daebak ^_^

Showing posts with label korea drama. Show all posts
Showing posts with label korea drama. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Save The Last Dance For Me...

Dah lama teringin nak tengok drama ni, tapi baru sekarang berkesempatan. Drama ni dah lama release pun.... kalau tak silap aku tahun 2004, time tu aku Form 5... huhuhu Selepas 7 tahun drama ni release baru tahun ni dapat tengok. Aduh, sadis tak?? Entah kenapa aku teringin sangat nak tengok drama ni. Kalau aku ingat balik, banyak kisah di sebalik peristiwa aku nak dapatkan cerita ini.


Mula terdetik di hati aku pasal drama ni, masa tu aku tengah outing dengan member. Biasa la kalau dah outing, tempat yang tidak akan miss utk singgah ialah kedai Speedy. Singgah kat Speedy terus pergi kat Korean Drama Corner. Nampak DVD drama ni hati terus terpaut. Tapi masa tu aku tak mampu beli lagi dvd drama ni sebab sangat mahal.... 

Entah kenapa aku suka drama ni.. Mungkin tertarik dengan cover drama ni kot. huhu Sebab masa tu aku tak kenal Ji Sung - lead hero drama ni. Kenal Ji Sung pun lepas tonton drama terbaru dia Protect The Boss... Nak kata suka Eugene -lead heroin pun tidak.... Apa yang pasti aku suka drama ini hanya lepas tengok cover dan tajuk drama ni...Ini baru org kata cinta pandang pertama  -__-

Lepas tonton drama ni, aduh...... sayunya hati... habis basah bantal aku dek air mata yg turun bak hujan yg tak henti-henti. Mmg sedih....... Teringat pulak kat drama taiwan 'Prince Who Turn To Frog'.... A'a ada persamaan STLDFM dengan drama PWTTF.... Kisah cinta yang banyak dugaan sebelum mencapai kebahagiaan.... 



Kalau siapa yg nak belajar apa itu erti sebuah ketabahan.... boleh la layan drama ni. Tapi sebelum tu jangan lupa sedia tisu banyak-banyak.  Layan OST pun dah jatuh leleh apatah lagi kalau layan drama sampai habis...


Sunday, January 8, 2012

Best Award for Korean Drama 2011

Sebelum aku menghuraikan lebih lanjut pasal ni, ingin aku tekankan di sini... Bahawanya segala nama pemenang yg dipilih ialah pilihan AKU sendiri dan tiada kaitan dengan pemilihan pemenang yg sebenarnya di Korea... ehee Nak tahu keputusan pemenang Award untuk 2011 yg sebenar?? Klik di sini

Pening juga nak pilih siapa yg terbaik. Sebab bagi aku tahun 2011 banyak drama yg best. Pelakon tak kira la namja (lelaki) atau yeonja (perempuan) banyak juga yg terbaik. Bikin aku rambang mata.... -_~ Sebelum ni aku ajak kawan aku Diary Zahidah Wahid buat award sendiri utk drama korea. Dia dah pilih pemenangnya, aku je la ketinggalan kebelakang. Tak tahu nak pilih siapa.....heeeeeeee

Akhirnya, setelah mengambil banyak masa berfikir, pemenang sudah dipilih......
( maaf terlambat seminggu -_- )

1) Calon Pelakon namja Terbaik

Ji Sung , Lee Dong Wook
Pemenangnya ialah >> Lee Dong Wook. Pelakon air mata dalam drama Scent of Woman. Mula-mula aku keliru nak pilih antara LDW atau Ji Sung. Bila fikir lama-lama, merasai kembali setiap lakonan dia org. Ye, aku lebih merasai lakonan LDW... huhuhu hati ini tersentuh melihat air matanya..... ~_~

2) Calon Pelakon yeonja Terbaik

Yoon Eun Hye , Kim Sun Ah
Pemenangnya ialah >> Yoon Eun Hye... Yang inilah paling susah aku nak pilih... Tersangat susah! YEH dan Kim Sun Ah... Dua-dua aku suka... Lakonan kedua-duanya juga terbaik. Mungkin sebab aku lebih lama mengenali YEH, jadi lakonannya lebih memberi kesan ke atas jiwa aku. Aku suka lakonannya yg sempoi dalam Lie To Me... Nampak seolah-olah dia berlakon tanpa skrip, macam dalam realiti!

3) Best Couple

Yoon Eun Hye & Kang Ji Hwan , Kim Sun Ah & Lee Dong Wook
Choi Kang Hee & Ji Sung , Lee Min Ho & Park Min Young
Keliru!!!!!!!!!!! Pening!!!!!!!!!!!!!! Semua adalah terbaik... Tapi kena juga pilih pemenang di kalangan mereka. Keputusannya ialah >>> Choi Kang Hee & Ji Sung....... Dia orang nampak sangat serasi. Pasangan yang happy go lucky sentiasa. Ketabahan CKH dan JS yg bebal mengembirakan hati penonton. Langsung tak nampak dia org kekok antara satu sama lain. Sebab itu aku pilih dia org.... (Aku pilih bukan hanya tengok drama je tau, siap aku tengok The Making, YG's dan X-Files PTB.... )

4) Drama Terbaik 2011







Lie To Me ( aku tak jumpa linknya. adakah aku terlupa buat preview pasal drama ini?? rasanya ada!!)

Pemenangnya >> Lie To Me

Sebab:  Aku suka kisah cinta yang tak berat. Aku suka SOW juga, tapi drama itu terlalu berat buat aku. Aku bukan setabah KSA utk menhadapi kisah cinta sebegitu.

Dlm LTM ni kisah nya lebih sempoi. Macam aku kata tadi lakonan YEH mmg memberi kesan yg amat besar ke atas diriku. Nampak sempoi dan bersahaja. Mcm tak ada skrip dan seolah-olah itulah realiti! Kata-kata yg amat aku suka dlm drama LTM ialah 'Mengimbas Kenangan Untuk Menghargai Harga Cinta'...

( Ada kaitan sedikit dlm hidup sebenar aku.... Sebab itu LTM betul-betul memberi impak yg cukup besar buat aku..... Kenangan... ya...DIA.... +_+ )

5) OST Terbaik

Seharusnya ini yg terbaik.... You're Beautiful by Junsu JYJ... Scent of Woman OST.... daebak!!!!!!!!!


:: Tahun 2011 milik SBS....... Harap-harap 2012 ini ada banyak lagi drama Korea yg terbaik ^_^ ::

Wednesday, December 14, 2011

Scent of Woman ^_^

Scent of woman.... Cinta abadi yg tiada tolak bandingannya. Salah satu drama terbaik untuk tahun 2011 bagi aku. Siapa yg dah tengok drama ni pasti korang juga akan setuju dengan aku.


Kenapa aku kata cerita ini terbaik??

1. Gandingan pelakon yang cukup mantap.

Aku sangat suka dengan pelakon 'Kim Sun Ah'. Dalam drama ni dia digandingkan pula dengan pelakon lelaki 'Lim Dong Wook'. Sangat jelous tengok Sun Ah dalam drama ni. Dah la digandingkan dengan namja yg hensem tahap tak hingat..... Tengok body dia dalam drama ni pun perghhh sangat berbeza kalau nak dibandingkan ketika dia berlakon dalam 'My Name is Kim Sam Soon'. Dari bertubuh gempal bertukar menjadi kurus melidi.... Bila la aku dpt jadi mcm tu??? weee *_^ Lakonan dia org mmg mantap sebab aku boleh turut sama menjiwai watak.....


2. Jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Kisah cinta yang mendalam.... Setiap part cinta dalam drama ni aku boleh turut merasainya.... ^_^ Bila part gelak, turut sama ketawa. Bila menangis, turut sama menangis.... (Boleh dijadikan semangat utk para pesakit Kanser.... No matter what, live must go on!!! )

3. Panorama dalam drama ni chenca daebak....

Oh, yang ni paling aku suka. Kebetulan pula hero dalam drama ni menguruskan sebuah syarikat agen pelancongan. Maka banyak lah tempat - tempat menarik kat Korea yg aku tak pernah tahu sebelum ni, dia org promote skali.... dah la aku sangat suka pantai.... huhuhu sangat teruja!!! 


4. OST yg buatkan aku terasa dibuai-buai.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Korang layan dulu drama ni baru akan memahami apa yg aku ingin sampaikan. Salah satu OST yg asyik aku replay, entah berapa kali agaknya aku dok replay!!! Sing by Junsu JYJ... You are beautiful ^_^ Wanjan Daebak!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, November 8, 2011

You're beautiful ^_^

Kalau org puji korang cantik, apa perasaan korang? Harus senyum sampai ke telinga kan....ehee hidung pulak kembang berapa inci?? hee Hari tu lepas je habis layan drama 'My Princess', tiba-tiba rasa nak layan drama 'You're beautiful' pulak. Drama ni releasae masa penghujung tahun 2009. Memandangkan masa tu aku tak ada masa sangat nak layan drama korea (zmn study dulu jarang sgt ada masa nak layan korea sbb masa hjg minggu aku busy dgn assingment dan kerja part time ) so ia tertunda hampir setahun. 


Mmg seperti yg dijangka, drama ni mmg superbbb power... Sebab yg utama, ada semua lelaki pujaanku kihkih Jang Geun Suk, Jung Yong Hwa CN Blue dan Lee Hong Ki Ft. Island. Mantap sgt sampai aku sendiri pun keliru nak suka kat lelaki yg mana satu antara dia org bertiga. Jalan cerita drama ni ala-ala drama korea 'Coffea Prince' cuma latar belakang cerita ni berbeza sikit.

Kisah kumpulan penyanyi remaja yg glamour, lepas tu heroinnya 'Park Shin Hye' kena berlakon jadi lelaki semata-mata utk mengantikan adik lelaki kembarnya yg menjalani rawatan di Amerika. Dari situ la heroin mula kenal dgn 3 jejaka idaman aku tu hehehe 

Setelah tamat 16 episod, apa yg aku boleh kata... Drama ni daebak.... Chenca, daebak !!! Dapat 5 bintang dari aku. Aku suka OST drama ni dan antara tiga jejaka idaman kalbu tu, aku ambil keputusan akhir... Jejaka yg aku pilih ialah Lee Hong Ki aka Jeremy ngeeee ^_^


Even watak LHK dlm drama ni bukan la watak utama, tapi aku suka gaya dia... Kelakar, baik hati, periang, suka gelak.... comel pulak tu... Mmg ciri-ciri terbaik utk dijadikan namja chingu ^_^


Saturday, November 5, 2011

My Princess

Setelah ditunda beberapa kali, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan marathon menonton drama korea 'My Princess' hahahaha Tahniah untuk diri sendiri. ^_^


Drama ni keluar dalam bulan Mac, seingat aku la. Sebab rating nya agak kurang so aku tunda kebelakang hehe Secara keseluruhannya, aku bagi drama ni 3 bintang. Nak kata boring tak juga sebab aku suka latar belakang drama ni. Latar belakang drama ni ala-ala drama korea 'Princess Hours'. Ada unsur keluarga diraja Korea, istana, puteri hehehe Tapi tak dpt nak melawan kehandalan drama favourite aku 'Princess Hours'.

Jalan cerita nya ok la. Konflik yg berlaku pun biasa je cuma aku geram tengok perempuan jahat aka Muzium Direktor tu. Rasa nak cucuk je biji mata dia yg besar tu kihkih. Nak tahu lebih lanjut pasal drama ni??? Layan la sendiri hahaha mana tahu korang punya pendapat yg berbeza dari aku. ^_^

Saturday, October 29, 2011

Catatan semalam~

Assalammualaikum.... Anneyong... ^_^

Hari ni genap seminggu blog aku sepi tanpa n3 baru huhuhu bukannya aku tak buka langsung pun blog ni, cuma idea utk menulis tu aku simpan dulu lagipun seminggu ni aku menyibukkan diri dgn rutin kegemaran aku. Lebih-lebih lagi dalam seminggu ni mum & dad aku tak de kat rumah so mmg aku control semuanya huhuhu Melaram giler-giler....... pastu nak gelak pun sound tak cover-cover... hiksss sungguh kurang sopan kan anak dara ni!!! ^_^

Ala, skali-skala melaram macam tu mmg syok.. Mmg puas hati.... Eh, apa benda yg aku melaram ni?? Ala, aktiviti yg sgt mudah pun....


Mmg syurga ko. Bebas layan rancangan Korea hiks.. Bukannya apa, kalau parents ada harus la utamakan dia org dulu kan... So, aku kena la mengalah. Nak pulak parent aku layan Korea skali dgn aku huhuhu channel pilihan dia org, kalau tak drama melayu... drama Indon huhu tak pun rancangan temubual... Bukannya aku tak minat cuma kurang je *_*

Seminggu ni puas melayan drama 'War of  The Roses'... kat channel S One (Astro Beyond)....


Ada gak cari dvd drama ni, tapi takde. Drama ni just utk family show, biasanya dia org tak kuarkan dvd. Sebab itu aku kena layan directly kat TV kalau tak mmg melepas... Nasib baik Astro ada ulang tayang drama ni 2 kali dalam satu hari.

Selain tu, aku sibuk layan variety show gak.... We Got Married Lee Teuk & Kang Sora, Hello Baby Lee Teuk & Sistar, Running Man, Heroes... Pastu aku khatamkan drama-drama bulan lepas. Kalau diikutkan, banyak lagi drama yg aku tak tengok lagi. Sebab aku ni jenis yg akan layan drama yg TOP dulu pastu drama yg kurang sikit rating nya akan ditunda ke belakang. Hehehe Sebab tu dvd yg aku beli, sampai sekarang tak habis tengok lagi. Bila nak tengok, ada pulak drama TOP baru release harus aku layan yg TOP dulu. hahahaha nampak sungguh ketamakkan di situ ^__~