daebak ^_^

Sunday, September 30, 2012

Sebelum berahirnya September 2012...

Assalammualaikum..... Anneyong....

Baru berkesempatan nak menulis di blog ni... Aduh, terasa yang masa sekarang ni sangat mencemburuiku... Pantang ada masa lapang, kalau tak menghabiskan masa di rumah dengan berehat.. Aku akan keluar jalan - jalan dengan kawan. Nak kata buka blog tu takde... tak juga... Buka tu leh dikatakan dalam seminggu dua kali la.... blogwalking mmg takde dah... Ommo -_- entah, masa betul - betul mencemburuiku....

Oh, rasa tak percaya! Hari ini last day di bulan September 2012.. Tengok n3 untuk September... mmg takde langsung... Ini gagahkan diri juga mengupdate hikhikhik khas n3 b4 berakhirnya September 2012...

Malam tadi tidur lambat, gara - gara nak siapkan report... Dengan batuknya lagi.... Oh, dugaan yg sgt hebat! Akhirnya dapat juga ku siapkan.... Cuma hari ni nak perhalusi lagi sebelum nak hantar esok... Oh, tak pernah rasa macam ni sebelum ni... Rasa macam tunggang - terbalik hidup aku ni gara - gara report untuk DI- Domestic Inquiry.... Apakah DI? Aku malas nak cerita pasal ni, budak - budak HR tau la apa tu DI... pening - pening... @_@

Sepanjang September ni, macam - macam yg berlaku.... Tak sabar nak tunggu Oktober pulak... Lepas ni ringgan sikit tugas ku... Sebab officemate akan kembali bertugas selepas maternity leave 2 bulan... Seksa juga aku 2 bulan berdua je dengan boss. Nak tak nak aku juga yang kena buat.... Tak pe Izah.. sabar... September dah boleh juga, pasti Oktober ni juga boleh... Lepas tu November nanti aku nak cuti!!! Dah plan nak cuti hari apa, tiket flight balik Sarawak pun aku dah beli... Cuma tak bagitau boss je lagi ni... Jangan la boss buat perangai tak luluskan cuti aku sudah! Huhuhuhu Menangis aku nanti!!!

Aku ingin pulang!!! Hehehe ok la... itu je kot aku nak cerita.... Kena settlekan report ni dulu.. Lepas ni tak la hidup aku tunggang - terbalik hahaha Adios!!! ^_^