daebak ^_^

Showing posts with label happy day. Show all posts
Showing posts with label happy day. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Hari yang menyeronokkan!

Salam semua.... Annyong....

Muka semua ceria, senyum pulak sampai ke telinga hehehe Gembiranya hati, esok cuti lagi!! ^_^ Hari ini je pergi sekolah, semalam Isnin pun cuti sempena Easter Sunday so sekolah ambil cuti peristiwa. Hari Jumaat lepas mmg Public Holiday.... Kira semuanya, jadilah empat hari cuti... Syok!!!!




Bila dah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Bila dah balik kampung mmg mcm2 aktiviti yg aku buat. Aktiviti wajib, makan besar hehehe Lama aku mengidam nak makan seafood. Syukur, rezeki... Auntie aku belanja makan seafood kat TOPSPOT Tmn Kereta, Kuching. Tempat favourite kita org kalau nak makan seafood... Sibuk makan, aku terlupa pulak nak snap gambar hehehe

Esok boleh la nak bermalasan hehehe mmg seronok kan kalau hari-hari cuti!

~ Counting the day! -_-

Saturday, December 31, 2011

Countdown 2012~

Tinggal 1 jam lagi kita akan berada di tahun baru.... Macam tak percaya tapi itulah realiti yg harus kita tempuhi. Bila dah melangkau ke tahun baru ni pasti semuanya ada semangat baru... Aku pulak masih berada dalam situasi blurr... keliru... entah la tak tahu aku nak huraikan macam mana.


Oh ya, beberapa hari blog menyepi lagi sebab aku balik kampung Jumaat yg lepas. Penat masih terasa lagi ni. Tapi ku gigihkan juga diriku ini untuk mengupdate blog wakakaka macam skema je ayat~

Mcm2 aku nak update, tapi tunggu la satu persatu ok... Ini untuk pembuka selera. Sambil2 tu korang layan dulu lagu dari Avril Lavigne ni>>>


Bunyi mercun dah kedengaran kat kampung aku ni huhuhu pasti jam 00:00 ni lagi meriah.... Buat korang semua terutamanya my follower, terima kasih banyak2... Tak sangka dah 36 orang, walaupun bagi blogger tegar angka itu amatlah ciput... Tapi buat aku seoarang blogger suam-suam suku ni, Alhamdulillah.... Moga korang happy selalu!!!



Tuesday, December 20, 2011

Sedikit gentar @_@

Salam semua. Eh, ada ke yang sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni?? Maaf la ye aku ni kdg-kdg kalau ada mood, mmg byk n3 aku buat. Bila mood tak de, mcm gini lah huhuhu sunyi beberapa hari tanpa n3.... Entah bila nak rajin sentiasa *_*

Sebenarnya Jumaat minggu lepas, aku balik kampung Mak aku. Bermalam kat sana 3 hari sebab cousin aku kahwin. Family sebelah mak aku ni berbangsa bidayuh, kiranya aku ni campuran Melayu - Bidayuh la. Bapa aku Melayu, mak aku pulak Bidayuh Islam. ( Hanya my mum yg convert Islam, family dia yg lain still kristian lagi...) Kalau diikutkan, kiranya inilah pengalaman pertama aku attend majlis kahwin bg non-muslim. Sebelum ni mmg tak pernah lgsg nak pergi huhuhu


Hanya gambar di atas sahaja yg dpt aku ambil, itu pun hasil ihsan my cuzzy Nadia. Mesti korang tercari-cari mana pengantinnya hahaha Pengantin time ni tengah tunggu turn nak naik atas pentas. Yang kat dalam gambar tu bapa pengantin lelaki. Lau nak tengok gambar pengantin tengok je yg terpampang kat banner tu. ^_~ 

Siapa pulak cousin aku?? huhu Pengantin perempuannya la cousian aku. Kalau nak ikut sebenar - benarnya salasiah keluarga aku. Pangkat aku kira tinggi sikit dari cousin aku tu sebab bapa pengantin perempuan ialah adik lelaki mak aku. Kiranya bapa sandara aku tu kahwin lebih awal dari mak aku. ** mcm aku pun akan follow trend ini juga**

Beza antara aku dengan cousin aku tu cuma setahun je pun. Mmg mengikut keturunan juga la nampaknya, turn dia dulu dan aku kemudian hahaha Adakah??? Oh, dalam hati ada sedikit gentar....@_@ ** Harap jgn ada yg tanya aku bila.... aku tidak tahu.....please.... I mean it!!! **

Apa-apa pun aku nak ucapkan Congratulation to my cuzzy 'Marylyn Taylor Frederika' and her husband 'Boniface' on their wedding!!! God bless~

Friday, December 9, 2011

movie+drama+novel


Blog menyepi beberapa hari sebab busy dengan novel.... ASST sudah berjaya aku khatam dalam masa satu 1/2 hari hehehe. Nanti cerita panjang pasal ASST di lain n3.... Yang penting mmg asyik terbayang-bayang watak 'Hilman Yong'... Bahagianya hati andai dapat menjadi seperti 'Puteri Intan Zulaikha'.... ^_^


Done with ASST, Uda&Dara pulak menunggu giliran. Tapi rasanya kena postpone dulu, sebab kena baca dua novel Ramlee Awang Murshid yang aku pinjam dari Perpustakaan Awam tempat aku.... 'ADAM dan Mikhail'...Kalau tunda nanti sampai dateline kena bayar denda pulak. Dah berhabisan romantik, kita beralih kepada thriller pulak... Puas hati sangat!!!!!!!!!


Teringat pulak kat CD 'Breaking Dawn Part1' yang aku dah beli, alamak macam mana boleh terlupa!!.... Gara-gara terlayan novel, terlupa pulak aku dah beli 3 movie baru dan 1 drama korea..... Ok lah, mengundur diri sebentar.... Nanti kita cerita panjang-panjang lagi..... Nak dating dengan Edward Cullen dulu hehe ^_~

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday~

First Wednesday in November ^_^

Happy Together

I Love You, Mum!!

I'm Sorry

Help Me

Friendship Forever no matter what