daebak ^_^

Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Colour of life~

Assalammualaikum.... Anneyong....

Salam di bulan Februari ^_^ Amacam life korang?? Hope everything fine. Andai kehidupan kalian dilanda dugaan, tabahkanlah hati, moga diberi kekuatan olehNYA...

Tadi di'tag' oleh sahabat dalam FB gambar ini >>


Antara pink+purple dengan light yellow+pink yang mana satu menjadi pilihan aku?? Kalau dilihat sekali imbas, dua-dua gabungan warna ini memang menawan hatiku. Warna kegemaran katakan. Aku memang peminat tegar warna pink.... Kalau nak diikutkan perangai sebenar aku yg agak kasar ni macam tak sesuai jak aku dengan pink hahaha Tapi nasib baik aku suka pink, nampak juga la keperempuanannya di situ haha

Hmm, tiba-tiba terdetik dalam hati... Warna kuning itu, mengingatkan aku pada kamu. Teringat pulak dengan gambar ini...


Sangat comel kan gabungan kuning dan pink itu. Oh, kenangan itu! Kenangan itu akan tetap menjadi kenangan. Begitu juga dengan kehidupan kita. Huarghhhh.... Otak jadi jammed pulak, tak tahu nak tulis apa dah........ Blur.... So, sebelum jiwa kacau baik hapuskan perasaan itu jauh-jauh.... Buka lembaran baru dengan warna baru..... Pilihan warna mencerminkan perasaan kita........

Ida, warna pink+purple kacak!!! Sweet jak... hehehe


:: Bila lama tak buka FB, tengok-tengok ramai senior dan junior sekolah agama dulu dah kawen. Tumpang gembira tengok... Moga bahagia hingga selamanya... 'Kejeron juak hati tek nak.... aku bila gik tek hahaha alu lah tek pike2 warna tema.. yah, nang antap hahahaha p mcm pink+purple nang kacak nak?? hahahaha" ::

Friday, December 23, 2011

planing semalam hancur!!!

Semalam tekad nak buat auto publish entries banyak -banyak... dan hari ini.... hanya ini saja yg mampu aku buat. Hancur semua rancangan bebagai kononnya nak update blog. Lagipun line broadband aku ni ngok ngek sikit hari ini. Kejap connect kejap lagi disconnect... penatkan aku je... huh...............

So, lepas ni menyepi lagi.. Yuhuu esok balik kampung..... tolong auntie aku buat preparation utk X'mas... Ini yg best nya kalau lahir dalam family yg berbilang kaum. Semua perayaan aku sambut, lengkap seadanya.... Di kesempatan ini, aku nak wish Merry Christmas to my friend yg celebrate perayaan ini especially buat abang long Stanz, bestie Ruth dan mummy Ayau... Lama la tak bertanya kabar dgn korang.. ^_~

::: Entah kenapa dua/tiga hari ini asyik mimpi kamu lagi... Apakah?? Andheyo!!! Yang penting bukan kamu saja yg muncul tapi wujud seorang lagi namja... Oh, mengarut je rasanya....... Suhhh, pergi jauh-jauh~ :::

Tuesday, December 20, 2011

Sedikit gentar @_@

Salam semua. Eh, ada ke yang sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni?? Maaf la ye aku ni kdg-kdg kalau ada mood, mmg byk n3 aku buat. Bila mood tak de, mcm gini lah huhuhu sunyi beberapa hari tanpa n3.... Entah bila nak rajin sentiasa *_*

Sebenarnya Jumaat minggu lepas, aku balik kampung Mak aku. Bermalam kat sana 3 hari sebab cousin aku kahwin. Family sebelah mak aku ni berbangsa bidayuh, kiranya aku ni campuran Melayu - Bidayuh la. Bapa aku Melayu, mak aku pulak Bidayuh Islam. ( Hanya my mum yg convert Islam, family dia yg lain still kristian lagi...) Kalau diikutkan, kiranya inilah pengalaman pertama aku attend majlis kahwin bg non-muslim. Sebelum ni mmg tak pernah lgsg nak pergi huhuhu


Hanya gambar di atas sahaja yg dpt aku ambil, itu pun hasil ihsan my cuzzy Nadia. Mesti korang tercari-cari mana pengantinnya hahaha Pengantin time ni tengah tunggu turn nak naik atas pentas. Yang kat dalam gambar tu bapa pengantin lelaki. Lau nak tengok gambar pengantin tengok je yg terpampang kat banner tu. ^_~ 

Siapa pulak cousin aku?? huhu Pengantin perempuannya la cousian aku. Kalau nak ikut sebenar - benarnya salasiah keluarga aku. Pangkat aku kira tinggi sikit dari cousin aku tu sebab bapa pengantin perempuan ialah adik lelaki mak aku. Kiranya bapa sandara aku tu kahwin lebih awal dari mak aku. ** mcm aku pun akan follow trend ini juga**

Beza antara aku dengan cousin aku tu cuma setahun je pun. Mmg mengikut keturunan juga la nampaknya, turn dia dulu dan aku kemudian hahaha Adakah??? Oh, dalam hati ada sedikit gentar....@_@ ** Harap jgn ada yg tanya aku bila.... aku tidak tahu.....please.... I mean it!!! **

Apa-apa pun aku nak ucapkan Congratulation to my cuzzy 'Marylyn Taylor Frederika' and her husband 'Boniface' on their wedding!!! God bless~

Sunday, December 4, 2011

2 things in 1 days~

Keep going on!!!.. No matter what, you should believe one thing >> "ALLAH knows what is the best for you"...

Kata-kata tersebut sering ku tanam pada diri sendiri di kala menerima sesuatu perkara yg tidak mengembirakan hati. Sebenarnya, hati kecilku sendiri sudah berkata, yg aku mmg tidak akan pass untuk ke next step huhuhuhu sebabnya?? Ada banyak sebab yg boleh aku huraikan di sini. Namun, rasanya apa yg sudah berlaku buat apa hendak dikenang kembali kan?? Past is past ^__^

Tidak cukup dengan satu perkara, satu lagi perkara yg buatkan aku betul-betul sedih. Anak kucing kesayangan aku mati kena langgar pagi tadi!!!! Ya ALLAH, mmg aku sgt sedih sebab anak kucing itu adalah kucing kesayanganku. Teringat detik terakhir aku bermain dengan 'Si Olen'.... Air mata kesedihan mmg tidak dapat ku bendung.... Petang semalam mak aku marahkan 'Si Olen' sebab minum air milonya. Dah dinamakan anak kucing mana tahu erti kena marah.... Lepas itu, 'Si Olen' ikut aku masuk ke bilik aku. Siap aku tunjukkan padanya gambar kucingku yg lain. Ingatkan hendak mengambil gambar 'Si Olen' namun tidak kesampaian kerana suasana bilik yg gelap lagipun 'Si Olen' sudah mengiau minta keluar....

Tak sangka itu detik terakhir 'Si Olen' dengan aku.... Maafkan aku 'Si Olen'.... Dulu aku hampir juga mencederakanmu. Niat untuk memberi pengajaran padanya disebabkan terlalu nakal, aku terbaling 'Si Olen' di atas lantai mozek. Mengerang kesakitan 'Si Olen'.... Melihat keadaannya ketika itu mmg membuatkan aku ketakutan... Adakah aku akan menjadi seorang pembunuh??? Aku selama ini yg menyayangi kucing sudah bertukar jadi seorang pembunuh kucing??? Oh, tidak............

Setelah beberapa minit mengerang kesakitan, baru 'Si Olen' ok kembali. Ah, lega rasanya hati...... Bagi mengelakkan kesan sampingan yg lain, setiap hari aku bagi 'Si Olen' makan vitamin. Sejak peristiwa itulah 'Si Olen' menjadi semakin rapat denganku..... Namun, takdir ALLAH tiada sesiapa yg dapat menghalangnya..... Kau pergi jua 'Si Olen'... kucing kesayanganku.......

:: Moga ada lagi sinar untukku.. ALLAH knows what is the best for me.. ^__^ ::

Friday, October 14, 2011

Trip to Langkawi

Ini adalah n3 yang tertunggak hahaha seminggu aku peram n3 ni. Seperti yg aku cerita kat n3 sebelum ni. Journey aku ke utara M'sia untuk my convocation, sekali harung buat trip to Langkawi. Actually, kalau nak pergi ke Langkawi ni ada dua cara. Sama ada nak guna flight or ferry bagi yang dari tanah besar. Oleh kerana aku dari Sarawak, so guna flight senang lagi.

On 1st Oct ari tu, aku ambil flight transit iaitu Kuching-KL, pastu baru KL-Langkawi. Perjalanan nak ke Langkawi tu lebih kurang macam dari Kuching-KL... See how big Sarawak ni... Bila dah sampai airport Langkawi, meriah kau dgn suara manusia yg sibuk promote kereta sewa. Disebabkan Langkawi ni kecil je, dia orang lebih galakkan pelancong sewa kereta. Depend la pada korang.. Kalau rasa tak nak drive sendiri, teksi mmg ada..

legend of Langkawi Island - Makam Mahsuri
Done sewa kereta, kita org terus gerak ke homestay. Homestay aku ni betul-betul kat dalam kampung, berdekatan dgn Makam Mahsuri . Memang terbaik punya suasana, sawah padi keliling rumah je.. aman terasa. Biasanya kalau kat Langkawi org cakap, barang-barang murah sebab tiada cukai. So far, bagi aku takde beza sgt kot... yang ketara murah pun macam rokok, arak, coklat, pinggan mangkuk berjenama.... kereta import ( ha, ambik ko sampai kereta pun aku survey)...

Barang asas macam beras, kopi, susu, milo, syampu, pencuci muka... Sama je harga dgn tempat lain... Itu pun mahal sikit sebab aku nak beli syampu Loreal kat situ skali mahal berganda terus cancel... Bagi sesiapa yang suka view yg cantik, udara laut mmg Langkawi sgt2 sesuai utk dikunjungi. 

kecewa sikit sbb tak dpt nak bergambar dgn maskot Langkawi Island - Helang. Under construction, dia org buat persediaan utk LIMO 
The next day nya kita orang kena gerak ke tanah besar pulak. Kalau nak ke mainland ada 2 cara gak sama ada nak naik flight iaitu Langkawi-KL or Langkawi-Penang, atau guna ferry. Oleh kerana tak pernah naik ferry, kita org nak gak merasa naik ferry. So, ferry menjadi pilihan kali ni. ( Ada 3 laluan tak silap aku, Langkawi-Kuala Perlis, Langkawi-Penang, Langkawi-Kuala Kedah ) Dari Langkawi ke Kuala Kedah, harga tiket utk seorang dewasa ialah RM 23.. Kira berbaloi dgn keadaan ferry yg selesa. Mmg excited!!!!!!!!!



Part yang plg aku suka adalah view... Subhanallah... Sesungguhnya alam ciptaan ALLAH mmg cantik-cantik belaka... Maha suci ALLAH yang menjadikan alam ini...