Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...
Salam semua... Lama pulak aku menyepi.. ahaks... Ada je o9 tapi kegigihan nak update blog terus jadi 0 hehe Oh ya, hari tu ada yg bertanyakan resepi kimchi dgn aku.... 'Thank pada yg sudi komen, saya dah reply komen awak... check kat n3 yg berkenaan ok hihi Selamat Mencuba.... chenca masidta ^_^'
Iklan jap tadi, jom sambung balik pada niat asal ehee.... Menulis ini memerlukan sepenuh jiwa. Kalau jiwa jadi separuh, mood entah ke mana, otak macam beku, idea lagi la tak ada. Dah la n3 utk perjalananku ke Sabah ari tu tak hbs update lg... Lama dah kena perap huhuhu -_-
Hari ini sambung keja semula setelah 3 hari training... Pergi training ni mmg nikmat kan? Hilang sikit tekanan kerja... Mana tak nya, dah la dapat makan free, balik awal lagi tu... 3 hari training, 3 hari juga la diet aku hancur hahaha makan free org kata.... tak fikir dah hahaha
Orang pergi training dapat ilmu, aku pulak menyempatkan diri g shopping hehehe sempat rembat wedges warna pink, baju purple dan satu novel jiwang hahaha ambik ko girlish la sangat... hehe sejak kebelakangan ni byk beli baju purple pulak.... ngeeee ^_^
Rasa macam lama tak review pasal novel... So, hari ni nak review pasal novel yang baru aku beli....'CINTA SAIZ XXL'.... Di Popular tengah diskaun sekarang.... bagi member 25%, yg bukan member pun still dapat diskaun 10%... Terima Kasih buat adik yg bagi diskaun kat akak hahaha walaupun bukan member, dpt juga diskaun 25%... Alhamdulillah, rezeki!!!
Bukan saiz yang menjadi ukuran cintaku kepadamu~ Baca tajuk novel je dah boleh agak kan, novel ni berkisarkan kisah cinta dua insan yg berbeza... Watak hero ala comel macam nampyeon aku Kim Bum hehe mata sweet sedikit sepet..... Yang penting mata redup, bercahaya haha Watak heroin pulak.... berisi, chubby dan mempunya self-esteem yg sgt rendah.....
Bila baca novel ni buat aku senyum sorang2 jak hahaha Of course membayangkan diri sendiri... Bukan mudah ya untuk menjadi seorang yg m'punyai saiz berbadan XXL ni.... Aku dari kecil dah merasa.... tapi org kata 'Ala bisa tegal sahaja'.... Bila dah terbiasa, apa org kata pun dah tak kisah.... Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri....
Apa pun, novel ini sangat best!!! Banyak input yang kita leh dapat. Gaya penulisan cukup sempoi dan bersahaja... Aku suka tau watak hero dalam novel ni hahaha Dia orang kiranya cinta selepas kahwin... Lelaki tu dah usha perempuan lama juga kiranya..... Walaupun tak kenal secara face to face, lelaki tu sangat yakin yang perempuan tu diciptakan untuknya.... So sweet.... Cinta kerana ALLAH mmg sgt indah~
Aku tak nak hurai pjg lebar... hehe apa tunggu lagi, pergi Popular dapatkan untuk diri sendiri hehehe Selamat membaca!!!
::: Setiap manusia diciptakan dengan keunikan yang tersendiri... Tiada yang kurangnya kita di mata ALLAH... Bersyukur dengan apa yang ada.... Jika terasa diri ada kekurangan, percayalah pasti ada seseorang yang diciptakan untuk kita bagi melengkapkan setiap kekurangan itu... Berbaik sangkalah.. Kun Fayakun ^_^ :::
Gara-gara novel ni, aku asyik senyum sorang2 je.... Oh, xla ada org perasan hahaha boleh tak nak buat ucapan buat bakal imam aku?? Siapakah bakal imamku?? Waalahualam... Itu semua rahsia ALLAH.... Cuma berharap akan menjumpai seseorang yg menerima aku seadanya.... Eya, terima semuanya tentang aku, Nurul Izah Binti Ismail Bin Hj. Bero.... aku yang satu tiada yang lain hehehe ^_^