daebak ^_^

Showing posts with label novel RAM. Show all posts
Showing posts with label novel RAM. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Misi hampir selesai!

Tinggal 3 lagi, pastu misi ini akan berakhir dengan jayanya. Korang agak-agak misi apakah yg sedang aku usahakan ini? Hehehe bukannya misi luar biasa pun sekadar misi biasa yg membuatkan aku terlebih excited!!!

Kat n3 ini aku ada tunjuk pic ini >>


Oh, apakah itu?? (Abaikan tulisan yg tak berapa nak betul tu ye) Itu list untuk misi yg tengah aku buat sekarang ni. Misi membaca semua novel karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Sudah hampir selesai dan ini checklist terbaru :

My cheklist for RAM novel :

1. A.D.A.M > done
2. Tombiruo > done
3. Tombiruo Terakhir > DONE (2012)
4. Ranggau > done
5. Rahsia Perindu > done
6. Mandatori >
7. Satu Janji > done
8. Semangat Hutan > DONE (2012)
9. Bagaikan Puteri > cerita epik so skip....
10. Hatiku di Harajuku > done
11. Cinta Sang Ratu > skip
12. Ungu Karmila >
13. Hijap Sang Pencinta > skip
14. Mikhail > done
15. Sutera Bidadari > skip
16. Cinta Sufi > skip
17. 9 Nyawa > DONE (2012)
18. Rayyan Fantasi >
19. Fiksyen 302 > done

Tinggal Mandatori, Unggu Karmila dan Rayyan Fantasi saja lagi. Aku ni tak gemar genre epik ni so aku mmg skip semua novel genre epik tu. Eheeee... ^_^

Selepas selesai baca 'Ranggau' dan '9 Nyawa'.. Bagi aku, kedua-dua novel ini saling berkait. Apa yg plg penting, ia betul-betul menyentuh hatiku.... Terasa aku makin dekat dengan-NYA... Kenapa?? Korang juga harus baca novel tersebut, jawapannya da terdapat dalam kedua-dua novel itu. Terima Kasih RAM kerana menghasilkan sebuah karya yg bukan hanya menarik utk dibaca tetapi turut sama menambat hati pembaca utk mengenali YANG MAHA ESA dgn lebih dekat lagi.... ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!

Sunday, January 8, 2012

Boring -_-

Selalunya kalau hujung minggu pasti ada je aktiviti yg menarik. Tapi hujung minggu kali ini tersangat la boring... Muka pun dah penuh dgn kebosanan... Biasanya hujung minggu mcm ni, aku suka blogwalking ke blog favourite aku. Nampaknya, semua blogger2 favourite aku tak aktif update blog hujung minggu ni. Mungkin menghabiskan masa dengan aktiviti santai bersama family dia orang. keboringan yg teramat -_-

Bila dah boring online, aku beralih pulak ke novel. Novel yang aku beli minggu lepas belum habis baca lagi huhuhu Sejak kebelakangan ni aku lebih menjurus ke kancah penyiasatan la. Malam tadi mimpi ala-ala CSI ko. Penuh dengan aksi dramatik. Inilah kesan dari novel RAM.... Ditambah lagi dengan menonton drama korea Prosecutor Princess semalam ( drama ni keluar tahun 2010, aku terlepas pandang... semalam baru terhegeh - hegeh nak tengok.. ^_^ )

Semalam dah tengok sampai episod 10, malam karang nak habiskan terus hehehe nanti dah habis tengok sampai episod 16 baru komen banyak-banyak. Apa yg pasti, aku sudah jatuh hati dengan Lawyer Seo... walaupun mendekati lead heroin iaitu prosecutor dengan niat yg tidak baik, tapi akhirnya beliau kecundang... Ya, cinta itu bisa menjadi penawar yg baik.... ^_^

Layan lagu ni dulu>>>



Wednesday, December 28, 2011

R.A.M ~ Novelis thriller no.1 M'sia.

Siapa yg tak mengenali penulis thriller terbaik M'sia iaitu Ramlee Awang Murshid aka R.A.M. Karya terbaru beliau ialah Fiksyen 302. wanjan daebak!! Baru selesai aku baca tadi setelah memakan masa selama 3 hari hehehe Unsur suspen yg membuatkan aku berdebar-debar sepanjang tempoh pembacaan. Buat peminat RAM pastikan kalian cepat-cepat dapatkan Fiksyen 302.

Bila dah beli Fiksyen 302, terjumpa novel Ranggau juga... Alamak!!! keliru nak yg mana satu.. Akhirnya rembat dua sekali
Sebelum ni, aku asyik layan novel cinta je. Bukan bermaksud aku kurang berminat dengan novel berunsurkan thriller ni. Cuma kurang pendedahan je hahaha Bagaimana aku boleh melibatkan diri dengan RAM?? Semuanya bermula bila aku menjumpai blog RAM yg dibuat oleh peminatnya. Sejak itu aku terus terjebak ke kancah novel thriller hehehe Terbaik!!! Terasa macam dalam drama CSI dan X-Files...


Apakah catatan di atas? hahaha itu adalah catatan peribadi aku utk novel RAM. Yang colour pink tu maksudnya novel RAM yg keluaran dari DBP bukan under Alaf 21. Yang oren tu pulak, maksudnya novel RAM utk cerita epik (aku agak kurang sikit utk layan unsur-unsur epik ni). 

My cheklist for RAM novel :

1. A.D.A.M > done
2. Tombiruo > done
3. Tombiruo Terakhir >
4. Ranggau > done
5. Rahsia Perindu > done
6. Mandatori >
7. Satu Janji > done
8. Semangat Hutan >
9. Bagaikan Puteri > cerita epik so skip....
10. Hatiku di Harajuku > done
11. Cinta Sang Ratu > skip
12. Ungu Karmila >
13. Hijap Sang Pencinta > skip
14. Mikhail > done
15. Sutera Bidadari > skip
16. Cinta Sufi > skip
17. 9 Nyawa >
18. Rayyan Fantasi >
19. Fiksyen 302 > done

:: Setakat ini aku paling suka Mikhail dan Fiksyen 302.... Tinggal 5 lagi yg harus aku cari... (Aku tak beli semua pun novel tu, yg aku baru beli cuma Fiksyen 302 dan Ranggau.... xmampu nak miliki semua $$ kena banyak ngeeeeeeeee *_~ , selebihnya aku pinjam dari Perpustakaan Awam...) ::