daebak ^_^

Thursday, January 31, 2013

Last day in January 2013

Assalammualaikum... Anneyong....

Masa berlalu dengan begitu pantas... Rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2013, tup.. tap... tup.. tap... hari ini dah hari terakhir di bulan Januari 2013.... Hmm, rasa macam tak terkejar sebab masih banyak yang perlu diselesaikan. Hmmm....

Alhamdulillah, setelah dua hari ber'training', hari ini habis sudah... Terasa penat satu badan sebab duduk hampir dua jam dalam bas... Oh, my Jammed!!! Itulah masalah yang tidak akan dapat dielak bila berada di Kuala Lumpur... Kalau campur pergi dan balik untuk dua hari, kiranya 8 jam aku duduk dalam bas -_- Buntut dah rasa semacam... Tapi nasib baik aku ni jenis yang senang tidur kalau dalam kenderaan. So, syorga bagi aku buat tahi mata dalam bas hehe

Perasaan bercampur-baur sekarang ni. Entahlah, sukar untuk diluah dengan kata-kata. Kalau boleh terbang, rasa macam nak je balik Sarawak sekarang! Rindu dengan rumah, family, kucing, makanan Sarawak, kawan-kawan...... banyak la.... tak terkata.... Yang penting aku nak kata 'kmk rindu ktk org'!!!

:: Terasa sayu jak... risau pun ada... kalaulah aku boleh bagi sedikit semangat aku ni pada dia.... moga ALLAH beri dia kekuatan... Sesungguhnya dia insan yang baik walaupun aku baru mengenali dia.... Doa aku sentiasa ada buat dia-Temanku ::


Tuesday, January 22, 2013

Dari HR beralih kepada Arkitek -_-

Hari ini aku rasa hidup aku tunggang terbalik sedikit. Rasa macam nak muntah je. Orang Sarawak kata 'bebual'. Serius... Mata dah naik juling, otak rasa macam nak jammed --_--

Oh, inilah kesan bila budak HR tiba-tiba kena bagi tugasan sebagai seorang Arkitek....


Ha, itu bukti kenapa aku rasa hidup aku hari ni dah tukar 80%. Hambek ko, tak pernah seumur hidup aku buat pelan untuk bangunan, hari ini dalam sejarah... Kena lukis pelan pulak.... Tapi bila tengok balik hasil kerja aku tu... Hmm, ada bakat juga aku ni nak jadi seorang Arkitek hahaha Teringin juga nak belajar balik. Dulu ambil Human Resource Management.. Tak salah kan kalau tiba-tiba tukar angin pulak ambil kos Arkitek kan... lau tak pun Pengurusan Bangunan...

Sebenarnya, aku ni dari kecil lagi... Kalau disuruh melukis memang fail! Sebab tu bila ada assignment bab melukis ni rasa macam nak pecah je otak aku! Huarghh, cukup la tugasan ini sahaja... Tak nak aku sakitkan otak aku lagi dengan pelan bebagai ni... -_-

Kena prepare untuk training minggu depan... Dah la di KL, dua hari pulak tu... Huh, sakit jiwa betul nak tempuhi jammed yang sangat teruk... Hmm, mudahan dipermudahkan segalanya.... 

Wednesday, January 16, 2013

Ketetapan Hati...

Tadi bersembang secara maya dengan sahabat baik di laman sosial.... berkongsi kisah dia dan mereka, buat aku berfikir panjang. Lantas idea untuk menulis datang mencurah-curah.Sebelum itu, sempat aku baca beberapa pendapat/artikel yg lain untuk mengukuhkan pendapat dan penulisan aku ini. Khuatir kalau menulis tanpa pengisian/ilmu ini ibarat menyampaikan ajaran sesat pula.

Pernahkah kalian merasa gusar, bimbang, tidak yakin dan rasa serba salah untuk membuat sebarang keputusan? Tidak kira lah dalam apa-apa perkara. Pendek kata, semua kita akan pernah melalui situasi begini. Itu memang realiti sebuah kehidupan. Kita tidak akan dapat membayangkan dan menjangka apa yg bakal terjadi. Kerana takdir hidup kita adalah rahsia ALLAH dan ia sesuatu yg tersirat yang sudah ditetapkan buat kita.

Bagaimana hendak memperolehi ketetapan hati??

1. Istiharah

Sesungguhnya DIA yg lebih mengetahui sebaik-baik jawapan. Boleh rujuk link INI untuk penerangan yg lebih lanjut.

2. Sentiasa berdoa


3. Bersangka baiklah kepada ALLAH ^_^

Sesuatu yang berlaku itu adalah yg terbaik untuk kita. Walaupun hakikatnya apa yg berlaku itu tidak disenangi oleh hati kita. 

Kdg2 apa yg kita rasa terbaik utk kita, tidak semestinya adalah yg terbaik buat kita DAN apa yg kita rasa tidak terbaik buat kita, tidak semestinya tidak terbaik buat kita...
~ Kun Fayakun~


::: Buatmu Sahabat~ Moga diberi pilihan yang terbaik.... Pasti DIA yg terbaik untuk mu.... Moga dipermudahkan semuanya.... :::

Monday, January 7, 2013

Important List for 2013

Assalammualaikum.... Anneyong..... ^_^

Hi, my reader, Eh, ada ke yg sudi baca blog aku ni? hehe Tadi buka nuffnang jap... Wow, walaupun aku ni lama tak update blog... Nilai $$ aku tu tetap bertambah juga! Smile ^_^ Ertinya ada juga la yg baca blog aku ni hehehe Thank so much readers, much appreciate it! Bila aku nak kembali aktif menulis ni??? ahaks.... Kena rajin menulis kembali ni untuk tabungan bersamamu kan... Oh, my blog!

Teringat pula perancangan dengan my chingu for 2014... Eh, baru je masuk 2013, dah fikir 2014? Kena buat perancangan awal kan.... Demi untuk menjayakan rancangan tersebut kena plan dari sekarang... My important list for 2013>>

1. Langsaikan hutang secepat yang mungkin....
Oh, yang ni tak tau la bila nak habis.... $$$.... Hutang kereta 17k ++, pastu hutang masa belajar dulu.. MARA, 9k ++..... Berharap sungguh lau duit dapat jatuh dari langgit hahahahaha -_-

2. Tabung Bersamamu
Ini hasil idea my chingu Enot... Kena mula dari gaji untuk Januari 2013.... List ni paling penting demi untuk menjayakan misi penting untuk tahun 2014..... Mudahan impian kami ini tercapai ^_^ Menabunglah demi masa depan anda!!!

3. Upgrade my career
Manusia ini mmg tidak akan puas dgn satu perkara je kan?? So, kena sentiasa berusaha untuk mencari yg lebih baik.... paling penting mencapai tahap kepuasan diri.... Berharap sangat dapat balik semula ke kampung halaman... penat dah ni, asyik merantau je kerja aku -_-

Ok, setakat ni itu list penting... Sabtu minggu lepas, mak aku call... Rasanya itulah paling lama dia bercakap dengan aku... Kalau kebiasaanya, dia cuma akan tanya..'Dah makan?, Kau ok ka kat sana?'... Kali ni panjang lebar pulak dia berceramah kat aku... Rasa mcm mood dia tengah ok, so aku bagitau la yg aku pergi jalan2, fly ke Sabah lagi bulan 3 ni.... Oh, no.... dia dah start membebel... I'm sorry mum.... Anakmu ini sangat suka merayap jauh2..... ^_^

~ Bila aku terbang, aku rasa damai... Sebab aku boleh lihat awan sekali dengan laut.... Dua benda yang berbeza tetapi mempunyai warna yg sama..... Itulah uniknya ciptaan ALLAH.... walaupun berbeza tapi tetap ada persamaan~


Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013!!

Salam semua... Anneyong....

Ya ALLAH, lama sungguh aku menyepikan diri dari blog tersayang ni... Hari ni saja nak buka, ada masa terluang, ingatkan nak blogwalking.... Pastu tengok list follower... Aik, mcm bertambah?? huhuhu padahal aku lama sangat tak update new n3.... Hmmm..... Apa2 pun thank u olls yang sudi follow tu ^_^

Rasanya tak terlambat lagi kot aku nak wish Happy New Year 2013.... Wink, sgt suka 2013..... nombor tu sgt unik ^_^.....


Perkara yg selalu org akan tanya bila tibanya tahun baru... Apa azam tahun ni??? Dah tercapai ke azam tahun lepas?? Soalan yg wajib kan.... Bagi aku pulak, azam tu setiap tahun akan sama.... Cuma kena di upgrade menjadi lebih baik sikit... Org selalu kata 'past is past', apa yg lepas tu jangan dikenang lagi... Tapi, aku ni suka nak fikir balik perkara yg lepas tu...hehe

Bila difikir balik ada lucu... ada suka... ada duka.... Apa yg baik kita ambil utk dijadikan tauladan, yg buruk kita jadikan sempadan... Nak flash back sikit apa yg berlaku tahun 2012.... 

Aku membuat keputusan besar..... Menjadi seorang perantau semula.... Here I go... Platform kepada penghijrahan ku.... Sabah.... Macam tak percaya dapat pergi ke sana.... Sambil belajar, aku ambil peluang utk jalan2.... Training 2 bulan di sana mmg siuk @_@

Best group... 
friends like them like a shining star...

Alam ciptaan ALLAH mmg indah...
I feel young like them ^_^
Love them so much!! Thanks for that memory.... Love Sabah also... It's good and nice place ^_^

Tak sabar nak jejak semula Sabah... Wait me this coming March 2013.... (^_^)

Then, buat keputusan lebih besar lagi... Langkah makin jauh.... I'm back again.... Kuala Lumpur..... Kerjaya bermula di sana... Itu yg busy sampai tak da masa nak update blog hehehe...... Tahun 2012 aku berjaya tempuhi dengan jayanya.... Walaupun berada jauh dengan keluarga, sorang2 di perantauan...... Hidup aku tak pernah sunyi dengan sahabat yg sentiasa memberi kata2 semangat.....

Last but not least, I'm glad because I had friend that always beside me no matter what.....

pak cik.... siuk sbb knl ang... ang mmg sahabat yg sejati & dik paie.... makseh byk2 sbb layan jak perange kakak ktk tok
enot.... u d best....... makseh byk2 juak ^_^
Note: Rindu dengan ktk org..... -_-