Rasanya lama dah aku tak buat review pasal drama Korea. So, hari ni aku nak review pasal drama yg tengah hangat sekarang ni. Siapa dah tengok drama Salaryman Cho Han Ji??? Aku pun baru siap download dua episod terakhir drama tu. Sebenarnya, drama ni 20 episod je tapi memandangkan sambutan yg melebihi target, terus dipanjangkan 2 episod menjadikan drama ni sebanyak 22 episod.
Salaryman Cho Han Ji ni kira drama Korea baru pembukaan untuk tahun 2012. Mula ditayangkan kat Korea masa penghujung Disember 2011 dan baru je habis minggu ni la kat Korea. Kalau kat Malaysia mmg dah ditayangkan pun kat Channel One 393 Astro Beyond tapi lambat beberapa episod la.
Mula-mula aku tak tertarik pun nak tonton drama ni hehe Biasa la kan... bila tengok hero yg berlakon ala... muka macam poyo je, langsung tak menarik hati aku. Tetapi semua andaian itu bertukar 100% bila aku tertengok drama ni kat Astro. Masa tu tengah boring, so saja-saja tengok drama ni... Kebetulan pulak baru episod 1 kat Astro. OMG, sekali bila dah layan.... terus jatuh cinta!!!!!!
Itu lah org kata don't judge the book by its cover.... Walaupun muka hero tak hensem... tapi lakonannya yg kelakar mmg mencuit hati aku.... Ececece mcm dah jatuh cinta je dengan Si Yoo Bang ni.... Lepas tu terus aku download episod terkini kat internet. Tak sabar nak tunggu sebab kalau tunggu kat Astro lambat sikit hehehe Akhirnya berjaya juga aku habiskan sampai episod 22 sama masa airing kat Korea.
Buat semua penggemar drama Korea... Pastikan korang tengok drama ni. Mmg gelak sampai sakit perut. Drama ni ada unsur suspen tapi tak berat sgt la sebab ia lebih kepada unsur komedi. Banyak pengajaran yg boleh di ambil di sebalik drama ni. Setakat ni, bagi aku drama ni dah kira The Best Korean Drama for 2012 hehehe Tak percaya??? Kat Korea pun drama ni top tau....
Episode Ratings
| Date | Episode | Nationwide | Seoul |
|---|---|---|---|
| 2012-01-02 | 1 | 8.1 | 9.9 (19th) |
| 2012-01-03 | 2 | 10.2 (19th) | 11.9 (12th) |
| 2012-01-09 | 3 | 11.3 (13th) | 12.8 (9th) |
| 2012-01-10 | 4 | 10.2 (17th) | 12.1 (12th) |
| 2012-01-16 | 5 | 13.5 (7th) | 14.9 (3rd) |
| 2012-01-17 | 6 | 11.5 (14th) | 12.2 (10th) |
| 2012-01-23 | 7 | 9.2 (8th) | 9.4 (9th) |
| 2012-01-24 | 8 | 12.6 (3rd) | 14.5 (3rd) |
| 2012-01-30 | 9 | 14.5 (4th) | 16.1 (3rd) |
| 2012-01-31 | 10 | 15.9 (3rd) | 17.3 (3rd) |
| 2012-02-06 | 11 | 17.1 (3rd) | 19.1 (2nd) |
| 2012-02-07 | 12 | 19.4 (3rd) | 21.5 (2nd) |
| 2012-02-13 | 13 | 20.1 (3rd) | 23.8 (1st) |
| 2012-02-14 | 14 | 20.4 (3rd) | 22.9 (1st) |
| 2012-02-20 | 15 | 21.6 (2nd) | 25.2 (1st) |
| 2012-02-21 | 16 | 22.2 (2nd) | 24.3 (1st) |
| 2012-02-27 | 17 | 21.0 (3rd) | 22.8 (1st) |
| 2012-02-28 | 18 | 23.0 (2nd) | 25.2 (1st) |
| 2012-03-05 | 19 | 22.7 (3rd) | 24.7 (1st) |
| 2012-03-06 | 20 | 23.3 (1st) | 24.5 (1st) |
| 2012-03-12 | 21 | 22.1 (2nd) | 23.5 (1st) |
| 2012-03-13 | 22 | 24.2 (1st) | 24.7 (1st) |
Source: TNmS Media Korea
Daebak!!! So, percaya tak???? Hmmm, mmg aku akan merindui drama ni nanti..... Lepas ni tak tau nak tengok drama apa lagi.... Sebab drama Korea terkini macam Wild Romance, Dream High 2 aku tak minat..... Tak sabar nak tunggu Full House 2 je ni.....

