daebak ^_^

Showing posts with label kisah aku dan dia. Show all posts
Showing posts with label kisah aku dan dia. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Bila hati berbicara♥

Asslammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Semalam ingat nak update blog tp akibat penat ditambah dgn hemo2 jd niat nak release n3 ke laut. Lagipun semalam kena bangun awal hantar mak aku checkup d SGH. Aiyark, mata ni dek dah puas cuti rasa berat je.... huhu entah berapa banyak la setan bergayut kat bulu mata tu eheeee

Sampai kat SGH dlm jam8 lebih... biasa la lau dah namanya hospital besar mmg ramai org. Dah la tak jumpa parking jadi maunya sejam gak la aku duduk dlm kereta dah rasa mcm duduk dlm sauna. Agak2 lemak aku cair tak erk hahaha

Dah dapat parking tu p masuk ruang legar SGH.... masa tu hati takut gak... mata dok melilau tgok 360 darjah huarghhhh.... takut kalau terjumpa dgn kamu.... Giliran mak aku jumpa Dr di bhgian RAI lama lagi jd aku tolong mak aku ambil ubatnya d farmasi.... Jam11 gak la baru settle semua urusan di SGH... Chewah, hati ini mulalah nak berkata2..... klmj.... bila berada kat SGH mmg akn teringat sama kamu... terasa mcm dekat dgn kamu tapi kenyataannya teramat jauh.... apa2 pun moga kamu berjaya dengan life kamu skrg....

Settle urusan di SGH gerak trs k Ambank Kuching.... sistem agak slow jadi mmg lama tunggu nak berurusan. Pas ambil nombor sempat makan tghari dulu.....

Kisah kamu dan dia silih berganti.... entah kenapa hati ini macam sensitif sgt. Sebab dulu kalau ada masalah Dia seolah2 memahami akan muncul terus. Tapi sejak akhir2 ini terasa macam aku dan dia makin jauh... Iya mungkin itu yang terbaik tapi kdg2 rasa macam.... hmm, entah la... aku tak perlukan seorang kekasih... kerana aku tutup dulu pintu hati ini untuk itu.... aku cuma perlukan teman yang memahami... Adakah masa berlalu yg merubah segalanya... Betul lah org cakap semakin kita kenal sesorang itu sebenarnya semakin kita tidak kenal siapa dirinya sebenar......

Sudah2 la fikir soal hati ini.... dugaan itu datang dan pergi... begitu juga dengam teman di sisi.... datang silih berganti.... mungkin aku hadir dalam hidup kalian sejenak untuk menyokong kalian..... Moga kamu dan dia berjaya dgn kerjaya skrg... Aku??? aku ada Allah di sisi.... itu sudah cukup!!! Bunyi macam merajuk hahaha tidak sama sekali kerana percaya semua yg terjadi itu bersebab..... punya alasan tersendiri.....

Eh, panjangnya aku merapu.... siapa kamu.... siapa dia.... hahahaha kisah watak dlm novel kehidupan aku..... bila hati berbicara hewhew ^_^

Friday, May 30, 2014

Perasaan bercampur-baur *_*

Asslammualaikum.... Ahlan Wasahlan.... Anneyong...

Ecece rajin plak nak update blog hari ini.... Tapi kan... update blog dgn my lappy lg best sbb lau guna tab ni mcm ada masalah sikit nak upload gambar.... Jadi n3 mmg nampak mcm hambar sikit.... Sesi mendengar masalah sahabat masa study degree dulu.... tak sangka macam ada persamaan pulak kisah kami.

Entah la sejak semalam ni perasaan bercampur-baur... macam lama dah tak story soal hati ini di blog. Sebelum ni cuba nak elakkan diri dari memikirkan soal hati dan perasaan ni... Semalam teringat pulak pasal kamu balik.... org kata klmj.... rindu pulak dgn kamu bukannya apa sebab kenangan itu tiba2 muncul balik... teringat dengan senyuman kamu... tulisan dan ayat2 kamu.... Jodoh semua di tangan Allah... sejauh mna kita cuba berusaha utk kekalkannya kalau ia bukan milik kita ia tidak akan menjadi milik kita juga.... Kisah aku dan kamu cuma setakat itu sahaja....

Masa silih berganti, hampir 4 tahun kisah aku dan kamu berlalu.... selama 4 tahun itu tak sangka aku diuji lagi soal hati... Namun aku cuba buang jauh2 perasaan itu.... Mengenali Dia.... kisahnya lebih krg sama dgn kisah aku dan kamu.... kenapa mesti bermula dgn mento-menti???? Cuba keraskan hati.... Hari ini teringat pula pasal Dia.... Hmmmm, perasaan bercampur-baur..... 

Wahai hati, tabah la.... jauhkan dari perasaan itu buat sementara waktu.... Biarlah masa yg menentukan segalanya... Berharap diberi jawapan yg pastu.... Wahai Imamku.... Muncullah disaat yg tepat kala hati ini memerlukanmu untuk membimbingku...