daebak ^_^

Sunday, February 13, 2011

Yoon Eun Hye - latest drama/movie??

Let talk about Korea now.... It's  long time already, I didn't update my entry about Korean artist. I think since I start my work. I also not really sure about the latest Korean movie/drama now huhuhuhu so pity arrrrr me. The latest drama that I already watched are 'Playful Kiss' and 'Personal Taste'.. See how bad I'm huhuhuhuhu Who know what the latest drama/movie of Eun Hye?? I'm the big fan of her. Long time not see she action in latest drama/movie.... So pity...... huhuhuhuhuhu




Anyone who know about it, kindly inform me ya..hehehe really miss him... Thanks to 'GOOGLE' for the nice picture of Eun Hye....^_^

Motto.....

Selamat Pagi semua... Hari ini aku nak cerita pasal motto... Bila pas upgrading aku punya blog semalam tiba-tiba idea muncul nak berceloteh pasal motto ni.. Motto ni bukan motorkar dan bukan juga motosikal ye. Motto ni dengan mudah aku nak terangkan, hmmmm la macam kata-kata semangat atau yang memberi inspirasi kepada anda. Perasan tak yang distribution untuk blog aku tu dah berubah?? heeee I like part yang S.T.R.U.G.G.L.E + F.L.Y = S.U.C.C.E.S.S...... Yeahhhhh itu dia motto aku sekarang...... berusaha yang terbaik....(buat kerja dengan bersungguh-sungguh)  bila dah berjaya... (harus dapat $$$ kan eheee) capai keinginan diri dengan fly.. (g la travel ke mana-mana tempat).... Itulah tanda kejayaan aku.... So, that motto realy give me an inspiration!!!

Aku mula kenal apa itu erti motto zaman sekolah rendah lagi hahahaha kan dulu budak-budak rajin tulis biodata... Pastu mesti ada part motto... Kalau ingat kembali mesti aku senyum sorang-sorang. Motto aku yang pertama ialah 'Gagal sekali bukan bukan bermakna anda akan gagal buat selama-lamanya' eheeee nampak straight tu the point kan...... Pastu bila dah masuk alam persekolahan menengah rendah... Motto aku tu still sama lag cuma aku ada tambah la sedikit...'Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal buat selamanya dan berusahalah bahagiakan ibubapa anda dengan sekeping ijazah..'

Bila dah masuk menengah atas, kira dah up la sikit hehehehehe so guna motto dalam bahasa inggeris la plak.... 'Nothing is not imposibble'(hahaha time ni inggeris pun tak bpa nak betul).. Sehinggalah cikgu Inggeris aku time tu, Madam Haslim.... Dia nampak aku tulis motto tu di setiap buku aku...Pastu dia tengurlah..... That is not right..It should be 'Nothing Impossible'...Hehehehe motto yang ala-ala James Bond........ Bila dah masuk alam 'U', aku tak da nak ikut motto... semua main ikut kepala aku sendiri hehehe 'kalau ada, ada la..kalau tak da.. nak  buat macam mana..' ngeeeeeee

Sekarang ni, motto aku simple je tetapi memberi maksud yang mendalam kepadaku.... S.T.R.U.G.G.L.E + F.L.Y = S.U.C.C.E.S.S.... (Jangan ingat aku Pilot or stewardess ye... I'm only the ordinary person who love to fly.........hehehe *_*) Apa pulak motto anda semua??? Mesti da kisah di sebalik motto yang dipilih... Apa yang penting..ia memberi inspirasi kepada kita untuk berjaya.....

new looking ^_^

Sukaaaaaaaa sesangggaaaaatttttt..... Hihihi tiba-tiba aku muncul semula, setelah lama menyepi heeeee maklumlah busy memanjang aku ni. Hari ini misi aku berjaya huhuhu mudahan feedback itu akan cepat dan memudahkan perjalanan misi aku yang seterusnya. Perasan tak??? Heeeeee blog aku sudah berwajah baru.. Pink gitu..I loike...warna feberetttt... nampak ceria je dan penuh dengan kejiwaan hahahaha bukan setakat template je aku tukar... benda-benda lain pun aku tukar sekali..... chat box yang baru.. muzik yang baru.... Aku suka lagu tu sejak tonton movie melayu kat TV2.. Lagu tu slow dan boleh memberi ketenteraman hihihi

 

cute tak tu? sweet je kan hihihi Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan wajah baru blog aku ni. Proses pengubahsuaian pun tidak memakan masa yang lama hikhikhik teringat masa baru mula nak berjinak-jinak di alam blog ni... Satu apa pun tak tahu.. semua main redah je.. godek sana dan godek sini. Akhirnya, sejajar dengan peredaran masa... aku pun dah boleh faham la apa itu dunia blog. Tapi masih belum pakar lagi la... masih merangkak je aku ni..tak leh nak lawan otai - otai yang dah lama berkecimpung di dunia blog ni. Ambil masa untuk belajar~

In my mind: 12/2/2011>> My Mum's Birthday.... hapy besday mum.... may ALLAH bless u.... Hari ni dah 13/2/2011...hmmmmmmmm ohhhh esok sudah 2 bulan!!!!

Saturday, February 5, 2011

Isu Panas Tudung Yuna~

Salam semua... Pagi Sabtu pertama di bulan Februari...Dengan bangga nya aku nak bagitau yang aku kerja.....Hmmm, alangkah baik nyer kalau aku leh rehat2 kat rumah... TAPI nak buat macam mana sudah menjadi tanggungjawab aku.... nak tak nak kena gak pergi kerja.... Dah la aku seorang2 je kat office ni.. Maklumlah semua colleague aku Cina so dia orang still cuti CNY lagi...Tak pe bagi peluang kepada mereka dahulu, nanti Hari Raya Aidilfitri giliran aku pula.... Semangat 1 Malaysia~

Bila dah seorang2 ni, semangat nak kerja tu mula la jatuh ke tahap minimum hehehe aku pun menyempatkan diri untuk berbelog...Sibuk blogwalking tadi singgah sebentar kat Blog Mama Zarfan... Tertarik dengan isu panas yang dibincangkan...Isu Panas Tudung Yuna.. Kalau nak tahu lebih lanjut..Klik kat sini>>>Miles of smiles...

Aku sangat setuju dengan pendapat qisya dan Nur Nazatul Balqis tu...100% setuju... Nak kata aku ni baik sangat itu tidaklah...tapi kita ni sebagai manusia yang sering alpa hendaklah sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sekarang ni trend pakai tudung aku dah tak nampak alasannya adalah kerana ALLAH. Kebanyakannya lebih kerana mengikut fesyen terkini. Kita lihat saja trend sekarang, macam2 la jenis tudung. Entah aku pun tak tahu apa ke jenis tudung semua tu.

Senang aku bagi contoh kalau pakai Shawl.Ada sesetengah shawl tu sangatlah pendek dan kalau ikut hukum sebenarnya seolah2 tidak menutup aurat... Aku ingat lagi masa belajar sekolah menengah dulu, ustazah aku selalu pesan. Kalau nak menutup aurat itu hendaklah kita menutup sepenuhnya. Tak guna kalau kita menutup kepala tetapi seolah2 kita bertelanjang. Maksudnya di sini, kalau dah niat kita tu nak pakai tudung hendaklah di paras yang ditentukan oleh syarak. Lepas tu dah pakai tudung tapi baju.... nampak je susuk badan... ketat semacam pun tak guna gak...ia seolah2 menampakkan kita seperti tidak berpakaian.....

Dapat aku simpulkan di sini... Semua itu datang dari niat. Niat yang suci lahir dari hati yang ikhlas. Lakukan segalanya ikhlas kerana ALLAH..Sekiranya kita ikhlas melakukannya, InsyaALLAH semua yang kita lakukan itu tidak akan menyimpang dari tujuan sebenar kita hendak bertudung. Tidak salah untuk kelihatan cantik tetapi biarlah ia berpada... Bagi yang sudah berkahwin..INGATLAH... kecantikanmu itu hanyalah untuk suamimu sahaja... Bagi yang belum berkahwin, peliharalah kecantikanmu itu dari segala noda. Sesungguhnya kecantikanmu itu milik ALLAH...Dia bisa menarik nikmat yang diberi bila-bila masa sahaja... Kun fayakun....Sama-samalah kita mengingati sesama kita, moga sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH...Amin~

Friday, February 4, 2011

i love to fly~

I'm not a P.I.L.O.T, I'm also not the stewardess BUT what I know about myself....I like to fly... I love to fly...huhuhu rindu arrr nak terbang.. rasa sedih je sebab melepas ari tu..menyesal arr tak book terus tiket flight..Imagine arr 2 way fly to Sabah cuma RM30 je....murahh gilerrrrr...Aku memang nak book time tu, tapi bila memikirkan keja..aku tangguhkan dulu..Ha sekarang baru nak menyesal bila harga tiket dah naik balik.... menyesal wooooo rasa nak je putar masa tu balik..huarghhhh Doraemon tolong saya..... huuu


Bulan Januari lepas kira aku da gak fly... Bulan ni rasanya aku xdapat nak fly..duduk senyap je la.... alangkah bagusnya kalau ada sesiapa yg sudi nak sponser aku terbang ke mana2 destinasi idaman eheeeee... Teringat kat seseorang yang pernah berkata kepadaku..'Kalau suatu hari nanti, saya berjaya jadi PILOT... saya akan jemput awak ke majlis konvokesyen saya..dah saya akan sponser awak fly ke Korea, Japan dan Taiwan... Hmmm, ala..pakej pergi umrah dan haji pun boleh...' Huhuhuhu TAPI sekarang entak dia ingat lagi tak kat janji itu... huhuhu salah aku gak...sapa suh... hmmmmm maafkan aku sahabat.... Oh yer, nak wish kat sahabat aku tu..Happy CNY.... Gong Xi Fat Cai...kita orang dah lost contact sebab satu peristiwa...huarghhhh sedihnyer..... (aku malas nak story lebih..)

Rindu la kat 'Burung Gergasi' aku tu hahaha teringin sangat nak masuk kat bahagian depan flight tu.. macam syok je lau dapat duduk kat depan tu....


Saya berdoa semoga sahabat saya itu akan berjaya mencapai hasrat dia untuk bergelar seorang PILOT... rindu la kenangan masa study..slalu berangan nak fly..fly... awak jadi PILOT dan saya jadi CEO or HR di airline company hehehe lucu la....Huhuhuhu bukan niat saya nak remove awak hari tu..saya tahu awak berkecil hati.... maafkan saya....(saya teringat kat dia... mungkin sbb CNY kot..)


Company aku sekarang ni dalam usaha nak meningkat maju..ha, jangan terkejut ye eheee jangan pandang aku dengan sebelah mata hahahhaha dalam proses untuk meningkat maju macam AirAsia heee

Company: Kenyalang Airways Airlines
CEO: It's me eheeee Nurul Izah Ismail
Hub: Kuching International Airport
Sorry ye..saya berangan lebih.. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna.. Oleh itu, melalui angan2 itu, saya akan berusaha untuk menjadikan impian saya satu realiti... Saya nak wujudkan satu syarikat penerbangan yang bercirikan Islamik... Hmmmmm..... may ALLAH bless~ ^_^

sangat cepat masa berlalu.....

Oh tidakkkkkkkkkkkkkkkk...esok keje..... malasnya...Hmmm, bila la aku akan rajin nak keja ni... Ohhh Izah..... semangat la.... cepat nyer masa berlalu..Kalau orang lain mst dok senyum lagi sebab esok still lagi cuti..Tapi aku kena keje esok...huhuhuhuhuhu tak dapat la bersuka-suki huhuhu esok cousin aku kawen... ni kat kampung tengah meriah je bunyi lagu... orang2 kampung semua tengah sibuk memasak..... 

Pagi tadi aku da la join sekejap..tolong potong bawang sampai tangan aku pedih, mata berair hehehe Ni aku masih lagi kat rumah kat Serian. Kira esok kena la pergi keja bangun awal... bertolak awal dari Serian... Esok aku sorang je kat office..Harap2 esok xbanyak staff yang menyibuk masuk HR Office.. Biasa la staff aku ni lau masuk office mesti nak minta borang annual leave la..borang claim HI-5 la... pastu minta borrow kunci loker la..eeee kadang2 tu benda remeh-temeh je...TAPI nak buat macam mana kena la layanh..dah itu tugas kita orang di HRD....

Harap mood aku esok pagi baik je.... Bersemangat untuk esok..... Fighting!!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Februari sudah menjelma....

1.2.2011>> Tak sangka ye kita sudah berada di bulan kedua dalam tahun 2011 ni. Ertinya tak lama lagi akan genap la dua bulan aku bekerja...Aduhhhh,ertinya tinggal sebulan lagi aku akan confirm ( tempoh probation sudah tamat)... Macam mana ni..aku berharap aku akan dapat menukar kerjayaku.... Aku perlukan kerjaya yang tidak akan menganggu keperluan harianku sebagai seorang ISLAM... Moga ALLAH mendengar luahan hatiku ini....

Hehehe ye.....suka..suka ni...sebab esok keje half day je hahaha tak sabarnya nak tunggu esok.... Dah dua minggu tak balik rumah sendiri...Rindu kat my lovely room hehehe... rindu nak layan cite korea.... yang paling penting nak balik rumah dan rehat!!!

Apa yg pasti bulan Februari ini adalah bulan yang paling busy buat aku... Banyak on-going training.... Seharusnya semua itu memerlukan pengurusan yg efisien..... lepas tu kepala aku yang fenin hehehe sebab kepenatan dan perlu bergerak dengan pantas...Izah!!!! Semangat...... Fightim!!!!! Experience mean excitment......