daebak ^_^

Tuesday, February 21, 2012

Ommo, 40?? -__-

Assalammualaikum.... Anneyong!!!

Seminggu lebih tak buka blog. Broadband aku on off je, biasa la bila di luar kawasan aktif. Line mmg selalu je problem hihihi Sebenarnya aku terkejut ni... Tak sangka walaupun blog tak ter'update', tiba-tiba bila tengok jumlah follower.. Aih, setahu aku sebelum ni 39 je, ni dah bertambah satu jadi 40?? Mata buka luas-luas sebab sangat sukar nak dipercayai.

Bukannya apa, aku ni cuma blogger suam-suam suku je. Kalau rajin baru nak update blog, jadi aku tak kisah la sama ada, ada tak orang singgah kat blog aku ni. Bila tengok ada juga yg sudi follow, terharu siot.... Terima kasih daun keladi ye sebab korang sudi juga follow blog aku yg serba kekurangan ni.

Oh ya, aku ada juga dapat mesej dari seorang readers ni. Tapi tak tahu la sapa, cuma dari bahasa yg dia guna aku tahu dia org Kelantan. Buat readers tu, aku nak ucap terima kasih juga sebab sudi nak hantar mesej kat aku. Maaf la ye sebab baru sekarang berkesempatan nak reply.... ' Kawe mmg suko Korea, ahakss tapi tok done lagi nak g Korea ni.... Terima kasih deh kat moo sbb sudi bg msj kat kawe..... ' ( Maaf kalau bhs Kelantan kawe terabur hehehe org Swk kecek Kelate supa tu la  ^_^ )

Banyak lagi sebenarnya yg aku nak share ni. Banyak perkara yang sedih dan gembira yang berlaku. Nanti aku update lagi ye ^_^


Thursday, February 9, 2012

Errr... no idea... -__-

Lama tak update blog huhuhu Broadband aku buat hal lagi la. Entah la kadang-kadang ok, lepas tu buat hal lagi. Hmm, tapi bila fikir balik... mungkin line kawasan aku ni tak berapa nak ok sebab broadband lain pun tak berapa nak connect... Huh, at last aku jadi malas nak online... Perabih masa aku je nak tunggu internet loading.

Hmm, tak ada idea nak tulis apa kat blog ni. Sebab banyak habiskan masa dengan drama Korea. Nanti kalau ada idea baru aku rajin meng'update' huhuhu

Out of topics: Lama dah tak contact member sekolah dulu. Cuma tahu berita dia orang melalui FB je. Dengar khabarnya, masing-masing dah berjaya.... Alhamdulillah.... Aku tumpang gembira dengan perkhabaran korang... Harap-harap nanti kita semua berpeluang untuk buat reunion macam dulu.


::: I'm keep trying... Push myself..... Hope one day I also get it....like what I have dream about it before.... Simple words~ may my dream comes true!!!! :::

Saturday, February 4, 2012

5 things 1 meaning~

Tengah update blog tadi tiba-tiba terfikir sesuatu. Seperti yang aku kata kat entries aku sebelum ni, otak ni mmg asyik berfikir, fikir dan terus berfikir hehehe Tengok sekeliling bilik, takde la barang berharga sangat. Tapi ada 5 benda yang aku paling sayang.... Kalau boleh ke mana saja aku pergi nak bawa sama 5 benda itu.

Kalau siapa yang dah kenal lama dengan aku, pasti dapat meneka apa 5 benda yang berharga bagi aku. Ingat zaman study degree dulu hahaha pernah main kuiz ni dengan member. Biasanya, member akan dapat teka at least 3 atau 4 yang betul.

Apakah 5 benda yang berharga itu???

1. HELLO KITTY

Aku adalah penggemar tegar Hello Kitty. Tak kiralah dari yang sekecil HK hingga sebesar HK. Selalunya aku ni pantang kalau jumpa HK, wajib beli. Walaupun sekadar sticker, aku sanggup ok. Tak kira la orang kata aku ni 'orang tua yg tak sedar diri' hehehehe


2. Koleksi Novel dan Buku Ilmiah

I love books... Tak kira la novel, buku ilmiah atau pun Al-Quran. Setakat ni aku dah kumpul 72 buah novel, buku ilmiah tak terkira pulak hehe dan paling aku sayang tentulah Al-Quran hijau kesayangan ku. Tak kira ke mana aku merantau, Al-Quran hijau itu akan menjadi peneman setia ku. Kalau boleh aku nak bawa juga kesemua novel aku tu, tapi apakan daya.....


3. Koleksi DVD/CD

I love movie/drama..... Seharusnya Korea, Japan dan Taiwan hehehe Ada juga Inggeris dan sedikit Malay. Banyak-banyak koleksi DVD aku, yang paling aku sayang ialah 2 buah CD ( Korean Movie ). That is my birthday present from my Abang Long, Stanz Santa. Korang pernah tak dapat CD/DVD as birthday present?? hahaha Actually aku pun tak pernah sebelum ni, kiranya itulah first time org bagi aku CD as present and of course I like it. 

4. Perfume

Aku ni penggila minyak wangi juga. Botol minyak wangi yg dah habis guna aku tak akan buang pun. Semua itu aku simpan baik-baik dalam kotak. Ingat nanti kalau dah da rumah sendiri, nak beli satu almari khas untuk simpan semua koleksi botol minyak wangi aku ni. Aku tak kisah sangat kalau minyak wangi itu murah atau mahal. Sebab bagi aku, janji baunya lembut dan tak menyengat. Selalunya aku beli minyak wangi Avon.... Tak mampu lagi nak beli yg mahal-mahal...*_*

5. Surat dan kad lama

Yang last ni paling berharga buat aku. Tak kira la surat/kad dari 'kamu', adik angkat atau pun member sekolah atau degree dulu, semua aku simpan dengan elok lagi. Kalau tengah boring, baca balik semua surat/kad tu... Mmg buat aku senyum sorang-sorang. Pastu mula kutuk diri sendiri..'Eeeee gatal sungguh aku zaman dulu, rasa nak je empuk kepala kat dinding.....'but it meaningfull for me.... hahaha LOVE & FRIENDSHIP that make me matured  and learn about LIFE...' -___-

Friday, February 3, 2012

L.I.F.E

Tak tahu nak update pasal apa hari ini. Nak cerita pasal life aku sekarang, nothing special. Biasa la hidup manusia ini ada naik turunnya. Nak update pasal Korea, aku masih lagi dalam proses nak habiskan layan drama 'Flower Boys Raymen Shop'... Tinggal 1 dvd lagi, lepas tu baru dapat update.

Haaaaaa entah la tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Rasa nak pergi jauh-jauh, ada juga rasa nak berhijrah ke tempat baru. Kalau boleh aku nak ke suatu tempat baru yang takde orang kenal aku. Kiranya kat sana aku boleh mulakan satu kehidupan baru dan berkenalan dengan orang yang baru.

Apa yang aku nak sekarang ini?? Fikir, fikir dan fikir lagi.... Rasa macam semua benda stuck kat dalam otak fikiran. Lepas itu tak tahu macam mana nak keluarkannya..... Nak kata sedih, tidak.... Nak kata gembira pun tidak.... Maybe neutral?? Hahaha apa yang aku mengarut ni???

Tapi itulah kehidupan... Mungkin sekarang ni masa turunnya kehidupan aku. Peringatan buat diri aku sendiri sebagai hamba ALLAH yang serba kekurangan. 


Kalau kehidupan kita sentiasa mendatar je macam tak seronok juga kan?? Sebab itu kehidupan manusia ni macam makanan. Ada manis, masam, masin, pahit dan tawar. Kalau hari-hari makan makanan dengan rasa yg sama tentulah kita boring kan?? So bila banyak variety of food rasa seronok kan.... Macam itu juga dengan kehidupan kita ni... Dugaan sentiasa datang dan pergi. Kita cuma perlu tabahkan hati dan minta diberi kekuatan oleh ALLAH. 


:: Sebelum ni aku rindu dengan awam biru. Hari ini aku rindu dengan pantai!!! Lamanya tak pergi pantai..... *_- ::

Wednesday, February 1, 2012

Full House 2 will be airing this March!


Kalau aku sebut drama Korea Full House pasti semua orang tahu. Kan... kan?? Ingat lagi zaman itu, semua pakat gila sangat dengan drama ni sampai kat Malaysia pun ada OST Full House versi Melayu (** Al-Fatihah buat Alyarham Izwan Pilus). Paling orang dok gila seharusnya lead hero yang macho lagi tuft hehehe sapa lagi kalau bukan Rain. Masa ni aku mmg gila sangat dengan Rain. hehehe addicted sampai entah berapa kali aku ulang tayang tengok drama itu. Sungguh tidak terkira.. *_*

Oh, yeah... Finally setelah hampir 8 tahun... Ura-ura yang menyatakan akan ada Full House 2 nanti akhirnya menjadi kenyataan. It will be airing next month. Ommo, can't wait for March. Harus selepas ni aura Full House bakal kembali lagi.

Untuk Full House 2 nanti, barisan pelakon adalah berbeza. Pelakon siri 1 yang dikekalkan hanya Song Hye Kyo. Wei, korang ingat lagi tak dengan minah comel ni?? 


Sayangnya Rain takde, huhu Lagipun sekarang ni Rain tengah join military for 2 years. Berharap sangat mana tahu Rain akan muncul as Cameo kan?? Sekejap je pun takpe, tak kira la mana-mana episod janji ada muka Rain juga hahaha... -__-

Nak tahu tak siapa pelakon utk Full House 2 ni?? Kalau lead hero aku tak risau sangat sebab dia pun kira namja pujaan ramai.. Siapa layan 'My Girlfriend Is Gumiho', 'Midas', 'Pasta' ?? Hahaha tentu ramai yang dah kenal this namja >>


Ommo, oppa!!! Suka tak?? No Min Woo la lead hero nya. Tak sabar nak tengok dia dalam Full House 2 nanti. Pasangannya pulak??? Sabar... sabar......


?? Aku pun tak berapa kenal yeonja ni. Hwang Jung Eum.... dialah lead heroin for Full House 2. Try cari info pasal yeonja ni, tengok drama latest yg dia berlakon ' Can You Hear My Heart'... Ala, tak tengok pun drama tu ehehee So, nak tahu macam mana lakonan dia kena tunggu March nanti...... Hope ok je kan.....

Jom sama-sama counting the day.... Oh, it's February already.... Happy February all..... ^_^