daebak ^_^

Thursday, June 30, 2011

Last n3 for June~

Bulan Jun akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam lagi... sedih nya aku.... Aku tersangat la suka kat bulan Jun ni... My besday, semua ler yg ada kaitan kat aku mmg ada berkait rapat dengan bulan Jun ni.... Jun 2011 dah siap lambai2 nak ucap bye...bye....tak sangka kan dah pertengahan tahun....sekejap je nak hujung tahun.... Alamak, banyak lagi benda yg perlu disettlekan... 

Ayat aku macam tunggang-langgang je kan??? Aku ni bila nak menulis kena ada soul... passion... baru idea tu datang mencurah-curah.... Ni pun saja nak buat last n3 di bulan Jun.... Setakat ni, semua yang aku aim aku dah capai.... Lepas ni nak aim apa pulak erk??? eheee aku sekarang ni berminat nak usha rumah la. Hahahahaha kalau la aku berjaya beli rumah, mmg habis la saham aku...

Saham perempuan??? Hahahaha teringat kat salah satu novel ni... Penulis tu kata kalau org perempuan ni... Terutamanya yg still single lagi..... bila dah beli kereta, sedikit saham dia dah jatuh.... bila beli lagi rumah ha, habis la jatuh saham perempuan ni. Maksudnya di sini... lelaki takut perempuan yg jenis macam ni... Lelaki ni mesti takut bila tengok perempuan yg dah da rumah dan kereta... takut dia org pulak tak mampu nak menandingi perempuan macam ni kalau dibuat calon isteri...  betul ke???

Hmmm, bagi aku la.... Harta semua bebagai tu bukan la pengukur nak cari calon isteri atau calon suami kan.... So, apa yg korang nak kesah... Kalau lelaki takut nak dekati perempuan golongan ni...hmmm, tu namanya ego... benda tu semua kelebihan atau anugerah je..... Aku tak kesah semua tu!!!! Rasanya lepas ni mmg kena usha rumah..perancangan untuk jangka masa panjang..peduli apa aku... saham nak jatuh ke apa ke hahahaha 

~ Welcome July!!!!! 1st July...Happy Besday my dad...

kalau diberi peluang~

Salam semua... Macam mana hari ini?? Alhamdulillah hari ini aku tamat gak puasa sunat hehehe dugaan hari ini teramat la beratnya. Dah tengahari tadi cuaca mmg panas yg teramat, kepala dah tink... toing... uhuuu TAPI itu hasutan syaitan jauh-jauh aku buang... sabar... dugaan mmg sentiasa ada.... esok puasa lagi.... hari ini kiranya hari kelima aku puasa untuk bulan Rejab, nasib baik aku dah ganti puasa masa bulan syawal yg lepas... Oh, bukan masa 1 Syawal ye eheeee

Bagi sesiapa yg nak latih diri tu... meh ler kita puasa sunat sama-sama... kiranya buat preparation untuk Ramadhan... Aku start kira hujung2 Rejab gak ler.... ingat nak mula masa awal bulan Rejab ari tu... tapi disebabkan kat Sarawak ni, masa tu tengah sambut Gawai Dayak... Aku join ler sekali.... Ni kira puasa aku akan diteruskan sehingga Ramadhan la.... 2 bulan lebih la aku puasa... Mudahan berjaya... dapat pahala kan sambil2 tu leh gat mengurangkan sedikit lemak kat badan aku ni eheeeee

Tu dia........pjg je meroyan aku ni.... tajuk bukan main je kata kalau diberi peluang... Ok2 terus ke tajuk utama kita... siapa dah tengok drama korea '49 Days'?? Cerita tu ala-ala fantasi... ada di beri peluang kedua la... Kalau korang diberi peluang kedua kan, apa yg akan korang lakukan????

Kalau aku diberi peluang kedua... Aku nak>>>>

1) Nak kembalikan masa belajar sekolah menengah dulu. Aku nak masuk aliran sastera.... Tak nak aliran Sains... susah...hahahahaha aku ni ala-ala silap pilih course... zaman dulu aku suka giler subjek Biologi... sebab nak jadi Dokter.... sekarang ni aku lebih kepada sastera.... tu lar nak tukar course hahahahahaha

2) Mungkin aku nak teruskan pengajian agama untuk di peringkat yang lebih tinggi..... Tiba-tiba aku terminat nak jadi Ustazah eheeee *_* Sekarang ni aku menunggu untuk bergelar graduan Pengurusan Sumber Manusia..... 

Hmm, itu je kot hahahaha saja je tu... bukan aku tak bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang.... Saja nak berfantasi hihihihi Aku bersyukur dengan kehidupan ku sekarang.... ALLAH telah aturkan yg terbaik buat aku... ya, aku sangat yakin pada ALLAH..... Petang tadi hujan lebat... rasa nak mandi hujan je.... Alhamdulillah, ALLAH turunkan hujan.... terasa aku disayangi heee sebab tengahari tadi panas sgt2 bila hujan turun terasa nikmatnya.. Moga langkahku seterusnya akan sentiasa diberkati... 

Wednesday, June 29, 2011

pulun habis

Hallloo semua... Salam di malam hari... Okeyy, aku semangat je ni.... Tu siap pulun hehehe tukar lagi layout untuk blog aku ni hahahaha cuma header nya still lagi biasa. Aku tak reti la nak buat header mcm blogger lain. Lawa je aku tengok... jelesss~

banyak yang aku kena pulun hari ni....bila dah bersemangat ni kena terus buat kan.. bila dah datang malasnya itu mmg aku tahu, benda tu memang akan tertangguh ler~ meh, nak senarai apa yg harus aku pulun....

1) Menghupdate blog aku...lorssss ni yg hampeh heeeee banyak n3 dah tertunggak tak aku hupdate huhuhu padan muka sapa suh malas sgt!!!

2) Pindahkan picture dari camera k lappy... hadoiiii.... ni pun lama sudah terbiar..... sejak dari awal bulan Jun yg lepas.... kena gak buat pasni....

3) Ini sebenarnya bukan kerja aku... tapi dipaksa buat.... Kena selesaikan Rekod Pemgajaran dan Pembelajaran Bapa aku huhuhuhu dah ler kena buat dari awal tahun... tu dia.... mmg kena pulun habis.... @_@ emo...emo....

Bila difikirkan pasal semua ni aku jadi malas...oppppssss kena rajin!!!! semangat!!!!!!!!!!

Wordless Wednesday~

Wordless Wednesday ~ Just show picture without any word mention huhuhuhu Meh cuci mata sat tengok picture that related with me.... This is me ^_^





Anyone can explain about it??? hehehehe my best buddy will know how to describe it....

Salam Israk Mikraj~

Hari ini 29 Jun 2011 bersamaan dengan 27 Rejab~ Salam Israk  Mikraj semua>>>

Haiiyaa, lamanya aku tak hupdate blog ni eheee sibuk memanjang hahaha ye la sgt kan.... Aku busy berjalan pada hujung minggu yang lepas. Kawan aku masa degree honeymoon kat Kuching, Sarawak.. So, aku bawa la dia n husband dia jalan2... Sekali bawa kawan degree aku gak Ruth. Aku ngan Ruth pun dah terasa macam honeymoon kat tempat sendiri. Penat tak terkata la wei... berjalan sakan dari pagi hingga ke malam. Hmmm, kalau shopping nya toksah nak kata lak. Aku ngan Ruth pun join sekali hahahahaha ambik ko, duit keluar macam air.... Hahahaha *_*

Wah, pendahuluan dh pjg gitu tak masuk isi lagi ni... Okeh la, tujuan n3 ni sebenarnya nak memperingati mesej disebalik Peristiwa Israk dan Mikraj ni.... Lupakan segala yg berkaitan duniawi sebentar. Mari kita sama-sama berfikir sejenak.... Setiap kali tibanya 27 Rejab, ia bermakna kita sudah berada di penghujung bulan Rejab... Syaaban bakal menjelma dan Ramadhan sudah menunggu giliran.. Apa yang pasti ketiga-tiga bulan Islam ini mempunyai nikmat yang tidak terhingga~



Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril  yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Pada ketika inilah ALLAH telah menurunkan perintah solat lima waktu kepada Nabi Muhammad SAW. Betapa tingginya darjat perintah ALLAH ini. Bukan seperti perintah ALLAH yang lain, turun melalui wahyu... tetapi ALLAH memerintahkan malaikat Jibrail membawa Nabi Muhammad SAW terus berjumpa denganNYA untuk menurunkan perintah SOLAT ini.


Berbanggalah kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim, umat akhir Nabi Muhammad SAW. Fikir dalam-dalam segala apa yg telah kita lakukan. Cari jalan untuk memperbaiki kelemahan... berusaha untuk berubah ke jalan ALLAH. InsyaALLAH sekiranya kita ikhlas dan tawaduk dengan semua usaha itu pasti pintu taubat akan dibuka untuk kita. Biar sedar sekarang sebelum terlambat~ Moga perjalanan mencari redha ALLAH akan sentiasa dipermudahkan...AMIN~

Thursday, June 23, 2011

Contengan Jalanan

Hari ini 23 Jun 2011 bersamaan dengan 22 Rejab... Syukur, Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di alam fana ini. Idea kat hotak ni bebagai je huhuhu tapi nak menaip agak payah sikit hehehe contengan jalanan ~ tajuk ni di ambil sempena novel terbaru Hlovate (penulis kegemaran aku) I'm cry when read this book... sob.... sob.... masih dalam proses membaca lagi.... Tawaduk je aku membaca novel ni. Aku mmg respect dgn penulis ni. Sayang nye tak tau siapa diri penulis yg sebenar. Cuma kenal nama samaran je Hlovate. Cukup perahsia penulis ni~

What I like about Hlovate??? Bila aku baca semua novel dia.... Buat aku berfikir.... Yup, semua yg disampaikan oleh penulis dalam novelnya mmg betul... I'm agreed 100%. Kalau tengok gaya bahasa yg digunakan, mmg sempoi habis kiranya kepala gila-gila. Even gila-gila, ciri-ciri Islam itu tak pernah lari. Kalau sebut pasal novel ni mesti semua berfikir.. Ala novel semua sama je, mesti ada unsur cinta. TAPI novel karya Hlovate ni lain dari yang lain. Unsur cinta itu tetap ada tapi dengan gaya yang berbeza jika hendak dibandingkan dgn novel cinta yg lain. Kalau korang tak percaya, cuba baca sendiri novel dia pasti korang akan faham apa maksud aku....

Aku nak tanya korang, ada tak jumpa novel biasa yg diselitkan dengan hadis dan ayat-ayat Al-Quran?? Kalau novel Islamik macam 'Ayat-ayat Cinta' aku percaya mmg ada. Sebab tu bila aku baca novel Hlovate ni pasti air mata itu akan gugur gak... Hati akan dipaut kesayuan... Otak ligat berfikir... Aduh, terasa aku ni insan yg sangat hina di mata ALLAH.... Cukupkah amalan aku di dunia ini???? Bersediakah kita hendak menghadapi saat itu??? Saat di mana ALLAH menjemput kita menhadapnya????

'...aku bukan suruh kau org tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau org tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa itu lagi penting dari tinggalkan dunia...' I love this sentence... Make me think about it... deeply... Jangan pandang renteng pada contengan jalanan. Ambil masa untuk fikir sejenak, imbas kembali apa dosa yg kita telah lakukan dan ambil langkah sebelum terlambat. Moga mendapat rahmat dari-NYA.AMIN

Tuesday, June 21, 2011

disappear!!

Salam untuk semua,

Wah, lama aku menyepi tanpa n3 baru. Aku ada je berbelog hihihi blogwalking je la. Hupdate n3 baru je malas tahap gaban. Malas nak upload picture lolsss. Akibatnya blog sepi tanpa n3 baru eheee *_^

Lagipun sekarang ni busy melayan banyak sgt drama best huhuhu novel pun menunggu. Adoi, pengisian yang amat padat.  I'm crazy layan drama korea o9 sekarang. Latest drama yg tengah popular sekarang:

1) Baby-Faced Beauty


Drama ni mmg best. Kelakar dan romantik.... Lakonan Jang Nara ni mmg mantap.Dia mantain cute walaupun dah berumur kan? Apa yg pasti drama ni mmg syok di layan eheee

2) Lie To Me


This drama make me crazy!!!! Jalan cerita mmg menarik....ditambah lagi pelakonnya huhuhu I'm a big fan of Yoon Eun Hye!!!!!!!!!!!!! She's the best, lakonan dia mmg terbaik la... Hero tu pun boleh tahan. Nampak matured dan agak berumur hehe tapi still macho....

3) Womanizer


Drama ni pulak drama Taiwan eheee aku mmg suka.. Drama Taiwan pun tak kurang hebatkan kalau nak dibandingkan dengan drama Korea. Mungkin sekarang ni aura Korea lebih menguasai Malaysia. Kalau diikutkan sebelum2 ni. Drama Taiwan pun popular gak kan... Apa yg pasti drama ni mmg best hihihi

Itu baru senarai pendek drama aku sekarang eheee belum lag senarai panjang. Dipendekkan cerita semua drama di atas ni cara dia org jatuh cinta sama je. Dari benci bertukar menjadi cinta huhuhu mmg menarik. Ye la mula2 gaduh bagai nak rak tup tup jatuh cinta... Ha, ambik ko huhuhu hilang semua ego..... Ok, itu je aku nak hupdate hahahaha nak menyambung kembali.... ^_^

Wednesday, June 15, 2011

24 years old officially~

Salam semua... eheee hari ni 15 Jun 2011. Cepat betul masa berlalu. Isnin yg lepas, 13 Jun 2011 uhuuu ertinya I'm 24 years old officially ok! Lolsss terasa tua?? Oh tidak, terasa still luvly 17th lagi ok eheee ^_^ Journey sehari semalam kat KL mmg best. Esok or lusa baru aku hupdate pasal tu erk. Badan ni terasa penat lagi wei huhuhu even dua hari je aku kat KL, kaki ni sakit dan kebas2 je hahahaha akibat berjalan sakan. Habis aku pusing Jalan Masjid India sehingga ke Jalan TAR. 

Bukan takat ke KL je aku hari tu, sempat lagi ke Seremban, N9. Siap kawan aku bawa jalan2 ke PD lagi huhuhu sempat la merasa kemeriahan kat pantai tu. Yang penting duit keluar bagai air yang mengalir hehehe tapi puas hati!!! Semua benda yg aku aim dah beli......


Aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasih buat semua yg wish bithday aku semalam. Aku terharu siot. Tak sangka korang ingat juga kat aku especially yg terus go through ke Handphone aku..... I love you alll~ yang wish kat wall FB aku hargai juga k. 


Yang paling membuatkan aku terharu... Abg Long Stanz... You really my good brother... Jam7 pagi dah call aku, aku tengah mamai lagi tu huhu baru bangun tidur... Rasa nak mengalir air mata bila abg long nyanyi lagu Happy Birthday kat aku... Serius aku terharu!!!!!! Lepas tu Dayah... siap bagi hadiah lagi...aku suka sgt!!! Zira... adik Paie gak wish me directly ^_^ .... Izatul.... Mendy kawan baik aku masa Form 6, Jnal.....dik Dila... Mama Ayau.... Lecturer aku dulu Cik Mizan, cousin terbaik aku Nadia... dan of course my bestfriend Enot hihihihi harapan dia nak jadi org terakhir yg wish tak kesampaian hehehe sebab Afiq Azmi wish d last cun before 12am hihihi sorry Enot.... Wei, aku nak bagitau ni... KORANG SEMUA MMG TERBAIK!!!!!


~ Happy Birthday to my friend Hamiza.... Gens of June ^_^

Saturday, June 11, 2011

Thinking + Remember + Appreciation = Forever

Salam semua (^_~) hehe menhupdate blog di pagi buta ni mmg seronok. Idea mencurah-curah je kat hotak kepala aku ni eheee. Blog ini bakal menyepi selama dua hari pasni.. Esok aku kena stay kat rumah member kat Kuching sebab Ahad nya nak kena fly ke KL awal pagi yahuuu. Hmm, that what I like.. I'm gonna fly again ^_^

Today is 11.06.2011, Time is going faster than what I think. Haiya, sometimes feel like baru je membesar dgn kawan-kawan kat sekolah. Tak sangka pulak sekarang ni aku dah besar panjang. Wei, sungguh tidak sangka. I keep thinking, everything.... so many memory in my mind.... The best memory of course when I'm still in secondary school. I'm sure all my friend will agree with me. Rindu la kat korang semua uhuuu Ingat bila dah habis study, balik Sarawak.. Boleh la jumpa selalu sebab dekat kan. Tapi... bila dah keja, semua busy dgn kerjaya.... masa nak jumpa pun limited.... Impian nak stick together lunyai sudah eheeee semua dah terpisah dek jauh (even satu Swk still jauh gak *_* )

zaman baju putih kain biru ^_^

Ida~Me~Mimi~Enot~Aisyu > miss u guy damn much...
Sambil2 aku shopping kat KL nanti, planning gak jumpa ngan member2 degree aku. Program satu hari di KL terasa padat je uhuuu sebab plan nak pergi banyak tempat dalam satu hari. Hope sempat nak cari barang-barang yang perlu~ kain, tudung, pin, seluar, baju, bateri hp, novel...bla... bla.....@_@


13.06.2011~ keep counting eheee my besday is coming to town ahaaaaa lolssss. Aku sambut kat KL la gamatnya. Hope something special??? Nope... Just pray... hope the blessing from ALLAH... I think it enough for me~ 24 year live in this planet name Bumi. So many challenge... sometimes happy... sometimes sad.. All of it make me matured and strong!!! I'm appreciate it... my LIFE (^_^)V 

Thursday, June 9, 2011

grrrrr @_@

'Dear Valued Customer, your broadband currently over usage. Please....bla....bla...' huhuhuhu akibat melaram layan drama korea o9 semalam huhuhu sampai pukul 3.30 pagi ok *_* Dan hari ini, moody.... kecewa.... my broadband over usage oredy. I dah tak leh nak layan drama korea tu.... Benciiiiiii, tak suka!!! 

Hahahaha akibat yg kena ditanggung oleh diri sendiri...Adoi, apa bhs aku pakai ni?? Lantak rrr.... Aku kecewa lagi ni.. Tak leh nak layan drama favourite aku.. Mmg akan ditayangkan kat channel one Astro HD nanti... Tapi lambat.... Sebab kalau tonton o9 advance sikit huhuhuhu menciiiiiii.... Aku addict sgt2 ni..... Terasa tak lengkap lau tak tengok drama tu uhuuuuuuuu 

Inilah penangan drama terbaru lakonan actress favourite aku, Yoon Eun Hye ~ 'Lie To Me dan Jang Nara ~ 'Baby-Faced Beauty'.... Dua drama ni mmg best sgt2...sbb romantic comedy...Unsur nya sama je... Ada unsur penipuan dan dari Benci bertukar menjadi cinta..... 

Oleh kerana itu, buat keputusan utk siapkan kerja yg tergendala eheee semak kertas ujian anak murid aku heeeee Pemalas punya aku, cuti dah nak habis baru nak semak ngeeeee~ Lepas tu nak sambung layan drama 'Secret Garden'... Nasib baik dah jumpa DVD cta ni.... Hrmmm, tapi nak gak cta yg kelakar tu!!!!!! Aigooo

Tuesday, June 7, 2011

Wake Up Team Sarawak!!!!

Sekarang ni tengah sibuk pasal Sukan Malaysia (SUKMA)... Teringat masa aku kecil dulu-dulu, wajib duduk depan TV layan SUKMA. Lagipun time sukan ni berlangsung mmg masa cuti sekolah.. So, aku dan adik-adik aku berkumpul ramai-ramai depan TV jadi pengulas berita sukan yg tidak bertauliah hehehe Sambil tu semangat sokong team Sarawak....

Itu situasi tahun dulu-dulu... Sekarang >>> Eh, bila pulak SUKMA ni mula, tak tahu pun eheee ( hari kedua baru aku perasan) semangat nak sokong team Swk.. Cepat-cepat check kedudukan terkini... @$E%^??<(& Pelik bin ajaib.. Biar betul... No.12???? Gila ke apa ni... Haprak betuiiii... Aku rasa atlit Swk masih mamai.. masih palau (mabuk)... Sebab kt Swk Gawai sebulan.... Adoyaiii kenapa teruk sangat!!!! 

Kecewa aku lihat prestasi Swk tu. Kalau ikut keputusan tahun-tahun yg lepas, Swk tak pernah weiii bawah dari no3.. Paling kurang pun no.2.... Selalu bersaing sengit dengan Selangor..... Ni pun aku lihat Selangor dah down gak.. Apa nak jadi ni?? Adoiiii Plezzzz Waku Up Athlit Sarawak!!!!!! Mana semangat anda??? Kami mahu JUARA!!!!!! Tolong bangun dari TIDUR!!!!!!!!!!!!!!!

Done cleaning my lappy!!!

Akhirnya, aku sudah boleh bernafas dengan sempurna. Beberapa hari ini semput gak ler hahahaha bukan masalah negara pun. Tapi masalah itu bisa menganggu konsentrasi nak menghupdate blog aku ni. heeeee Ni dah boleh menghela nafas lega. Aku dah boleh hupdate blog dgn mudah!!!

Sumpah tak nak guna Internet Explorer lagi.. Hampeh je nak menghupdate. Dah le bengap... pastu nak ltk link pun susah je. Aku cuba upgrade my Mozilla Firefox tadi, done gak terus upgrade the latest punya Mozilla. Tapi bila try buka blogspot huhuhuhu HAMPA.... Tak leh gak buka.... Cookies yg sedikit itu telah lama-lama menghantui Lappy aku ni... Haishhh sabar je la... Nasib baik Lappy aku ni masih leh bertahan lagi..*_* Harap2 ler~

Bila Mozilla still tak leh... Terus ambil langkah lain hehehe La ni aku bertukar haluan ke Google Chrome pulak hehehe lagi best!!! Cepat je.... Bagus2, ini yg aku suka... Mozilla tu aku guna bila nak dowload lagu ke cerita ke... Sebab aku tahu mesti Mozilla aku tu problem akibat kerja aku mendowload hihihihi Entah berapa byk le kaum kerabat virus yg aku dah ternak dalam Lappy aku ni hahahaha 


Hoye!!! Suka mengupdate blog la ni....

Monday, June 6, 2011

Muhasabah Diri~

Berfikir sejenak... sambil2 tu bermuhasabah diri... Berpuas hati tak dgn pencapaianku setakat ini?? Kalau tanya aku, jujur aku kata... ada ke manusia yg puas dgn apa yg mereka ada?? Mesti kta sentiasa mengharapkan yg terbaik kan... Hmm, setakat ini, Alhamdulillah... Bersyukur dgn apa yg ada. Walaupun kdg2 terasa ada lagi kekurangan... Oh, syukur tidak terhingga, jangan tamak Izah.. ngeeeeee~ MeReNuNg >>>

Terasa tidak lengkap lagi susun atur hidupku... Habis belajarnya sudah, konvo je tak lagi ni... Aishhh terasa lamanya nak tunggu Oktober ni!!! Ini salah satu sebab terasa plan tak lengkap lagi. InsyaALLAH akhir tahun 2011 nak merumuskan segalanya hehehehe

Misi penjelajahan.... Heee tetibe je aku masuk misi penjelajahan.... Bakal diteruskan pada penghujung tahun ni. Kemudiannya bersambung tahun hadapan.... Harap AirAsia akan sentiasa bermurah hati nak bagi aku tiket murah lagi!!!! ^_^

Kerjaya...Oh, ini masih tunggang terbalik lagi.... Aku berserah je pada ALLAH apa hala tuju aku selepas ini... sama ada tukar bidang atau still dgn bidang yg sma... Rezeki ALLAH yg atur, aku redha je *_*

Malas nak fikir banyak.... Kira detik.... 6 hari je lagi... aku akan memperingati tarikh aku dilahirkan di dunia ni.... 13/6/2011...... hampir 24 tahun bernafas di dunia ini... Sudah cukupkah amalan ku??? Moga ALLAH sentiasa merahmati~ Amin...... Apa yg ptg... tak sabar nak fly ke KL 12/6 ni hihihi I sambut besday kat KL... Sanggup semata2 nak shopping dan.... jumpa burung gergasi kesayangan.... harap2 dpt duduk kat sayap ngeeeeeee mana tahu dpt kezutan nanti??? (^_^)V

6/6/2011~hot day

Hari Isnin, 6/6/2011... mmg tarikh yg cun dan hot hahaha sapa2 yg nak tunang or kawen mmg sesuai ler tarikh ni... Mungkin kurangnya sbb tarikh ni jatuh pada hari Isnin, kalau hari Sabtu or Ahad, aku sure byk couple yg berebut2 nak tarikh special ni~

Aku mmg suka nombor ganda 3 ni... Nombor favourite aku, 3-6-9-12, pastu aku suka gak no 13 n 4... Even ada gak org kata nombor 13 n 4 ni membawa maksud yg tak elok.. Hmmm, ada aku kesah?? Sebab bagi aku, tak de yg bisa melawan kuasa dan takdir ALLAH so buat apa kita nak percaya perkara tahyul mcm tu kan.....

Hari ini, aku mengamuk sat di tengahari buta tadi. Dah la cuaca mmg panas, pergi bank manusia beratur pjg giler... g pos office pun sama gak. Mula2 tu aku cool lagi. Org bank tu kata pukul 2 ptg baru boleh nak simpan $$ kat ASB... Jam 2 aku dtg balik, nombor dh ambil....sekali borang tak de...aihhh mana tak HOT je aku.... dh ler tak mention awl.. Paksa la aku patah balik g Pos Office minta borang..grrrrr

Aku ttp cool lagi...ckp kat diri sendiri..'Sabar Izah..... Sabar itu separuh drpd Iman'... nasib baik akhirnya settle cma urusan.... Lega..... Kdg2 aku mmg tak puas hati ngan sistem kat bank ni xpcly bank kat tempat aku.. Dah tau manusia ramai yg beratur, buka la kaunter tu byk sikit... Ni dah da 3/4 kaunter, yg bukanya hanya 2 je.. mana tak bengang cma org.. dah la courtesy cma tunggang terbalik.... kdg2 aku rasa nak boooo je tapi aku still cool lagi sbb fikir gak apa perasaan pekerja2 tu......susah nak ckp byk kan~

~ Redha je.. Malaysia mmg mcm ni... mengata sikit ada yg tak puas hati... simpan je perasaan tu dlm hati.....

Sunday, June 5, 2011

Semakin hampir~

Seminggu cuti ni, terasa otakku jammed je huarghhhhh.... Itu la aku, tak leh nak cuti lama sgt tanpa aktiviti yg lasak2 pasti otak aku menjadi jammed huhuhuhu Hari ni dah 5 Jun 2011.... tik..tok..tik..tok... tarikh itu semakin menghampiriku.... Tarikh apa?? Tarikh keramat aku lahir kat dunia ni la hihihi semakin tua la oittt.... Takut juga aku bila memikirkannya huhuhu ohhh tidakkkkkkkkkk!!!!! Sweet 24~ Tua sangat ke??? *_*

Selain hari tua.... Ulangtahun blog ini juga semakin hampir.. Tarikh bersejarah aku mmg cun je semua berlaku pada bulan 6... Hmmmm, ertinya peristiwa itu rupanya sudah hampir setahun juga berlalu..... Aduhhh, kenapa minda ini harus mengingati peristiwa itu???? Acap kali hati ini berkata 'Jangan diingati kisah itu' tapi minda sering menbawa hati untuk mengingati kisah itu.... Bersabarlah wahai hati.... Ia sudah menjadi sejarah buatku... " Ya, sejarah.... tidak salah untuk dingati kan?? Untuk dijadikan pedoman di masa hadapan"

Mingu depan juga sgt ku tunggu hehehe I'm fly again... Walaupun destinasinya sama je, aku ni ttp semangat kalau dah nak berjumpa dgn burung gergasi kesayanganku.. Shopping time!!!! hehehe mengira detik.... Rejab sudah.... Syaaban bakal muncul.... seterusnya Ramadhan.... Ya ALLAH, sangat ku tunggu bulan rahmat itu~

Saturday, June 4, 2011

Modzilla aku problem!!!!

Sudah beberapa hari aku tak update blog...grrrr ingatkan masa penghujung bulan Mei tu aku nak buat n3 welcome utk bulan Jun. Sekali entah apa masalah, xdapat nak buka blog. Ingatkan Google yg problem, pastu tergerak pulak hati ni nak cuba buka blog guna Internet Explorer... Haishhh, boleh pulak!!!! Sah, ni mesti Modzilla aku bikin problem.................. ggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Pelik aku.... apa la masalah... dah la susah guna Internet Explorer ni.... Nampaknya laptop aku ni makin lama makin dimakan virus huhuhu semenjak aku beli laptop ni, mmg tek pernah lagi aku htr kat kedai nak repair ke install baru ke.... Alamak!! jangan la buat hal.... laptop aku ni ala special edition sikit...Antik punya brand huhuhu org lain semua dah guna window vista... Aku punya lappy, masih Window XP lagi tau huhuhu 2000 punya ler xla terlalu kuno yg 1997 huhuhu

Sayang aku nak tukar... nasib baik la ni dpt dah buka blog... Macam2 erk cta baru... Masa pun berlalu dgn pantas... Bulan Jun dah....tak lama lagi besday aku hihihi sekaligus ulangtahun blog aku ni yg pertama.... Hmmmm, bulan Rejab pun dah masuk hari k3... plan nak puasa sunat... Aku harus kembalikan program asalku yg sudah hancussssss heeeeee chaiyokkkkkk Izah ^_^

~Entah apa-apa ayat aku... Maklum org yg dah lama tak menaip huhuhu maaf ye +_+