daebak ^_^

Sunday, July 22, 2012

Bulan ramadhan, dgn suasana baru -_-

Assalammualaikum... Anneyong!!!

Rasanya kali ni aku betul2 pecah rekod. Lama giler tak update blog... banyak n3 yang aku dok peram, entah bila la nak publish -_-

Sebelum aku berceloteh dgn panjang lebar, tak terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ni... Moga Ramadhan kali ni akan memberi seribu makna dan lebih baik dari bulan Ramadhan yang sebelum ni.

Tahun ni, aku sambut Ramadhan dengan suasana yg berbeza... Ist, kat tempat baru... maknanya di sini tiada kawan2 yg aku kenali... 2nd, kena belajar sahur n berbuka sorang2... Aduh, part ni aku tak leh tahan.... tahun2 yg lepas, walau pun tak berbuka/sahur dgn family... tapi ada juga kawan2... Kali ni aku betul sorang je.... terasa macam perantau giler2....sedih dan kesunyian -_-

Kadang2 bila aku fikir, semua ni menjadikan aku seorang yg lebih kuat!!!! Hmm, banyak nak cerita ni... tapi dalam masa sekarang macam tak tahu nak luahkan mcm mana.. Mood nak berbelog jatuh merundum... Nak blogwalking pun aku takde masa...

Tak sabar nak tunggu masa nak balik Sarawak... Tahun ni aku pecah rekod lagi... Buat kali pertama, balik kampung masa petang Hari Raya... Diulangi sekali lagi.... Petang Hari Raya Pertama -__- Itu pun nasib baik my best chingu bagitau ada tiket murah, lau tak... aku mmg dh plan raya di perantauan tahun ni..... Sempat la aku Solat Sunat Hari Raya di Masjid Putrajaya nanti... Malam raya nanti plan nak shopink sakan.... mst murah2 sbb dah last day... Huh, cian pulak kat mak aku... tahun ni dia kena buat kerja sorang2....

Oh, semoga aku diberi ketabahan di tahap maksima!!! 

Thursday, June 7, 2012

Up your spirit!!!

Dah 3 hari tanpa tidu yang berkualiti. Eh, apakah bendanya tidur yang berkualiti? Teringat pulak pengisian kelas 'Problem Solving and Creative Thinking', kumpulan aku suggest pasal tidur berkualiti ni. Isu panas juga la sebab ada menimbulkan rasa tidak puas hati bagi sesetangah pihak. Last2, trainer kita org setuju pulak dengan cadangan kumpulan aku tu... Yes!!!! Senyum lebar ^_^

Kalau setakat tidur biasa mmg biasa bagi semua org tapi kalau aku tanya adakah korang mempunyai tidur yg berkualiti?? Ada ke yg akan jawab ya? Tidur kualiti di sini hendaklah mempunyai waktu tidur lebih dari 6 jam. Kalau boleh hendaklah antara 6-8 jam sehari. 

Bagi aku kalau tidur tak cukup, semua rasa nak marah keluar. dengan pening kepalanya lagi... Tambah lagi kalau time busy.... Stress ok..... Eh, tiba-tiba aku mengarut pasal tidur pulak erk.... Aku tengah pening ni.... Nampaknya malam ni kena berjaga lagi. Sabtu ni pun ada aktiviti lagi.... Itulah org kata kena berkorban.... 

Nak bagi up sikit semangat ni....


Rasa semangat sikit bila baca kata-kata ni... Cabaran datang dan pergi... Apa yg penting kita hendaklah bersemangat.... Argghhhh, semangat sikit IZAH!!!!!

:: My birthday is around the corner.... Tak sabar nak buka hadiah dari my lovely friend... Dah dapat hadiah awal ari tu... Suka sangat sebab hello kitty!!!! hehehehe ::

Friday, June 1, 2012

Hai June!!!!!

Sebulan tak update blog. Cuba luangkan masa untuk mengupdate apa yang patut tapi masa mmg mencemburuiku. Pejam celik, rasa macam tak percaya kita sekarang ni dah berada di tengah tahun. It's June already... -_- Nampaknya tinggal beberapa hari lagi, aku akan genap 25 tahun... Oh, no!

Life sekarang penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Hujung minggu masa rehat pun aku habiskan dengan aktiviti riadah bersama dengan kawan-kawan baru. So far, life di SABAH ni mmg menyeronokkan. Hmm, belum ada masa lagi nak upload gambar. Semua gambar terbaru masih dok perap dalam kamera lagi, belum dipindahkan ke laptop. 

Tinggal 3 minggu lagi life aku di Sabah ni, lepas ni kembali semula dengan life di Semenanjung M'sia macam zaman study dulu. Ingatkan tak sempat nak balik Sarawak sebab plan dengan member nak terus ambil flight ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu. Nampaknya, ada peluang lagi... Alhamdulillah.... Rezeki lagi, peluang walaupun entah dapat ke tidak... Cuba juga yang terbaik. 16 June ni ada exam lagi. Macam sebulan sekali je aku balik Sarawak hehehe Macam AIRASIA tu kepunyaan bapa aku je heeeee

Hmm, apa lagi nak update ni?? Rasanya setakat ni itu je yang perlu aku update..... Nak apply cuti ni tapi teringat pulak nak update blog....Hope cuti aku kena approve then boleh balik Sarawak sekejap before berhijrah ke tempat jauh lagi....

My Birthday is around the corner...... @_@

Thursday, May 3, 2012

Everything New!!!

Assalammualaikum..... Anneyong.....

First time update blog kat tempat baru ni, rasa macam terlebih excited pulak hehehe 29 April yang lepas, Alhamdulillah sampai juga di tempat baru.... Jejak je kaki kat tempat baru ni rasa lain macam sikit huhu nasib baik ada kawan sekolah dulu yang ambil aku kat airport.

Rasanya lepas ni aku memang tiada masa nak berbelog lagi. Lagipun masa aku terlalu padat dengan aktiviti. Hati dah mula rasa seronok dengan suasana baru hehehehe aku suka tempat baru ni sebab dikelilingi dengan pantai yang cantik. Siapa tak suka pantai?? Aku ni lagi la suka.... teruja dan damai je rasa.... Hari-hari boleh tengok pantai.... pulau...... romantiknya kalau boleh jalan-jalan dengan kekasih hati

:: Seronok dengan tempat baru, kawan baru dan aktiviti yang baru... Hati pun tersa tenang...... ^_^ ::

Sunday, April 29, 2012

Lembaran Baru.....

Badan dah terasa letih, mata pun dah mengantuk tapi tak terasa nak tidur lagi. Gigihkan diri nak update juga blog ni. Tinggal beberapa jam lagi aku akan fly ke tempat baru..... Terasa macam cepat sangat masa berlalu... Esok dah 29 April.... Baru setahun lebih aku balik ke tempat kelahiranku.... tengok2, esok dah kena berhijrah ke tempat baru.

Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya... Macam mana la agaknya esok??? Risau juga sebab sebelum ni aku belum pernah lagi sampai ke situ. Nasib baik ada kawan sama sekolah dulu. Dia datang ambil dekat airport..... lega sikit rasa hati ini.

Bila dah kat tempat baru nanti, pastinya lembaran baru bakal menyusul. Ingat balik masa zaman aku study degree dulu. Ist time berjauhan dengan family, kiranya lain negeri. Kalau setakat berjauhan dengan family satu negeri tu aku dah biasa la sebab dari umur 13 tahun lagi dah sekolah asrama....  Masa flight untuk esok mmg sama je mcm dulu cuma destinasi utk kali ini yg berbeza.

Tiba-tiba rindu dan sayu sebab minggu depan tak jumpa dengan anak murid aku lagi.... Aku rindu la kat dia org terutamanya budak2 Tahun 2 Bestari..... *_*

~ Hari Khamis lepas aku mimpi kamu lagi.... tak tau knpa kamu muncul lagi...... ~ nampaknya kita makin jauh...

:::: Start a something new...... Buka lembaran baru esok... tak dapat nak duga apa yg bakal ditempuhi nanti... Apa yang pasti itu yang terbaik bagiku yang ALLAH telah aturkan.... Selamat Tinggal Sarawak.... Say hai to new place..... ^_^ ::::


Thursday, April 19, 2012

Chingu aka Friend aka Sahabat

Malam tadi awal aku tertidur, rasanya sebelum jam 11 mlm aku dah terlelap. Sedar-sedar tengok jam dah pagi huhu Tidur yg nyenyak dan nyaman betul.... Bila dah sedar dari tidur, sempat termenung jap. Teringat mimpi apa malam tadi. Mimpi yg bercampur-campur. Mula-mula aku mimpi muka cikgu-cikgu yg sama mengajar dgn aku. Lepas tu beralih ke mimpi lain pulak.

Mimpi yg kedua lagi best sebab muncul muka-muka sahabat baik aku. Nampak sangat aku rindu kat dia orang. Lama sangat rasanya kita org tak jumpa. Ye la masing-masing dah sibuk! Tema mimpi malam tadi ialah Majlis Perkahwinan kawan baik kita orang Siti Aisyah aka Aisyu. Yang lucunya dalam mimpi tu, aku dan Enot yg busy mengalahkan pengantin.


Aku dan Enot sdg sibuk mencari mana baju pengantin. Adakah patut, pengantin lupa letak baju pengantin sendiri kat mana.... Ish-ish, Aisyu...... ko mmg slumber ya-ya je... Sempat lagi dia bergurau dgn bakal suami dia. Last2, baru dia bersiap.... Yang penting dlm mimpi tu, tema wedding Aisyu warna kelabu.... Cantik sangat! (segeh Aisyu ~ pastikan in real lak ktk kena ada baju kelabu juak ok hehe)

Lepas settle majlis, aku dan Enot tiba-tiba berada di tempat lain. Tapi tempat tu aku tak berapa nak sure sebab tak jelas sangat. Apa yg pasti, masa tu suasana sejuk.... kita org kat dalam tren.... aku rasa macam kat Korea hehehe Sebabnya dalam tren tu penuh dgn tulisan Korea.... Sah la kan kat Korea hahahaha ^_^ ngeeeeee
( Enot!!! mudahan yg tok menjadi kenyataan oooo.... KOREA!!! mcm kita2 jak yg lom kawen gik... huhuhu kali masa ya kita2 mbak dirik ke Korea -_- )

Sambil tunggu perjalanan tren ke destinasi yg seterusnya, aku dan Enot sembang-sembang la... Tiba-tiba muncul pulak abang long aku.... (Wah, abg long!!! Aku rindu kat ko juak kot....) Terkejut bila abg long Stanz muncul kat dlm tren..... di Korea pulak tu..... -_-
{ Hmmm, suasana mcm dolok jak... ingat sik Enot!!!... Abg Long!!!!.... masa kita sama2 balit ke Sarawak pake MAS AIRLINE???..... kita berkumpul kat KLIA.... rindu time ya eh... bila pat sama2 nait flight gk tok????}



::: Attn to all my chingu!!! Miss U All...... :::


Saturday, April 14, 2012

Still airing 2012 Korean Drama

Hari tu selepas selesai menonton Salaryman Cho Han Ji, seminggu juga aku keboringan menunggu drama Korea baru yang best. Lepas seminggu, ommmo sekaligus release 3 drama Korea yg baru dan paling penting menarik perhatian aku.

1. Rooftop Prince (SBS)
pinjam dari En Google
Aku mmg tertunggu-tunggu drama ni sebab sebelum ni dah siap baca sinopsis semua. Dari situ aku dah agak drama ini pasti akan top. Bila release je episod 1 ari tu, terus aku dowload hehehe Mmg terbaik!!!! Selepas je tonton episod 1 tak sabar-sabar nak tunggu episod yg seterusnya.... Mcm org gian je hahaha Inilah masalah kalau tengah tonton drama yg still lagi airing kat Korea. 
( Alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni, boleh on je switch TV dan tonton semua drama kegemaranku tanpa perlu dowload dan menunggu... -_- ) 


watak penyeri: 3 org pembantu dan 1 raja...
Setakat ni dah tonton sampai episod 6. Kalau kat M'sia, 23 April nanti baru start airing kat Channel One HD, ASTRO 393....  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh baca sinopsis kat koreandrama

2. King 2 Hearts (MBC)
pinjam dr En. Google
Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak tonton drama ni, sebabnya?? Huhuhu sebab aku tak minat sangat dgn Han Ji Won, entah la kenapa aku kurang sgt nak tonton drama lakonan dia... dan yg menjadi masalahnya, aku suka pulak tengok Lee Seung Gi berlakon. Ibarat org yg serba salah hehehe

Lepas seminggu drama ni airing kat Korea, tengok rating... Wah, tip top.... dasyat ko!!! Sambil-sambil tunggu episod Rooftop Prince yg seterusnya, aku cuba la tengok episod 1 drama ni. Hmm, not bad..... Patut la rating tip top. Jalan cerita yg berbeza dgn drama korea sebelum ni.

Hmmm, MBC mmg suka buat drama ala-ala keluarga di Raja. Igt balik drama dulu-dulu yg ala-ala keluarga di raja korea macam 'Princess Hours', 'My Princess'.... semua terbaik!! Now, done watching until episode 6, waiting for next episode.... Geram tgok LSG dlm drama ni, watak dia mmg sgt annoying,  rasa nak je bagi penampar kat dia *_& hehehe tapi lakonannya mmg mantap!

3. Love Rain (KBS2)


Ommo, it's Jang Geun Suk and Yoona SNSD.... Kolaborasi yg tak pernah dibuat sebelum ni di mana-mana drama korea. Drama ni bertemakan tahun 1970's... Org kata hot 70's.... Cuba suruh mak dan ayah korang tengok drama ni, pasti dia org suka.... Dapat mengembalikan memori cinta suatu ketika dulu hehehe

Aku suka suasana dlm drama ni. Nampak klasik, romantik.... Cun dgn tema drama ni la iaitu zaman 1970's. Kalau cerita pasal rating, rating drama ni agak kurang sikit.... Mungkin bersaing dgn dua drama yg aku sebut tadi kot. Bagi aku drama ni OK je hehehe mungkin jalan penceritaannya agak slow sikit. Aku pun tak ikut sgt drama ni, cuma dah tengok beberapa episod je. Lepas dah selesai dgn Rooftop Prince dan King2Hearts, baru aku beralih semula dgn drama ni..... Sebab nak follow 3 sekaligus mcm tak dapat sebab kelajuan internet aku ni terhad huhuhu Time ni la rasa alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni -__ -  
Apa yg nak aku nak cakap, Jang Geun Suk oppa... You're Hot!! ^_^

~ Inilah dia 3 drama.... Pertembungan 3 penjuru hehehe 3 drama yg hot dengan pelakonnya yg hot. Selamat Menonton semua..........