengan perangai boss... kedekut sangat nak bagi kita org bersuka-ria.... lau bagi pelepasan balik awal mesti kena berganti.... mana-mana lah boss, janji hari ini balik awal! hehehe

~ Hmmm, entah la esok macam ni.... harap-harap meja semua dah siap susun... komputer dah siap setting dan sistem pun dah ok.... kerja melambak menunggu.... asyik KIV dua hari dah ni.... hope everything gonna be smooth like before.... otherwise, we all will be suffer next week *-*

Wednesday, October 16, 2013

Berpindah ke pejabat baru -_-

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hari ni rasa macam hari Isnin hehehe al-maklum semalam cuti umum kan.... biasa kalau aku gerak dari Serian dalam jam 7am, jam 8am dah sampai ke pejabat.... tapi tadi jalan jammed pulak kat Bt 10.... oh, my bad.... tak suka bila jammed kat situ sebab kereta sangat kurang ajar, suka nak cilok jalan orang.

Last2 sebelum 8.30 gak aku sampai kat office... Hari ni hari bekerja yang paling sempoi aku rasa... Pergi kerja pakai baju t-shirt je sebab hari ini kita org berpindah ke pejabat yang baru...


Packing semua barang letak dalam beg plastik... Boss kata jam11 baru lori datang... What??? Dah la barang semua dah siap packing... nak buat kerja mmg tak boleh.... Kesimpulannya, kita orang menyembang je kerjanya..... sambil tu ambil gambar.... kononnya, kenangan sebelum pindah ke pejabat baru...


Dia orang kat office ni kalau menyembang mesti buka topik pasal rumah tangga... aish, aku ni pasang telinga je la... lucu pulak dengar cerita dia orang.... ambil ilmu awal, nanti senang... hahahaha tunggu punya tunggu, jam11 lori tak sampai2... start la kita orang membebel.... dah la kerja banyak yang tertangguh... pening kepala aku bila fikir file yang kena running hari ni -_-


Setelah menghabiskan masa setengah hari dengan bersembang kosong, baru kita orang pindah ke office baru.... Ommo, sampai kat office baru keadaan masih kucar-kacir... So, belum ada lagi gambar untuk tatapan kalian... Ingatkan dah sampai di office baru dah boleh mula buat kerja... hmmm, kita orang sambung kerja dengan menyembang lagi hahahaha betul2 la hari ini.... hari yg bekerja yang paling sempoi... Nampaknya esok akan jadi hari yang crack bagi kita org... kena stay back sampai malam la gamatnya... Dah la file melambak.... andheyooo!!!

:: Aku rasa aku lebih suka office lama sebab office lama aku dulu dekat dengan airport... kebetulan meja aku mengadap tingkap... jadi hari2 aku boleh tengok flight take off.... siap kira lagi berapa flight MAS dan AirAsia hehehehe office baru aku sekarang kat bt3, mengadap dengan hospital Timberland.... ommo, nampaknya bunyi flight dah tukar kepada bunyi ambulans..... huaaaaaaa -_- ::

~ tomorrow will be a tuft day for me... 300++ file in 1 day.... crazy + headache @_@

Tuesday, October 15, 2013

From Her ♥

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

H.A.D.I.A.H ~ Siapa kata hadiah ni hanya boleh diberi pada hari jadi ataupun ketika menyambut sesuatu perayaan..... Hadiah ni tanda kita ingat dan menghargai seseorang tu tak kira masa..... Ia terpulang pada niat seseorang tu....

Walaupun hari jadi aku dah lama berlalu... aku dapat juga something from her..... datang dari jauh siap bawa hadiah lagi untuk aku.... love it so much......


Wewewe plastic bag pun dah pink siap Hello Kitty lagi.... dalam hati dah bunga-bunga, mesti benda dalam tu pun Hello Kitty hikhikhik ^_^


Yezzaaaa tekaanku betul belaka..... It's Hello Kitty!!!! hehehehe syukran mummy..... suka sangat.... dah la dari KL ke Sabah pastu siap bawa amplang 1kg ditambah lagi dengan hadiah ni..... terharu yang amat...... Bertambah lagi koleksi Hello Kitty izah eheeeee ^_^

Sayang nak guna jadi simpan bersama koleksi yang lain.... Niat nanti kalau dah ada rumah sendiri nak buat satu bilik khas untuk letak semua hadiah dan koleksi Hello Kitty yang aku ada.... Thanks pada sahabat.... Tak susah kan nak bagi hadiah untuk aku... hehehehe ^_*

Transform...

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hehehe sejak dah bergiat semula ni.... feel lama dah menular kembali... pasti akan cuba nak cari topik atau cerita yg nak dikongsi di ruang teratak usang aku ni... cecece finally terfikir nak tukar tittle blog... 

Dulu >>


Tittle blog nampak sangat korea ko.... hahahaha siap Anneyong Haseyo lagi.... masa tu addicted sgt dengan korea sampai tittle blog terus guna ayat tu..... Semenjak umur dah meningkat ni terasa macam ala-ala nak transform pulak chehhhh ^_^

Kini >>

Aku transform ke alam ala-ala lebih matang sikit kononnya.... Tukar terus ke 'Bicara NurZah'.... Mula2 nak letak Bicara Hati tapi bila fikir balik macam poyo.... eh, sama je dengan tajuk novel.... drama.... bla.... bla... orang nak yg lain sikit baru ada kelainan kan.... tup... tap... idea datang.... ambil nama sendiri tapi gabungkan supaya nampak simple dan bermakna eheee.... Maka terhasilnya 'Bicara NurZah'....

~ Melayan cerita Love You, Mr. Arrogant tadi.... Bunga-bunga cinta sudah berkembang mekar.... yuhuuu tak sabar nak tunggu dia org jatuh cinta! 

Kembali Semula ^_^

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Berbulan-bulan blog kesayangan ni ditinggalkan... Update new n3 mmg takde, nak blogwalking apatah lagi langsung takde masa... Semalam baru mula nak berjinak kembali... nak aktif menulis, nak ambil gambar bebagai demi nak update blog... waaa, miss that moment.... check nuffnang status..... wow, gerak gak walaupun blog tak update berbulan2 hehehe thanks u all yg sudi singgah di teratak usang aku ni ^_^

Kehidupan sekarang a little bit change.... Macam rasa dalam mimpi ada gak.... Org kata kalau dah takdir ALLAH tu nak berlaku sekelip mata pun boleh kan.... Dalam tempoh setahun ni macam2 yg berlaku.... terasa macam pantas sangat masa ni dan sesuatu tu berlaku tanpa diduga... Ya, itulah realiti sebenar kehidupan kita ni... No matter what, life must go on!!!!


Hari ni 15/10/13... Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam di dunia ni. Moga kita sentiasa dalam kesejahteraanNYA. Hari ni aku sambut ala kadar je... Biasa kalau di Sarawak ni lebih kepada family gathering... Teringat setahun yang lepas, masa berhijrah kat KL... Sempat la merasa sambut Aidiladha di Kedah... ikut member balik kampungnya.... meriah gak macam sambut Hari Raya Aidilfiri... lepas solat raya, makan dengan family member pastu berziarah rumah jiran2.... mmg meriah... thanks for that memory Syu.... 

Perghh, tengok ayat macam panjang lebar je... Maklumlah org ni lama dah tak menulis... hehehe hmm, nak aktif kembali mencoret kata-kata indah.... berkongsi cerita.... bicara pada semua tentang kehidupan... sesuatu yang tersirat.... memuji kekuasaanNYA.... menyebarkan kebaikan... insyaALLAH....


Kenangan itu sesuatu yang terindah... walaupun adakalanya perit untuk ditelan namun itu sudah ketentuanNYA... yakini segala yg terjadi sudah tersurat buat kita dan pasti ada hikmahnya... bersangka baiklah pada setiap kejadianNYA.... Sesungguhnya itu yg terbaik buat kita.... ^_^

Itu baru permulaan.... hehehehe amacam, baru nak test skill sendiri... takut ayat merapu je terlebih.... aku kembali.... hehehe moga dapat memberi semangat.... inspirasi buat semua.... Share the happiness... may ALLAH bless ~

Nice to hear.... beautiful!!!



Sunday, July 14, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan♥

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Lama menyepikan diri dari dunia blog... Ngee dah lama tak blogwalking dan tinggal jejak kat blog favourite... My life now??? Terasa byk perubahan huhuhu still terasa kehilangan...oh, tabahkan hati ini.. ALLAH always beside me -♥

Setelah setahun merantau, akhirnya aku balik semula ke kpg halaman... Alhamdulillah merasa juga menyambut ramadhan di kampung halaman.. Teringat kembali ramadhan yg lepas... semuanya keseorangan...

Oh, ya rasanya tak terlambat lau aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat kalian semua... Moga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan buat kita semua..

::: Berharap yg terbaik.. Sesungguhnya ini yang sudah ditetapkan olehNYA =) :::

♥♥♥

Wednesday, June 5, 2013

Dalam kenangan - Allahyarham Ismail Bin Hj. Bero (1.7.1958 - 24.5.2013)

Assalammualaikum... Anneyong.... Ahlan Wasahlan....

Walaupun seminggu lebih telah berlalu namun kenangan tersebut sentiasa terpahat di sanubari... Bila mengimbas kembali di saat mendapat tahu yang ayah kesayangan telah pergi buat selamanya terasa seperti berada dalam mimpi... Apabila mendengar suara adik meraung ditambah dengan suara cousin yang mengiyakan baru aku tersedar... eya, itu adalah satu kebenaran!!!! Takdir yang telah diatur oleh ALLAH~

Pagi Jumaat, tepat jam 12.15am... ayah kesayangan pergi bertemu dengan yang MAHA ESA.... Walaupun sedikit terkilan, tapi rasa syukur sangat kerana tetap diberi peluang oleh ALLAH untuk melihat wajah ayah kesayangan buat kali yg terakhir... Terima Kasih kepada semua kerana sanggup menunggu kepulanganku..... 

Mencantum semula cebisan kenangan arwah... Biar ia menjadi kenangan abadi untuk semua~

Kenangan arwah ketika zaman bujang...
Macho dan bergaya ... Arwah mmg suka bergaya...
Ketika arwah di Maktab Perguruan... Arwah memang gemar menyanyi... 
Seorang pendidik yang berjiwa waja.... Kerjaya sebagai guru mmg jiwa arwah...
Cukur jambul adik ariff... Arwah tengah dukung aku sambil tgok mak bawa adik....
'suka tengok senyuman arwah saat ini..'
masa kecil, aku mmg sgt rapat dengan arwah... anak kesayangan~
Ketika menyambut hari jadi aku.....
Jalan2 di pantai santubong....
kenangan ketika menyambut Aidilfitri...
Terasa pilu di hati.... Pemergian arwah secara mengejut dan tanpa pesanan mmg meninggalkan kesan yg mendalam... Namun, takdir ALLAH tiada yang dapat menduga... Itu ketentuan yang sudah tertulis.... Setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua... Kunfayakun.... 

Redha atas pemergiannya.... Doa dari kami adik-beradik dan emak akan sentiasa ada buat arwah... Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan golongan yang soleh... Amin.....

AL-FATIHAH

Semoga aku dan adik-adik dapat mengharungi kehidupan yang mendatang dengan kekuatan bersama dengan emak... Pasti ada hikmahnya disebalik setiap kejadian~


Sunday, May 12, 2013

Geng bas sekolah~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Banyaknya n3 yg diperap hahaha rasanya n3 yg di KK hari tu dah hampir basi hahaha Minggu lepas busy sikit sebab banyak temujanji. Alhamdulillah, temujanji dengan chingu Enot Musfa berjalan dengan lancar. Finally, setelah 4 bulan tak jumpa, dengan izin ALLAH kami bertemu lagi!!! Temujanji itu akan di update di n3 yg lain, ngeee kena tunggu Enot upload picture dulu hehehe Anywer, thanks so much chingu... Dapat Hello Kitty ^_^ I like it!!! ~ Miss u already chingu~

Temujanji kedua pula dengan geng bas sekolah. Eh, saja je nak letak geng bas sekolah padahal geng Sarawak. Rakan sekerja aku, anak perantau sarawak... Abg Ngah ajak makan tengahari kat rumah dia. Fuhh mmg mengancam... Air tangan abg ngah... menu kampung... masakan Sarawak... Terung Asam rebus, ikan masin terubuk goreng dengan cencaluk Sarawak... Sungguh menyelerakan.... Pastu abg ngah suh aku buat cucur ikan bilis sbg menu tambahan, mmg betul2 mecekik darah la.... Lepas makan, rehat jap, sembang2 kisah macam mna leh merantau kerja di Semenanjung.... Sesi luahan hati antara aku, Jerry dan abg ngah hehehe Pastu giliran aku pulak siapkan bahan utk menu utama kami..Mmg makan je kerja kami hari tu~

Niat asal nak masak Laksa Sarawak... Tapi yg syahdunya..... Paste Laksa Sarawak yg abg ngah ada dah expired!!!! Hahahaha abg ngah... mcm mna leh tak perasan!!! Meraung kami kat dapur masa tu huhuhu mengenang nasib paste Laksa Sarawak yg dah expired hahaha Oleh kerana itu, menu asal terpaksa ditukar kepada Beehoon Kari.... Bagi menyedapkan lagi, kari ayam dicampur dengan ubi keledek.... Tarrra, finally jadi juga!!!
Laksa Sarawak kena tukar jadi Beehoon Kari~


Ajak kawan2 yang lain makan juga... Dah rasa macam ramah tamah adidlfitri di perantauan la pulak huhuhu Meriah!!!


Selesai makan, abg ngah dan Jerry ikut aku balik rumah sewa aku... Bersedia utk berkhidmat, tolong aku pindah rumah... hehehe Ringan sikit beban aku bila ada jejaka yg sedia membantu.... 

Bersedia untuk berkhidmat hahaha
Selesai pindahkan barang ke rumah sewa baru, kami teruskan perjalanan ke Sunway Pyramid... Movie time!! Abg Ngah yg beria sangat nak tengok cerita '99 Kali Rindu'.. JIWANG!!! hahahaha Oleh kerana tiket wayang jam 11.45 malam... sebelum tu sempat lagi posing!!!

Abang Ngah Helmi
Jerry ^_^  'Busy ke???' tagline wajib!!
3 of Us~ Anak Perantau...
We again ^_^
TOGETHER~
Ehem.... ^_^
Wayang Time!!!!
Movie '99 Kali Rindu' memang terbaik... Banyak kata-katanya yg aku suka!!! Inspired me!!!! Habis tonton wayang, hantar abg ngah n jerry kat rumah dia orang....aku n roomate aku pun balik rumah... zzzz time setelah berpenat seharian ^_^

::: Teringat zaman study dulu.... Terutamanya kat Abg Long Stanz aku.... "Abg Long, igt x dulu aku slalu kata, cuba la birthday ko 13/9 kan best hehehe leh sama dengan aku"... Ceh... hahaha Birthday abg long aku 19/3... dulu geng aku masa study degree cuma geng 13st hehe aku 13/6, ayau.. 13/8 dan ruth 13/10.... Itu yg aku asyik kata, abg long cuba la tarikh lahir ko jadi 13/9 kan seronok.... Finally, aku jumpa Abg Ngah... yeeehaaa terkejut sebenarnya bila dpt tahu birthday dia 13/9.... Saya dah da abg baru hahahaha BUT abg long still the top..... Syukur, kerana dianugerahkan sahabat sehati dan sejiwa ^_^ :::

 ~ Thank Abg Ngah, Jerry & my roomate Nomi ^_^~

Friday, April 26, 2013

Cinta Saiz XXL~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Salam semua... Lama pulak aku menyepi.. ahaks... Ada je o9 tapi kegigihan nak update blog terus jadi 0 hehe Oh ya, hari tu ada yg bertanyakan resepi kimchi dgn aku.... 'Thank pada yg sudi komen, saya dah reply komen awak... check kat n3 yg berkenaan ok hihi Selamat Mencuba.... chenca masidta ^_^'

Iklan jap tadi, jom sambung balik pada niat asal ehee.... Menulis ini memerlukan sepenuh jiwa. Kalau jiwa jadi separuh, mood entah ke mana, otak macam beku, idea lagi la tak ada. Dah la n3 utk perjalananku ke Sabah ari tu tak hbs update lg... Lama dah kena perap huhuhu -_-

Hari ini sambung keja semula setelah 3 hari training... Pergi training ni mmg nikmat kan? Hilang sikit tekanan kerja... Mana tak nya, dah la dapat makan free, balik awal lagi tu... 3 hari training, 3 hari juga la diet aku hancur hahaha makan free org kata.... tak fikir dah hahaha

Orang pergi training dapat ilmu, aku pulak menyempatkan diri g shopping hehehe sempat rembat wedges warna pink, baju purple dan satu novel jiwang hahaha ambik ko girlish la sangat... hehe sejak kebelakangan ni byk beli baju purple pulak.... ngeeee ^_^

Rasa macam lama tak review pasal novel... So, hari ni nak review pasal novel yang baru aku beli....'CINTA SAIZ XXL'.... Di Popular tengah diskaun sekarang.... bagi member 25%, yg bukan member pun still dapat diskaun 10%... Terima Kasih buat adik yg bagi diskaun kat akak hahaha walaupun bukan member, dpt juga diskaun 25%... Alhamdulillah, rezeki!!!


Bukan saiz yang menjadi ukuran cintaku kepadamu~ Baca tajuk novel je dah boleh agak kan, novel ni berkisarkan kisah cinta dua insan yg berbeza... Watak hero ala comel macam nampyeon aku Kim Bum hehe mata sweet sedikit sepet..... Yang penting mata redup, bercahaya haha Watak heroin pulak.... berisi, chubby dan mempunya self-esteem yg sgt rendah.....


Bila baca novel ni buat aku senyum sorang2 jak hahaha Of course membayangkan diri sendiri... Bukan mudah ya untuk menjadi seorang yg m'punyai saiz berbadan XXL ni.... Aku dari kecil dah merasa.... tapi org kata 'Ala bisa tegal sahaja'.... Bila dah terbiasa, apa org kata pun dah tak kisah.... Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.... 

Apa pun, novel ini sangat best!!! Banyak input yang kita leh dapat. Gaya penulisan cukup sempoi dan bersahaja... Aku suka tau watak hero dalam novel ni hahaha Dia orang kiranya cinta selepas kahwin... Lelaki tu dah usha perempuan lama juga kiranya..... Walaupun tak kenal secara face to face, lelaki tu sangat yakin yang perempuan tu diciptakan untuknya.... So sweet.... Cinta kerana ALLAH mmg sgt indah~

Aku tak nak hurai pjg lebar... hehe apa tunggu lagi, pergi Popular dapatkan untuk diri sendiri hehehe Selamat membaca!!!

::: Setiap manusia diciptakan dengan keunikan yang tersendiri... Tiada yang kurangnya kita di mata ALLAH... Bersyukur dengan apa yang ada.... Jika terasa diri ada kekurangan, percayalah pasti ada seseorang yang diciptakan untuk kita bagi melengkapkan setiap kekurangan itu... Berbaik sangkalah.. Kun Fayakun ^_^ :::


Gara-gara novel ni, aku asyik senyum sorang2 je.... Oh, xla ada org perasan hahaha boleh tak nak buat ucapan buat bakal imam aku?? Siapakah bakal imamku?? Waalahualam... Itu semua rahsia ALLAH.... Cuma berharap akan menjumpai seseorang yg menerima aku seadanya.... Eya, terima semuanya tentang aku, Nurul Izah Binti Ismail Bin Hj. Bero.... aku yang satu tiada yang lain hehehe ^_^

Tuesday, April 9, 2013

Perjalanan MengenaliNYA P.3 ^_^

Sambungan dari ini perjalanan-mengenalinya-p2.

Rabu (27 March 2013)

Good Morning, Sunshine.... ^_^ Tersedar bila terasa kaki dicuit oleh seseorang... Oh, rupanya dik ching! hahaha Ya ampun, lewat dah.... Inilah gara-gara tidur lambat semalam huhuhu cepat2 pergi gosok gigi dan cuci muka. Sempat gelak2 lagi aku dgn dik ching d bilik mandi hahaha Yang penting, sejuknya!!!

Dik ching kata tangan aku sangat sejuk hahaha Selesai solat, ndak menyambung tidur... Sembang2 kami... Tiba2 da org dr bilik sebelah menyampuk hahaha Ngegek ni kacau daun betul la... hahaha Bila terasa bahang matahari, dik ching ajak p luar rumah.... Wah... chenca eppuna... Pagi di Semporna sangat indah!! Sedang aku khusyuk tengok matahari yg bersinar, dik ching ajak tengok album keluarga....

Psttt, terkejut tengok gambar ngegek masa kecil hahaha lainnya... Macam sunshine!! Dari situ timbul idea utk bagi nama baru utk ngegek... Sunshine!!! Hahaha tengok ayah ngegek macam busy jak pagi hari... Terasa macam nak tolong tapi segan hihi

Pastu siap2 mandi sebab nak g jalan2 di pekan Semporna.... Usai sarapan kami gerak.... Dari rumah ngegek ke Pekan Semporna tak jauh sangat.... Ngegek siap bawa aku lalu Kampung Simunul... Kampung yang kecoh dengan kes pengganas sulu....

Destinasi pertama kami ialah Semporna Ocean Tourism Centre.... Terletak di tengah-tengah pekan Semporna... Bayaran yang dikenakan cuma RM2 per person....

pemandangan yang cukup indah
bersama adik ching dan adik bojeng
peaceful.... amazed.... tengok laut mmg boleh menenangkan hati dan fikiran.... Subhanallah!!
Thanks so much ngegek, dik ching dan dik bojeng

Cuci mata sambil tenangkan fikiran ^_^

Puas cuci mata tengok gambar2 tadi?? Hehehe nanti jemputlah datang Semporna... Tengok real lagi siuk!!! Angin sepoi2 bahasa.... rasa bahagia jak hahaha Lepas tu ngegek bawa kami pusing2 pekan... Tengok la kedai, perpustakaan, sekolah dll... Pastu singgah Kampung Bugaya.... Nak jenguk jap kawan aku masa degree dulu sebelum aku fly ke KK malamnya.... hahaha sesat juga kami mencari rumah kawan aku tu... Nasib baik ngegek penyabar orangnya.. ngeeee so sorry ngegek *_* Setelah 2 kali tersalah, jumpa juga kami rumah Iqa.... 
Iqa dan anak pertamanya Kimiey....
Usai itu, kami gerak ke destinasi yang seterusnya.... Bayaran yang dikenakan RM2 per person juga... Cuma lainnya di sini, kita boleh tukar tiket tersebut dengan minuman... Sambil2 tengok pemandangan boleh minum basahkan tekak yang dahaga hehe 

Korang perasan tak tempat ni?? Pernah tengok cerita 'Duyung' keluaran KRU?? Di sinilah tempat pengambaran cerita tu.... Ngegek siap tunjuk mana rumah c apek, rumah aspalela dalam cerita Duyung tu hahaha Kalau dah tengok laut... aku tak peduli sangat dengan benda lain.... Yang penting menghayati saat yang ada itu hehehe Dia org kata angin laut ni panas, bawa hitam.... Hahaha ndak kisah la hitam ka apa, janji aku suka laut!!!

Bila dekat nak masuk Zohor baru kami gerak balik rumah... Sampai di rumah rehat jap, keringkan peluh... Pastu, aku kemas2 barang dan solat jamak terus... Usai solat, dik ching ajak makan.... Lepas makan, rehat jap, sembang dengan mak ngegek... Sempat layan Korea jap... Kpop Star hehehe Rasanya dalam jam3 petang macam tu aku dan ngegek gerak ke Tawau.... 

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan... Hati mula diusik hiba..... Walaupun baru 1 hari di rumah ngegek, aku tak rasa kekok...Family ngegek sangat2 peramah... Bila salam dengan nenek ngegek, aku teringat pulak dengan 'mbah' (bhs jawa utk nenek) aku... Pilu pulak hati... Moga 'mbah' sentiasa dicucuri rohnya.... Amin... Salam2 dengan adik along, adik bojeng, adik ching dan emak... pastu ucap terima kasih kat ayah dan dik Nobit.... Say bye2 to Semporna... Terima Kasih untuk segalanya~

Sampai di bandar Tawau, aku dan ngegek lepak jap di highway sambil tengok laut lagi....


Menghabiskan saki-baki masa dengan bersembang... banyak juga cerita... hahaha macam tak pernah habis pulak cerita kita ni kan ngegek.... Bila dah petang sikit baru kawan kami c Mail sampai d bandar... Ingatkan mau tunggu kawan kami c Jill balik kerja sekali tapi macam lambat pulak nak sampai airport. So, lepas solat Mahgrib... aku, ngegek dan Mail terus gerak ke Airport Tawau.... Flight aku ke KK dalam jam9 malam... Terdapat sedikit kekeliruan di sini bila dik Paie kata flight aku diawalkan.... Hahaha sebenarnya flight yg diawalkan itu adalah dari TWU-KL... Tapi aku kan 'burn' tiket tu.... Aishhh, dik paie pening aku lagi la pening... So sorry ngegek n Mail... Kacian kamu.... Kalau ndak sempat juga kita makan d bandar Tawau... 

Boarding Time!!! I hate this feeling.... Sedih jak... na.... Terima Kasih banyak2 ngegek dan Mail... Kamu urang sanggup tunggu sampai saya mau fly.... Walaupun 2 hari 1 malam jak di Tawau dan Semporna, aku dah puas hati...... Ada rezeki aku datang lagi!! Next mission.... Jejak kaki di Pulau!!!

~ Bye2 Semporna... Bye2 Tawau.... Hi Kota Kinabalu.... Sambungan di next n3 ^_^

Sunshines ^_^