Tetiba terasa nak update blog... buka blog automatik check nuffnang skali hehehe walaupun dh bertahun blog ni terbiar org kata da juga la hasilnya....
Post pertama untuk tahun 2014 huhuhu selama ni ada je buka blog tp xda idea nak tulis apa.... dh taip siap masuk dlm list pastu delete balik hehehe tadi singgah kat blog favourite... gelak suka hati.... baca pa yg dia tulis mmg boleh kasi hilang stress.... tapi sedih sbb blog dia yg 1 lg dh di buang kali...
Sekarang ni mcm2 berlaku.... plg meninggalkan kesan pada diri aku ialah kes MH370.... terkesan sgt2... kalau boleh nak duduk dpn tv je sbb nak tahu berita terkini.... siapa la kita utk menidakkan ketentuan Allah.... kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa..... moga segalanya akan terjawab juga suatu hari nanti...
Life now?? Alhamdulillah, berjalan dgn lancar... sesekali dilanda badai itu perkara biasa.... percaya pada pencipta kita... redha!
Rasanya sudah terlalu lama tiada pengisian rohani di kala waktu lenggang. Maksud aku waktu lenggang ni ialah masa antara selepas maghrib iaitu sebelum masuknya waktu isyak. Ataupun, masa lenggang seperti selepas isyak dan masa berhujung minggu. Teringat dulu zaman sekolah agama, masa lenggang memang dipenuhi dengan pengisian rohani yang bisa membuka mata dan hati untuk lebih mencari makna hidup.
Syukur, kerana ada juga insan yang kata-katanya bisa membuat aku berfikir semula merungkai kembali cebisan makna hidup yang kian pudar dek kelalaian diri sendiri. Terima Kasih 'kitak'. Walaupun bersahaja namun pengisian itu tetap ada. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan KEJAYAAN.
Zaman sekarang ni ramai orang mengukur kejayaan itu apabila kita mampu memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan wang ringgit yang banyak. Namun, kita lupa adakah itu nilai sebenar sebuah kejayaan yang dipandang dalam Islam?
Bukanlah harta-benda dan wang ringgit itu tidak penting tetapi ianya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita boleh menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Kejayaan sebenar dalam Islam itu diukur apabila kita menghargai hidup di dunia ini dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.
Secara mudahnya bagaimana kita mempraktikkannya ialah apabila kita mempunyai harta yang berlebihan jangan lupa untuk menunaikan zakat dan bersedekah. Ketika sibuk bekerja pula masa untuk bersolat jangan diabaikan. Sekiranya kita dapat menyeimbangkan amalan di dunia dan persediaan untuk akhirat itu, insya ALLAH itulah erti sebuah Kejayaan yang sebenar dalam Islam.
Terangkan hati dengan kata-kata indah memuji Allah ^_^
:: Alhamdulillah, walaupun ringkas harap dapat membuka mata dan hati bagi sesiapa yg membaca. Setakat itu yang mampu aku ulas secara ringkas. Terima Kasih buat kitak kerana memberi idea kepada kamek untuk mengupas topik ini. Kamek rasa isi kitak lagi mantap hehehe Syukran Jazilan, moga kita sama-sama sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin Ya Rabb ~ ::
Tadi bersembang secara maya dengan sahabat baik di laman sosial.... berkongsi kisah dia dan mereka, buat aku berfikir panjang. Lantas idea untuk menulis datang mencurah-curah.Sebelum itu, sempat aku baca beberapa pendapat/artikel yg lain untuk mengukuhkan pendapat dan penulisan aku ini. Khuatir kalau menulis tanpa pengisian/ilmu ini ibarat menyampaikan ajaran sesat pula.
Pernahkah kalian merasa gusar, bimbang, tidak yakin dan rasa serba salah untuk membuat sebarang keputusan? Tidak kira lah dalam apa-apa perkara. Pendek kata, semua kita akan pernah melalui situasi begini. Itu memang realiti sebuah kehidupan. Kita tidak akan dapat membayangkan dan menjangka apa yg bakal terjadi. Kerana takdir hidup kita adalah rahsia ALLAH dan ia sesuatu yg tersirat yang sudah ditetapkan buat kita.
Bagaimana hendak memperolehi ketetapan hati??
1. Istiharah
Sesungguhnya DIA yg lebih mengetahui sebaik-baik jawapan. Boleh rujuk link INI untuk penerangan yg lebih lanjut.
2. Sentiasa berdoa
3. Bersangka baiklah kepada ALLAH ^_^
Sesuatu yang berlaku itu adalah yg terbaik untuk kita. Walaupun hakikatnya apa yg berlaku itu tidak disenangi oleh hati kita.
Kdg2 apa yg kita rasa terbaik utk kita, tidak semestinya adalah yg terbaik buat kita DAN apa yg kita rasa tidak terbaik buat kita, tidak semestinya tidak terbaik buat kita...
~ Kun Fayakun~
::: Buatmu Sahabat~ Moga diberi pilihan yang terbaik.... Pasti DIA yg terbaik untuk mu.... Moga dipermudahkan semuanya.... :::