daebak ^_^

Saturday, December 31, 2011

Countdown 2012~

Tinggal 1 jam lagi kita akan berada di tahun baru.... Macam tak percaya tapi itulah realiti yg harus kita tempuhi. Bila dah melangkau ke tahun baru ni pasti semuanya ada semangat baru... Aku pulak masih berada dalam situasi blurr... keliru... entah la tak tahu aku nak huraikan macam mana.


Oh ya, beberapa hari blog menyepi lagi sebab aku balik kampung Jumaat yg lepas. Penat masih terasa lagi ni. Tapi ku gigihkan juga diriku ini untuk mengupdate blog wakakaka macam skema je ayat~

Mcm2 aku nak update, tapi tunggu la satu persatu ok... Ini untuk pembuka selera. Sambil2 tu korang layan dulu lagu dari Avril Lavigne ni>>>


Bunyi mercun dah kedengaran kat kampung aku ni huhuhu pasti jam 00:00 ni lagi meriah.... Buat korang semua terutamanya my follower, terima kasih banyak2... Tak sangka dah 36 orang, walaupun bagi blogger tegar angka itu amatlah ciput... Tapi buat aku seoarang blogger suam-suam suku ni, Alhamdulillah.... Moga korang happy selalu!!!



Wednesday, December 28, 2011

R.A.M ~ Novelis thriller no.1 M'sia.

Siapa yg tak mengenali penulis thriller terbaik M'sia iaitu Ramlee Awang Murshid aka R.A.M. Karya terbaru beliau ialah Fiksyen 302. wanjan daebak!! Baru selesai aku baca tadi setelah memakan masa selama 3 hari hehehe Unsur suspen yg membuatkan aku berdebar-debar sepanjang tempoh pembacaan. Buat peminat RAM pastikan kalian cepat-cepat dapatkan Fiksyen 302.

Bila dah beli Fiksyen 302, terjumpa novel Ranggau juga... Alamak!!! keliru nak yg mana satu.. Akhirnya rembat dua sekali
Sebelum ni, aku asyik layan novel cinta je. Bukan bermaksud aku kurang berminat dengan novel berunsurkan thriller ni. Cuma kurang pendedahan je hahaha Bagaimana aku boleh melibatkan diri dengan RAM?? Semuanya bermula bila aku menjumpai blog RAM yg dibuat oleh peminatnya. Sejak itu aku terus terjebak ke kancah novel thriller hehehe Terbaik!!! Terasa macam dalam drama CSI dan X-Files...


Apakah catatan di atas? hahaha itu adalah catatan peribadi aku utk novel RAM. Yang colour pink tu maksudnya novel RAM yg keluaran dari DBP bukan under Alaf 21. Yang oren tu pulak, maksudnya novel RAM utk cerita epik (aku agak kurang sikit utk layan unsur-unsur epik ni). 

My cheklist for RAM novel :

1. A.D.A.M > done
2. Tombiruo > done
3. Tombiruo Terakhir >
4. Ranggau > done
5. Rahsia Perindu > done
6. Mandatori >
7. Satu Janji > done
8. Semangat Hutan >
9. Bagaikan Puteri > cerita epik so skip....
10. Hatiku di Harajuku > done
11. Cinta Sang Ratu > skip
12. Ungu Karmila >
13. Hijap Sang Pencinta > skip
14. Mikhail > done
15. Sutera Bidadari > skip
16. Cinta Sufi > skip
17. 9 Nyawa >
18. Rayyan Fantasi >
19. Fiksyen 302 > done

:: Setakat ini aku paling suka Mikhail dan Fiksyen 302.... Tinggal 5 lagi yg harus aku cari... (Aku tak beli semua pun novel tu, yg aku baru beli cuma Fiksyen 302 dan Ranggau.... xmampu nak miliki semua $$ kena banyak ngeeeeeeeee *_~ , selebihnya aku pinjam dari Perpustakaan Awam...) ::

Berhati-hati ketika musim banjir~

Biasa la kalau dah hujung tahun ni, mmg musim hujan. Bagi yg tinggal di tempat yg agak rendah, kena la buat persediaan awal, mana tahu tempat korang akan dilanda banjir. Beberapa tempat di kampung aku dah pun dinaikki air. Harap-harap tidaklah teruk sangat banjir kali ini. Kalau banjir biasa, rumah aku mmg tak kena. Takut kalau banjir yg luar biasa mmg kena rumah aku. 

Kali pertama rumah aku kena banjir masa aku Form 3, dah la masa tu sibuk dengan PMR... Tiba-tiba kampung aku dilanda banjir teruk.... Lepas 5 tahun baru banjir teruk itu datang lagi... Seingat aku kali kedua kampung aku dilanda banjir teruk masa aku study degree dulu.


Aku ambil gambar ni dari bilik aku. Tengok aliran air yg agak deras tu, rasa takut juga. Lagipun air dah mencecah tembok rumah aku. Kalau aku cuba memancing dari bilik aku ni, agak-agak korang, aku dapat ikan tak?? ngeeeeeeee *_*


Ni pulak kawasan belakang rumah aku. Tengok tu bukan main suka lagi empat ekor itik adik aku tu. Gembira betul itik-itik tu berenang.


Tengok rumah cousin aku dah dinaiki air. Nasib baik rumahnya bertingkat, kiranya air tak masuk rumah.


Kesian kat ayam peliharaan adik aku. Semua kandang ayam tu dah ditengelami air. Nampak macam cetek kan, tapi sampai juga ke tahap pinggang.


Harap-harap la hujan ni tidak berlarutan sampai bulan depan. Moga ALLAH melindungi kami semua dari terkena banjir teruk lagi. Bagi mangsa banjir, moga kalian tabah dengan ujian ALLAH ini. Sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik kejadian. Ambil tindakan berwaspada, cepat-cepat berpindah ke tempat penempatan banjir dan sentiasa menjaga kebersihan. Jaga juga tindak-tanduk anak kecil kalian, jangan biarkan mereka bermain air. Sesungguhnya 'malang itu tidak berbau'.

Tuesday, December 27, 2011

List of Korean Drama for 2012~

Wei, 2011 tinggal 4 empat hari lagi la. Korang dah buat azam baru ke?? Hmm, aku dah rancang beberapa azam baru untuk 2012. Story lanjut pasal azam 2012 di lain entry ok. hehehe Sekarang ni tumpuan diberikan utk drama korean for 2012 dulu... Meh, check out sama-sama....

1) Wild Romance


Drama yg bakal ditayangkan pada 4 January 2012 di channel KBS2... 'Wild Romance' ini mengisahkan percintaan di antara pemain baseball dan athlete Judo. Siapa yang suka sangat kat Lee Dong Wook... Hero air mata dalam 'Scent of Woman'... pastikan anda menunggu drama ini ditayangkan..... 

:: my comment >> bila tengok lead actor ialah LDW... terasa excited nak tonton drama ni. Lagipun drama ni jenis komedi.... kita tunggu saja nanti ^_^ ::

2) Take Care of Us, Captain!


We are going to fly with this drama.... Drama yang bakal ditayangkan pada 4 January 2012 di channel SBS ini mengisarkan percintaan di kalangan pilot iaitu Captain dan co-pilot.... Peminat Jandi dalam BOF pastinya menunggu drama ini ditayangkan.

:: my comment >> daebak!! aku mmmg ternanti-nanti korea buat drama ala-ala macam ni. Kiranya drama ni bakal mempunyai ciri-ciri seperti Drama Jepun 'Good Luck'... yuhuu...  Excited ni... Sebab aku kan suka 'Burung Gergasi' (flight)...  dan fly around the world.... Cuma SATU yg aku tak puas hati... wei, kenapa la lead actress nya... alamak!!!... minah tu la!! @_@ Aku agak kurang dengan lakonan Koo Hye Sun....  Kalau digantikan dengan Yoon Eun Hye harus aku suka!!! Hmmm, harap-harap mood aku tidak dikawal oleh actress itu!!!!! Can't wait for it... I'm going to fly!!!! ^_^ ::

~ Untuk maklumat lanjut pasal drama korea boleh pergi ke koreandrama

Alhamdulillah ^_^

Salam semua.... Rindu giler dengan blog aku ni... hehehe teruja sangat ke sebab banyak story?? Oh, itu salah satu alasannya, cuma kena rajinkan diri utk menaip dan terus mengupdate blog huhuhuhu

Oh ya, sebelum tu nak wish Merry Christmas for those yg celebrate it!! 4 hari 3 malam aku bermalam kat kampung, nampaknya Christmas tahun ni ada kelainan sikit. Tahun - tahun sebelum ni, kampung aku agak kurang sikit nak meletop... bom... kebabom.. dengan bunyi mercun... Tapi tahun ni, walayeee meriah ko.... Rasa macam CNY juga la.... 

Biasanya kalau perayaan, apa yg best nya mesti dapat 'duit raya' atau 'ang pau' hehehe Eh, aku dah umur 24 tahun ni still dapat lagi ke??? hahaha Apa ingat tua sangat ke 24 tahun tu?? Aku still dapat lagi la.... Thank to my auntie yg still bagi $$ kat aku.... hehehe orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bila dah dapat duit lebih, harus aku pergi langsaikan apa-apa yg patut. Kalau diikutkan semuanya dah settle pun cuma aku langsaikan je awal untuk January 2012... So, bayaran broadband dan MARA untuk Jan 2012 settle sudah.... ^_^

Tadi check account MARA.... Alhamdulillah.... permohonan pengurangan bayar balik pinjaman aku diterima... MARA tolak 75% hehehe ertinya aku kena bayar balik 25% je... Sebenarnya, aku tak menjangka akan dapat pengurangan sebanyak itu. Sebab aku bukan pelajar yang cemerlang utk dpt 75% tu... Itulah mungkin rezeki aku, lagipun sebelum ni aku tak pernah tangguhkan pembayaran. Mungkin disebabkan prestasi yg baik, MARA pun buat pertimbangan yg baik.... Apa-apa pun bersyukur dengan anugerah itu....

::: Ada masa kamu akan menangis dan jangan khuatir kerana masa tersenyum juga akan datang ke arah mu :::

Friday, December 23, 2011

planing semalam hancur!!!

Semalam tekad nak buat auto publish entries banyak -banyak... dan hari ini.... hanya ini saja yg mampu aku buat. Hancur semua rancangan bebagai kononnya nak update blog. Lagipun line broadband aku ni ngok ngek sikit hari ini. Kejap connect kejap lagi disconnect... penatkan aku je... huh...............

So, lepas ni menyepi lagi.. Yuhuu esok balik kampung..... tolong auntie aku buat preparation utk X'mas... Ini yg best nya kalau lahir dalam family yg berbilang kaum. Semua perayaan aku sambut, lengkap seadanya.... Di kesempatan ini, aku nak wish Merry Christmas to my friend yg celebrate perayaan ini especially buat abang long Stanz, bestie Ruth dan mummy Ayau... Lama la tak bertanya kabar dgn korang.. ^_~

::: Entah kenapa dua/tiga hari ini asyik mimpi kamu lagi... Apakah?? Andheyo!!! Yang penting bukan kamu saja yg muncul tapi wujud seorang lagi namja... Oh, mengarut je rasanya....... Suhhh, pergi jauh-jauh~ :::

Thursday, December 22, 2011

counting the day~

Tinggal seminggu lebih lagi oit, pastu new year dah la! Kena buat beberapa review untuk 2011. Oh ya, aku kena prepare juga n3 khas iaitu 'Anugerah Terbaik untuk drama korea' pilihan aku sendiri... Kawan aku dah start buat huhuhu dia mmg bersemangat!!

Rasanya lepas ni bakal menyepi lagi. Christmas pun tak lama lagi. Auntie aku suruh balik kampung awl sikit tolong dia buat preparation untuk Christmas. Kalau balik kampung, aku memang tak dapat nak online langsung. Bila tak dapat online harus la tak boleh nak bermuka buku, belog dan layan drama korea online.

Nasib baik auntie aku dah upgrade Astro kat kpg kepada Astro Beyond... Makanya adalah channel TV favourite aku... Channel One HD.... idok la aku ni boring sangat.. ngeeee ^_^

Esok kena buat beberapa auto publish entries before balik kampung.... Harap - harap aku rajin la! ^_~

Tuesday, December 20, 2011

Someday~ by U-kiss

Hidup kita ibarat roda yang berputar-putar. Adakalanya kita akan berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Itu memang sudah ditetapkan olehNYA. Terpulang pada kita sendiri bagaimana hendak mengemudikan jalan iaitu arah putaran kehidupan kita sendiri.
Mula-mula dengar lagu ni masa tonton Channel One kat Astro, rancangan K-Pop Inkigayo. Masa tu belum ada perasaan lagi. Tapi bila sudah beberapa kali dengar, baru tertarik dengan:

1) Muziknya - slow dan mengasyikkan... ** aku mmg gemar muzik mcm ni... tak suka bingit-bingit**

2) Liriknya - pada mulanya hanya faham lirik yg berbahasa inggeris sahaja... Lps dgr 2/3 kali tangkap sikit mksd dlm bhs korea dan terus google maksd keseluruhan....


Sometimes hit, sometimes miss, it’s always like that
Just do it right tomorrow, it’s just a small mistake 

Sometimes bottom, sometimes top, sometimes number 1 
Getting 1st place, you can only go down 

Without it, just live without it 
It’s just greed you have before you win it oh 

Your suffering now is a sign of your hard work 
Everybody knows you tried 
Everybody knows it’s alright 

You get some right, you get some wrong 
Although tiring there will be days to smile 
When you fall down, when you get up 
Although tiring, there will be days to smile, eventually a day to smile will come 
If it’s separation, just let her go 
She might show lying tears, maybe it wasn’t destiny 
People who have to go, just go 
Sure being next to them it might happen oh 
Being tired right now 
It’s just evidence of your love 
Everybody knows you tried Everybody knows it’s alright 

You get some right, you get some wrong 

Although tiring there will be days to smile 
When you fall down, when you get up 
Although tiring, there will be days to smile, eventually a day to smile will come 
The past is the past is the past 
Previous memories 
It’s the past 

The long painful days 
The Past is the past is the past 
The days to forget you~ 

Everybody wins sometimes 
Everybody knows you lose some 

You get some right, you get some wrong 
Although tiring there will be days to smile 
When you fall down, when you get up 
Although tiring there will be days to smile, 
Eventually a day to smile will come 
Eventually a day to smile will come

Sangat memberikan ku inspirasi. Part yg plg aku suka Although tiring there will be days to smile. When you fall down, when you get up. Although tiring, there will be days to smile, eventually a day to smile will come. The past is the past is the past. Previous memories. It’s the past    ** utk aku as woman, tukar yg HER to HIS hehehe **

::: ALLAH knows what is the best for you. No matter what, live must go on!!! :::

Sedikit gentar @_@

Salam semua. Eh, ada ke yang sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni?? Maaf la ye aku ni kdg-kdg kalau ada mood, mmg byk n3 aku buat. Bila mood tak de, mcm gini lah huhuhu sunyi beberapa hari tanpa n3.... Entah bila nak rajin sentiasa *_*

Sebenarnya Jumaat minggu lepas, aku balik kampung Mak aku. Bermalam kat sana 3 hari sebab cousin aku kahwin. Family sebelah mak aku ni berbangsa bidayuh, kiranya aku ni campuran Melayu - Bidayuh la. Bapa aku Melayu, mak aku pulak Bidayuh Islam. ( Hanya my mum yg convert Islam, family dia yg lain still kristian lagi...) Kalau diikutkan, kiranya inilah pengalaman pertama aku attend majlis kahwin bg non-muslim. Sebelum ni mmg tak pernah lgsg nak pergi huhuhu


Hanya gambar di atas sahaja yg dpt aku ambil, itu pun hasil ihsan my cuzzy Nadia. Mesti korang tercari-cari mana pengantinnya hahaha Pengantin time ni tengah tunggu turn nak naik atas pentas. Yang kat dalam gambar tu bapa pengantin lelaki. Lau nak tengok gambar pengantin tengok je yg terpampang kat banner tu. ^_~ 

Siapa pulak cousin aku?? huhu Pengantin perempuannya la cousian aku. Kalau nak ikut sebenar - benarnya salasiah keluarga aku. Pangkat aku kira tinggi sikit dari cousin aku tu sebab bapa pengantin perempuan ialah adik lelaki mak aku. Kiranya bapa sandara aku tu kahwin lebih awal dari mak aku. ** mcm aku pun akan follow trend ini juga**

Beza antara aku dengan cousin aku tu cuma setahun je pun. Mmg mengikut keturunan juga la nampaknya, turn dia dulu dan aku kemudian hahaha Adakah??? Oh, dalam hati ada sedikit gentar....@_@ ** Harap jgn ada yg tanya aku bila.... aku tidak tahu.....please.... I mean it!!! **

Apa-apa pun aku nak ucapkan Congratulation to my cuzzy 'Marylyn Taylor Frederika' and her husband 'Boniface' on their wedding!!! God bless~

Wednesday, December 14, 2011

Scent of Woman ^_^

Scent of woman.... Cinta abadi yg tiada tolak bandingannya. Salah satu drama terbaik untuk tahun 2011 bagi aku. Siapa yg dah tengok drama ni pasti korang juga akan setuju dengan aku.


Kenapa aku kata cerita ini terbaik??

1. Gandingan pelakon yang cukup mantap.

Aku sangat suka dengan pelakon 'Kim Sun Ah'. Dalam drama ni dia digandingkan pula dengan pelakon lelaki 'Lim Dong Wook'. Sangat jelous tengok Sun Ah dalam drama ni. Dah la digandingkan dengan namja yg hensem tahap tak hingat..... Tengok body dia dalam drama ni pun perghhh sangat berbeza kalau nak dibandingkan ketika dia berlakon dalam 'My Name is Kim Sam Soon'. Dari bertubuh gempal bertukar menjadi kurus melidi.... Bila la aku dpt jadi mcm tu??? weee *_^ Lakonan dia org mmg mantap sebab aku boleh turut sama menjiwai watak.....


2. Jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Kisah cinta yang mendalam.... Setiap part cinta dalam drama ni aku boleh turut merasainya.... ^_^ Bila part gelak, turut sama ketawa. Bila menangis, turut sama menangis.... (Boleh dijadikan semangat utk para pesakit Kanser.... No matter what, live must go on!!! )

3. Panorama dalam drama ni chenca daebak....

Oh, yang ni paling aku suka. Kebetulan pula hero dalam drama ni menguruskan sebuah syarikat agen pelancongan. Maka banyak lah tempat - tempat menarik kat Korea yg aku tak pernah tahu sebelum ni, dia org promote skali.... dah la aku sangat suka pantai.... huhuhu sangat teruja!!! 


4. OST yg buatkan aku terasa dibuai-buai.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Korang layan dulu drama ni baru akan memahami apa yg aku ingin sampaikan. Salah satu OST yg asyik aku replay, entah berapa kali agaknya aku dok replay!!! Sing by Junsu JYJ... You are beautiful ^_^ Wanjan Daebak!!!!!!!!!!!!!!


Eonje??

Nampaknya tinggal beberapa minggu lagi, 2011 bakal melabuhkan tirainya. Alamak!! Dah nak tahun baru ke?? It's mean 2012 dah tak sabar - sabar nak say hai to us ^_^

Dalam beberapa hari ni mood aku nak update blog kurang sikit. Hari tu kan aku kena install balik my lappy, so beberapa fail aku hilang. 'Photoshop' aku punya program pun hilang. Agak susah sikit nak edit gambar, screen pages dan berbagai-bagai lagi lah! huhuhu kena dowload balik nampaknya *_*

Oh ya, pasti ada yg tak faham apa kejadahnya tajuk n3 aku tu. Eonje tu bahasa korea yg maksudnya ialah bila, when..... Hmmm, aku pun tak tahu bila agaknya rutin aku ni akan bertukar.... I need my sprit back.....

Eonje?? 
Happiness come to me?
Spirit and love come back to me?
~ Sarang Pyeonji ~

Sunday, December 11, 2011

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part1 awesome!!!

Finally finish watching the best ever movie, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1... It's awesome!!! The love among Edward Cullen and Bella Swan become more thigh and I like all the romance part huhuhu Don't 'naughty' think ok ^_~


Can't wait for Breaking Dawn Part 2. The continue story for the changes of Bella, from human turn to vampire and their baby 'Renesmee'.... ***** for this movie... Awesome!!!

sekian kali selepas 3 tahun~

Semalam laptop aku masuk bengkel. Setelah 3 tahun usianya baru semalam laptop aku buat hal. Sebelum ni mmg lappy tu dah 'nyawa-nyawa ikan' pun sebab asyik jammed pastu lambat giler nak loading. Tak sangka bertahan juga untuk beberapa bulan dan baru semalam lappy ni dah tak boleh nak on huhuhu terus KO.

Teingat balik kali pertama aku beli laptop ni. Selepas duit pinjaman dari MARA keluar, tanpa berlengah-lengah terus ajak member temankan aku pergi Jusco beli laptop. Kalau dah da duit harus cepat beli takut lain yg aku beli nanti. Lagipun masa study, laptop ni mmg sangat-sangat penting.... assignment semua memerlukan laptop. 

Tarikh beli 2 March 2008.... Semalam 10 Disember 2011... kira dah 3 tahun lebih la kan.... Sebab itu aku sayang sangat lappy aku ni. Even sebelum ni segala macam virus yg datang menyerang, ia masih boleh bertahan lagi.... Mungkin semalam lappy aku ni mmg dah koma sangat hehehe nasib baik format balik tadi, charge nya tak mahal sangat....

Cuma yg aku agak terkilan, semua gambar terbaru aku, lagu-lagu korea dan beberapa koleksi wallpaper korea yg tak sempat aku backup hilang semuanya!!!! Dah nasib badan.... Redha je la.... Mungkin hikmahnya nak aku lupakan segala kisah lampau.... Start a something new...Yeahh ^_^

Friday, December 9, 2011

movie+drama+novel


Blog menyepi beberapa hari sebab busy dengan novel.... ASST sudah berjaya aku khatam dalam masa satu 1/2 hari hehehe. Nanti cerita panjang pasal ASST di lain n3.... Yang penting mmg asyik terbayang-bayang watak 'Hilman Yong'... Bahagianya hati andai dapat menjadi seperti 'Puteri Intan Zulaikha'.... ^_^


Done with ASST, Uda&Dara pulak menunggu giliran. Tapi rasanya kena postpone dulu, sebab kena baca dua novel Ramlee Awang Murshid yang aku pinjam dari Perpustakaan Awam tempat aku.... 'ADAM dan Mikhail'...Kalau tunda nanti sampai dateline kena bayar denda pulak. Dah berhabisan romantik, kita beralih kepada thriller pulak... Puas hati sangat!!!!!!!!!


Teringat pulak kat CD 'Breaking Dawn Part1' yang aku dah beli, alamak macam mana boleh terlupa!!.... Gara-gara terlayan novel, terlupa pulak aku dah beli 3 movie baru dan 1 drama korea..... Ok lah, mengundur diri sebentar.... Nanti kita cerita panjang-panjang lagi..... Nak dating dengan Edward Cullen dulu hehe ^_~

Tuesday, December 6, 2011

Big Apple Donut is the best!!!

Bila dah lama tak makan, tiba-tiba teringin pulak. Rasanya dah berbulan-bulan aku tak makan..... Bila puasa ni mmg mcm2 benda yg teringin sgt nak makan...... So, bila dah teringin harus ko pergi beli... Karang tak pasal meleleh air liur dek teringat dengan donut Big Apple..


Cuba teka donut apa yg menjadi pilihanku?? Hehehe


Kalau dah nama hantu cheese... mmg cheese la yg menjadi pilihan hati.... Selain tu aku suka kuaci dan almond. Yang warna hitam tu ialah oreo... adik aku punya pilihan..... Kena rasa semua baru puas hati, so aku dan adik aku akan bahagikan setiap donut kepada dua bahagian..... nyum... nyum.... ^_^

Salam Hari Asyura'

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH... Tamat juga puasa sunat ku selama dua hari iaitu bermula semalam hari Isnin bersamaan dengan 9 Muharam diikuti dengan hari ini Selasa bersamaan dengan 10 Muharam. Salam Hari Asyura buat semua umat Islam... Moga sempena hari yg penuh barakah ini akan memberikan kita seribu pengertian dan nikmat yg besar....

Apa sebenar yg terjadi pada hari Asyura?? Semalam aku ada baca beberapa kisah penting yg berlaku pada hari Asyura di wall junior sekolah aku dulu....>>>

-Nabi Adam as. diciptakan di syurga, taubatnya diterima oleh Allah,
-Bahtera Nabi Nuh as. berlabuh di gunung Judi,
-Allah membelah lautan melalui tongkat Nabi Musa as.,
-Tentera Fir’aun ditenggelamkan,
-Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan paus,
-Nabi Yusuf as. dikeluarkan dari sumur,
-kaum Nabi Yunus diterima taubatnya,
-Nabi Ibrahim as. dilahirkan dan selamatkan dari api,
-Nabi Isa as. dilahirkan dan diangkat ke langit,
-Nabi Ya’qub as. dipulihkan penglihatan matanya
-Nabi Ayyub as. dihilangkan petaka yang menimpa dirinya
-Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.

:: Moga sentiasa berada di bawah payungan rahmat ALLAH ::

Akhirnya, kumiliki jua ~ ASST

ASST, singkatan untuk 'Awak Suka Saya Tak?'. Mula mengenali  ASST melalui blog kawan sekolah aku, ZahidahWahid Katanya, kisah ini mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila watak 'Hilman Young' hero dlm ASST dibayangkan seperti pelakon Korea 'Dennis Oh'... Ia betul-betul membuatkan hati aku tertarik utk membaca sedikit demi sedikit coretan ASST di blog kak MelurJelita. Sekali sudah terjebak, mmg susah nak larikan diri. Terbukti ianya mempunyai kelainan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan novel cinta yg lain.

Setelah menunggu beberapa bulan, akhirnya berjaya juga kumiliki novel ASST ini.


Kebetulan kawan aku Enot pergi ke KL, aku minta tolong dia belikan aku novel ni. Selain ASST, aku pesan juga utk belikan aku novel terbaru Aisya Sofea, Uda dan Dara.Thanks chingu!!! ^_^


Terasa sangat puas hati bila dua novel ini sudah berada dalam gengaman tangan hehehe Tak sabar rasanya nak khatamkan kedua-duanya.


Bila tengok plastik Kedai Buku Minerva tu, tiba-tiba terasa rindu pulak kat KL..... Org2 KL mesti dah sedia maklum kan... Kalau nak beli novel dengan harga yg murah seharusnya Minerva Bookstore menjadi pilihan.... Cuba teka berapa harga dua novel yg aku beli ni?? Percaya tak kalau aku kata harganya cuma RM45.60 sahaja.............. ^__^  Kalau ikutkan harga sebenar, if Semenanjung, ASST (RM35) - Uda dan Dara (RM22) jumlah utk kedua novel ni RM57.00.... Kalau utk Sabah/Swk, ASST (RM38) - Uda dan Dara (RM25) total semuanya RM63.00.......See betapa murahnya harga utk dua novel yg aku beli tu lepas 20% diskaun....Minerva Bookstore mmg terbaik!!!!!! Awesome ^_~

Sunday, December 4, 2011

What should I do??

Tiba-tiba terasa seperti melakonkan babak dalam drama korea. Babak bila hero dan heroin berlari-lari sambil berpegangan tangan. Bunyi memang nampak romantik. Cuma mungkin bagi situasi aku ia agak berbeza sedikit. Kenapa?? Nanti aku huraikan cerita seterusnya.... Mimpi memang indah belaka, bila tersedar dari mimpi... Oh, menganggu naluri dan emosi..... Ottoeke??? Wae?? 


In my dream::: Tanpa sedar tiba-tiba kamu muncul. Seperti biasa, di mana kamu pergi ( zaman sekolah dulu ) pasti ada sahabat karibmu 'Serey'.... Aku pulak ditemani sahabatku 'Mimi'.... Dalam mimpi, kurang jelas apa arah tujuan sebenar kita. Seperti kita menapak ke arah shopping mall. Lepas tu kita mula berpasangan, aku dan kamu... manakala 'Serey' tiada pilihan lain selain 'Mimi'. Bila dah berpasangan, masing2 ada arah tujuan sendiri. Aku dan kamu jalan2 sambil cuci mata tengok barang.... Pasangan 'SM' pulak entah ke mana menghilang.

Bila dah boring dalam shopping mall, kamu ajak aku keluar ambil udara segar... Tengah syok jln2, tiba-tiba ada pengumuman. Kiranya berbunyi macam ada demonstrasi jalanan.... Orang awam diingatkan supaya berhati-hati. Aku dan kamu tidak mengendahkan pengumuman itu. Cuma apabila ternampak ada yg membaling batu baru aku dan kamu lari.

Dari situ lah bermulanya babak dalam drama korea.... Aku pegang tangan kamu kuat giler.... Kamu pun sama.... Kita pasangan yang berlari seolah-olah masuk acara lumba lari 100meter.... Entah berapa jauh la kita berlari. Bila dah sampai di Stesen Bas, baru kita berhenti. Masa tu manusia mmg ramai sangat... Pihak Polis pun banyak sebab nak kawal keadaan. Aku dah risau sebab tak jumpa pasangan 'SM'.... Masa tu, pegangan tangan langsung tak lepas pun...

Dlm ramai2 manusia, kita cuba mencari pasangan 'SM'... Nasib baik selang beberapa minit, dia orang pun muncul... Baru lega rasa hati... Masing2 cuba menarik nafas lega dan bercerita apa yg telah terjadi... Masa kamu sibuk berbual dengan 'Serey' dan 'Mimi'... aku pulak seolah-olah di dunia sendiri sebab asyik tengok manusia lain mungkin disebabkan terlalu penat berlari tadi....

Mungkin kamu perasan yg aku seolah-olah di dunia sendiri, kamu cuba tegur aku.... Pakaian aku mmg agak selekeh masa tu.... Rambut pulak kusut-masai akibat berlari tadi.... Tiba-tiba kamu selak rambut aku supaya nampak kemas kembali..... Tup... Tap... Tup... sedar dari mimpi........

In reality:: Bila sedar je dari mimpi tu.... Respon aku?? Speechless.... Perasaan mmg mcm dibuai-buai je... Lebih2 lagi sebab bila kamu buat mcm itu, nampak kamu caring sgt psl aku... Hakikatnya, itu hanyalah 'mimpi'. Kalau in reality, mana ada kita berpegangan tangan.... Bukan muhrim mana boleh kan... lagipun aku bertudung, mana la kamu boleh main selak-selak rambut aku..... Lagipun kisah antara aku dan kamu sudah setahun lebih menyepi tanpa kata putus.... Ibarat kisah yg terhenti tanpa penamat cerita....???????

:: Oh, no!!! Andheyo!! Nampaknya kamu muncul lagi dalam mimpi aku.... What should I do?? Aku penat sebenarnya...... Aku cuba menguatkan diri sendiri agar tidak memikirkan pasal kamu lagi.... Tapi, kamu muncul juga dalam mimpiku....... Tuhan, bagi aku kekuatan.......~ ::

2 things in 1 days~

Keep going on!!!.. No matter what, you should believe one thing >> "ALLAH knows what is the best for you"...

Kata-kata tersebut sering ku tanam pada diri sendiri di kala menerima sesuatu perkara yg tidak mengembirakan hati. Sebenarnya, hati kecilku sendiri sudah berkata, yg aku mmg tidak akan pass untuk ke next step huhuhuhu sebabnya?? Ada banyak sebab yg boleh aku huraikan di sini. Namun, rasanya apa yg sudah berlaku buat apa hendak dikenang kembali kan?? Past is past ^__^

Tidak cukup dengan satu perkara, satu lagi perkara yg buatkan aku betul-betul sedih. Anak kucing kesayangan aku mati kena langgar pagi tadi!!!! Ya ALLAH, mmg aku sgt sedih sebab anak kucing itu adalah kucing kesayanganku. Teringat detik terakhir aku bermain dengan 'Si Olen'.... Air mata kesedihan mmg tidak dapat ku bendung.... Petang semalam mak aku marahkan 'Si Olen' sebab minum air milonya. Dah dinamakan anak kucing mana tahu erti kena marah.... Lepas itu, 'Si Olen' ikut aku masuk ke bilik aku. Siap aku tunjukkan padanya gambar kucingku yg lain. Ingatkan hendak mengambil gambar 'Si Olen' namun tidak kesampaian kerana suasana bilik yg gelap lagipun 'Si Olen' sudah mengiau minta keluar....

Tak sangka itu detik terakhir 'Si Olen' dengan aku.... Maafkan aku 'Si Olen'.... Dulu aku hampir juga mencederakanmu. Niat untuk memberi pengajaran padanya disebabkan terlalu nakal, aku terbaling 'Si Olen' di atas lantai mozek. Mengerang kesakitan 'Si Olen'.... Melihat keadaannya ketika itu mmg membuatkan aku ketakutan... Adakah aku akan menjadi seorang pembunuh??? Aku selama ini yg menyayangi kucing sudah bertukar jadi seorang pembunuh kucing??? Oh, tidak............

Setelah beberapa minit mengerang kesakitan, baru 'Si Olen' ok kembali. Ah, lega rasanya hati...... Bagi mengelakkan kesan sampingan yg lain, setiap hari aku bagi 'Si Olen' makan vitamin. Sejak peristiwa itulah 'Si Olen' menjadi semakin rapat denganku..... Namun, takdir ALLAH tiada sesiapa yg dapat menghalangnya..... Kau pergi jua 'Si Olen'... kucing kesayanganku.......

:: Moga ada lagi sinar untukku.. ALLAH knows what is the best for me.. ^__^ ::

Saturday, December 3, 2011

Resepi Kimchi Korea

Atas permintaan sahabat aku, yang nak kan resepi Kimchi Korea yang aku buat .... maka aku persembahkan n3 ini untuk tatapan kalian semua eheehehe ^_^ Pada mulanya, aku dah jumpa macam2 resepi utk buat kimchi ni. Ada yg perap kobis dengan garam dulu baru digaul dengan pes cili dan ada yg gaul terus dgn pes cili. Ada juga yg mengunakan bahan2 yg sgt susah nak didapati di M'sia ni. Oleh itu, hasil pemerhatian aku, ** ceh, ingat ahli saintis ke?? ** aku gabungkan dua resepi menjadi satu... Jom-jom try >>>


RESEPI KIMCHI KOREA ^_^

Bahan 1:

Kobis besar, 2 sdm garam

( Kobis dibasuh dgn bersih dan ditoskan. Selepas itu, gaulkan kobis dengan garam dan dibiarkan semalaman)

Bahan2: Untuk menghasilkan Pes Cili

20 biji cili kering - disangai tanpa minyak
1 ikat daun bawang
3cm halia
3 ulas bawang putih
2 sdm sos ikan
2 sdm gula perang
1 labu bawang besar
serbuk perasa

(kisar bwg putih, halia, bwg besar dan cili kering. Gaulkan bahan yg sudah dikisar tadi dgn sos ikan. gula perang, daun bawang dan serbuk perasa. Setelah itu, biarkan pes cili ini selama 30 minit)

Last sekali, ambil kobis yg sudah diperap dgn garam semalaman. Gaulkan dengan pes cili ini. Boleh dimasukkan di dalam peti ais. Boleh dimakan setelah 2 hari. Makin lama ia diperap, makin sedap... ^_^

So, kawan-kawan// Apa tunggu lagi, silalah mencuba^_~ ... Kimchi ni boleh dimakan dengan nasi panas, dibuat nasi goreng, lempeng, bubur, sup.... masak dgn ikan, stu..... mcm2 la boleh hihihihi Kalau terasa nak makan dengan maggi Kari pun sedap!!! Chenca daebak~

Friday, December 2, 2011

Setelah sebulan menggunakan Virgin Coconut Oil (VCO)

Ini salah satu n3 yg diperap selama seminggu. Setelah mengarap ayat-ayat utk n3 ini, bila broadband buat hal semua tak menjadi *_* Aku sudah berjanji dengan Cik Amni, iaitu stokis VCO di Kuching dan juga seorang blogger, nak buat review pasal VCO after 1 months. Boleh klik sini Yerdeh Jiwang untuk ke blog beliau...

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH... setelah sebulan lebih aku menggunakan produk ini. Ia mmg memberi kesan yg amat positif >>> 

1. Tiada lagi masalah kulit kering

Aku mempunyai masalah kulit yg kering terutamanya di bahagian T-Zone. Satu sikap buruk aku yg tak dapat nak ubah, sangat malas nak guna krim pelembab muka.*_*  Kalau mood rajin dtg baru nak pakai dan dalam sebulan boleh kira berapa kali aku letak krim pelembab di muka.


TETAPI setelah seminggu mengamalkan VCO ni, ALHAMDULILLAH masalah kering di T-Zone muka aku sudah tiada.... Aku sangat suka dengan kulit wajah aku sekarang.... rasa lembab sepanjang masa dan lembut hihihihi jerawat pun say bye-bye....  no worries anymore!!!

2. Tiada lagi masalah sembelit


Aku bukanlah mengalami masalah sembelit yang agak teruk. Cuma kadang-kadang dalam dua hari ada time nya aku langsung tak 'membuang' pun. Setelah dua minggu mengamalkan VCO, ia sudah memberi kesan pada sistem pencernaan aku. Tak sah kalau tak 'membuang' dalam satu hari. Pastu kalau ada masa yg aku melantak 'makan besar' sampai berkali-kali aku keluar masuk toilet. Pendek kata, VCO ini turut membantu dalam proses penghadaman makanan. Lepas makan, aku mmg wajib singgah ke toilet ^_^

3. Tiada lagi masalah sengugut

Biasanya kalau 'first day' aku datang period mmg terasa sakit juga. Tetapi dgn adanya VCO ni aku tak terasa sakit langsung masa period. Bulan lepas boleh pulak aku tak sedar yg aku datang bulan, sebab mmg tak terasa langsung dan hanya perasan bila terasa ada mcm bendalir yg mengalir hiksssss ^_^

Kiranya itulah antara kesan positif bila aku amalkan VCO ni. Bak kata Cik Amni, kesan yang diterima oleh setiap orang adalah berbeza mengikut hormon masing-masing. Bagi aku, seminggu pertama penggunaan VCO ini sudah menampakkan hasilnya. Syukur sangat2 kerana sudah menjumpai produk yg btl-btl berkualiti.


Hari tu masa Cik Amni buat promosi dengan harga RM39.00 sebotol, aku beli dua botol. Satu untuk aku dan satu lagi untuk emak aku sebab dia bagi duit kat aku suruh beli lagi satu botol. Ingatkan untuk dia rupa-rupanya, dia bagi aku beli lebih sementara ada promosi.... Satu botol selesai sudah, sekarang ni dalam proses untuk botol yg kedua ^_^ 

Cik Amni, next month kmk order agik ngan kitak.... ada baca n3 kita yg 'Harga berpakej, lebih murah'... hehe menarik!!!!!!
:::::: Bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut lagi pasal VCO ni boleh je singgah ke blog Cik Amni....sila rujuk link yg aku bagi tadi...... Aku yakin korang juga akan berpuas hati ^__~ ::::::

Sekitar konsert Maher Zain di Kuching...

Ini salah satu n3 yg aku perap selama seminggu dek broadband buat hal. 19 November yg lepas berlangsungnya secara live konsert Maher Zain di Kuching, aku ada story di n3 sebelum ni yg aku menang tiket konsert Maher Zain. Malam tu, aku ingatkan aku adalah orang terawal yg sampai di Stadium Perpaduan. Rupanya ada beribu lagi manusia yg datang awal lagi dari aku. Parking memang semua dah full dan aku terpaksa parking jauh sikit dari stadium.

Dengan meredah hujan nya lagi, nasib baik tiket aku M1 kira tiket mahal hehehe So aku tak payah nak berebut dengan beribu-ribu peminat Maher Zain yg lain... Bila dah masuk ke dalam Stadium.... Wow, tak sangka ko... Penuh juga..... Mmg terkejut aku.... tengok manusia yg memenuhi stadium hihi Bukan hanya peminat Maher Zain di Sarawak je yang datang, peminat Maher Zain dari Indonesia, Brunei dan Semenanjung M'sia juga dtg..... 

Apa-apa pun, konsert Maher Zain ni mmg terbaik!!! Dengar cd dan live mmg tak jauh beza.... Ini menunjukkan yg Maher Zain mmg seorang artis yg berbakat dan terbaik.... Serius aku cakap bila aku dgr live mcm sama aku dgr cd... Cuma LIVE lagi best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan aku boleh nampak penghayatan Maher Zain masa menyanyikan lagu beliau terutamanya lagu ' Alhamdulillah - Thank You ALLAH'.....

Tak banyak sgt gambar yg aku ambil masa konsert tu... Sebab aku leka menghayati nyanyian Maher Zain. Mmg terbaik dan air mata aku turut mengiringi penghayatan tersebut...All praises to ALLAH~

Stadium yg dipenuhi dgn peminat Maher Zain

Irfan Makki ^_^

I love this pic.... aku capture sbb nampak mata MZ berair... masa nyanyi lagu 'Alhamdulillah'

We all love Maher Zain....

Thank You MZ... may ALLAH bless ^_^

Air tanganku~ Kimchi Korea

Kalau sudah gila Korea, apa saja pasal Korea mmg aku minat.... Bukan setakat drama, movie, lagu atau artis Korea saja.... Makanan korea pun aku suka.... Hari tu aku saja nak try buat 'Kimchi'... Sebelum tu aku nak story sikit pasal Kimchi ni.....

Kimchi ni adalah makanan yg mmg popular di kalangan org Korea.... Ia adalah sayur kobis yang dijerukkan dengan pes cili dan bhn-bhn lain seperti bwg putih, halia dan sos ikan. Rasanya agak unik, bagi org Korea mungkin mereka sudah biasa dengan kimchi ni. Kalau bagi sesiapa (bukan org Korea) yg kali pertama nak try kimchi, kena pastikan anda sediakan air minuman yg secukupnya. Sebab Kimchi ini agak pedas ditambah lagi dgn rasanya yg masam dan sedikit manis. Pendek kata rasanya mmg unik...

Nak tengok tak kimchi yg aku buat??? Hehehe masa buat kimchi ni mmg terasa seperti aku ni org Korea.... hahaha masa mengaul kobis dgn pes cili yg aku buat, aku teringat dgn drama Korea. Kebanyakkan drama Korea mmg ada tunjuk babak dia org buat Kimchi......


Dari segi rupa mmg dah menjadi hehe cuma dari segi rasanya belum betul menjadi lagi. Tapi buat percubaan yg pertama, bagi aku itu sudah pencapaian yg agak memberansangkan hehehe ** Pujian utk diri sendiri. Cili kering yg aku guna utk buat pes tu tak pedas sangat.Sebab tu rasa kimchi aku tak pedas dan rasa halia sgt menguasai kobis. Bila Kimchi aku siap dijerukkan selama beberapa hari..... Saja pulak try buat nasi goreng Kimchi......Tadaaaaaaaaaaaaaaaa


Ada gaya tak??? Rasanya kalau 'calon mertua aku org Korea' pass tak ujian??? hahaha mengarut sudah....... Makanan korea tak susah pun nak masak. Cuma ada sesetengah bhn masakan yg susah sikit nak jumpa kat tempat aku ni. Kesimpulan yg dpt aku buat setelah pelajari beberapa jns makanan Korea.... Org Korea suka makanan yg agak pedas dan masam... Kalau part pedas mmg sama je dgn aku.... Aku suka makanan pedas... So boleh la 'kamceng' dgn org Korea ^_^

:::::: Pasni nak cuba buat jjangmeong.... Sejenis mi yg dimasak dgn pes kacang hitam.... yummy ^_^ ::::::

Akhirnya, sudah kembali ^_^

Setelah seminggu aku hidup tanpa internet, akhirnya baru hari ini broadband aku sudah kembali berfungsi. Mingu lepas aku dah siap pindahkan gambar ke laptop, pastu dah plan ayat-ayat cinta yg bakal aku garap utk beberapa n3. Sekali bila nak connect broadband ke laptop..... Kecewa..... hijau je warna mmg lansung tak boleh nak connect!!!!

Ingatkan cuma satu hari je problem, rupa-rupanya ia berpanjang sehingga seminggu. Memang frust menonggeng jer hukhukhuk Bila dah ready segala bebagai nak update blog sekali broadband buat hal semua tak jadi. Oleh kerana mmg tak boleh nak online langsung, aku mmg dilanda keboringan yg berpanjangan. Akibatnya, aku layan drama Korea dan Jepun yang lama sudah aku 'jerukkan'. hihihihi

Hasilnya BERJAYA..... Ok, lepas ni banyak lagi n3 yg akan menyusul....~

Tuesday, November 22, 2011

sana - sini bola...

Semua status kat FB dipenuhi dengan status bola. Penat aku membaca... maki - hamun mmg tak pernah lari. Itu yang buat aku malas nak tengok bola kalau ia melibatkan 'domestik' game... Ada je yang tak betul, tak puas hati, pastu menyalahkan pihak lain huhuhu menyakitkan hati je....

Aku tak update lagi pasal konsert hari tu hehehe gambar pun tak transfer lagi ke laptop. Nanti la, insyaALLAH dalam minggu ni juga aku update pasal konsert tu. Sekarang ni, dalam proses nak menghabiskan tonton drama Korea 'Oh my lady!'.... Sudah lama tertunggak so kena tengok sebelum penghujung tahun ni....

Jiwa sekarang rasa tenang.... Penangan 'Maher Zain' mmg kuat.... Aura dia, dengan suara beliau yang memukau fuhhhh mmg menusuk ke kalbu..... Terasa rindu pulak kat beliau.... Apa - apa pun konsert beliau malam tu mmg best..... Mari, layan sama lagu baru Maher Zain, duet dengan artis dari Pakistan, Irfan Makki.... 'I believe'...


Saturday, November 19, 2011

Maher Zain live in Kuching ^_^

This is auto publish n3 hehehe Live from Maher Zain's Concert in Kuching!!!


I'm at Stadium Perpaduan, Kuching now... Ready for concert yippiieeeeeeeee It's Maher Zain..... Lets all together, sing the song... All praises to ALLAH.... ^_^

Posto!!! Posto!!!

Petang semalam bila sampai di rumah, mak aku bagitau ada posmen hantar bungkusan. Wah, cepat juga bungkusan itu sampai. Memang servis yang sangat pantas......


Nak tahu apa yg ada di dalam bungkusan ini?? Hehehe hari tu mak aku suruh order 'Footpatch'. So, aku order online je. Selalunya aku beli dari kawan masa duduk menyewa dulu. Oleh kerana kawan aku itu sudah balik ke Igan nun jauh di Utara Sarawak. Aku pun dah lama tak jumpa dia. Nak senang, kawan aku tu bagi link utk aku beli online sendiri. 


Ada 50pcs semuanya. Harga yang dibagi mmg berpatutan. So, kalau korang berminat juga nak dapatkan footpatch ni boleh klik ke sini Znl Multicollection Shop

Tiket utk malam ini ^_^

Semalam, aku ditemani adik aku dan my cuzzy pergi ambil tiket konsert Maher Zain di office Utusan Sarawak. 5 minit sebelum jam 3.00 petang kita orang dah sampai kat office Utusan Swk. Bila dah sampai di sana, rupanya ramai lagi pemenang lain yg dah sampai. Terkejut juga aku tengok manusia yg ramai. Ertinya ramai juga la pemenang utk contest tu.

Tepat jam 3.00 petang, baru staff Utusan Sarawak suruh kita orang beratur... Oleh kerana tempat duduk yg available ada 3 jenis.... Sila rujuk pic di bawah >>


Nampak ke tidak pic tu?? Pinjam dari Mr Google... Takpe aku terang sikit bagi korang faham.. Ada tak tempat yg colour kuning. Itu adalah tempat duduk utk tiket yg plg murah iaitu RM 103... yang hijau pulak RM203 dan yang paling mahal yg colour merah tu... Cuba teka berapa??? hahaha RM303.... Kalau in reality, sanggupkah aku mengorbankan RM 303 itu utk tiket konsert semata-mata???

Disebabkan ada 3 jenis seat, staff Utusan Swk suruk kita orang sendiri yg cabut undi. Sebab kalau dia org yg pilih seat utk kita org, macam tak adil pulak kan.. YES, aku agree sgt2 tempat staff itu!!!! ^_^ Apa lagi semua pemenang excited... Aku pun berdebar-debar gak huhuhuhu nak dapat tiket yg plh mahal!!!!!!!!!!!! Tamak haloba betul hehehe ^_^

Bila sampai turn aku utk undi, dgn ucapan 'Bismillah' hehehe nervous ko time ni.... Jeng...Jeng.... staff tu siap gurau-gurau lagi kat aku.....


Syukur sangat-sangat.... Dapat seat paling mahal hahaha if kalau beli, tiket ni harganya RM303.00.... Aduh, boleh diguna utk bayaran bulanan kancilku hehehe Apa-apa pun thanks ALLAH,,,, rezeki yg berbaloi-baloi. Dah la nombor seat aku tu 36, my favourite number 3 and 6 hehehe

Tiket konsert utk malam ni sudah selesai... Tidak sabar utk jumpa dengan Maher Zain.... For staff Utusan Sarawak yg peramah semuanya... Thank a lot... Moga business Utusan Sarawak akan bertambah maju.... Aku suka staff dia orang...Peramah sgt2 dan tidak lokek dgn senyuman... Wartawan kena macam tu baru org ramai suka ^_^ 

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah, got free ticket for Maher Zain Concert

Petang tadi hujan turun lebat giler. Dalam jam 4.04 petang, telefon aku berbunyi... tengok nombor yg muncul kat skrin, 082-4__ , nombor yg aku tak kenal... Takut-takut juga nak angkat.... Tapi angkat je la mana tahu ada perkara penting.

Si Pemanggil: Hello. Assalammualaikum. Tok Nurul Izah nak?? (ni Nurul Izah ke?)
(Cakap Sarawak la... siapa pulak la yg call aku ni? )


Aku: Aok, kmk la tok. (Ya, saya)

Si Pemanggil: Esok boleh sik dalam jam 3 petang kitak datang ke office Utusan Sarawak. ( Esok, dlm jam3 ptg boleh tak datang ke office Utusan Sarawak? )
(Dah la hujan, suara perempuan tu aku tak dengar sangat.... tapi bila dia dah sebut Utusan Sarawak... hmm, hati dan bunga-bunga..... adakah aku dapat?? )

Aku: Boleh. Hmm, ya pasal konsert Maher Zain ka?

Si Pemanggil: Aok. (ya)

Aku: Ok, makseh... (Terima Kasih)

Hari tu aku join contest sebab lau nak beli tiket konsert memang aku tak mampu hehehe So, cuba la nasib mana tahu rezeki kan?? Lagipun cara nak join contest tu sng je. Cuma perlu jawab 3 soalan dengan betul, guna borang penyertaan yg original dalam surat khabar Utusan Sarawak atau The Sarawak Tribune..... Pastu kena juga attach sekali keratan surat khabar.


Alhamdulillah.... rezeki aku... Tak sangka dapat juga... Dalam banyak-banyak contest yang aku masuk, inilah kali pertama aku menang contest hihihi Syukur tak terkata..... Thank You Allah for this gift.... ^_^

::: Tak sabar rasanya nak tengok Maher Zain live.... Mendengar lagu-lagu yang memuji ALLAH mmg boleh membuat hati ini tenang.... All praises to ALLAH ~ ^_^ ~ :::

Wednesday, November 16, 2011

Keputusan UPSR keluar esok!!!

Esok hari, 17 September 2011.. keputusan UPSR akan keluar.... Budak-budak Darjah 6 mesti tengah nervous giler malam ini. Aku rasa ibubapa dia orang yg lagi nervous kan?? Mungkin sampai tak boleh tidur malam. Asyik fikir apa la result yg anak dia orang akan dapat esok...

Aku pun nervous gak ni. Memikirkan keputusan UPSR sekolah aku mengajar dulu. Harap-harap ok dan prestasi meningkat. Teringat masa aku dapat keputusan UPSR dulu. Aku lah org terawal yg tahu. Ingat lagi petang tu, cikgu aku tiba-tiba tanya aku macam mana kalau aku hanya dapat __A je. ( maklumlah pelajar harapan untuk dapat 5A....) *** Masa tu aku buat muka blur, sebab ingat cikgu aku tu nak gurau je, ala-ala psyco huhuhuhu ***

Keesokkan harinya, bila result dah terpampang kat Papan Kenyataan... Sah... Apa yg cikgu aku bagitau semalam mmg betul.. bukannya gurauan semata-mata.... uhuuuu *_*

Buat budak-budak yg dapat result UPSR esok, moga kalian berjaya semuanya, dapat result gempak belaka.... mesti bangga kalau dapat straight A's


Pastu tak sabar nak tunjuk kat mak dan ayah.... Mana tahu dapat durian runtuh.... Dapat la playstation baru, laptop baru, handphone baru.....bla....bla.... jangan minta rumah sebuah... kereta sebuah sudah la ya.....


Bagi yg tak dapat result superb gempark esok. Jangan pulak kecewa sampai nak terjun jambatan.... ^_~
Dah usaha kan sebelum ni, apa-apa yg berlaku selepasnya... terimalah dengan seadanya.... Cuba lagi untuk yg akan datang.....

Flash back!!!

2 hari tanpa n3 baru....
Kemalasan melanda lagi...!!!! Tulun..Tulun...
Mood cuma nak blogwalking, g jejak blogger favourite aku ^_^
Pastu lepak dgn my cuzzy, tiba2 datang mood mengenang kisah silam...
Sekali -sekala bila dikenang balik kisah silam...
Flash back ke zaman purbaku... 5 tahun ke belakang... 
Aduhhh, terpanar sedikit hati ini......
Lebih-lebih lagi kalau memori yg melibatkan kisah antara aku dan dia........... @_@

Kehidupan mmg benar-benar menjadikan kita matang...
Pastu teringat dgn satu drama Taiwan yg amat aku gilai zmn dulu-dulu...
Tak silap aku lebih dari 3x aku tengok.....
OST mmg hafal dah....
Terus pergi selongkar kotak Koleksi Dramaku....


Dah lama tak tengok drama 'Prince Who Turn To Frog'......
Drama ni mmg tak pernah boring di kaca mataku....
Bila tengok episod 1, rasa sebak terbit di dadaku.....
Uwwaaaa rindu yg teramat.......
Malam itu aku menangis macam budak kecil......
Sensitif betul hati ini.......
Seribu kenangan yg akan sentiasa mekar di sanubari...

::: Alamak, baru aku perasan, dalam beberapa minggu ni n3 aku dah berubah gaya penuliasan.... semua short sentence ala-ala metafora..... huhuhuhu malas nak mengarut panjang lebar.... lagipun tetiba rasa mcm seronok pulak bila tulis mcm tu ehehehe nak kata sajak, jauh panggang dari api.... hmm, puisi? Fail terus, salah format... << alasan semata-mata *_* :::

Sunday, November 13, 2011

Terjumpa sesuatu yg menarik!!!

Hari tu aku ada meluahkan perasaan aku...
Yang aku rindu sgt nak baca new n3 kat salah satu blog ni...
Sedihh wooo bila blog favourite kita terpaksa menyepi disebabkan sesuatu yg tak masuk akal...

Semalam, secara tak sengaja..
Bila aku dok sibuk men'google' resepi dumpling dan kimchi...
Adoii, tiba-tiba tekak mengiyau nak makanan korea pulak...
Jeng.. Jeng... terjumpa sesuatu.......... menarik!!!!

Cuba teka apakah ia??
Sangat excited bila jumpa seseorang yg menggilai perkara yg sama mcm aku..
Even tak pernah bersua muka....
Walaupun hanya mengenali dia melalui blog......
Bila tahu blogger itu 'Gila Korea' juga mcm aku.....
Itu sudah cukup menarik utk mengeratkan silaturahim ^_^

Patah tumbuh hilang berganti.....
Moga hati ini akan terhibur dgn penulisan blogger itu...
Sambil menyelam minum air...
Baca penulisan dia  sekali boleh belajar pasal Korea...

Blogger itu pernah tinggal di Korea, sure dah mahir sgt dgn Korea...
Cakap korea mmg dah terror aku rasa...
For my new favourite blogger...
Aku gelar dia 'Korean M'sia Girl'....
Annyeong.... Gamsahamnida.. ^_^

Friday, November 11, 2011

ada apa dgn 11/11/11?

Assalammualaikum semua.... Annyong!!!

Semua org dok suka erk dgn tarikh hari ni...
11.11.11... fuyooooo blink2 mata tengok byk giler no1...
Kebetulan pulak tarikh ni jatuh pada hari Jumaat...
Mmg ramai la ambil peluang buat majlis huhuhu

Di kesempatan yg ada ni, aku nak wish congrat...
First, buat kawan yg aku kenal msa praktikal dulu...
Second, senior aku sekolah agama dulu...
Semua dah pakat tukar status...
Dari single ke couple...
Dari Cik ke Puan....huhuhu
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ^_^

Aku?? Bahagia dgn apa yg ada...
Wink ^_^ nak kejar juga tarikh 11/11/11 ni...
Maka inilah n3 special....
11/11/11 pada jam 11.11 malam...

Thursday, November 10, 2011

I will protect you~

Entah kenapa mood hari ni mcm moody sikit....
Hati macam sedih je....
Hmm, tak nak layan feeling mcm ni.....
Cheers up please!!!

Bila moody mcm ni....
layan lagu 'I will protect you by Jaejong'...
mmg boleh bikin air mata turun mencurah-curah....



Romaji
nun teugodo neol baraboji mothae
jichin chueoke heuryojin neoui mameul nan chatji mothae
manhi ulgo jichyeo deo isang mothae
saenggakhaedo neoreul bomyeon gwaenchaneul got gata
jikyeo jugo sipho neoui jalmotdwin nappeun boreutdeul kkajido
himdeun nal utge mandeuneun geoya
jom himdeulgetjiman neol saranghae rago maldo halgeoya
meonjeo nae phume oneun nal kkaji
utji mothae useodo gieok mothae
oneul harudo kkumcheoreom nunteumyeon sarajil got gateun
neol bogodo gyeothae obneun got gata
pyeohyeoni seothureun gabwa neol saranghagien
jikyeo jugo sipheo neoui jalmotdwin nappeun beoreutdeul kkajido
himdeun nal utge mandeuneun geoya
jom himdeulgetjiman neol saranghae rago maldo halgeoya
meonjeo nae phume oneun nal kkaji
hokshi dareun ongireul chatja
naege tteonaga haengbokhae halgeoni
geuraedo neol bonael su eobseo
baby jukgiboda deo apeultaende
naega neol saranghae dareun nugudo ani ne aphe itjanha
naega ni soneul jabgo itjanha
nugungaui pheume julsu obseo aesseo utgo itjanha
bonael su obseo haneun mameul wae
 Translation
I can’t look at you even when I have my eyes open
I can’t find your heart which has become cloudy amongst the worn out memories
I can’t do more because I’m tied and cried too much
No matter how much I think, I think I’ll be okay when if I see you
I want to protect you… even your bad habits make me smile when I’m tired
Although it may be difficult, I’m going to say that I love you until the day you first come into my arms
I can’t smile, I can’t remember even when I smile
today also feels like it may disappear like a dream when I open my eyes
Even when I see you, I feel like you aren’t with me
I guess I’m still awkward at expressing my feelings… to love you
I want to protect you… even your bad habits make me smile when I’m tired
Although it may be difficult, I’m going to say that I love you until the day you first come into my arms
Will you become happy when you leave me to find a different warmth?
Even so I can’t let you go baby
It’s going to hurt even more than dying
I love you.. more than anyone… no, I’m next to you
I’m holding your hand
I can’t give you to anyone else’s arms
my heart cannot let you go…why
credit: Mnet/ Google source