daebak ^_^

Friday, February 25, 2011

sekelip mata!!!

Hari ini Jumaat, 25 Februari 2011... Mesti semua dah tersenyum riang. Al-maklumlah, semua tengah kaya-raya lagi. Bagi yang kerja government semalam dah payday kan. Aku baru hari ini. Tengah keja tadi pun fikiran asyik fikir nak cepat balik. Nak singgah bank, ambil duit huhuhu Tadi masa balik keja terus bergegas ke bank...  Kay sekejap je... Pastu terus bayar apa yang patut. Huarghhhhh haru betul... Bila dah settle bayar kereta, broadband, sewa rumah, bil api dan bil air... beli minyak kereta... Dan sekarang aku sudah jadi papa-kedana kembali...

Sedih betul..... Kerja sebulan bukan main je rasa nak mampuissss... Bila nak habiskan bukan main senang je ibarat air yang mengalir. Tu pun ada lagi yang menunggu turn nak dibayar.... Dah bulan ni cun aku kena renew road tax dan insurans kereta aku...Pastu bayar blazer lagi... Huhuhuhu memang belum awal bulan Mac muncul aku dah sengkek semula. Sedih....sedih..... Nak buat macam mana... Tu la nasib.. Aishhh tu belum dikira lagi pinjaman aku masa belajar dahulu. Kalau dah konvo ni mula nak bayar balik pinjaman tu. Memang mula-mula kerja ni aku tak dapat nak saving dulu. Harap2 gaji bulan depan dapatlah saving sikit untuk konvo. 

Oleh kerana duit semua dah mengalir seperti air... Dan memang xda bajet langsung untuk shopping.. Rasanya dah 4 bulan aku tak shopping sakan. Tak pe Izah..Sabar la dulu... (pujuk diri sendiri ni..) Baru ko tahu sekarang..bukan senang nak cari duit.. Bila dah da duit..senang je nak habiskan duit tu.. Sekarang ni ko fikirlah sendiri.. Huhuhuhu peringatan buat diri sendiri... Alangkah best nyer kalau dapat gaji RM 10 000 sebulan hahahahaha berangan..... Sebelum aku berangan benda yang entah apa-apa, better aku mengundur diri dulu. Lagipun esok aku keja... Huhuhuhu esok aku sorang je kat office. Collegues aku off day esok.... Nasib badan.... *_*

Wednesday, February 23, 2011

Lapang sudah jiwa ini~

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang diberi. Hari ni segala urusan aku sudah aku selesaikan. Tapi ada gak part aku jumpa dengan minah ni.. di mana sangat kurang sifat kesabarannya. Nak je aku marah kat dia. Tapi aku sabar je lah. Kalau macam ni la dia layan orang.. huh harus semua pelanggan dia lari. Very rude punya orang. Sampai rumah dah tengahari. Perut dah berkeroncong kelaparan. Nasib baik Zira dah masak. Pas makan terus g mandi. Dah mandi pagi tu tapi kepanasan yang tidak terhingga mandi la lagi eheeee

Usai solat Zohor, siap2 terus gerak ke SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Sampai kat sekolah tu jam belum lagi jam2.00 petang. Da masa lagi nak buat ulangkaji last minit. Ramai gak la orang yang datang interview. Majoriti perempuan la.. Interview dimulakan dengan ujian bertulis. Wah, bab tajwid memang banyak... Haishhhh berusaha gak jawab. Bahagian akidah, sirah dapat gak la aku jawab. Pas selesai ujian bertulis... Seterusnya ujian lisan.. Ni yang buat aku nervous....

Masuk kat bilik tu. Alamak ustaz la... Takut... Dah la aku tak bawa sijil ori aku.. Maaakk aiii macam mana la ku leh terlupa. Nasib baik ustaz tu ok je. Mula la h bercerita pasal personal detail. Dulu sekolah mana.... sekarang ni kerja kat mana... Ustaz tu pun faham sebab apa aku nak tukar kerjaya. Aku dapat soalan 3. Nombor bertuah aku. Baca surah Al-Luqman. Pastu tanya pasal tajwid dan terjemahan bahasa Arab. Pastu hafazan. Nasib baik empat surah yang aku dapat tu semua aku hafal. Surah yang last sekali aku dapat...Surah Al-Insyirah....Lapang~


Usai aku baca surah ni... sebak dan sayu melanda diriku. Alhamdulillah.... Segalanya berjalan dengan lancar. Ustaz tu pun sempat lagi berbual-bual dengan aku. InsyaAllah andai ada rezeki, adalah. Terima Kasih ustaz. Terasa lega bila sudah selesai temuduga tu. Zira belum selesai lagi.. Sementara tunggu Zira, aku duduk dulu dalm kereta. Buka tafsir Al-Quran yang aku bawa tadi. Mencari maksud sebenar surah Al-Insyirah-lapang... lebih mudah aku huraikan ia memberi aku peluang. Menangis sebentar aku dek tafsiran surah tersebut....Pasti ada kemudahan di sebalik kesulitan itu. Sentiasa berharap kepada ALLAH. Dan apabila sudah mendapat kesenangan itu, hendaklah berusaha untuk mendapat yang lebih baik dan beringatlah kamu kepadaNYA. Syukur kerana telah diberi kelapangan...

Al-Insyirah(Peluang)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Hatiku dipaut rasa sayu di saat membaca surah ini. Inilah surah yang aku dapat untuk bahagian hafazan tadi... MasyaALLAH begitu indahnya wahyu ALLAH ini. Maksud surah ini betul-betul memberi aku inspirasi. ALLAH maha penyayang lagi maha mengasihi. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mulanya aku berdebar-debar gak, ye la sudah lama aku tinggalkan alam persekolahan sekolah agama. Ilmu tajwid memang banyak yang aku dah lupa. Ni lah sifat semulajadi manusia.. Nasib baik aku dah buat persediaan awal. Entry seterusnya aku akan cerita lagi situasi aku di temuduga tadi.... Ni nak berkongsi dengan anda semua.... Perbanyakkanlah membaca Surah Al-Insyirah.. Moga kita sentiasa dilimpahi rezeki oleh ALLAH.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

moshi-moshi~

Selamat Pagi semua.. Wahhh aku rasa inilah entry pertama yang buat di pagi hari di tahun 2011 ni. Ye la sebelum ni semua entry aku update malam je. Dah tu je masa yang aku sempat nak berbelog. Bila dah bermalasan di pagi hari ini, teringat la zaman belajar dulu huhuhu bangun pagi-pagi, bukannya terus pergi mandi... Rilex dulu, pastu baru nak godek buku... baca nota... hihihi apa yang aku buat pagi ni sma dengan apa yg aku buat sebelum ni.. Rindunya nak belajar semula....

Pas ni nak settlekan apa yang patut. Pastu bersedia untuk petang ni. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kawan aku ada bagitau aku, hujung tahun ni ada tiket murah.. Hmmm, sekarang ni mood aku nak terbang aku terpaksa tahan dulu. Aku memang jarang dah godek web AirAsia, MAS, Firefly dan Maswings tu. Sebelum ni, web tu wajib aku godek setiap hari. La ni tahan dulu la... karang hati ni tak tahan huauahahauauua Lainlah kalau ada orang yang sudi spon tiket hihihihihi

Kondisi aku sekarang ni kurang baik gak... Tekak aku sakit je... Badan ni pun kadang-kadang panas.. Tapi aku tak leh lemah..Kena lawan penyakit itu... Kalau kita bawa perasaan yang lemah tu, memang akan jatuh sakit dengan cepat... Ok lah... Aku bersemangat ni.... Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan... Mungkin ini haluan hidup aku yang seterusnya... Sesungguhnya ALLAH yang menentukannya..... Aku cuma mengharap yang terbaik..Haja-haja fightim!!!!!


~ Bestnya kalau dapat balik ke rumah sendiri. Malas je rasa nak menyewa ni. Dari umur 13 Tahun dah duduk berjauhan dari keluarga. Masih dalam percaturan lagi ni. Samada bertukar bidang atau kekal dengan bidang yang sama. Kalau ada rezeki... Nak sambung belajar lagi... May ALLAH Bless(^_^)v

Monday, February 21, 2011

bersedia lagi....utk ke-6 kali!!

Salam semua... Aku muncul balik.... Minggu ni aku busy sangat.... setiap hari ada training untuk staff aku. Baru ada masa nak mencarut kat blog aku ni. Interview hari itu...Ok je, tunggu untuk second interview. Setiap interview yang aku attend memang ada bezanya. Itulah kebaikannya kalau aku attend banyak interview ni... Tambah experience dan dapat buat perbandingan huhuhu

Dan tadi aku dapat satu panggilan telefon lagi... Hoyeeee bersedia lagi.... Mesti korang dah boleh teka kan. Yeah untuk ke-6 kalinya...Aku kena buat preparation for next interview. Inilah yang aku mahukan selama ini.. Biar gaji tidak seberapa. Apa yang penting bagiku ialah kebahagiaan hakiki.... Moga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH. Nanti bila dah betul-betul aku tukar kerjaya baru aku story pasal kisah itu k. Sekarang ni biar ia menjadi rahsia buatku..... Doakan yang terbaik untukku.. Nervous juga aku nak attend interview ni....Cuma mengharap yang terbaik.


 Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini." "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)

~ Bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana sentiasa membuka jalanku.... May ALLAH Bless ^_^

solat istiharah....

Dalam kekeliruan ini, tiada tempat untukku bergantung melainkan MU...Tuhan Yang Maha Besar.... Sahabatku memberi link kepadaku satu blog yang cukup menarik... Menghuraikan setiap langkah dengan jelas. Terima Kasih sahabatku..... Moga dengan segala maklumat yang diberi dapat memberi aku petunjuk untukku menentukan perjalanan hidupku yang seterusnya. Mengharap petunjuk dari Ilahi....

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Saturday, February 19, 2011

Interview lagi...

Entah la... dah kali ke berapa la aku ni pergi interview... hmmmm nak kira la.... Kalau ikut dari kali pertama aku pergi interview.. Kali ini adalah kali yang ke lima hihihihi macam-macam pengalaman la yang aku dapat. Tadi pun aku main call je orang tu bagi feedback... Saja je nak try hihi so esok tengok macam mana hasilnya. Kalau benefit yang di bagi lebih masyukkk dan seharusnya menguntungkan aku.. Maybe aku akan pertimbangkannya. Apa yang penting... Usaha dan berani mencuba.


Hihihi dan petang tadi... Aku tak tahu la kenapa tiba-tiba boss aku tu. Macam tau2 je aku ni da usha keja lain.. Dia sycho aku.. Mulanya dia tanya pasal adik aku.... Pastu melelat pasal rumah sewa... Part aku bagitau yang adik aku keja semuanya dah ok...gaji pun ok.. (sebelum ni, adik-adik aku pun keja kat hotel yang sama).. Lastly dia tanya la.... sama ada aku da cari kerja lain.. Aku tanya dia balik....'You want me to answer your question,sincerely??' hehehe memang la aku ada cari pun... Dia dah mula la..... Tapi kira dia faham la kan.... Aku bagitau la yang aku 'Aim Higher' hihihihi

Nak tau tak apa respon boss aku?? Dia suggest aku bertahan la dulu dalam 2/3 tahun lagi.. Sebab dalam beberapa tahun lagi, company aku sekarang akan buka hotel yang baru lagi.. So, mana tahu nanti dia akan promote aku ke jawatan yang lebih tinggi lagi huhuhuhu Maakkk aiiii ni dah 2 hotel under one management...Aku tak dapat la nak bayangkan kalau 3 hotel under one management.. Mesti aku leh jadi giler......... headache dalam setiap saat huhuhuhu

Walaupun pengalaman aku baru je 2 bulan lebih... semua tu sangat berharga bagi aku.. It's not easy ok.. Lebih-lebih lagi hotel industry.... Always busy...... We must move faster, work together and always be ready to face a guest. Very chalengging..... Ok lah.. aku nak beradu dulu.. Esok interview jam 1.45pm. So kena ready.. Wish me luck ^_^


~ Jangan takut untuk mengambil risiko dalam hidup anda. Berani mencuba!!! Aku ambil risiko hari ini.. Hmmmm, demi untuk kerjaya......... dan masa depan....*_* May ALLAH bless

Thursday, February 17, 2011

'kalau dgn awk, mkn nasi smlm pun sedap'

Euwwww huhuhu geli je aku bila dengar statment kat atas ni. 'Kalau dengan awak..makan nasi semalam pun sedap' eeuwww hahahaha rasa kena geletek je hati aku ni. Ayat cinta monyet la ni... hohoho biasa la anak-anak muda... mula-mula bercinta semuanya indah... bau kentut yang bau tu pun jadi wangi... Bak kata orang tua...cinta itu buta.... pas dah bpa bulan mulalah keluar semua perangai yang sebenar... lepas tu mulalah episod mencari kesalahan masing-masing....

Dah masak sangat dengan kisah cinta macam tu. Memang betul la orang kata... bila umur dah cecah 24 ke atas ni... nak fikir pasal cinta memang tak ada langsung... Sekarang ni asyik fikir pasal duit..duit...dan duit... Mana nak cari duit.... nak bayar tu... nak bayar ni.... Kalau dah cukup semuanya baru la fikir pasal cinta-cintun ni... Nasihat aku buat para muda-mudi kat luar sana.... Jangan terlalu ghairah mengejar cinta.. pastu bila dah bercinta tu jangan terlalu mabuk asmara.... sampai sanggup hilang segalanya... aku malas nak berleter panjang lebar.... semua dah besar so pandai-pandai la fikir sendiri ye....*_* Terutamanaya anak-anak gadis....





~ emosi sudah kembali ok... akan berusaha utk yg terbaik...^_^

Wednesday, February 16, 2011

why?? what happen??

OMG...Dont know what happen to me. I feel down, less motivation... fed up with everything.. Semakin aku cuba bertahan semakin itu aku rasa semakin berat bebanan yang ku tanggung. Bulan pertama ok je rasa..... Bulan kedua pun ok je lagi.. Ya la lagipun masih dalam probation..under learning lagi.. Ni dah nak masuk bulan ketiga....Adoyaiiiii nape la aku rasa macam ni sangat... Langsung xda semangat tau.... Lemah semacam je...Hmm, pasni aku akan confirm... Kalau boleh sebelum confirm lagi aku nak chow... TAPI entah la..... Ya ALLAH tolong hambaMU ini....

Dua hari ni pun jiwa aku sensitif sangat.. Mudah je air mata ni nak mengalir... Entah la.... Menanggung bebanan ni sampai lemah je... Memang betul.. xda keja yang mudah.. Itu memang aku sedia maklum. Bukannya aku tak pernah keje sebelum ni. Sebelum ni pun aku dah keja part time 1 tahun... tension tu memang la tapi boleh juga aku bertahan.. Ni haishhh baru 2 bulan lebih, aku dah rasa macam... Arghhhhh susah aku nak luahkan....


Aku cuba bertahan dahulu sehingga dapat kerja lain. Mudahan ALLAH buka jalan kepadaku.... Aku perlukan kebahagiaan dan ketenangan... Aku perlukan sesuatu yang mendekatkan aku kepada ALLAH sebab itu aku perlukan pekerjaan yang lain. Berharap supaya mendapat syarikat yang memahami keperluan aku sebagai seorang ISLAM. Bagi aku biarlah semuanya kerana agamaku... Itulah sumber kegembiraan dan ketenanganku..... Berdoa dan terus berdoa....

Tuesday, February 15, 2011

Hanya ingin kau tahu....

Lirik kata lagu ini betul-betul menggamit perasaanku. Meruntun jiwaku dan amat sesuai untuk merungkai segala yang tersirat di hatiku. Hanya ingin kau tahu.... Cinta itu fleksibel... Bukan hanya cinta sesama manusia... Apa yang paling agung adalah cinta untukMU ya ALLAH.....



Hanya Ingin Kau Tahu ~ Republik...

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

2 bulan sudah~

Tidak disangka akhirnya sudah dua bulan aku bergelar pekerja. Entri ni untuk semalam sebenarnya... 14 Februari 2011 genap dua bulan aku bekerja. Apa perasaan aku?? Hmmm, entah la.... 2 bulan ni pun aku dah rasa macam 2 tahun huhuhuhu bukan senang untuk mengurus manusia yang bermacam-macam kerenah ni. Tapi aku tahu semua tu lumrah kehidupan. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada dugaannya. 


Kalau ikutkan hati aku ni dah lama aku nak resign dari kerja sekarang. Stress nya memang tak tahu nak kata sampai tahap mana. It's not easy to handle 2 company under one management. Really make me headache....Tapi bila mengenangkan yang aku ni masih belum cukup pengalaman lagi, aku cuba bersabar. Ni la nasib bila fresh graduate.. Aku pun tak tahu bila lagi aku nak konvo ni. Kalau ikut kata lecturer aku mungkin dalam bulan 10 ni kot. Kena la bersabar lagi. Target aku sekarang cuma berusaha untuk mencari pengalaman seberapa banyak yang mungkin.. Mudahan suatu hari nanti aku akan mendapat yang lebih baik.. Amin...

Aku bercadang dalam bulan ni nak tukar kerjaya. Tengok la nanti rezeki aku ke arah mana. Bagi aku wang ringgit itu bukan perkara utama. Apa yang aku pentingkan adalah ketenangan jiwa. I need passion...


Sesungguhnya ketenangan itu datang dari ALLAH... Sebab itu aku perlukan kerjaya yang memudahkan aku untuk melakukan ibadah kepadaNYA. Aku perlukan suasana yang tidak membawa aku melihat betapa dunia ini penuh dengan manusia yang lalai... Manusia yang tidak mengenal apa itu erti halal dan haram. Ya ALLAH sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui apa yang tersirat di hati hambaMU ini. Aku hanya mampu berdoa dan mengharap kepadaMU. Pasti ada yang terbaik buatku... Aku tahu... ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. Cuma mungkin saat itu belum tiba untukku. Mungkin ALLAH mahu aku belajar...menbuka mata untuk melihat dunia ini yang kian musnah dek manusia yang sering alpa dengan hasutan syaitan yang durjana. Ya, aku sedar kini.... Dunia ini sudah semakin hancur...Manusia sudah tidak kenal apa itu ISLAM. Islam hanya di kad pengenalan sahaja tapi kehidupan sebenar seolah-olah orang kafir...MASYA ALLAH...... Pengalaman itu menyedarkan aku.... Moga aku dapat menjadikan ia sebagai satu pengalaman untuk mendidik anak bangsa yang masih belum terleka..AMIN....

Salam Maulidur Rasul....

Alhamdulillah... Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan.. Hari ini 15 Februari 2011, semua umat Islam akan meraikan Sambutan Maulidur Rasul.. Bersyukur sekali lagi ku lafazkan buatMU ya ALLAH kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi ini. Kupanjatkan kesyukuran hanya padaMU dan junjunganku Nabi Muhammad s.a.w


Mari kita sama-sama mengingati junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Moga dengan mengingati hari kelahiran baginda kita akan beroleh syafaat dariNYA. DIRIWAYATKAN dalam satu hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” – (Surah al-Ahzab, ayat 21).
 
 

Sunday, February 13, 2011

Yoon Eun Hye - latest drama/movie??

Let talk about Korea now.... It's  long time already, I didn't update my entry about Korean artist. I think since I start my work. I also not really sure about the latest Korean movie/drama now huhuhuhu so pity arrrrr me. The latest drama that I already watched are 'Playful Kiss' and 'Personal Taste'.. See how bad I'm huhuhuhuhu Who know what the latest drama/movie of Eun Hye?? I'm the big fan of her. Long time not see she action in latest drama/movie.... So pity...... huhuhuhuhuhu




Anyone who know about it, kindly inform me ya..hehehe really miss him... Thanks to 'GOOGLE' for the nice picture of Eun Hye....^_^

Motto.....

Selamat Pagi semua... Hari ini aku nak cerita pasal motto... Bila pas upgrading aku punya blog semalam tiba-tiba idea muncul nak berceloteh pasal motto ni.. Motto ni bukan motorkar dan bukan juga motosikal ye. Motto ni dengan mudah aku nak terangkan, hmmmm la macam kata-kata semangat atau yang memberi inspirasi kepada anda. Perasan tak yang distribution untuk blog aku tu dah berubah?? heeee I like part yang S.T.R.U.G.G.L.E + F.L.Y = S.U.C.C.E.S.S...... Yeahhhhh itu dia motto aku sekarang...... berusaha yang terbaik....(buat kerja dengan bersungguh-sungguh)  bila dah berjaya... (harus dapat $$$ kan eheee) capai keinginan diri dengan fly.. (g la travel ke mana-mana tempat).... Itulah tanda kejayaan aku.... So, that motto realy give me an inspiration!!!

Aku mula kenal apa itu erti motto zaman sekolah rendah lagi hahahaha kan dulu budak-budak rajin tulis biodata... Pastu mesti ada part motto... Kalau ingat kembali mesti aku senyum sorang-sorang. Motto aku yang pertama ialah 'Gagal sekali bukan bukan bermakna anda akan gagal buat selama-lamanya' eheeee nampak straight tu the point kan...... Pastu bila dah masuk alam persekolahan menengah rendah... Motto aku tu still sama lag cuma aku ada tambah la sedikit...'Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal buat selamanya dan berusahalah bahagiakan ibubapa anda dengan sekeping ijazah..'

Bila dah masuk menengah atas, kira dah up la sikit hehehehehe so guna motto dalam bahasa inggeris la plak.... 'Nothing is not imposibble'(hahaha time ni inggeris pun tak bpa nak betul).. Sehinggalah cikgu Inggeris aku time tu, Madam Haslim.... Dia nampak aku tulis motto tu di setiap buku aku...Pastu dia tengurlah..... That is not right..It should be 'Nothing Impossible'...Hehehehe motto yang ala-ala James Bond........ Bila dah masuk alam 'U', aku tak da nak ikut motto... semua main ikut kepala aku sendiri hehehe 'kalau ada, ada la..kalau tak da.. nak  buat macam mana..' ngeeeeeee

Sekarang ni, motto aku simple je tetapi memberi maksud yang mendalam kepadaku.... S.T.R.U.G.G.L.E + F.L.Y = S.U.C.C.E.S.S.... (Jangan ingat aku Pilot or stewardess ye... I'm only the ordinary person who love to fly.........hehehe *_*) Apa pulak motto anda semua??? Mesti da kisah di sebalik motto yang dipilih... Apa yang penting..ia memberi inspirasi kepada kita untuk berjaya.....

new looking ^_^

Sukaaaaaaaa sesangggaaaaatttttt..... Hihihi tiba-tiba aku muncul semula, setelah lama menyepi heeeee maklumlah busy memanjang aku ni. Hari ini misi aku berjaya huhuhu mudahan feedback itu akan cepat dan memudahkan perjalanan misi aku yang seterusnya. Perasan tak??? Heeeeee blog aku sudah berwajah baru.. Pink gitu..I loike...warna feberetttt... nampak ceria je dan penuh dengan kejiwaan hahahaha bukan setakat template je aku tukar... benda-benda lain pun aku tukar sekali..... chat box yang baru.. muzik yang baru.... Aku suka lagu tu sejak tonton movie melayu kat TV2.. Lagu tu slow dan boleh memberi ketenteraman hihihi

 

cute tak tu? sweet je kan hihihi Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan wajah baru blog aku ni. Proses pengubahsuaian pun tidak memakan masa yang lama hikhikhik teringat masa baru mula nak berjinak-jinak di alam blog ni... Satu apa pun tak tahu.. semua main redah je.. godek sana dan godek sini. Akhirnya, sejajar dengan peredaran masa... aku pun dah boleh faham la apa itu dunia blog. Tapi masih belum pakar lagi la... masih merangkak je aku ni..tak leh nak lawan otai - otai yang dah lama berkecimpung di dunia blog ni. Ambil masa untuk belajar~

In my mind: 12/2/2011>> My Mum's Birthday.... hapy besday mum.... may ALLAH bless u.... Hari ni dah 13/2/2011...hmmmmmmmm ohhhh esok sudah 2 bulan!!!!

Saturday, February 5, 2011

Isu Panas Tudung Yuna~

Salam semua... Pagi Sabtu pertama di bulan Februari...Dengan bangga nya aku nak bagitau yang aku kerja.....Hmmm, alangkah baik nyer kalau aku leh rehat2 kat rumah... TAPI nak buat macam mana sudah menjadi tanggungjawab aku.... nak tak nak kena gak pergi kerja.... Dah la aku seorang2 je kat office ni.. Maklumlah semua colleague aku Cina so dia orang still cuti CNY lagi...Tak pe bagi peluang kepada mereka dahulu, nanti Hari Raya Aidilfitri giliran aku pula.... Semangat 1 Malaysia~

Bila dah seorang2 ni, semangat nak kerja tu mula la jatuh ke tahap minimum hehehe aku pun menyempatkan diri untuk berbelog...Sibuk blogwalking tadi singgah sebentar kat Blog Mama Zarfan... Tertarik dengan isu panas yang dibincangkan...Isu Panas Tudung Yuna.. Kalau nak tahu lebih lanjut..Klik kat sini>>>Miles of smiles...

Aku sangat setuju dengan pendapat qisya dan Nur Nazatul Balqis tu...100% setuju... Nak kata aku ni baik sangat itu tidaklah...tapi kita ni sebagai manusia yang sering alpa hendaklah sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sekarang ni trend pakai tudung aku dah tak nampak alasannya adalah kerana ALLAH. Kebanyakannya lebih kerana mengikut fesyen terkini. Kita lihat saja trend sekarang, macam2 la jenis tudung. Entah aku pun tak tahu apa ke jenis tudung semua tu.

Senang aku bagi contoh kalau pakai Shawl.Ada sesetengah shawl tu sangatlah pendek dan kalau ikut hukum sebenarnya seolah2 tidak menutup aurat... Aku ingat lagi masa belajar sekolah menengah dulu, ustazah aku selalu pesan. Kalau nak menutup aurat itu hendaklah kita menutup sepenuhnya. Tak guna kalau kita menutup kepala tetapi seolah2 kita bertelanjang. Maksudnya di sini, kalau dah niat kita tu nak pakai tudung hendaklah di paras yang ditentukan oleh syarak. Lepas tu dah pakai tudung tapi baju.... nampak je susuk badan... ketat semacam pun tak guna gak...ia seolah2 menampakkan kita seperti tidak berpakaian.....

Dapat aku simpulkan di sini... Semua itu datang dari niat. Niat yang suci lahir dari hati yang ikhlas. Lakukan segalanya ikhlas kerana ALLAH..Sekiranya kita ikhlas melakukannya, InsyaALLAH semua yang kita lakukan itu tidak akan menyimpang dari tujuan sebenar kita hendak bertudung. Tidak salah untuk kelihatan cantik tetapi biarlah ia berpada... Bagi yang sudah berkahwin..INGATLAH... kecantikanmu itu hanyalah untuk suamimu sahaja... Bagi yang belum berkahwin, peliharalah kecantikanmu itu dari segala noda. Sesungguhnya kecantikanmu itu milik ALLAH...Dia bisa menarik nikmat yang diberi bila-bila masa sahaja... Kun fayakun....Sama-samalah kita mengingati sesama kita, moga sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH...Amin~

Friday, February 4, 2011

i love to fly~

I'm not a P.I.L.O.T, I'm also not the stewardess BUT what I know about myself....I like to fly... I love to fly...huhuhu rindu arrr nak terbang.. rasa sedih je sebab melepas ari tu..menyesal arr tak book terus tiket flight..Imagine arr 2 way fly to Sabah cuma RM30 je....murahh gilerrrrr...Aku memang nak book time tu, tapi bila memikirkan keja..aku tangguhkan dulu..Ha sekarang baru nak menyesal bila harga tiket dah naik balik.... menyesal wooooo rasa nak je putar masa tu balik..huarghhhh Doraemon tolong saya..... huuu


Bulan Januari lepas kira aku da gak fly... Bulan ni rasanya aku xdapat nak fly..duduk senyap je la.... alangkah bagusnya kalau ada sesiapa yg sudi nak sponser aku terbang ke mana2 destinasi idaman eheeeee... Teringat kat seseorang yang pernah berkata kepadaku..'Kalau suatu hari nanti, saya berjaya jadi PILOT... saya akan jemput awak ke majlis konvokesyen saya..dah saya akan sponser awak fly ke Korea, Japan dan Taiwan... Hmmm, ala..pakej pergi umrah dan haji pun boleh...' Huhuhuhu TAPI sekarang entak dia ingat lagi tak kat janji itu... huhuhu salah aku gak...sapa suh... hmmmmm maafkan aku sahabat.... Oh yer, nak wish kat sahabat aku tu..Happy CNY.... Gong Xi Fat Cai...kita orang dah lost contact sebab satu peristiwa...huarghhhh sedihnyer..... (aku malas nak story lebih..)

Rindu la kat 'Burung Gergasi' aku tu hahaha teringin sangat nak masuk kat bahagian depan flight tu.. macam syok je lau dapat duduk kat depan tu....


Saya berdoa semoga sahabat saya itu akan berjaya mencapai hasrat dia untuk bergelar seorang PILOT... rindu la kenangan masa study..slalu berangan nak fly..fly... awak jadi PILOT dan saya jadi CEO or HR di airline company hehehe lucu la....Huhuhuhu bukan niat saya nak remove awak hari tu..saya tahu awak berkecil hati.... maafkan saya....(saya teringat kat dia... mungkin sbb CNY kot..)


Company aku sekarang ni dalam usaha nak meningkat maju..ha, jangan terkejut ye eheee jangan pandang aku dengan sebelah mata hahahhaha dalam proses untuk meningkat maju macam AirAsia heee

Company: Kenyalang Airways Airlines
CEO: It's me eheeee Nurul Izah Ismail
Hub: Kuching International Airport
Sorry ye..saya berangan lebih.. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna.. Oleh itu, melalui angan2 itu, saya akan berusaha untuk menjadikan impian saya satu realiti... Saya nak wujudkan satu syarikat penerbangan yang bercirikan Islamik... Hmmmmm..... may ALLAH bless~ ^_^

sangat cepat masa berlalu.....

Oh tidakkkkkkkkkkkkkkkk...esok keje..... malasnya...Hmmm, bila la aku akan rajin nak keja ni... Ohhh Izah..... semangat la.... cepat nyer masa berlalu..Kalau orang lain mst dok senyum lagi sebab esok still lagi cuti..Tapi aku kena keje esok...huhuhuhuhuhu tak dapat la bersuka-suki huhuhu esok cousin aku kawen... ni kat kampung tengah meriah je bunyi lagu... orang2 kampung semua tengah sibuk memasak..... 

Pagi tadi aku da la join sekejap..tolong potong bawang sampai tangan aku pedih, mata berair hehehe Ni aku masih lagi kat rumah kat Serian. Kira esok kena la pergi keja bangun awal... bertolak awal dari Serian... Esok aku sorang je kat office..Harap2 esok xbanyak staff yang menyibuk masuk HR Office.. Biasa la staff aku ni lau masuk office mesti nak minta borang annual leave la..borang claim HI-5 la... pastu minta borrow kunci loker la..eeee kadang2 tu benda remeh-temeh je...TAPI nak buat macam mana kena la layanh..dah itu tugas kita orang di HRD....

Harap mood aku esok pagi baik je.... Bersemangat untuk esok..... Fighting!!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Februari sudah menjelma....

1.2.2011>> Tak sangka ye kita sudah berada di bulan kedua dalam tahun 2011 ni. Ertinya tak lama lagi akan genap la dua bulan aku bekerja...Aduhhhh,ertinya tinggal sebulan lagi aku akan confirm ( tempoh probation sudah tamat)... Macam mana ni..aku berharap aku akan dapat menukar kerjayaku.... Aku perlukan kerjaya yang tidak akan menganggu keperluan harianku sebagai seorang ISLAM... Moga ALLAH mendengar luahan hatiku ini....

Hehehe ye.....suka..suka ni...sebab esok keje half day je hahaha tak sabarnya nak tunggu esok.... Dah dua minggu tak balik rumah sendiri...Rindu kat my lovely room hehehe... rindu nak layan cite korea.... yang paling penting nak balik rumah dan rehat!!!

Apa yg pasti bulan Februari ini adalah bulan yang paling busy buat aku... Banyak on-going training.... Seharusnya semua itu memerlukan pengurusan yg efisien..... lepas tu kepala aku yang fenin hehehe sebab kepenatan dan perlu bergerak dengan pantas...Izah!!!! Semangat...... Fightim!!!!! Experience mean excitment......