daebak ^_^

Monday, October 31, 2011

Sekeping hati milik insan yg b'gelar WANITA

tHaNkS. . . .Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa. 

A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...
Persoalan di atas aku ambil dari wall FB tHaNkS... Bila baca je terus buat hati aku tertarik sebab aku pun pernah mengalami situasi yg sama. Memang kerap juga la, terutamanya bila bangun dari tidur. Kdg2 aku tiba-tiba terjaga, seolah-olah mcm mimpi pastu mula perasaan bercampur baur. 

Mula-mula masa mengalami situasi mcm ni, aku anggap itu sekadar mainan perasaan. Bila dah kerap sgt berlaku, rasa takut ada juga. Mana tahu gangguan ke apa kan. Dunia sekarang ni, susah kita nak cakap. Syukur semalam masa tengah godek-godek FB jumpa tHanks punya fanpage dan terus aku like... persoalan selama ni yg sering menganggu emosi terjawab sudah. ^_^


Bila baca ulasan dari Ustaz Azhar Idrus tu, terus sejuk je hati hehehe bangga ko lahir sebagai PEREMPUAN. Kalau diikutkan, golongan Perempuan ni mmg ALLAH sayang dan bagi byk keistimewaan. Sebab tu ada pepatah 'Tangan yang menganyun buaian mampu mengoncang dunia'....


::::: Agaknya siapakah lelaki sejati yg diciptakan untukku??? ^_^ Tidak mengharapkan yang terlalu sempurna, memadai ia seorang yg dapat dijadikan Imam dlm keluargaku dan menyintaiku kerana ALLAH... :::::


Saturday, October 29, 2011

sunbae Lee Teuk - Super Junior ^_^

Weee ada bunyi gedikks tak kat title tu? Aku tak tahu nak letak tajuk apa so ambil feeling ala-ala watak Jan Di dalam BOF panggil Ji Hoo... sunbae huhuhu apa sunbae tu?? Sunbae tu bahasa korea yg maksud nya mentor, kiranya senior kita. 


Aku adalah salah seorang peminat Lee Teuk dari berjuta-juta peminat dia.... Oh, mmg minat giler. Sebab apa aku suka sunbae? Sebab dia seorang yg kelakar dan sangat comel dgn lesung pipit nya itu. Walaupun org kata sunbae aku tu tua, aku tetap minat juga  kat dia. ( Bila aku ulang balik baca ayat aku ni, terasa mcm karangan autobiografi budak Darjah 4 pulak hahaha ^_^ )


Serius aku cakap, even umur LT dah agak meningkat... TAPI dia still mantain cute kan... Next year, his turn utk masuk kem tentera. Harus ramai peminat yg akan menangis meraung-raung. Aku?? Tak la sampai nak meraung, cukup la hanya merinduinya hikksss... Korea kalau masuk kem tentera bukan mcm M'sia. PLKN setakat 3 bulan je, dia org 2 tahun tau. Mmg mcm tentera betul.

Sebab tu aku perasan, sekarang ni banyak rancangan yg ada Leeteuk. For those that crazy about Leeteuk, uptade korea variety show now....

~ We Got Married ( LeeTeuk & Kang Sora) MBC


~ Hello Baby ( LeeTeuk & Sistar ) KBS 


Ada byk lagi variety show yg LeeTeuk involved, macam 'Strong Heart'... sunbae jadi backup host... kiranya yg latest dua kat atas. Sekarang ni pun baru beberapa episod airing kat Korea. So, layan je ye............... ^_^

::: Wish sunbae good luck... Hope you always success. Sunbae, hwaiting!!!! Saranghae.... :::

Catatan semalam~

Assalammualaikum.... Anneyong... ^_^

Hari ni genap seminggu blog aku sepi tanpa n3 baru huhuhu bukannya aku tak buka langsung pun blog ni, cuma idea utk menulis tu aku simpan dulu lagipun seminggu ni aku menyibukkan diri dgn rutin kegemaran aku. Lebih-lebih lagi dalam seminggu ni mum & dad aku tak de kat rumah so mmg aku control semuanya huhuhu Melaram giler-giler....... pastu nak gelak pun sound tak cover-cover... hiksss sungguh kurang sopan kan anak dara ni!!! ^_^

Ala, skali-skala melaram macam tu mmg syok.. Mmg puas hati.... Eh, apa benda yg aku melaram ni?? Ala, aktiviti yg sgt mudah pun....


Mmg syurga ko. Bebas layan rancangan Korea hiks.. Bukannya apa, kalau parents ada harus la utamakan dia org dulu kan... So, aku kena la mengalah. Nak pulak parent aku layan Korea skali dgn aku huhuhu channel pilihan dia org, kalau tak drama melayu... drama Indon huhu tak pun rancangan temubual... Bukannya aku tak minat cuma kurang je *_*

Seminggu ni puas melayan drama 'War of  The Roses'... kat channel S One (Astro Beyond)....


Ada gak cari dvd drama ni, tapi takde. Drama ni just utk family show, biasanya dia org tak kuarkan dvd. Sebab itu aku kena layan directly kat TV kalau tak mmg melepas... Nasib baik Astro ada ulang tayang drama ni 2 kali dalam satu hari.

Selain tu, aku sibuk layan variety show gak.... We Got Married Lee Teuk & Kang Sora, Hello Baby Lee Teuk & Sistar, Running Man, Heroes... Pastu aku khatamkan drama-drama bulan lepas. Kalau diikutkan, banyak lagi drama yg aku tak tengok lagi. Sebab aku ni jenis yg akan layan drama yg TOP dulu pastu drama yg kurang sikit rating nya akan ditunda ke belakang. Hehehe Sebab tu dvd yg aku beli, sampai sekarang tak habis tengok lagi. Bila nak tengok, ada pulak drama TOP baru release harus aku layan yg TOP dulu. hahahaha nampak sungguh ketamakkan di situ ^__~

Friday, October 21, 2011

otak jammed!!!

Ada ke istilah otak jammed??? hahaha Tapi itulah situasi yg sedang aku hadapi sekarang ni. Bila dah lama tinggalkan buku, maksud aku buku-buku berbentuk ilmiah.... sekali kena belajar balik, lebih-lebih lagi benda yang ko dah tinggalkan selama hampir 8 tahun.... huarghhhhhhhhhhhh ngangga jap!!!!!!!! Memang terasa mata ko pinar-pinar pastu otak jammed.... seyes... macam bom jangka yg tunggu masa nak meletup je *_*

Entah la, nak cakap aku ready 100% utk esok... rasanya tidak... cuak juga rasa ni TAPI kena hadapi juga esok hari. Ya ALLAH moga dipermudahkan utk esok... Langkah pertama kira lepas sudah, harapan lepas ni moga-moga akan lepas juga untuk langkah kedua... Berserah hanya padaMU Ya ALLAH... Andai itu rezeki aku, takdir aku... InsyaALLAH ia akan jadi miliku jua ~ ^_^


Semalam tak update satu n3 pun huhuhu jiwa emo sekejap. Hmmm, kenapa tiba-tiba kamu muncul lagi dalam mimpi aku?? Bukan kamu saja malah wajah adik dan kakak kamu pun muncul sama. Bila difikirkan agak kelakar juga. Cuba untuk tipu diri sendiri, kata yang aku ok saja namun hakikatnya.... 'Nampaknya aura kamu mmg kuat sungguh lekat dalam hati aku'..... Moga aku tetap boleh bertahan.... Izah, hwaiting!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

Cat Show at Dewan Suarah Kuching

Ini adalah n3 yg diperam selama 3 hari hehehe Hari Sabtu yg lepas, selain jalan-jalan kat shopping complex... petang nya aku and chingu pergi ke Dewan Suarah Kuching. Member bagitau ada 'Cat Show' kat situ. Alang-alang nak jumpa member sekolah kat situ sekaligus dapat tengok kucing. Aku ni pantang tengok kucing lebih-lebih lagi kalau yg cute.... geram!!!

Masa kita org sampai kat situ, org ramai dah memenuhi ruang pameran. Cuma sedikit sedih sebab aku and chingu terlambat sedikit so terlepas la tengok kucing pakai baju buat 'catwalk'. 


Dulu aku ada kucing ni, snow white nama kucing aku tu. Betul-betul sebiji mcm yang ni tapi sekarang dah takde... sedih je *_* Bila tengok kucing ni teringat pulak kat kucing aku snow white...


Cute giler yang ni... Tengok tu pura-pura tidur konon hahahaha dia malu sebab aku ambil gambar dia...


Yang ni paling aku suka.... Credit to my chingu Enot sebab tolong capture pic ni utk aku.... ^_^




Ala-ala comell nya... hehehe main-main mata pulak dia ni hehehe geram tengok!!! Aku mmg suka sgt kucing. Kat rumah ni pun aku ada pelihara 6 ekor kucing..... Cuma kucing jenis parsi macam ni aku belum ada lagi huhuhu belum mampu lagi.... Ada tak erk yg sudi nak hadiahkan aku kucing parsi ni??? ^__^

Tujuan kedua aku dan Enot pergi show ni sebab nak jumpa Tom, kawan sekolah kita orang. Tak sangka juga jumpa Anne aka ZahidahWahid, kawan sekolah kita orang juga. Kira ala-ala jejak kasih juga la ni....

anne, tom, enot, me

Alhamdulillah ❀◕‿◕❀

Jantung berdegup dengan kencang, badan terasa bergetar-getar, tanpa disedari air mata kesyukuran gugur jua. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan. Walaupun ianya baru langkah pertama. Namun ia sudah cukup untuk memberikan aku harapan. Ya, sesungguhnya nikmat ALLAH mmg indah tidak terkata. Syukur padaMU ya ALLAH......


Dalam tempoh 3 hari ini kena buat persediaan yang cukup untuk menempuhi dugaan pertama. Sebuah kejayaan bukanlah perkara yang mudah untuk dicapai. Ia memerlukan usaha yg cukup. Ditambah lagi dengan doa dan tawakkal, insyaALLAH andai itu rezeki kita.... akan dapat jua akhirnya.... Apa yang penting, jangan mudah berputus asa. Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan....


:::: Moga diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapinya.... Ya ALLAH, kepadaMU aku bermohon dan kepadaMU jua aku berserah... AMIN ::::

special buat penggemar McD

Sesiapa rasa yang dirinya penggemar McD??? Meh sini ada promosi istimewa buat anda.... Apa yang perlu anda buat untuk dapatkan promosi ini?? Mudah sahaja semudah ABC hehehehe anda hanya perlu 'print out' voucher di bawah ini dan bawa ke restoren McD yang berdekatan dgn tempat anda.


So, apa lagi 'print out' sekarang hehehe Aku dah pun print 4 salinan... Nak ajak adik-adik aku melahap McD ni hehehe Lagipun lama tak makan McD ni.... huhuhu Enjoy ya... i'm lovin it  ^_^

Monday, October 17, 2011

Tiba-tiba teringin yang 'ini' ❀◕‿◕❀

Assalammualaikum semua!!! Anneyong!!!

Apa khabar semua?? Hope sihat-sihat aje ya. Hari Sabtu yang lepas aku luangkan masa dengan my best chingu, Enot. Pagi tu dalam jam 10.30 am aku gerak dari Serian. Ambil Enot kat The Spring pastu kita orang gerak ke Wisma Seberkas sebab anak buah dia nak cari beg laptop.

Kalau kat Kuching ni, Wisma Seberkas ni kiranya shopping complex yang popular dengan gadget.( Ala-ala Low Yat kalau kat KL tu) Bagi sesiapa yg nak survey gadget macam handphone, laptop, printer, accessories for gadget, Wisma Seberkas ni mmg tempat yg sesuai la. 

Bila dah pusing satu shopping complex tu, harus aku sekali cuci mata. Pastu, tertengok 'sumtink' yg buat hati aku tertarik. Aduh!!! Kes  berat ni... Dulu aku tertarik gak dgn 'sumtink' tapi bezanya time tu aku blogwalking. (rujuk n3 ini : Tiba-tiba teringin 1 ) Alhamdulillah, rezeki aku. Berjaya juga milikinya pada 4 September lepas. Setahun juga la kan menunggu ^_^

Dan sekarang, teringin yang ini pulak >>>

Hehehehe amacam?? Lawa tak?? Aku ni bukan la penggemar handphone mahal-mahal mcm Blackberry atau pun Iphone (Kalau ada org yg nak bagi aku tak tolak ^__^) Aku ni peminat tegar NOKIA.... Dari dulu sampai sekarang HP aku semua Nokia. 

Ini salah satu yg buat aku tertarik dengan Nokia N9 ni, hehehe function nya ala-ala Iphone. Boleh main game 'Angry Bird' ko hehehe harus aku suka giler.... ^__^


Selain function N9 yg canggih tu, aku suka gak reka bentuk body nya yg cun. Look smart je.


Dan...dan yg paling buat hati aku tertarik........... Pilihan colournya. Harus aku suka yg ala-ala Pink tu eheee. N9 ni boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, cyan (baby blue) dan magenta (aku tengok ala-ala pink je )... Agaknya bila erk aku dapat miliki idaman kalbu ni. Adakah perlu tunggu setahun juga?? Sebab harga sekarang mmg still tinggi lagi sebab baru je release. InsyaALLAH kalau ada rezeki akan aku miliku juga  mu idaman hatiku.... ^____^

Saturday, October 15, 2011

Happy Weekend ^__^

Hello everyone!!! Anneyong!!!



It's Saturday morning... Happy weekend. Apa plan korang hujung minggu macam ni?? Duduk rumah je ke or keluar jalan-jalan. Apa-apa pun yang korang buat moga bahagia selalu erk. ^__^

Hujung minggu ni, aku ada plan dgn my best chingu, enot. Last jumpa dia pun, masa pergi berziarah raya kat rumah dia raya lepas. Kalau bab outing, mmg dah lama tak hang out ngan dia. So, kira minggu ni nak habiskan masa bersama dia. Byk cerita ni.


Selamat berhujung minggu semua ^__^

Antara bola dan lelaki

Antara bola dan lelaki mmg susah nak dipisahkan. Aku berani kata jumlah lelaki yg tak gemar bola ni boleh dikira dengan jari. Siapa pernah tanya lelaki, antara kekasih atau bola siapa yang dia orang pilih???? Hmmm, aku sekali lagi berani kata yg kebanyakkannya akan kata BOLA. ^_^


Bagi si kekasih yg tak boleh terima tu mmg akan makan hati ulam jantung la. Itu sudah jadi lumrah kaum lelaki. Bola diutamakan. Ada yg sanggup berjaga sampai pagi tak tidur malam dek penangan bola. Kaum perempuan pula mcm mana???

Ada juga perempaun yg suka bola. Cuma statistiknya tersangat la sikit. Kalau minat gitu-gitu boleh la. Kira boleh masuk port budak-budak lelaki. Macam aku hahaha Minat la juga kat bola ni tapi tak lah addicted sgt2.. Setakat tengok bola kat kedai mamak ngan member lelaki tu aku dah merasa... Meriah giler, lebih-lebih lagi bila dah gol!


::: Tahun ni nampaknya team favourite aku still mantap lagi... Mudahan Manchester United jadi juara lagi :::

Friday, October 14, 2011

Trip to Langkawi

Ini adalah n3 yang tertunggak hahaha seminggu aku peram n3 ni. Seperti yg aku cerita kat n3 sebelum ni. Journey aku ke utara M'sia untuk my convocation, sekali harung buat trip to Langkawi. Actually, kalau nak pergi ke Langkawi ni ada dua cara. Sama ada nak guna flight or ferry bagi yang dari tanah besar. Oleh kerana aku dari Sarawak, so guna flight senang lagi.

On 1st Oct ari tu, aku ambil flight transit iaitu Kuching-KL, pastu baru KL-Langkawi. Perjalanan nak ke Langkawi tu lebih kurang macam dari Kuching-KL... See how big Sarawak ni... Bila dah sampai airport Langkawi, meriah kau dgn suara manusia yg sibuk promote kereta sewa. Disebabkan Langkawi ni kecil je, dia orang lebih galakkan pelancong sewa kereta. Depend la pada korang.. Kalau rasa tak nak drive sendiri, teksi mmg ada..

legend of Langkawi Island - Makam Mahsuri
Done sewa kereta, kita org terus gerak ke homestay. Homestay aku ni betul-betul kat dalam kampung, berdekatan dgn Makam Mahsuri . Memang terbaik punya suasana, sawah padi keliling rumah je.. aman terasa. Biasanya kalau kat Langkawi org cakap, barang-barang murah sebab tiada cukai. So far, bagi aku takde beza sgt kot... yang ketara murah pun macam rokok, arak, coklat, pinggan mangkuk berjenama.... kereta import ( ha, ambik ko sampai kereta pun aku survey)...

Barang asas macam beras, kopi, susu, milo, syampu, pencuci muka... Sama je harga dgn tempat lain... Itu pun mahal sikit sebab aku nak beli syampu Loreal kat situ skali mahal berganda terus cancel... Bagi sesiapa yang suka view yg cantik, udara laut mmg Langkawi sgt2 sesuai utk dikunjungi. 

kecewa sikit sbb tak dpt nak bergambar dgn maskot Langkawi Island - Helang. Under construction, dia org buat persediaan utk LIMO 
The next day nya kita orang kena gerak ke tanah besar pulak. Kalau nak ke mainland ada 2 cara gak sama ada nak naik flight iaitu Langkawi-KL or Langkawi-Penang, atau guna ferry. Oleh kerana tak pernah naik ferry, kita org nak gak merasa naik ferry. So, ferry menjadi pilihan kali ni. ( Ada 3 laluan tak silap aku, Langkawi-Kuala Perlis, Langkawi-Penang, Langkawi-Kuala Kedah ) Dari Langkawi ke Kuala Kedah, harga tiket utk seorang dewasa ialah RM 23.. Kira berbaloi dgn keadaan ferry yg selesa. Mmg excited!!!!!!!!!



Part yang plg aku suka adalah view... Subhanallah... Sesungguhnya alam ciptaan ALLAH mmg cantik-cantik belaka... Maha suci ALLAH yang menjadikan alam ini...



New look

Akhirnya, sudah boleh menarik nafas lega... Fuh, sakit jiwa gak la bila nak edit blog ni. Hehehehe kalau diikutkan kerja mudah je TAPI bagi aku... ia bukan perkara yg mudah sebab aku ni bukan jenis orang yang buat kerja bagai melepas batuk ditangga. Bila buat sesuatu kena buat sehingga memuaskan hati diri sendiri. Oh, adakah aku Ms Perfectonist??? Hmmm, ikut keadaan la, sometimes perlu juga kan???

Lepas ni, baru mood nak menulis berlipat kali ganda. Tengok semalam n3 ciput kan... Itulah bila blog dah disaster mood pun terus down. Kali ni aku buat simple je. Even simple tapi kepuasan super double. Sebabnya background tu ala-ala korea. Pasni bila buka blog boleh ingatkan aku pasal Korea hahaha siap salji dan romantik gitu... ^_^

Korang suka tak dengan rupa baru blog aku ni?? Kalau ada yang perlu aku perbaiki bagitau je, aku terima seadanya. Ok lah, sambil-sambil korang selidiki rupa baru blog aku ni, meh layan lagu ni.... Protect The Boss OST, ' I will protect you ' nyanyian Jaejong JYJ... Layan~



Thursday, October 13, 2011

OMG, my blog disaster!

Pening...... Inilah akibat kalau tangan gatal sangat huhuhu diri sendiri yg kena tanggung akibatnya. Dek kerana itu terpaksa redha dengan blog yang sudah disaster!!!! Layout before ni dah ok je.....


Pastu disaster terus.... Huarghhh, haru je rasa... Sebenarnya, tadi aku saja je nak try tutorial pasal edit blog ni. Kononnya nak try le nak edit blog ni bagi cantik...( Biasanya aku ambil sng dowload je layout yg sedia ada...... ) Pastu bila dah click sana sini.... Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhh ambikkk ko Izah *_*

Bagi mengubat rasa hiba tu aku guna picture Kim Jeong Hoon oppa sbg background... Saja nak bagi hati sendiri tenang walaupun hakikatnya....... tunggu mood rajin datang baru edit balik blog ni.......sobsobsob... pasrah je la *__*

::: Pengajaran buat diri sendiri ~ kalau rasa tak familiar dgn sesuatu benda tu jgn cpt sgt nak try... cuba fahami sampai reti dulu... huhuhuhuhu insaffffffff :::

Wednesday, October 12, 2011

Virgin Coconut Oil

Apa benda Virgin Coconut Oil (VCO) tu?? Kalau tanya kat kawan-kawan aku memang tak ramai yang tahu pasal VCO ni. Aku mula tahu kewujudan produk ni pun tahun lepas. Bila baca testimonial pasal produk ni, macam bagus... terasa nak try.... tapi kebanyakan stokis yg aku jumpa semua kat Semenanjung M'sia.

TAPI sekarang, terasa dipermudahkan je. Sebab telah menjumpai stokis produk ni kat Sarawak. Siapa dia?? Nak kenal mari singgah kat blog ni>>> Ms Amni Aku terjumpa blog dia ni masa blogwalking... Pada mulanya aku terjumpa blog Amir AF9... 

Aku ni salah seorang peminat Amir, dan agak frust bila dia disinggirkan hari tu. Mungkin rezeki Amir bukan kat dalam AF dan sekarang telah terbukti yang rezeki dia kat luar... Tahniah Amir dia atas kejayaan lagu 'Tanpamu'. Moga terus success ya ^_^

Oh ya, berbalik pasal VCO... nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, leh klik kat sini>>> kebaikan VCO

:::: Thanks to Ms Amni coz beri kebenaran kmk untuk share semua maklumat ya... Kmk yang mesej ktk tadik hehehe  salam perkenalan, kmk suka blog ktk!!! ::::

Kim Hyun Joong 2nd single album!!!!

Attention to all Kim Hyun Joong 's fan!!!!


After make debut with his first single album 'Please', KHJ will make comeback soon with his second single album..... 'LUCKY'.... can't wait for it!!!!


Look to this video. Chenca daebak!!!! >>>

1st teaser ~


2nd teaser ~


3rd teaser ~


KHJ oppa look hot with his short hair style. I like that style. Hope KHJ can maintain that hair cut forever. ^_^ After watching the teaser, it make me excited 100%. I'm sure this album will success.. Can't wait for it!!! KHJ oppa, saranghae..... hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 11, 2011

meminjam rasa dari lagu

Masa mula-mula dengar lagu ni hati aku dah tertarik. Ibarat jatuh cinta pandang pertama hehehe jatuh lentok terus. Reason utama aku sangat suka lagu ni sebab ada penyanyi favourite aku J-Cera, pastu dengar gabungan suara CS Number ni mmg meletoppp... nganga jap mulut bila dengar ke'poweran' suara dia orang.... Bila dah suka harus aku g google maksud lagu ni... 

Hasilnya......>>>


Song Lyrics: Cry With the Heart 가슴으로 운다 - CS Numbers CS 넘버스

Hangul:
내사랑 그대여 거기 멈춰서요
나지금 그대에게 가고 있어요
그대없이 이제 하루도 살지 못해서
가슴으로 운다

내가 정말 사랑했던 사람이
내겐 무엇보다 소중했던 사람이
언제나 내곁에 영원할것만 같았던 그사람이
두고가네요

내가슴이 죽을만큼 너무 아픈데
아직도 그대의 걱정뿐인데
나에게는 세상의 오직 한사람
그사람이 떠나네요

내사랑 그대여 거기 멈춰서요
나지금 그대에게 가고 있어요
그대없이 이제 하루도 살지 못해서
가슴으로 운다


내가 정말 사랑했던 모습도
나를 누구보다 아껴주던 마음도
뒤를 돌아보면 서있을것만 같은데
돌아보면 그대가 없네요

나에게는 세상의 오직 한사람
그사람이 떠나네요

내사랑 그대여 내말 들리나요
나지금 미치도록 울고 있어요
미안해요 그대 모습하나 잊지못해서
그댈불러본다

내가 잊지못할 나의 사람이
듣지못할 내사람아~~~~~~~~~

어디에있나요 내게 돌아와요
나지금 그대에게 가고있어요
지금아니면 너를 후회하며 살것 같아서
니가 마지막 사랑 같아서

Romanization
naesarang geudaeyeo geogi meomchwoseoyo
najigeum geudaeege gago isseoyo
geudaeeobsi nan ije dan harudo salji motaeseo
gaseumeuro unda

naega jeongmal saranghaetdeon sarami
naegen mueotboda sojunghaetdeon sarami
eonjena naegyeote yeongwonhalgeotman gatatdeon geusarami
nal dugoganeyo

naegaseumi jugeulmankeum neomu apeunde
nan ajikdo geudaeui geokjeongppuninde
naegeneun sesangui ojik hansaram
geusarami nal tteonaneyo

naesarang geudaeyeo geogi meomchwoseoyo
najigeum geudaeege gago isseoyo
geudaeeobsi nan ije dan harudo salji motaeseo
gaseumeuro unda

naega jeongmal saranghaetdeon moseupdo
nareul nuguboda akkyeojudeon maeumdo
dwireul dorabomyeon seoisseulgeotman gateunde
dorabomyeon geudaega eomneyo

naegeneun sesangui ojik hansaram
geusarami nal tteonaneyo

naesarang geudaeyeo naemal deullinayo
najigeum michidorok ulgo isseoyo
mianhaeyo nan geudae moseuphana itjimotaeseo
geudaelbulleobonda

naega itjimotal naui sarami
deutjimotal naesarama ah

eodieinnayo naege dorawayo
najigeum geudaeege gagoisseoyo
jigeumanimyeon neoreul huhoehamyeo salgeot gataseo
niga majimak sarang gataseo

English Translation:
*My love dear, stop there
I'm coming to you right now
I can't live without you for a day
I cry out with my heart

The person that I really loved
The person that was more precious than anything
The person whom I thought would stay next to me forever
Is leaving me

My heart hurts to death
I still only worry about you
The only person for me in this world
That person is leaving me

*Repeat

Things that I loved about you
The heart that cared about me more than anyone
I feel like you'd be standing if I turn around
But when I do, you're not there

Foolishly, not know my heart
That person is leaving me

My love dear, can you hear my words?
I'm crying like crazy right now
I'm sorry, I can't forget a single moment of you so
I call out your name

The person that I won't forget
Dear person who can't hear me

Where are you? Come back to me
I'm coming to you right now
Cause I feel like I will regret while living if not now
Cause I feel like you're the last love

credit to Mr Google ^_^


:::: meminjam secebis rasa dari lagu ini.... khas buatmu cinta yang telah pergi ::::