daebak ^_^

Tuesday, November 30, 2010

Selamat Tinggal November~

Tak terasa sudah berada di penghujung bulan November. Esok dah Disember.... Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya.. 2011 sudah melambai- lambai, bersedia untuk mengucapkan selamat datang... Masa berlalu dengan begitu pantas!!! ( Hmm, kalau ikut perancangan asal, sepatutnya Disember ni aku dah start 'new thing'.. TAPI disebabkan beberapa faktor yang xdapat nak dielakkan.. Aku tangguh la dulu. Tanggungjawab yang lebih penting perlu dilaksanakan.)

Saya terpana... terkesima... tengah blogwalking tadi... Mula2 baca entry pasal life je .... godek lagi dan jumpa artikel pasal ' Gambaran ketika Hari Kiamat dan kehidupan selepas kiamat'... sob....sob...sob... sayu nyer hati saya... Saya takut.... Dasyat sungguh gambaran yang diberi. Berfikir sejenak...' cukup ke amal jariah saya??' Oh, tidak... saya masih serba kekurangan.... Ya ALLAH berilah peluang kepada hambaMU ini untuk memperbaiki diri... Saya ingin berubah ke arah yang lebih baik..... Berilah aku petunjuk agar dapat menemui jalan yang lurus dan diredhai olehMU.... AMIN...

Eh, tetiba guna kata ganti nama diri 'saya' la pulak hehe tapi rasa macam lembut sikit kan??? Mana-  mana la kan.... 'Aku' pun ok gak, tak kasar mana pun... Sebenarnya, jiwa sekarang tengah blur... Saya tidak tahu nak berbicara macam mana untuk meluahkan perasaan saya ketika ini. Apa yang penting, sekarang saya hendak berubah jadi yang lebih baik untuk ALLAH, agama dan keluarga. Saya hendak mengimbau kembali saat saya bersekolah agama dulu. Banyak ilmu yang telah saya abaikan sekarang. Saya hendak bina semula kenangan itu. Ya ALLAH tolong saya...

Sentiasa ingat ini~ 'Nabi pernah berpesan bahawa orang mukmin akan sentiasa diuji. Kecil atau besar ujian tetap akan datang selagi kita bergelar seorang yang beriman dengan Allah S.W.T.'


 ::: Syukur, kerana menemui jalan itu!!! Alhamdulillah::: 
~may ALLAH bless♥

Monday, November 29, 2010

Istana Cinta 'Adin-Mia'

Sudah... Aku masih terbayang-bayang lagi kisah cinta akak Mia ni. Malam semalam aku sanggup mengadap laptop berjam-jam semata-mata nak tahu kisah cinta kak Mia dan Ustaz Adin dari mula. Pencarian pertama, keliru la juga. Al-maklumlah baru pertama kali singgah kat blog kak Mia dan hati terus tertarik tapi akhirnya bila dah jumpa label key untuk kisah tu baru senang nak baca ikut episode. Fuhhh, respect arr ngan kak Mia... Dia betul-betul garap cita tu.. Aku pulak begitu khsyuk  seolah-olah aku tengah membaca novel hehehe novel baru aku semua aku tolak ke tepi hikhikhik....

Semalam cuma sempat baca dari episod 1 hingga episod 9 je dan rasanya ada beberapa episod yang tak jumpa..Kak Mia...Plezzz help me!!! ahahahhaa ^_^.. Kak Mia... Leh tak saya buat link terus ke episod cinta akak tu??? Mudah untuk saya nak baca balik.... Hehehhe akak pun untung kan??? Kira menyebarkan kebaikan ni....

Episod 1~ (klik sini)
Episod 2~ ( klik sini )
Episod 3~ ( klik sini )
Episod 4~ ( klik sini )
Episod 5( klik sini )
 
Episod 6~ ( klik sini )
Episod 7~ ( klik sini )
Episod 8~ xjumpa la ;-( huhuhu rasa macam xpuas membaca... kak mia tulun...tulun....ngeeee
Episod 9~ ( klik sini )
Episod seterusnya~ belum langsai lagi proses membaca... Dah berapa episod la agaknya erk??? Kenapa la aku lambat sangat jumpa blog akak Mia ni hikhikhik *_*  Apa yang pasti happy ending huhuhu mabruk.... barakallah... ye akak... 'Selamat Pengantin Baru'... Semoga terus berada dalam rahmat ALLAH...

p/s: Just for kak mia~ blog akak memang superb power... realy inspire me (^_^)... Terima kasih banyak2... Semoga akak terus mendapat kebaikkan dari-NYA..

~ Mengharap cinta dari ALLAH.... ' Mencintaimu kerana ALLAH'.. Cinta hakiki!!!




Sunday, November 28, 2010

blog cinta terbaik...

Terpana sebentar aku dibuatnya... Tuan punya blog begitu pandai bermain dengan kata - kata. Gaya penceritaannya begitu menarik. Membuat hatiku tertarik dan terus menjadi follower empunya blog... Apa yang menarik di blog tu??? Kisah cinta tuan punya blog yang berlandaskan syariat Islam begitu menyentuh jiwa..... Zaman sekarang ada lagi ke yang nak bercinta macam tu??? Jumpa pun jarang tup tap dah nak kahwin.... Tapi ini benar2 wujud... Nak tahu kisah selanjutnya?? 
Singgah kat blog ni(mia-addin)....



Di kesempatan yang ada ni, nak ucap Selamat Pengantin Baru buat empunya blog  'Istana Cinta Adin-Mia'.(^_^)... Moga perkahwinan kalian sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Tak sabar nak tunggu entry terbaru pasal kenduri tuan punya blog..*_*

~ Moga mendapat cinta hakiki....' Ku mencintaimu kerana ALLAH'.... Amin.....


Novel Terbaruku~

Beberapa hari ni, mood malas nak update blog menghantui diri. Hari ni pulak mood nak berbelog datang lagi. Salah satu sebabnya, mungkin blogku sudah berwajah baru hahaha Mengada pulak aku ni. Journey hari tu pun aku tak update lagi. Lepas ni akan menyusul ye, sebab tadi dah transfer pic yang di ambil masa journey hari tu ke laptop.

Aku tengah berusaha menghabiskan proses membaca novel-novel yang aku beri hari tu.


Hahaha jangan terkejut ye. Aku memang kaki novel. Hari tu borong lima buah novel ni sekaligus. Nasib baik la harga yang kedai tu bagi murah sikit. Sebab apa aku kata murah?? Sebab semua novel yang di jual kat kedai tu ada diskaun 20% huhuhu amacam?? Ok kan... Nak tahu ke nama kedai tu?? Bagi sesiapa yang memasang niat nak borong novel tu, boleh la pergi ke Kedai Buku Minerva kat Jalan Tun Abdul Rahman. Orang-orang Kuala Lumpur mesti dah sedia maklum dengan Jalan TAR kan?? Tempat memborong hehehe

~ Novel 'Cinta Dua Benua' tu aku dah baca. Pinjam novel tu dari sahabat aku. Tapi beli gak untuk dijadikan koleksi peribadi..... That story... Remind me about someone... My oldies story ohhhhh *_*

Buat insan yang kecewa..

Petang tadi, ketika aku tengah dok mengedit blog aku ni... Aku mendapat panggilan telefon dari seorang teman. Siapa dia?? Rasanya tidak perlu aku nyatakan di sini. Berbicara dari hati ke hati tentang masalahnya. Lantas niat di hati ini untuk memberi kata semangat... Wahai Teman... Usahlah kamu bersedih di atas apa yang berlaku... Sentiasa ingat bahawa....

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. 
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
 
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak berputus asa 
dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir”
(Surah Yusuf, ayat 8)
 
 “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka tiada pula berdukacita”
(Surah Al-Ahqaf: ayat 13)
 
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram”
(Surah Ar-Ra’d: ayat 28)
 
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya)”
(Surah Al-Hijr:49-50)  


wajah baru *_*

Perasan x??? Bagi sesiapa yang pernah buka blog aku ni mesti perasan hehe (ada ke orang yang buka??). Setelah bertungkus - lumus selama beberapa jam, inilah hasilnya. Blog aku berwajah baru hehehe

Rupanya bukan satu kerja yang mudah. Memang memeningkan kepala aku. Adoiiiii serabai giler aku time tengah mengedit blog aku ni huhuhu respect arrr kat sesiapa yang ambil course IT ni. Huh, kalau aku memang gila..... Baru 3 jam buat benda alah ni pun aku dah feninnnn tahap gaban. 

Aku pilih template yang simple je. Bila jadi macam ni rasa puas hati la. Aku buang gak beberapa gadget yang aku rasa tak perlu. Cuma satu je yang aku xleh nak buang... 'Ghucy Music'.... sayang nak buang... Aku suka muzik!!!!

Last sekali, aku tolak tambah semua hasil usaha aku mengedit blog aku ni...Hmmmm puas hati la.. cuma ada satu je terasa kekurangan sikit... huhuhu 'shout box' aku.... Nun jauh dibawah.....Hahahaha xpe la.... Sapa2 yang nak tinggalkan jejak rajin-rajin la scroll button korang k huhuhu

I like my blog... (^_^)v

Friday, November 26, 2010

silent mood

Berada di hujung bulan November ni, macam-macam perlu buat... Mood pun jadi tak stabil. Lebih baik silent sebentar. Rasa malas gak nak share ape-ape kat blog ni. Journey ari tu pun tak update lagi.. Adushhh, tunggu la bila mood rajin nak menulis datang, aku update. Sekarang ni mencari masa untuk menghabiskan proses membaca semua novel yang aku borong hari tu. 

Nothing to say... There're easier said than done!!! Ngah usha beberapa blog. Dalam usaha untuk...... xleh nak story dulu. Ok, tempoh masa ni nak keep silent dulu. Enjoy read my novel and blogwalking.. *_*

Thursday, November 25, 2010

unbelievable

Travel Itinerary
Booking Details
Booking Date : Thu 25 Nov 2010
Name : RAFAIEE , ALI
Address : KAMPUNG TANJUNG KELASO,DAE RAH KECIL, SADONG JAYA,ASAJAYA, , KOTA
SAMARAHAN, 94600, Malaysia


Email : bulal_87@yahoo.com

Guest Details () denotes infant
1. MS NURUL IZAH, ISMAIL

Flight Details:
Flight AK6527 (Economy Promo)

Departing ~Bintulu (BTU)Bintulu Airport
Sun 16 Jan 2011, 0955 hrs ( 9:55AM)

Arriving~Kuching (KCH)
Kuching International Airport (Main
Terminal)
Sun 16 Jan 2011, 1045 hrs ( 10:45AM)

InFlight Services
Guest ASR Bintulu Kuching ASR
MS NURUL IZAH, ISMAIL

Invoice
AirAsia Berhad
LCC Terminal, Jalan KLIA S3, Southern Support Zone,
Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Payment
Flight
1 Guest 0.00 MYR
Airport Tax 9.00 MYR
Sub Total 9.00 MYR

Services & Fees
Sub Total 0.00 MYR
Total Amount 9.00 MYR
Total Paid 9.00 MYR
Balance 0.00 MYR

Confirmation
Date Thu 25 Nov 2010
Type CIMB Direct Debit
Amount 9.00 MYR

Rasa macam tak percaya. TAPI percayalah... Ni adalah kenyataan. Copy n paste je tiket tu dari email yg dik Paie sent kat aku. Yeah, sudah book tiket balik k Kuching dari Bintulu. Ertinya??? Aku akan fly lagi la. Mmg cara aku mcm ni. Beli tiket balik dulu baru beli tiket pergi.

Semalam tengah2 syok godek2 laman web AirAsia. Xsangka jumpa tiket promo. Dah sudah tentu RM0.00 je huhuhu cas cuma dikenakan untuk tax airport iaitu RM9.00~ rasa macam tak percaya sebab selama kerja aku godek2 web AA tu inilah 1st time jumpa tiket free. Apa lagi terus suh dik Paie booking. Ngeeeee~ *_*

p/s: Thanks dik Paie sebab tolong book tiket... Enot!!! Saya akan datang lawat kamu.....
Masa untuk meneruskan penjelajahan menakluki Sarawak. Tinggal Bintulu dan Miri lagi... Next, will do it!!!! THANK AIRASIA~ Now Everyone Can Fly!!!!

happy family~

"unsur agama itulah sebenarnya unsur yang paling penting dalam pembentukan keluarga. Islam itu 'addin'. 'Addin' itu cara hidup, way of life .... Sebab itu bila agama wassalam, institusi keluarga tu sendiri wassalam....." ( petikan sebahagian dari novel Rooftap Rant )
 
Saujana~Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu


~It's will be good if be alone and away..

Rooftop Rant...

Rooftop Rant~ A story about family~ Aku suka novel ni. Betul-betul membuat aku menangis dan memahami kehidupan ini sedalamnya. Thumb up for Hlovate. Dia memang seorang penulis yang betul-betul menjiwai kehidupan. Kisah yang dia tulis bukan semata-mata kisah cinta tetapi ciri-ciri Islam yang diselitkan begitu menyentuh perasaan.

Keluarga bahagia... Menjadi idaman setiap insan. Anak-anak memberontak.... Salah siapa??? Kurang kasih sayang??? Isu kekeluargaan yang dipetik dari 'Rooftop Rant' menggamit perasaan. Yeah, it's true...
There're times when strangers are like family and family are like strangers.

Aku tengah bengang. Kenapa suka sangat buat hal. Tak bermaksud nak 'berkurang ajar'.. Lebih baik senyap dari berkata-kata.... Bila berbicara dianggap derhaka...Aduhhh, I hate this feeling. It's hard for me to story bout it. Suck!!! Hate it!!! Hanya 'dia' yang pernah mengetahui secebis kisah ini. Sekarang ni aku xdapat nak luah kat sesiapa. Only ALLAH know.....Ya ALLAH, ampunlah dosa hambaMU ini. Tunjukkanlah ku jalan yang benar, jalan yang engkau redhai...


lontarkan....
...kalau tidak ia meracun???
kongsikan....
...walau hanya pada awan-awan.....
Hidup tak selalunya lawa...
Tak selalunya ada pelangi....
"There're times when strangers are like family and family are like strangers."

Wednesday, November 24, 2010

long distance~ ;-(

Huarghhhh kepenatan semalam belum lagi hilang, hari ini aku ada tugasan lagi. Apa nak buat, kerja perlu diselesaikan. Nampaknya aku tak sempat lagi nak update pasal journey aku hari tu. Alahai, memang busy memanjang. Hmmmmm perubahan ke arah berkerjaya.

Petang tadi aku tak sedar sahabat aku, Enot call. Lepas maghrib tadi dia call lagi. Sedih nyer..... Jauh nya Enot posting. Dia ditempatkan di SMK Bandar Bintulu. Memang la Bintulu tu kat Sarawak gak TAPI alahai....Sarawak ni besar nyer mengalahkan semenanjung. Walaupun dulu aku dan Enot tak sama 'U' tapi kita orang still lagi dekat kalau nak jumpa tiap2 weekend. Lepas ni jarang la nak jumpa Enot. Serius aku sedih sangat2..... Dia la sahabat yg paling memahami aku. Kalau ada apa-apa aku akan bagitau dia. Dan kalau aku sedih sangat2, aku sanggup g jumpa dia. Tak dapat nak bayangkan lepas ni macam mana.... Long distance... Kena naik flight kalau nak cepat. Esok Enot akan fly ke Bintulu... Moga dia selamat sampai dan dapat membiasakan diri di tempat baru... Good Luck my friend!!!!

Esok merupakan hari penting buat aku. Esok petang aku akan jumpa Manager (Human Resource). Kira melapor diri la ni sebelum memulakan tugas. Moga segala urusan esok akan berjalan dengan lancar. Hmmm, kan aku dah kata..Antara aku dan Enot memang ada chemistry. Esok, kita orang akan sama2 melapor diri di tempat kita orang bakal bertugas. Lepas ni kisah baru dalam kehidupan kita orang akan bermula. Bermulanya kisah alam pekerjaaan....~ Haishhhh semakin sibuk!!!!


Dare urself 2 dream & dare urself to fulfill it...
Live well or live hell... ????
U choose!!!
~may ALLAH bless♥

p/s: Mood penat + sedih... Enot.. kenapa kamu jauh dari saya??? TAPI tetap bersemangat... S.U.C.C.E.S.S + F.L.Y..... nak fly lagi!!! *_*
Enot... Iboh risau k, kmk yakin ktk boleh. Lak kmk lawat ktk... Time for me to fly ke Bintulu...Fighting Friend....

Tuesday, November 23, 2010

home sweet home...

 Salam semua!!! Saya sudah kembali (^_^)V ... Penat giler rasanya ni. Tak leh nak story panjang2 dulu hehe sebab esok pun ada program lagi. Aduh, hari-hariku semakin sibuk. Susah betul jadi orang penting ni   (perasan tak aku ni??? tapi memang betul pun hikhikhik semua benda aku kena urus..haishh)Nanti tunggu erk entry aku pasal vacation 6 hari aku kat KL tu. Hmmm, macam2 je kisahnya.... Bulan November ni memang bulan untuk aku fly je hehe busy memanjang~



Mata ni dah minta ditutup. Ok la. Tunggu tau al-kisah aku yang seterusnya... Adios... *_*

p/s: Lega nye bila dah kembali ke Sarawak. Home sweet home~ Sarawak gak yang d best!!!

Wednesday, November 17, 2010

Stop Blogging!!!

Sempena entry aku yang ke 119 ini, aku nak umum sesuatu.... Aku akan stop blogging mulai esok. Sebab apa??? Ngeeee buka kerana merajuk atau marah ye. Hal ini kerana mulai esok, 17 November sehingga 23 November 2010 aku akan berada di luar kawasan hahahaha Time to fly away!!!!!!! Suka... suka...suka... like.... like.... S.U.C.C.E.S.S + F.L.Y = ??? ( xjumpa lagi penamat bagi equation ni hihi any idea??? )

Esok aku akan fly ke Kuala Lumpur. Syiok nyer...Yang penting full sponser dari auntie aku. Tugas aku mudah je hahaha jadi 'Tourism Guide' yang tidak berdaftar hahaha (Harap2 la aku tak bagi salah panduan nanti, aku pun kadang2 pening gak bila dah menempuhi kesesakan di KL tu..aishhh..) Tak sabar menanti esok hari hihihi

Aku dah planning gak la trip kita orang nanti. Auntie aku ajak g Melaka. Kiranya perjalanan kita orang nanti bukan setakat di Kuala Lumpur je, tapi akan ke negeri lain yang berdekatan. Aku on je hahaha dah dasar kaki jalan kan.... Janji orang yang nak follow aku pun tahan nak jalan jauh.

Mesti aku akan merindui blog aku ini. Tak pe nanti aku akan post trip aku nanti. Sudah semestinya menarik hahaha menarik ke??? Ala, xkisah la janji aku puas. Lagipun tujuan aku berbelog adalah untuk mencatit segala perjalanan aku menjelajah dunia. Hmmm, so kira trip kali ini termasuk la kan huhuhu

Ok, kena tidur awal sikit hari ini. Hati ini terasa tidak sabar untuk melihat 'burung gergasi' esok Dengan harapan akan berjumpa 'steward' hari tu...( masih berharap >>:-(.. huhuhu ) Lepas trip ni aku kena buat preparation dari segi mental. Bakal menempuhi alam baru. New chapter of my life will start after this trip... whoaooooohhhh *_*


Dare urself 2 dream & dare urself to fulfill it...
Live well or live hell... 
U choose!!!!!
La Tahzan...
~may ALLAH bless♥

p/s: Calon lelaki idaman>>> harus kaki jalan gak seperti aku... Sesiapa yang kaki berat macam bangku tu kim salam je la hahahha (berangan sudah aku ni) (^_^)v

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha~

'Gemar takbir di pagi raya...Ku teringat kampung halaman' Hehe tiba2 teringat kat lagu raya ni... Di kesempatan yang ada ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Adiladha buat semua umat Islam di dunia ini hehehe khasnya buat yang mengenali diri ini la kan hikhik Bagi sahabat-sahabat yang sambut raya kat perantauan tu, banyak2 bersabar ye. Berkorban sekejap hehe Kira korban gak tu so besar pahala yang menanti ^_^

Teringat zaman dulu-dulu. Aku pernah gak tak bali raya. Bukan setakat raya haji je tau, raya aidilfitri pun aku pernah tak balik. Saja nak test 'kepoweran' diri. Merasa gak la macam student oversea hikhik Cheq raya kat Kedah time tu. Meriah la juga tapi rasanya Sarawak meriah berlipat kali ganda lagi hehe Pagi raya tu leh lagi la control diri tapi bila part tengok member salam ngan family dia.... Fuhhh memang xleh tahan... Jatuh gak air mata hehehe *_*

Kalau raya aidiladha ni biasanya sambutan biasa je. Family gathering je ramai2 dengan saudara- mara. Bagi yang buat korban tu, meriah la satu kampung. Tahun ni, aku raya kat airport la gamatnya. Hehehe esok pagi berkumpul kat airport Kuching. Hahahaha macam kelakar, nak gak tahu apa rasa esok ngeeeee~

Berharap kalian semua akan berbahagia di hari raya ini. Apa yang paling penting ialah sama- sama kita hayati kejadian di sebalik Hari Raya Aidiladha ni. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail a.s~ Moga menjadi pedoman untuk kita semua.... may ALLAH bless~


Monday, November 15, 2010

S.U.C.C.E.S.S+ F.L.Y


Bukan mudah untuk menggapai sebuah kejayaan. Ia memerlukan usaha yang gigih. Kalau kita belajar Add Math kita akan selalu ingat persamaan ini~ y= mx + c, E=mq^2.....BUT for success equation, always remember U.S.A.H.A+ D.O.A+T.A.W.A.K.A.L= KEJAYAAN~ S.U.C.C.E.S.S >>>>> Perasaan aku sekarang ni berbunga-bunga je hehehe *_* ( xsalah faham ok, bukan nak masuk fasa kejiwangan) Terasa senyum sampai ke telinga (^______^) hikhik syukur ku panjatkan kepada-NYA. 


Bila dah kecapi kejayaan perkara yang paling utama ialah bersyukur di atas segala nikmat dan selepas itu??? Hehehehe of coz la time to fly~ Esok sahabat aku Enot akan fly ke Miri. Lusa giliran aku pulak fly ke Kuala Lumpur. Ha, kan aku dah kata...Antara aku dan Enot memang ada chemistry. Part berakhirnya sebuah penantian, kira aku dulu baru enot. Ni part fly pulak enot dulu baru aku hihihi Apa yang pasti keinginan kita orang berdua adalah sama. Creating Love~ K.O.R.E.A hehehehe

Have a pleasant trip esok, Enot. Enjoy ur flight..... Kirim salam ngan Pilot n Steward kitak esok k...
I LOVE TO FLY....(^_^)V
Dare urself to dream & dare urself to fulfill it!!!
Live well or live hell... ???
U choose!!!!
~may ALLAH bless♥


p/s: Enot, kelak kahwin mesti sama ka?? Hahahah tapi rasanya kitak la dolok hehe dah ya baruk turn kamek hikhik....Abg Burger+ Enot=ABE hehehe *_*

congrat Enot...


Entry ni khas kutujukan buat sahabatku Majenah Mustapha aka Enot... Akhirnya, penantian dia berakhir. Hmmm, memang kita orang dua ni ada chemistry la hehehe. Semalam penantian aku berakhir, result final dah tahu dan hari ni pulak giliran Enot dapat berita gembira. Yahooooooo, aku tumpang seronok la sebab sahabat aku dah dapat tahu dia bakal posting kat mana... Of coz la kat Sarawak kan hikhikhik....

Congrat my friend, lega je rasanya kan??? Yeah, segala debaran telah pun berakhir. Kan aku dah cakap hari tu. Sebuah penantian yang lama pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan hikhikhik kena ada kesabaran dan usaha yang jitu, pasti kita akan berjaya!!! Enot akan bergelar seorang pendidik la lepas ni. Cikgu Enot~ So, do ur best k my friend hihihi

Sama-sama la kita menyumbang bakti kepada negeri tercinta, Sarawak ibu pertiwi.... Maju Sarawak!!!!
Thanks being my best friend..... Next planning, will fullfill our promise. Creating Love~ K.O.R.E.A *_*


Sunday, November 14, 2010

i'm done!!!


Syukur.....Alhamdulillah!!!!!!!

Akhirnya, aku dapat gak buka UUM Portal tadi.Gembira tak terkata bila tengok result aku.... Sebelum ni aku memang takut sangat2, dah berapa kali aku cuba buka UUM Portal tu. Melalui FB sahabat aku 'Hanif', aku dapat tahu result praktikum dah kuar. 12 November yang lepas la. Tapi masa aku nak log in masuk check result tak boleh pulak. Memang jantung dup..dap...dup...dap gak la. Kiranya inilah result terakhir aku penentu nanti aku akan konvo dengan PNGK apa.

Dan penantian itu berakhir, tadi saja menggatal dok buka UUM Portal dan xsangka dapat log in ngeeeee mencari dan terus mencari...Ha, itu dia.... BSMX2016 PRAKTIKUM>>>> A (^_^)........ Syukur Ya ALLAH...Tak terkata aku dibuatnya.Ertinya pointer aku akan naik la lagipun praktikum ni 6 jam kredit so cuba darab hehehehehe Janji lepas dari 3.00> hehehe dapat la mohon diskaun dari MARA ni. hikhik


Tak sia-sia aku buat dalam BI. Mencarut entah apa-apa dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat. Heheehehehe I'm done.... Success.....*_*

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih buat sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang turut sama bekerjasama dengan aku semasa aku menjalani latihan industri ini. Sekalung perghargaan yang tak terhingga khas buat warga SALCRA... Terutamanya Madam Jee, Sir Andy, Krisno dan Erika.... Tak lupa juga buat lecturer aku khas nya buat Cik Mizan dan Puan Syarliza.... Very appreciated it!!!! May god bless u all.....

Part ni special for sahabatku Enot...Makseh Enot.... Kita la yang ngan kmk masa hari pertama lapor diri praktikal ari ya. Hu, betapa nervous nya hari ya tapi kerana adanya di kau eheeee kmk leh hadapinya... Thanks coz always being myside.....I take my promise.....Korea ok???? Arosso...(^_^)

penangan korea...

Hmmm, entah apa-apa la aku hari ini. Malam tadi layan cerita 'You and I' sampai satu tahap yg xdapat nak dihuraikan huhuhuhu aku naik loya tengok hero tu. Lastly, aku skip terus tengok episod last hahaha dah tahu jalan cerita macam mana bila dah sampai tengah2 cerita macam hampeh so tunggu apa lagi terus ke ending je..ok the end hihihihi

Lepas tu aku browser laman web drama korea. Alamak.....rupanya aku dah banyak ketinggalan. Ada satu cerita baru Lee Min Ho.. Tajuk cerita tu 'Personal Taste'. Baca sinopsis je aku dah tahu cerita ini best. Ok akan cari drama ni pulak. Susah betul la bila dah balik swk ni. Bukannya apa, pusher aku pasal2 korea ni harus la dari 'semenanjung' ngeeeee Nasib baik malam tadi sempat chat ngan sahabat aku 'Ckirn'.... La, dia pun dok layan habis korea dan memang buat la bisness kecilan pasal benda ni. Ok, aku pesan kat dia je la nanti.

Aku ni macam tak puas hati je. Rasanya sebelum ni pernah tengok dvd 'Personal Taste' ni kat kedai dekat port yang biasa aku pergi. Petang tadi dengan semangatnya aku pergi kedai tu. Lama juga la aku belek cd/dvd yang ada...Hampeh...xda pun cerita tu..aishhh entah apa2 la aku ni..... TAPI memang sebelum ni aku macam pernah nampak..... hmmmm, xda rezeki aku kali ini. Apa yg aku nak xda.......

Malam ni aku nak layan cerita apa pulak erk???? Arghhhh, pening sudah...... banyak sangat pilihan!!!!! 

p/s: Sangat tidak sabar. 2 day more left.... time to fly again ^_^

korea drama....

Mood nak layan drama korea kembali lagi. Hehehe masa bergelar practical student hari tu aku langsung xsentuh pun cd/dvd korea aku yang melambak. So, bila dah free apa lagi selongkar balik khazanah yang bertimbun dalam kotak. Aku ni mempunyai satu tabiat buruk yg xdapat nak elak. Pantang ada cd/dvd best pasti akan beli walaupun aku tahu banyak lagi cd/dvd yang aku beli sebelum ni xhabis lagi aku layan.Aku akan beli dan beli sehingga menjadi harta karun hihihi 

Hari Khamis yang lepas aku beli lagi cd baru. Drama Korea 'My Lovely Samsoon'. Ala  ni cerita lama tapi aku teringin nak tengok balik. Animax tengah dok main cerita ni dengan alih bahasa melayu pulak tu. Kelakar bila tengok muka korea tapi bercakap bahasa Melayu. Bila tengok kat TV kan tak puas. Tanya sahabat lain semua xda koleksi cerita ni. Nasib ari Khamis tu jumpa hehehehe beli yang ori ok RM48.00 ngeeee sanggup kan aku ni..... itulah aku..demi korea sanggup berhabis $$$$ hehehehhe malam tu aku layan cerita my lucly samsoon sampai habis.... one night 16 dics hehehhehe ada berani???? Tengah sakit pun sempat lagi kan hehehe *_* Aku suka jalan cerita tu sebab watak hero dia fuh, terasa lakonan dia. Aku suka kalau seorang lelaki tu ego dia jatuh.... walaupun watak heroin agak tua tapi cerita tu mantap....***** aku bagi.... Dan aku perasan...kualiti cerita dulu-dulu lagi best dari sekarang......

Bila satu drama dah habis, sekarang ni dalam proses layan drama 'You and I'... Boleh la....watak hero agak tua dan xkenal pun sapa pelakon tu. Agak nerd dan pelik sikit tapi jalan cerita agak lucu.... Malam tadi xlayan sampai habis so nak sambung layan lagi ni hehehhehehehehe

Aduhhh, banyak lagi cd/dvd yang menanti....Inilah akibatnya kalau asyik membeli sampai tak ada masa nak tonton semua cerita tu. *_*

Saturday, November 13, 2010

Dream~

Aduhhhh sangat susah hendak ditafsirkan. Kalau nak huraikan pasal mimpi ni memang tak habis satu malam. Cuma apa yang mampu aku kata, mimpi ni kadang-kadang mainan tidur dan boleh juga sebagai satu petunjuk??? Wallahualam hanya ALLAH yang maha mengetahui.... Ada juga mimpi yg datang dari Jin bak kata orang tua sapa suh tak cuci kaki sebelum tido huhuhuhu macam-macam kan??? Tapi aku percaya kadang-kadang mimpi ni satu petunjuk.... Cuma jangan terlalu memikirkannya. ???? Hahahaha 

Malam tadi aku mimpi 'DIA' lagi. Kenapa 'dia' perlu muncul lagi. Sebelum tu aku nak flash back jap. Ingat tak yang aku ada buat entry pasal majlis perkahwinan sahabat aku Azimah aka Mot... Sebelum aku pergi ke kenduri sahabat aku tu memang aku ada mimpi 'dia' gak. Dua hari berturut-turut aku mimpi 'dia'. TAPI dalam mimpi tu kita orang tak bertegur sapa cuma aku lihat dia dan dia lihat aku huhuhuhu oopppsss... aku sudah masuk fasa kejiwangan...lolssss

DAN selepas itu, aku memang bertemu dengan 'dia' masa kenduri sahabat aku dan kita orang tak bertegur sapa langsung. Hmmmm, apa yg mampu aku kata??? Dia berdiam seribu bahasa, aku juga hanya mampu berdiam tidak berkata apa-apa huhuhuhu haru kan??? Egois?? Entah...aku pun tak tahu.... No good explaination for it......

Malam tadi aku mimpi 'dia' sekali lagi tapi mimpi kali ini kita orang bertegur sapa. Sedih la bila ingat mimpi tu sebab mengingatkan aku kembali zaman sekolah agama dulu. Hmmm, dalam mimpi tu kita orang tengah exam...  dengan selambanya kita orang bersembang. Dia meniru tengah exam dan bagi aku tiru semua jawapan dia. Memang gila betul dan rasa tak senonoh je....( aik, mcm la xpernah buat kerja tu sebelum ni??? hehehe ada la juga buat keje ni tapi masa kuiz je tau..exam betul2 xpernah..... kalau ternampak tu kira bonus la hikhik *_*)

Memang mengungkit kembali nostalgia kisah silam. Aku ingat lagi time tu masa Form 5. Lepas cuti semester pertengahan tahun tu kita orang ada exam percubaan SPM. Sebelum tu aku dan 'dia' tak bertegur sapa, biasa la konflik....beberapa bulan juga la konflik tu... dipendekkan cerita, masa cuti sekolah tu 'dia' call telefon rumah aku ( al-maklumlah zaman dulu2 mana da guna hp mcm budak2 zmn sekarang...) Huh, terkejut giler aku...jantung rasa macam nak jatuh je...dup...dap....dup...dap satu perasaan yg sukar nak digambarkan.... Kiranya kita orang ok la kembali.

Bila dah masuk sekolah semula, esok harinya kita orang kan ada exam. Biasanya time exam tempat duduk akan disusun jarak-jarak. Disebabkan masa study malam budak2 lelaki yg guna kelas kita orang so tugas budak2 lelaki yg kemas meja dan kerusi ikut mcm keadaan nak exam. Pagi tu aku seperti biasa nak exam awal je datang ke kelas. Tengok meja aku memang dah terpisah jauh dari sahabat aku yang lain. Kalau ikut kedudukan asal aku, dekat je dengan Aisyu, Ida dan Enot. Ni meja aku kat depan tapi buat biasa la tak fikir apa2 pun. Sibuk buat ulangkaji last minute tak sedar kat depan aku dah ada budak yang duduk.... Sekali tengok>>>> 'dia'...... Hmmmmm aku dah agak.... Ni mesti kerja dia.... Sahabat dia pun kata dia sengaja susun meja aku belakang 'dia'...

Aku buat selamba je tapi dalam hati mak oiiii neves.... gila babun betul la mamat ni..... 'Dia' pulak dok senyum2 kambing kat aku. Kita orang kekok la sikit kan.. Lama tak bertegur sapa tiba2 jadi ok hanya selepas satu panggilan telefon rumah aku huhuhuhu HARU siot perasaan time tu.... Semuanya kenangan!!!!!! Mula la kisah budak2 kecik bercinta-cintun hehehehe aku akan dapat nota kecil dan surat setiap kali habis paper ( masa passing2 kertas jawapan, dapat la sekeping nota heeee)

Apakah maksud mimpi aku tu??? Adakah aku akan berjumpa dengan 'dia' sekali lagi??? Aku hanya perlukan kata-kata dari dia. Entah...susah aku nak cerita.... Rahsia di hati tak siapa yang tahu... ^_^

Opppsss macam terlalu ke hadapan la pulak kata-kata yg last tu....
Entah....andai ada lagi jodoh antara aku dan 'dia'???
Maybe...TAPI selepas apa yg berlaku hati aku dah jadi keras....
Tidak mampu berkata-kata.....
Hanya ALLAH yang tahu....

p/s: maaf erk entry kali ini jiwang karat sangat. al-maklum lah emosi terganggu dek baru lepas sembuh dari sakit. Aku tahu 'dia' pun sakit juga masa aku tengah sakit. Moga 'dia' sembuh juga seperti sedia kala. may ALLAH bless.....

R.I.N.D.U

Wahhhhh, rindunya aku kat blog aku ni. Kecian sudah lama diabaikan oleh tuannya hehehe xmarah ye blog sygku ini. Ok, aku sudah kembali sembuh. Antibiotik dah habis makan tapi benda putih tu masih ada lagi kat tonsil aku. Mum aku kata biar je nanti benda tu akan surut dengan sendirinya. Harap begitulah sebab benda putih tu la yg menyebabkan tonsil aku kembang dan sakit. Sekali dapat menyebabkan aku demam haishhhh begitu sakit. Hmmm, aku ni jenis yang jarang nak sakit so bila dah sakit biasanya bukan sejenis penyakit aku dapat tapi bermacam2 jenis penyakit sekaligus hehehe 

syukur ALHAMDULILLAH sekarang dah hampir pulih.... 90% pulih cuma masih batuk dan selesema.

Rasa lamanya aku tak blogwalking sampai mata ni naik pedih. Lepas ni nak lawat blog yang sering aku kunjungi. Saya telah muncul semula. ^_^

Thursday, November 11, 2010

getting well~

dalam proses untuk sembuh...
antibiotik dan ubat-ubat lain yang asyik suruh aku mengantuk....zzzzz....zzzzzz
xda mood nak berbelog, nanti la bila dah betul-betul sembuh aku kembali lagi......

Wednesday, November 10, 2010

unfeeling well...

Menyepi sekejap huhuhu semalam sempat jenguk je blog tapi xsempat nak update. Interview semalam berjalan dengan lancar, syukur ALHAMDULILLAH.... Balik dari interview kena hujan, pastu baru perasan bahagian tonsil ada tanda putih2. Rasanya Tonsilitis. Bagi tau kat my mum, dia tanya ada demam x.. So far petang semalam tak demam lagi. Bila pas solat Maghrib, badan dah rasa lain macam. Sudah, aku demam. Lepas tu tidur la, tu pun sedar tengah pagi2 buta sebab tak solat Isyak lagi. Pas solat terus sambung tidur lagi.

Pagi tadi dah jumpa doktor. Hmmm,kena makan antibiotik. Huuhuhuhu something that I don't really like.. Hate it.. nasib baik la rasa antibiotik tu macam gula-gula. Dah la besar, tekak pula rasa sakit je nak menelan. Bila dah makan ubat, memang rasa nak tidur je. Hmm, nasib baik tengah 'cuti'. 

Moga tonsilitis ini cepat sembuh. Sangat sakit bila petang dan rasa tidak selesa. Mulut ni pahit je. Nak makan pun hilang selera.*_*

Sunday, November 7, 2010

suka duka 7 November

Setelah setahun berlalu, kenangan itu datang lagi. 7 November 2009 meninggalkan banyak kenangan buat aku, Enot dan di Paie. Hmmm, hanya kita orang je yang tahu dan beberapa sahabat terdekat. Apa kisah di sebalik semua ni??? Biar ia menjadi rahsia antara kami. Peristiwa yang benar-benar memberi keinsafan dan percaya pada kuasa ALLAH.

Bermula dengan kisah berjalan-jalan di Putrajaya. Bersantai di PICC sambil makan strawberi dengan coklat begitu mengasyikkan. Namun di sebaliknya hanya kami yang tahu... Memori yang agar sentiasa berlegar-legar di ruang ingatan....

Syukur padaMU YA ALLAH kerana memberi kami peluang sekali lagi untuk bernafas di muka Bumi ini. Ya, percaya keajaiban itu wujud. Kuasa ALLAH tiada siapa yang dapat menghalang. DIA yang mengkehendaki segala yang berlaku. Syukur kami panjatkan padaMU...


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
 
p/s: Enot, dik Paie~ sentiasa ingat tarikh tok... semoga bersahabatan kita kekal buat selamanya
~ may ALLAH bless us..

Selamat Pengantin Baru Sahabatku ~Azimah Marsid


Seorang lagi sahabatku telah mendiriku rumah tangga*_*. Azimah Marsid atau nama glamournya Mot bertemu jodoh dengan jejaka dari Pahang hehehe (apa ayat aku ni macam orang skema je) eheeee Rasa macam tak percaya tapi itulah realiti yang kawan aku ni dah kahwin hihihi Majlis Akad Nikah sahabat aku ni berlangsung semalam kat rumah dia di Taman Sukma. Hari ini la kiranya majlis sanding Mot. 
7 November 2010 bertempat di Dewan Telekom.

Masa sampai kat dewan tu, sahabat lain dah datang pun. Macam tak sangka gak dapat juga berjumpa dengan sahabat yang lain. Kira macam ala-ala reunion mini. Kita orang ( Miera sekeluarga, Enot, Aku, Anne, Zira, Ida, Hairul dan anak buah Enot ) duduk satu meja. Geng yang lain duduk meja lain sebab dia orang datang dahulu. Kita orang sampai cun masa pengantin nak masuk dewan.

Wah, ceria je muka sahabat aku tu. Nampat cantik Mot dengan baju kebaya moden warna cream ( ala2 kuning cair pun ada gak eheee ) Kira dia perasan kita orang sampai dan aku siap melambai lagi kat dia. ngee aku rasa lega la sebab at least dia tahu kita orang ada datang. Bila dah kat dalam dewan tu biasa la kena ada protokol rasmi majlis dengan segala ucapan dan bacaan doa heeee Kecian kat baby Irsyad, baby dah penat kot tunggu bila lagi majlis makan2 nak mula hahaha 

Lepas settle semua atucara yang ada, kita orang pun dah kenyang eheee sesi bergambar la lagi. Lega je rasa nasib baik dapat bergambar dengan pasangan pengantin. Tak banyak sangat picture yang sempat di ambil sebab ada banyak sangat kamera yg wujud eheee Antara pic yg sempat di'capture'~



Khas Buatmu Sahabatku Azimah Marsid>>>

Congratulation My Friend ~♥   

You have choosen
 each other above
 all the rest....
 To share you love and laughter
 To live life at its best....
May your always fill each other's
Lives with love...   
~may ALLAH bless♥

Saturday, November 6, 2010

weekend yg boring *_*

Huarghhh keboringan melanda.... Walaupun mendapat tidur yang cukup mata mengantuk juga. Kena tidur awal la malam ni. No blogwalking huhuhu Esok kena bangun awal sebab nak pergi ke kenduri kahwin sahabat aku kat Dewan Telekon dekat kawasan Taman Sukma, Kuching. Seorang lagi sahabat aku yang akan mendirikan rumah tangga. Uwwaaaaa macam xsangka la pulak kita orang ni semakin dewasa. Rasanya macam baru semalam je aku dan sahabat ku ini Azimah Marsid aka Mot main sama2 masa sekolah kat sekolah agama dulu.

Aku xpernah rasa keboringan giler macam ni kalau weekend. Rasanya ni lah weekend aku yang paling boring. Lagipun cuaca tak berapa elok. Setiap petang mesti hujan so aktiviti hanya terhad di rumah. Layan TV je la. Harap esok akan menjadi weekend yang menyeronokkan. Lagipun esok akan jumpa juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Lepas raya hari tu, kita orang xda lagi hang out sama. Masing-masing dah kembali sibuk dengan kehidupan sendiri.

Ok, esok la aku upload beberapa picture masa kenduri itu nanti. Aku takut kalau lama aku mengadap komputer ni mata pun akan cergas eheee. Selamat Malam semua~


Friday, November 5, 2010

hilang sudah keraguan

Hari ini awal giler aku sedar dari tidur. Lepas solat Subuh xleh nak lelap semula, so layan novel 'Cinta Pertama'. Dah baca habis novel ni beberapa tahun yg lepas eheee saja nak baca balik. Hmm, kena cari novel baru lagi ni. Xsangka terlelap gak aku tapi xperasan dalam jam berapa aku lelap balik ehee.

Mimpi lagi!!! Seolah2 berada dalam sebuah kelas bersama-sama dengan sahabat2 sekolah agama dahulu. OMG, mengulit kenangan betul. Kita orang tengah study. Lepas tu gerak ke surau ramai-ramai memang betul2 macam zaman sekolah dulu. Sangat rindu pada kenangan itu..*_*

Aku tersedar tiba2 dan hari sudah siang. ngeeee Lepas buat apa yang patut ( harus la pergi gosok gigi dan basuh muka). Aku nak call nombor yang call aku semalam. Confuse semalam sebab surat yg sampai dari Grand Margerita Hotel tapi yang suruh aku pergi interview Riverside Majestic Hotel. Neves gak mula2 tapi pastu ok. Broken English pun jadi la. Rupanya, dua company ni adalah sama. Patut la. Akhirnya, tiada lagi keraguan. Lega je rasa. Lepas ni kena prepare untuk interview....

p/s: Alergik aku kepada 'telephone call' semakin berkurangan. Tak sabar nak pergi interview dan tak sabar nak pergi melancong....(^_^)V

Thursday, November 4, 2010

telephone call 2~

Uwwaaaaa kan aku dah cakap ada aura psycho kat aku sekarang ni eheeee Pagi tadi awal je aku bangun sebab takut ada kejutan lagi. Bila dah bangun awal keboringan pulak sebab xtahu nak buat apa. Tengok rancangan TV semua xbest. Ambil keputusan lepak kat bilik baring2 ngeeee....

Tiba2 berada dalam sebuah kelas. Ramai giler budak2 kecil. Xfaham sebenarnya budak2 tu tengah buat apa.. Aku cuma sebagai pengacau je eheee buat kecoh. Kat depan pulak ada dua orang jejaka yang tengah menbuat kiraan matematik. Salah seorang jejaka tu adalah 'kenangan silamku'.. Tergamam  sekejap bila lihat 'dia'. TAPI aku buat selamba je sibuk bermain ngan budak2 kecil lelaki yg cukup sporting. Tiba2 telefon aku berbunyi.... Semua mata tengok kat aku.. Malu giler time tu tapi still boleh lagi buat selamba.

Rupanya aku mimpi hahahaha aku tertidur rupanya.. Bila sedar je handphone aku ngah berbunyi time tu.. Opsss, jangan kata kejutan lagi... Yup, huarghhh haru...Kena g interview lagi. 8 November 2010 di Human Resource Department,Riverside Majestic.... Suprise...hahaha dia org kata ada post surat tapi aku tak terima lagi...Ok...ready utk interview~

Dah letak telefon...Aiekkkk baru terfikir..ada ke htr resume kat Riverside Majestic?? Rasanya xda kot.. Mungkin company yang satu tu..mmg aku aim.. xpe la abaikan dulu..Lepas tu petang tadi posto htr surat.Mungkin surat ni yg dimaksudkan oleh pemanggil tadi?? La, dari Grand Margerita Hotel...Sudahhh aku pening..Keliru.... Ni ke surat yg dimaksudkan?? Hmmm, adik aku kata mungkin xsama...

Kalau fikir2 betul2 memang xsama... esok la aku call balik nombor yang call aku tadi.. Harap gak ada surat yang sampai esok... Aku sudah keliru...pening hehehe Moga ada salah satu yg tersangkut kat aku. Tak sabar rasanya nak kerja...Mengharap juga kerja yang bakal diperolehi tidak menganggu tempoh percutian yang sudah dirancang itu ngeeee *_*

Berdoa dan terus berdoa.....Berusaha dan terus berusaha...~may ALLAH bless...

p/s: Aku memang alergik dengan bunyi telefon sekarang huhuhu esok ada lagi ke?? Eh, esok Deepavali... tapi Sarawak xcuti esok.... Tunggu je la esok (^_^)V

Wednesday, November 3, 2010

time to fly again ^_^

Suka...Suka... Like...Like... hehehehe senyum sampai ke telinga. Semalam auntie aku call. Mula2 dia call aku xsedar dia call mum aku. Pastu baru aku jawab call dia... Dia ajak g KL..ngeeee mula2 aku takut gak nak kata ok sebab kan sekarang ngah alert dengan 'telephone call' hikhikhik karang aku tengah dok enjoy da yg panggil interview huh haru je rasa...

Auntie aku suh survey tiket MAS..ish2 mahal giler.... 1 way almost RM 400. Aku suggest la tengok AirAsia pulak.. Hmm, habis aku godek web AA tu... Ha, lagi berbaloi 2 way only almost RM 400. Which one better?? Of course la AA kan??? Ok, auntie aku setuju. Lepas tu survey hotel pulak. Dia nak Regency Hotel sebab dekat PWTC ( auntie aku akan konvo kat situ~ OUM... cikgu punya course).. Ok aku g godek lagi.. Makkk oiiii korang tahu berapa 1 malam??? One night for superior room huh USD 55.. Hampir nak RM250 je kan...Normal la 4 star punya hotel.

Dah la nak pergi KL dalam 6 hari 5 malam. Aku suggest hotel biasa je janji selamat dan selesa.. Ok, dia setuju lagi dengan cadangan aku. Mum aku pun dok sibuk tengok aku godek web hotel tu huhuhu last mum aku keluar statement 'Ikut je la auntie aku g KL'... Ngeeee dalam hati aku dah senyum... Hooorayyyyy green light....

Ok,aku setuju jadi 'tourism guide' untuk auntie aku nanti... Kita orang fly ke KL 17 November...Hmmm raya haji kan??? Raya kat KL la tahun ni hehehe Suka... dapat tengok 'burung gergasi' aku lagi eheee like it so much.. 

Yeah, time to travel again... Hope have a pleasant trip... I like!!!!! (^_^)v

p/s: Memang seronok kalau ada orang sponser kita pergi melancong... ngee~

telephone call~

Semalam aku dapat call dari Jabatan Ketua Menteri (JKM,SWK)...Hari ini pulak dapat call dari salah satu company kat Labuan....Uwwwaaa suprise giler...Sesuatu yang di luar jangkaan... Dah la aku baru je bangun dari tidur huhuhu memang haru je rasa... Nasib baik juz sesi ala2 suai kenal... Lepas ni tunggu email dari dia orang untuk next interview...Ala, xkan la aku kena fly ke Labuan utk interview tu??? Huh, luckly... juz telephone interview hehehhe macam best...ngeeee poyo je rasa...

Hmm, Labuan~satu tempat yang belum pernah aku jejaki.... Sanggup ke aku???? Ye, aku sanggup je.. I don't mind.... Janji aku dapat kerja...Tak harus memilih untuk jadi yg terbaik.. Aku sukakan cabaran. I love to travel...Harapan tinggi kepada interview ni??? Harus mesti ada harapan tapi tidak terlalu mengharap TETAPI akan berusaha untuk mendapatkannya... Kinda challange ngeeee *_*

Hehehehe terasa masih dalam mimpi... Ye la kan aku dah cakap ari tu aku rasa sekarang ni aku mcm da kuasa psycho sekarang... Tido pun rasa xnyeyak...SEBAB apa?? Hahaa berjaga2 dengan telefon rumah dan handphone aku hahhahaha takut ada company call.. Dah terbukti semalam dan hari ini ada call... Esok ada lagi ke???? Hmm,harap jangan la time aku baru nak bangun tido lagi. Kalau tak haru jadinya hehehe

P/S: Moga ada berita gembira lagi.... Wish me luck ^_^
may ALLAH bless~

Tuesday, November 2, 2010

K.E.S.A.B.A.R.A.N

Hmmm, adoiiii mendapat panggilan telefon dari JKM petang tadi betul membuatkan aku tak senang duduk. hehehe Bila fikir balik aikkk aku ni macam ada aura psycho la pulak... Bukannnya apa memang aku dalam minggu ni asyik menanti panggilan dari JKM.. Sanggup bangun awal pagi duk tunggu telefon rumah berdering. Akhirnya, petang tadi baru dia orang call aku....

Dan keputusannya...Kena tunggu result akhir aku keluar gak... Sebab status sekarang masih pelajar yang sedang menunggu result keluar..... Walaupun aku ada attach sekali surat dari lecturer aku yang menyatakan aku dah tamat pengajian dia org xterima... Nak x nak kena la tunggu. Kesabaran perlu ada....

Hmmm, penantian ini memang sungguh menyiksakan huhuhu TAPI aku percaya segalanya, rezeki itu datang dari ALLAH. Kalau dah rezeki aku nanti ia xakan ke mana gak, akan datang juga kepadaku eheee Yang penting kesabaran itu kena ada ^_^

Berfikir2 untuk memohon satu peluang ini.. TAPI kena berhijrah dari Sarawak.... masih dalam pertimbangan.. Atas nasihat seorang sababat dengan kata2 'Izah oiii rezeki ni ada kat mana2.. try je la mohon..' Hmm, ye la aku cuba gak nanti... Moga sentiasa dalam limpahan nikmat ALLAH..... Doakan yang terbaik buatku....(^_^)v


Dare urself 2 dream & dare urself to fulfill it...
Live well or live hell... 
U choose!
La Tahzan...
~may ALLAH bless♥

entry ke 100^_^

Hahahaha gelak sorang2 aku bila nak buat tajuk entry ni... eheee orang lain dok kira follower aku pulak dok kira entry eheeee Dah berjaya mengarut sampai entry ke 100 hihihi *_*

Sebenarnya ingat nak buat entry ni pada 1 November... tapi dok sibuk blogwalking tak sedar dah 2 November la plak ngeeee xpe la kan janji ada gak entry. Tu la aku ni kalau dah jumpa blog yang best memang akan lama la aku menyinggah kat blog tu hehehe sampai xsedar kat rumah sendiri....

Kebaikan blogwalking ni banyak la gak. Dapat banyak info yang berguna. Hmmm, ada gak keburukan nya tapi kita kena sentiasa berfikiran positif kan.. Yang baik dijadikan sempadan yang buruk dijadikan tauladan, itulah dinamakan pembelajaran.. Dah aku mengarut macam cikgu la pulak huhuhu

Ok, aku nak sambung lagi blogwalking. Mencari idea2 yang bernas. Perkongsian hari ini>>>>>