daebak ^_^

Monday, April 19, 2021

Dear Diaries ~ aktiviti di hujung minggu 17-18 April 2021

 Asslammualaikum... Anneyong...


Hujung minggu yang lepas kononnya nak update blog hehehe sungguhlah tak cukup masa 😅 usaha untuk memastikan blog di'update' setiap hari belum dapat direalisasikan... Weekend tak ke mana pun hanya menghabiskan masa di rumah. Sabtu lepas kemas rumah Izah di Samarahan. Lepas Asar baru gerak ke Serian... balik rumah mak... Sampai Serian rehat sekejap lepas tu mandi... Hmmmm, hanya kaum Hawa yang faham perasaan bila mana dah dekat waktu berbuka, kau baru tahu kau dah batal puasa... Perempuan memang dibagi cuti khas oleh Allah😉


Malamnya pula lepas Mak selesai terawih... kita orang gotong-royong sediakan bahan untuk buat sambal tempe dan sambal mee... Izah memang open order khas sambal Homemade Izah's Kichen sempena Ramadhan. Buat extra untuk sedekah juga. Bila kerjasama buat sambal jam 12.30am dah settle semua. Gele-gele atas katil entah jam berapa baru terlelap.


Ahad pula lepas Zohor baru Izah gerak untuk cod sambal. Settle semua kerja sebelum masa orang berbuka. Rest dan mandi... Selalu pasang niat nak buka laptop tengah malam kononnya nak update blog hahahaha tapi... niat itu lebur setelah dah rasa sedap baring atas tilam hahahaha 


Faktor usia juga rasanya kan... Bila umur dah meningkat ini memang kalau dah rehat tu berat sungguh nak buat kerja lain.... Ok lah ni pun tengah rehat... Monday blues kat office ni hahahaha

No comments:

Post a Comment