daebak ^_^

Sunday, October 20, 2013

Pengisian Rohani ~ KEJAYAAN

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Rasanya sudah terlalu lama tiada pengisian rohani di kala waktu lenggang. Maksud aku waktu lenggang ni ialah masa antara selepas maghrib iaitu sebelum masuknya waktu isyak. Ataupun, masa lenggang seperti selepas isyak dan masa berhujung minggu. Teringat dulu zaman sekolah agama, masa lenggang memang dipenuhi dengan pengisian rohani yang bisa membuka mata dan hati untuk lebih mencari makna hidup.

Syukur, kerana ada juga insan yang kata-katanya bisa membuat aku berfikir semula merungkai kembali cebisan makna hidup yang kian pudar dek kelalaian diri sendiri. Terima Kasih 'kitak'. Walaupun bersahaja namun pengisian itu tetap ada. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan KEJAYAAN.


Zaman sekarang ni ramai orang mengukur kejayaan itu apabila kita mampu memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan wang ringgit yang banyak. Namun, kita lupa adakah itu nilai sebenar sebuah kejayaan yang dipandang dalam Islam? 

Bukanlah harta-benda dan wang ringgit itu tidak penting tetapi ianya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita boleh menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Kejayaan sebenar dalam Islam itu diukur apabila kita menghargai hidup di dunia ini dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.


Secara mudahnya bagaimana kita mempraktikkannya ialah apabila kita mempunyai harta yang berlebihan jangan lupa untuk menunaikan zakat dan bersedekah. Ketika sibuk bekerja pula masa untuk bersolat jangan diabaikan. Sekiranya kita dapat menyeimbangkan amalan di dunia dan persediaan untuk akhirat itu, insya ALLAH itulah erti sebuah Kejayaan yang sebenar dalam Islam.


Terangkan hati dengan kata-kata indah memuji Allah ^_^


:: Alhamdulillah, walaupun ringkas harap dapat membuka mata dan hati bagi sesiapa yg membaca. Setakat itu yang mampu aku ulas secara ringkas. Terima Kasih buat kitak kerana memberi idea kepada kamek untuk mengupas topik ini. Kamek rasa isi kitak lagi mantap hehehe Syukran Jazilan, moga kita sama-sama sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin Ya Rabb ~ ::

Bekerja di hari Ahad~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Selamat berhujung minggu semua. Kepada yang bekerja tu, semangatkan diri anda ya hahaha tujukan juga kata-kata itu buat diri sendiri. Dek kerana pindah pejabat hari tu, 2 hari tak dapat bekerja dengan sempurna kononnya hari ini kena kerja... ganti masa suka-suki hari tu.

Jadi, pagi tadi gerak lewat sikit sebab dah membayangkan hujung minggu jalan tak jammed. Walaupun gerak agak lambat dari rumah, sampai di office awal macam biasa gak. Al-maklum jalan clear je, syok lau hari-hari jalan lengang macam hari ini.

Sampai office duduk termanggu jap. Buka PC, on sistem... lembab semacam jak.... Kawan-kawan lain tak sampai lagi sebab dia org dah plan nak datang jam 10 pagi huhuhu Bila dah start masa kerja, cuba running file... Hmm, line macam bengap je... Oh no, tak kan la macam semalam juga ni..... Dah la HQ kita org di KL cuti hari ini, lau da masalah takde siapa untuk refer.

Boss suruh duduk kejap, tunggu sistem ok dulu. Eh, dah masak sgt dgn perangai boss tu. Mana nak suruh balik terus kalau sistem problem. Apa lagi, poret time la utk kita org hahaha boss pun asyik keluar masuk division kita org. Last-last dia suruh kita org pergi makan dulu. Nak makan apanya boss baru jam10 lebih...

Pastu dalam jam11lebih baru budak admin buat pengumuman... Perhatian buat semua staff, semua boleh balik tapi..... hmmm, bersyarat lagi.... stayback memanjang la minggu depan.... Kerja hari ini betul-betul buang masa aku dan minyak kereta aku!

~ Ingatkan bila dah pindah kat office baru takde masalah sistem lagi. Aduh, kerja melambak lagi! Entah bila dapat clear semua file. Berharap esok sistem jangan buat hal lagi sebab risau tengok file dan memikirkan collection utk bulan ni... sure lau tak up kaw2 kena berus hujung bulan ni -_-

Thursday, October 17, 2013

Hari kedua di pejabat baru~

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hari ini dah siap prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kerja yang melambak. Kononnya la hahaha sebab semalam dah kerja ala-ala curi tulang... Semangat ^_^ turun kerja awal giler, lagi pun hari ini di pejabat baru tambah lagi jalan kat Bt3 tu dekat bulatan memang selalu jammed teruk... Bawa kereta dari Serian jalan sangat clear.... Bila dah nak masuk area Bt10 mula jalan jammed... Emo sikit, pelik sebab selalunya hari Isnin je kawasan tu jammed.

Sabar... sabar... hahahaha seperti yang dijangka, bila dah sampai kat bulatan Bt3.... jalan dah mula jammed.


Nasib baik gerak awal tadi... sebelum jam8.30 dah sampai office... Masuk je bahagian depan office hati dah tak sabar membayangkan meja semua dah disusun... sekali kaki melangkah masuk ke bahagian recovery.... Ommo, hampeh!!! Meja tak ada lagi... macam mana nak buat kerja ni.... Tengok muka member lain semua dah buat muka seposen hahahaha nampaknya goyang kaki makan gaji buta lagi la kita orang hari ini....

Jam9 pagi boss muncul buat muka bad mood... Kita org senyap je lah... Mesti HQ kita org kat KL membebel kat boss... Al-maklum dua hari file tak running.... hahahaha ada aku kisah??? Ceh, ayat poyo... Sesi poret bermula.... sambil tu sempat suruh mamat cina IT ambil picture kita orang eheee



Hahaha lucu betul kerja kita orang hari ini... Memang goyang kaki betul.... dah puas bergambar pergi usha bilik meeting pulak... merasa dulu tempat 'maut' kita org... Sebab kalau total collection tak bagus boss mesti akan panggil pergi bilik meeting jumpa dia face to face.... huhuhu


Huh, ini je pemandangan yang ada.... tengok hospital Timberland dan ambulans... Rindunya dengan office lama.... walaupun tak secantik office sekarang at least aku boleh dengar bunyi flight hari-hari.... -_-

Bila dah takde kerja boring pulak... tadi masa lunch hour, boss geleng kepala tengok gelagat kita orang... hahaha nasib la boss dapat pekerja macam kita orang.... Lastly, jam2 tadi dia suruh kita orang balik awal... Yezzzaaaaaa, part tu yg paling aku suka.... heaven! hahahaha tapi ada syarat, hari ahad ni kena kerja macam biasa... masak benar dah dengan perangai boss... kedekut sangat nak bagi kita org bersuka-ria.... lau bagi pelepasan balik awal mesti kena berganti.... mana-mana lah boss, janji hari ini balik awal! hehehe

~ Hmmm, entah la esok macam ni.... harap-harap meja semua dah siap susun... komputer dah siap setting dan sistem pun dah ok.... kerja melambak menunggu.... asyik KIV dua hari dah ni.... hope everything gonna be smooth like before.... otherwise, we all will be suffer next week *-*

Wednesday, October 16, 2013

Berpindah ke pejabat baru -_-

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hari ni rasa macam hari Isnin hehehe al-maklum semalam cuti umum kan.... biasa kalau aku gerak dari Serian dalam jam 7am, jam 8am dah sampai ke pejabat.... tapi tadi jalan jammed pulak kat Bt 10.... oh, my bad.... tak suka bila jammed kat situ sebab kereta sangat kurang ajar, suka nak cilok jalan orang.

Last2 sebelum 8.30 gak aku sampai kat office... Hari ni hari bekerja yang paling sempoi aku rasa... Pergi kerja pakai baju t-shirt je sebab hari ini kita org berpindah ke pejabat yang baru...


Packing semua barang letak dalam beg plastik... Boss kata jam11 baru lori datang... What??? Dah la barang semua dah siap packing... nak buat kerja mmg tak boleh.... Kesimpulannya, kita orang menyembang je kerjanya..... sambil tu ambil gambar.... kononnya, kenangan sebelum pindah ke pejabat baru...


Dia orang kat office ni kalau menyembang mesti buka topik pasal rumah tangga... aish, aku ni pasang telinga je la... lucu pulak dengar cerita dia orang.... ambil ilmu awal, nanti senang... hahahaha tunggu punya tunggu, jam11 lori tak sampai2... start la kita orang membebel.... dah la kerja banyak yang tertangguh... pening kepala aku bila fikir file yang kena running hari ni -_-


Setelah menghabiskan masa setengah hari dengan bersembang kosong, baru kita orang pindah ke office baru.... Ommo, sampai kat office baru keadaan masih kucar-kacir... So, belum ada lagi gambar untuk tatapan kalian... Ingatkan dah sampai di office baru dah boleh mula buat kerja... hmmm, kita orang sambung kerja dengan menyembang lagi hahahaha betul2 la hari ini.... hari yg bekerja yang paling sempoi... Nampaknya esok akan jadi hari yang crack bagi kita org... kena stay back sampai malam la gamatnya... Dah la file melambak.... andheyooo!!!

:: Aku rasa aku lebih suka office lama sebab office lama aku dulu dekat dengan airport... kebetulan meja aku mengadap tingkap... jadi hari2 aku boleh tengok flight take off.... siap kira lagi berapa flight MAS dan AirAsia hehehehe office baru aku sekarang kat bt3, mengadap dengan hospital Timberland.... ommo, nampaknya bunyi flight dah tukar kepada bunyi ambulans..... huaaaaaaa -_- ::

~ tomorrow will be a tuft day for me... 300++ file in 1 day.... crazy + headache @_@

Tuesday, October 15, 2013

From Her ♥

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

H.A.D.I.A.H ~ Siapa kata hadiah ni hanya boleh diberi pada hari jadi ataupun ketika menyambut sesuatu perayaan..... Hadiah ni tanda kita ingat dan menghargai seseorang tu tak kira masa..... Ia terpulang pada niat seseorang tu....

Walaupun hari jadi aku dah lama berlalu... aku dapat juga something from her..... datang dari jauh siap bawa hadiah lagi untuk aku.... love it so much......


Wewewe plastic bag pun dah pink siap Hello Kitty lagi.... dalam hati dah bunga-bunga, mesti benda dalam tu pun Hello Kitty hikhikhik ^_^


Yezzaaaa tekaanku betul belaka..... It's Hello Kitty!!!! hehehehe syukran mummy..... suka sangat.... dah la dari KL ke Sabah pastu siap bawa amplang 1kg ditambah lagi dengan hadiah ni..... terharu yang amat...... Bertambah lagi koleksi Hello Kitty izah eheeeee ^_^

Sayang nak guna jadi simpan bersama koleksi yang lain.... Niat nanti kalau dah ada rumah sendiri nak buat satu bilik khas untuk letak semua hadiah dan koleksi Hello Kitty yang aku ada.... Thanks pada sahabat.... Tak susah kan nak bagi hadiah untuk aku... hehehehe ^_*

Transform...

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Hehehe sejak dah bergiat semula ni.... feel lama dah menular kembali... pasti akan cuba nak cari topik atau cerita yg nak dikongsi di ruang teratak usang aku ni... cecece finally terfikir nak tukar tittle blog... 

Dulu >>


Tittle blog nampak sangat korea ko.... hahahaha siap Anneyong Haseyo lagi.... masa tu addicted sgt dengan korea sampai tittle blog terus guna ayat tu..... Semenjak umur dah meningkat ni terasa macam ala-ala nak transform pulak chehhhh ^_^

Kini >>

Aku transform ke alam ala-ala lebih matang sikit kononnya.... Tukar terus ke 'Bicara NurZah'.... Mula2 nak letak Bicara Hati tapi bila fikir balik macam poyo.... eh, sama je dengan tajuk novel.... drama.... bla.... bla... orang nak yg lain sikit baru ada kelainan kan.... tup... tap... idea datang.... ambil nama sendiri tapi gabungkan supaya nampak simple dan bermakna eheee.... Maka terhasilnya 'Bicara NurZah'....

~ Melayan cerita Love You, Mr. Arrogant tadi.... Bunga-bunga cinta sudah berkembang mekar.... yuhuuu tak sabar nak tunggu dia org jatuh cinta! 

Kembali Semula ^_^

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Berbulan-bulan blog kesayangan ni ditinggalkan... Update new n3 mmg takde, nak blogwalking apatah lagi langsung takde masa... Semalam baru mula nak berjinak kembali... nak aktif menulis, nak ambil gambar bebagai demi nak update blog... waaa, miss that moment.... check nuffnang status..... wow, gerak gak walaupun blog tak update berbulan2 hehehe thanks u all yg sudi singgah di teratak usang aku ni ^_^

Kehidupan sekarang a little bit change.... Macam rasa dalam mimpi ada gak.... Org kata kalau dah takdir ALLAH tu nak berlaku sekelip mata pun boleh kan.... Dalam tempoh setahun ni macam2 yg berlaku.... terasa macam pantas sangat masa ni dan sesuatu tu berlaku tanpa diduga... Ya, itulah realiti sebenar kehidupan kita ni... No matter what, life must go on!!!!


Hari ni 15/10/13... Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam di dunia ni. Moga kita sentiasa dalam kesejahteraanNYA. Hari ni aku sambut ala kadar je... Biasa kalau di Sarawak ni lebih kepada family gathering... Teringat setahun yang lepas, masa berhijrah kat KL... Sempat la merasa sambut Aidiladha di Kedah... ikut member balik kampungnya.... meriah gak macam sambut Hari Raya Aidilfiri... lepas solat raya, makan dengan family member pastu berziarah rumah jiran2.... mmg meriah... thanks for that memory Syu.... 

Perghh, tengok ayat macam panjang lebar je... Maklumlah org ni lama dah tak menulis... hehehe hmm, nak aktif kembali mencoret kata-kata indah.... berkongsi cerita.... bicara pada semua tentang kehidupan... sesuatu yang tersirat.... memuji kekuasaanNYA.... menyebarkan kebaikan... insyaALLAH....


Kenangan itu sesuatu yang terindah... walaupun adakalanya perit untuk ditelan namun itu sudah ketentuanNYA... yakini segala yg terjadi sudah tersurat buat kita dan pasti ada hikmahnya... bersangka baiklah pada setiap kejadianNYA.... Sesungguhnya itu yg terbaik buat kita.... ^_^

Itu baru permulaan.... hehehehe amacam, baru nak test skill sendiri... takut ayat merapu je terlebih.... aku kembali.... hehehe moga dapat memberi semangat.... inspirasi buat semua.... Share the happiness... may ALLAH bless ~

Nice to hear.... beautiful!!!